laporan sce3112

Upload: fatimahskha

Post on 19-Oct-2015

314 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0PENDAHULUAN

Kursus ini secara khususnya membincangkan tentang pengurusan makmal sains dan sumber-sumber, cara pengendalian selamat bahan-bahan kimia, peraturan dan keselamatan dalam makmal, teknik-teknik asas makmal, pengawetan spesimen biologi, sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran sains, penyediaan dan pindaan sumber-sumber terpilih dan persembahannya.Lawatan ke makmal sains SMK Datuk Hj Ahmad Badawi telah dilaksanakan dengan jaya pada 13 Februari 2014 pada pukul 2.00 petang. Seramai 6 orang guru PPG Sains 1 menyertai lawatan tersebut. Semasa tiba di sekolah tersebut kami terus berjumpa dengan Tuan Pengetua iaitu Encik Mohd Jamil Bin Mohamed. Seterusnya kami diperkenalkan kepada Guru Kanan Sains iaitu Puan Noor Lila Binti Zakaria. Kami dibawa melawat ke bilik guru-guru kanan. Kami diberi taklimat ringkas tentang bidang tugas sebagai Guru Kanan Sains. Memandangkan Puan Noor Lila terpaksa ke PPD kerana ada mesyuarat, maka beliau meminta pembantu makmal untuk memberikan keterangan lebih lanjut tentang pengurusan makmal sains seperti carta organisasi, pembelian alatan sains dan penyelengaraan stok.

PENGETUA SMK DATUK HJ AHMAD BADAWI

2.0OBJEKTIF

Kerja kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang sistem pengurusan dan pentadbiran makmal sains yang lebih cekap. Mengetahui dengan lebih lanjut tentang keselamatan makmal, pembelian alatan sains, teknik asas makmal, bahan sumber dan sebagainya. Menimba ilmu pengetahuan tentang cara-cara untuk mendapatkan pembekal yang dapat menawarkan harga yang paling murah tetapi pada masa yang sama dapat membekalkan bahan yang berkualiti. Mempelajari tentang pengagihan tugas pembantu makmal bagi setiap makmal sains yang terdiri daripada makmal sains teras, makmal Fizik, Kimia dan Biologi. Mempelajari tentang bidang tugas Pentadbir dan juga Guru Kanan Sains dalam memastikan perjalanan makmal sains sentiasa lancar dan teratur.

3.0HASIL YANG DIPEROLEH DARI LAWATAN

Lawatan ini banyak memberi pengalaman dan info baru kepada pelajar PPG dalam memperkemaskan pentadbiran dan sistem pengurusan makmal sains (Fizik, Kimia dan Biologi). Lawatan ini juga telah membuka minda saya dalam mentadbir dan mengurus sebuah makmal sains. Guru Kanan Sains dan pembantu makmal memainkan peranan yang penting dalam memastikan makmal sentiasa dapat digunakan secara efektif oleh guru dan murid-murid bagi memastikan penganjaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

3.1Carta organisasiOrganisasi adalah dianggotai oleh sekumpulan individu yangbekerja bersama-sama ke arah mencapai matlamat yangsama Organisasi sebagai satu unitsosial yangmengandungi manusia yangbekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lainbagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya.Pengurusan merujuk kepada sesuatu badan yang bertanggung jawab melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai objektif yang dirancang. Badan yang dimaksudkan ditubuhkan secara formal atau bukan formal. Makmal sains adalah satu bentuk organisasi pengurusan yang formal. Organisasi ini boleh diterjemahkan dalam bentuk carta organisasi.Jabatan Sains merupakan satu daripada beberapa jabatan yang terdapat dalam struktur organisasi di sekolah menengah. Jabatan Sains dianggotai oleh semua guru sains dan staf sokongan makmal sains yang diketuai oleh Guru Kanan Sains. Mereke bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aspek yang berkaitan dengan pengurusan Jabatan Sains. Carta organisasi yang diperoleh dari SMK Hj Ahmad Badawi dimulai dengan Tuan Pengetua diikuti oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Sains dan Matematik, ketua panitia, panitia dan akhir sekali pembantu makmal. Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan berikut:a) Pembahagian Kerjab) Hubungan ketua-pekerja bawahanc) Jenis kerja yang dijalankand) Pengumpulan bahagian-bahagian kerjae) Tingkat pengurusan

Semua anggota di bawah organisasi Jabatan Sains adalah terlibat langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal sains di sekolah. Pengetua sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dalam pengendalian program kurikulum, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Selain itu Pengetua juga merupakan pemimpin kurikulum yang membantu guru dan staf sokongan makmal sains dalam aspek profasional.

Pewujudan struktur organisasi di peringkat sekolah seharusnya berupaya menghasilkan sinergi mempertingkatkan pelaksanaan pendidikan sains yang cekap dan berkesan. Setiap peringkat mempunyai fungsi, peranan dan tanggungjawab secara khusus. SMK DATUK HJ AHMAD BADAWI13200 KEPALA BATASCARTA ORGANISASI MAKMAL SAINS 2014

PENGETUAEN. MOHD JAMIL B. MOHAMED

PENOLONG KANAN PENTADBIRANTUAN HJ. JOHAR B. JAAFAR

GURU KANAN SAINS & MATEMATIKPN. NOOR LILA BT ZAKARIA

KETUA PANITIAFIZIKKETUA PANITIABIOLOGIKETUA PANITIAKIMIAKETUA PANITIAMATH.KETUA PANITIASAINS

PANITIA KIMIAPANITIA BIOLOGIPANITIA FIZIKPANITIA SAINS

PEMBANTU MAKMAL KANAN DAN PEMBANTU MAKMAL SAINS1. PN. NORPISHAH 2. PN NORISHA 3. PN NORZAIDAH4. PN SITI SALMAH 5. CIK LEA IRNA

3.2Peraturan Keselamatan MakmalPeraturan keselamatan makmal sains bertujuan untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar dan juga murid-murid. Antara peraturan makmal sains ialah : Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa. Penggunaan Bahan Kimia Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.

PERATURAN MAKMAL SAINS

3.3Bidang Tugas Guru Kanan Sains dan Pembantu Makmal.Guru kanan sains dan pembantu makmal bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains.3.3.1Bidang Tugas Guru Kanan SainsKetua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum semua mata pelajaran sains dan matematik di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Ketua Bidang Sains dan Matematik juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional kepada guru-guru sains dan kakitangan makmal sains. Bimbingan ini adalah untuk memastikan peningkatan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal melalui program perkembangan staf. Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam pengurusan makmal sains adalah seperti: a. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan. b. Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan. c. Merancang dan menyediakan: i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan. ii. Peraturan keselamatan. iii. Latihan kecemasan dan kebakaran. iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan. v. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannya. d. Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal. e. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi. f. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali. g. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan. h. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains. i. Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa. j. Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya. k. Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains). l. Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains. m. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal. n. Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. o. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan. p. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

3.3.2Bidang Tugas Pembantu MakmalSemasa lawatan kami mendapat layanan yang amat baik dari pembantu makmal iaitu Puan Norpishah, Puan Norisha dan Puan Norzaidah. Mereka telah memberi penerangan dengan jelas segala maklumat diperlukan seperti bidang tugas pembantu makmal, cara pembelian bahan dan alatan serta borang-borang yang digunakan. Berikut adalah bidang tugas pembantu makmal : Tugas Harian a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir. b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih. c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat. d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat/ radas atau borang pesanan. e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan. f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali. g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains. h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan. i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali. j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali. k.Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. l.Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali. m. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari: i.Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan. ii. Menutup bekalan gas, air dan elektrik. iii. Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains. iv. Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua. n.Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua. o. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya. p. Mencuci peralatan sains yang kotor. q. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal. r. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

Tugas Semasa Cuti sekolah a. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains mengemas kini rekod stok. b. Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti yang diperlukan untuk kerja amali. c. Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika perlu.d. Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains. e. Menghasilkan air suling. f. Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains.

Bergambar bersama pembantu makmal

3.4Prosedur Pembelian Alatan Sains Pembekalan, Prosedur Pengantian dan Pembelian adalah elemen penting dalam pengurusan makmal. Bagi melaksanakan amalan tersebut prosedur, peraturan-peraturan, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling-Pekeliling semasa perlu dipatuhi.3.4.1Prosedur Pembelian Menggunakan Peruntukan Sedia Ada (PCG) Pembelian peralatan dan bahan sains hendaklah mematuhi peraturan yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa. Ketua Bidang Sains hendaklah memahami dan mematuhi peraturan yang ada bagi: a. Menentukan satu sistem perolehan yang teratur dan sempurna. b. Memastikan pengurusan perbelanjaan dibuat dengan cekap dan berkesan. c. Memastikan pengurusan pembelian mematuhi kehendak undang- undang dan peraturan yang sedia ada.Pembelian Terus

Had perolehan mengikut Perkeliling Perbendaharaan.

Had Nilai Pembelian Cara Perolehan Pembekal

i. Sehingga RM10,000.00 setahun bagi setiap jenis item.

ii. Melebihi RM10,000.00 hingga RM50,000.00 setahun setiap jenis Item Pembelian Terus

Pembelian Terus Mana-mana pembekal/syarikat sama ada berdaftar atau tidak berdaftar.

Pembekal/syarikat bumiputra di dalam daerah berkenaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan. Sekiranya kekurangan pembekal/syarikat bumiputra yang berdaftar di kawasan setempat. Pegawai Pengawal/ Ketua PTJ diberi kuasa menguruskan pembelian daripada mana pembekal/syarikat bumiputra di daerah berdekatan yang diketahui sentiasa menawarkan harga yang berpatutan.

Sebut HargaPengetua dan Guru Besar hendaklah merujuk kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Perolehan iaitu Pengarah JPN/ Timbalannya/ Ketua Sektor yang bertanggungjawab dalam hal perolehan dalam usaha melantik Jawatankuasa Sebut Harga peringkat sekolah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga ahli dan dipengerusikan oleh beliau. Jawatankuasa Sebut Harga akan memilih syarikat yang bersetuju menawarkan perkhidmatan yang paling baik dan memenuhi criteria seperti spesifikasi, kualiti, khidmat selepas jualan, mudah diperoleh, reputasi syarikat dan keupayaan syarikat membuat bekalan. Tatacara Perolehan dan pembelian Perancangan pembelian yang baik dengan mengambilkira peruntukan PCG yang diperoleh serta keperluan tahunan makmal sains sekolah berkenaan. Satu senarai keperluan tahunan perlu dibuat pada akhir tahun dengan mengambil tindakan berikut : Menyemak stok makmal Berbincang dengan guru mata pelajaran. Dibuat pada November dan disember setiap tahun Berpandukan buku teks dan buku kerja yang digunakan Senarai mengikut turutan amali/penggal/semester.

3.5Penyelenggaraan Stok Penyelenggaraan stok merupakan salah satu ciri penting dalam pengurusan makmal. Sehubungan dengan itu penyediaan daftar stok peralatan dan bahan sains perlu mempunyai butiran yang lengkap dan sistematik bagi tujuan:

memudahkan penyemakan. menyelaras cara merekod. mengesan dan mengawal pergerakan. memudahkan perancangan perolehan. mengemaskinikan rekod peralatan yang pecah, rosak atau hilang.

Sehubungan itu semua peralatan dan bahan sains yang diterima atau dikeluarkan hendaklah didaftar dan direkodkan berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dengan menggunakan borang yang berikut:

Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) Daftar Inventori (KEW.PA-3) Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5) Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6) Senarai Aset (KEW.PA-7) dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009 yang melibatkan pengunaan borang yang berikut: Kad Petak (KEW.PS-4) Borang Permohonan Stok (KEW.PS-11)

3.5.1 Definisi Istilah

Stok - barang-barang belum guna dan perlu disimpan untuk tujuan operasi atau penyelenggaraan termasuk bekalan pejabat, ubat-ubatan, alat ganti dan sebagainya. Stor Unit - stor yang menyimpan dan membekal barang-barang untuk keperluan jangka pendek atau diguna terus bagi tujuan operasi dan penyelenggaraan kepada pelanggan akhir termasuk Makmal Sains.

3.5.2Daftar Harta Modal (KEW. PA-2, KEW. PA-4)

Harta Modal ialah Aset Alih yang harga perolehan asalnya bernilai RM1000.00 dan ke atas setiap satu seperti peralatan/ kelengkapan ICT/ telekomunikasi/ penyiaran/ perubatan, peralatan pejabat/ makmal/ bengkel/ dapur/ sukan atau yang memerlukan penyelenggaraan berjadual tanpa mengira harga perolehan asal. Semua Harta Modal hendaklah direkod menggunakan borang KEW.PA-2 Daftar Harta Modal (Bahagian A) dan borang KEW.PA-2 Daftar Harta Modal Butir-Butir.

3.5.3Daftar Inventori (KEW. PA-3, KEW. PA-5)

Inventori ialah Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM1000.00 dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual seperti peralatan/kelengkapan ICT/ Telekomunikasi/ Penyiaran/ Perubatan/ Pejabat/Makmal/ Bengkel/ Dapur/ Sukan atau merupakan perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira harga perolehan asal. Semua Inventori hendaklah direkod menggunakan borang KEW.PA-3 Daftar Inventori dan seterusnya sentiasa dikemaskini menggunakan borang KEW.PA-5

3.5.4 Daftar Stok Bekalan Pejabat (KEW. PS-4 dan KEW. PS-11)

Semua bekalan pejabat dikategorikan sebagai barangan guna habis samada ianya barang luak atau pun barang tak luak. Ini termasuklah alat tulis serta kelengkapan pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomi untuk dikesan penempatannya secara satu persatu. Contoh barangan luak ialah bahan kimia, kartrij gas, kertas litmus, alat tulis dan lain-lain. Contoh barang tak luak dan kelengkapan pejabat tak luak adalah tabung uji, selindar bersenggat, botol spesimen, gunting, pembaris, pen drive, gunting dan lain-lain.

Semua stok yang diterima hendaklah direkodkan dengan menggunakan pen dakwat merah dan pengeluaran direkodkan dengan pen dakwat hitam atau biru di Kad Kawalan Stok (Stor Pusat dan Stor Utama sahaja) dan Kad Petak KEW.PS-4 (Stor Pusat dan Stor Utama dan Stor Unit). Satu Kad Kawalan Stok dan Kad Petak digunakan untuk merekod satu item stok dengan menggunakan nombor kad yang berturutan.

Semua kad perlu dikemaskini setiap kali transaksi penerimaan dan pengeluaran berlaku. Kad-kad ini boleh dicetak sendiri dengan menggunakan warna putih untuk Kad Kawalan Stok, warna hijau untuk Kad Petak dan warna merah jambu untuk stok bertarikh luput. Bagi tujuan permohonan stok, semua pesanan kepada Stor Unit hendaklah menggunakan Borang KEW.PS-11 Permohonan Stok dalam dua salinan dengan salah satu daripadanya diserahkan kepada Stor Unit untuk diproses.

4.0 KESIMPULANKesimpulannya lawatan ini telah membuka mata dan minda guru-guru PPG dalam pengurusan makmal sains Fizik, Kimia dan Biologi. Walaupun bilik sains di sekolah rendah tidaklah sehebat makmal sains di sekolah menengah, tapi kami dapat menambahkah ilmu pengetahuan bagaimana prosedur pembelian alatan sains. Alatan dan bahan sains boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan seperti bahan kimia yang bertarikh luput dan tidak ada tarikh luput seperti peralatan di makmal fizik. Saya juga dapat mempelajari bagaimana hubungan yang baik antara guru dan pembantu makmal bagi memastikan makmal dapat diuruskan dengan baik. Kerjasama yang baik antara pihak pentadbir, guru-guru dan pembantu makmal adalah penting dalam menyediakan pengalaman pembelajaran berasaskan hands on, minds on melalui pendekatan dan kaedah yang telah dicadangkan.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG LAWATAN

MAKMAL KIMIA DAN BILIK PENYEDIAAN

STOR MAKMAL FIZIK DAN KIMIA

BORANG KEW PA.2INVOICE DARI PEMBEKAL BORANG KEW PA. 2

NOTA MINTASENARAI SEBUT HARGA

SENARAI SEBUT HARGANOTA MINTABIBLIOGRAFI

Pusat Perkembangan Kurikulum (1999). Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah. Persiaran Duta, Kual Lumpur.Pengurusan Makmal. Dimuat turun pada 20 Februari 2014 daripadahttp://myguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview/20120221120203UNIT%206%20KRS3023.pdf(2011). Pengurusan Makmal Sains. Dimuat turun pada 20 Februari 2014 daripada http://happysclabo.blogspot.com/2011/09/pengurusan-makmal-sains.htmlSlideshare. Panduan Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains. Dimuat turun pada 19 Februari 2014 daripada http://www.slideshare.net/ctkhairani/makmal-sekolah-pendahuluan

2