laporan ringkas program psychology · pdf filetiga elemen kesejahteraan psikologi menjadi...

2
Tarikh : 18 April 2017 Tempat : Pusat Latihan MARDI, Serdang Peserta : 278 Orang LAPORAN RINGKAS PROGRAM PSYCHOLOGY WELLNESS: KEEP CALM & LIVE HEALTHY Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) telah menganjurkan Program Psychology Wellness Challenge: Keep Calm & Live Healthy pada 18 April 2017 bertempat Pusat Latihan MARDI, Serdang. Program ini melibatkan penyertaan seramai 278 pegawai dari pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kesihatan peserta melalui Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK); memberi pendidikan terhadap kepentingan penyimpanan, pelaburan serta perlindungan dalam kewangan; dan membantu peserta mengimbangi emosi, kognitif dan tingkah laku ke arah minda sihat. Tiga elemen kesejahteraan psikologi menjadi fokus di dalam Program Psychology Wellness: Keep Calm & Live Healthy ini iaitu kesihatan fizikal, pengurusan kewangan dan kesihatan mental. Peserta didedahkan dengan ilmu pengurusan kewangan oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), kesedaran tentang kesihatan mental oleh pihak Hospital Putrajaya (HPj) dan mengenal pasti tahap kecergasan yang diselia oleh barisan fasilitator dari Institut Sukan Negara (ISN). Program ini mengaplikasikan konsep Strategi Lautan Biru yang mengikis pendekatan kerja secara ‘silo’ dan berpegang kepada prinsip kos rendah, berimpak tinggi dan pelaksanaan pantas serta mampan. Kos dapat dikurangkan dengan jalinan kerjasama di antara Kementerian dan mengagihkan semula secara kreatif sumber yang tidak digunakan dengan optimum. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato’ Nor Inchun binti Mohd Salleh. Tahniah diucapkan kepada dua (2) orang pegawai dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) kerana memenangi Anugerah Emas yang telah melepasi dengan cemerlang semua tahap UKJK yang dijalankan. Kesimpulannya, program ini berjaya mencapai objektif selaras dengan kod etika Kementerian bagi melahirkan warga NRE yang dapat mengekalkan pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah ke arah perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Laporan oleh: Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Seksyen Pembangunan Modal Insan (SPMI) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Peserta bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato’ Nor Inchun binti Mohd Salleh dan barisan VIP dari Kementerian yang terlibat.

Upload: dinhngoc

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN RINGKAS PROGRAM PSYCHOLOGY · PDF fileTiga elemen kesejahteraan psikologi menjadi fokus di dalam Program Psychology Wellness: ... barisan fasilitator dari Institut Sukan Negara

Tarikh : 18 April 2017

Tempat : Pusat Latihan MARDI, Serdang

Peserta : 278 Orang

LAPORAN RINGKAS PROGRAM PSYCHOLOGY WELLNESS: KEEP CALM & LIVE HEALTHY

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) telah menganjurkan Program Psychology Wellness Challenge: Keep Calm & Live Healthy pada 18 April 2017 bertempat Pusat Latihan MARDI, Serdang. Program ini melibatkan penyertaan seramai 278 pegawai dari pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kesihatan peserta melalui Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK); memberi pendidikan terhadap kepentingan penyimpanan, pelaburan serta perlindungan dalam kewangan; dan membantu peserta mengimbangi emosi, kognitif dan tingkah laku ke arah minda sihat.

Tiga elemen kesejahteraan psikologi menjadi fokus di dalam Program Psychology Wellness: Keep Calm & Live Healthy ini iaitu kesihatan fizikal, pengurusan kewangan dan kesihatan mental. Peserta didedahkan dengan ilmu pengurusan kewangan oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), kesedaran tentang kesihatan mental oleh pihak Hospital Putrajaya (HPj) dan mengenal pasti tahap kecergasan yang diselia oleh barisan fasilitator dari Institut Sukan Negara (ISN).

Program ini mengaplikasikan konsep Strategi Lautan Biru yang mengikis pendekatan kerja secara ‘silo’

dan berpegang kepada prinsip kos rendah, berimpak tinggi dan pelaksanaan pantas serta mampan. Kos dapat dikurangkan dengan jalinan kerjasama di antara Kementerian dan mengagihkan semula secara kreatif sumber yang tidak digunakan dengan optimum. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato’ Nor Inchun binti Mohd Salleh.

Tahniah diucapkan kepada dua (2) orang pegawai dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

kerana memenangi Anugerah Emas yang telah melepasi dengan cemerlang semua tahap UKJK yang dijalankan. Kesimpulannya, program ini berjaya mencapai objektif selaras dengan kod etika Kementerian bagi

melahirkan warga NRE yang dapat mengekalkan pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah ke arah perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Laporan oleh: Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Seksyen Pembangunan Modal Insan (SPMI) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Peserta bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi),

YBhg. Dato’ Nor Inchun binti Mohd Salleh dan barisan VIP dari Kementerian yang terlibat.

Page 2: LAPORAN RINGKAS PROGRAM PSYCHOLOGY · PDF fileTiga elemen kesejahteraan psikologi menjadi fokus di dalam Program Psychology Wellness: ... barisan fasilitator dari Institut Sukan Negara

Peserta sedang mendengar taklimat kewangan

yang disampaikan oleh pegawai dari ASNB.

Peserta sedang menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dibantu barisan fasilitator dari

Institut Sukan Malaysia (ISN).

Penjelasan rumusan Ujian Kecergasan Jasmani

Kebangsaan (UJKK) yang disampaikan oleh ketua

fasilitator.

Antara peserta dari NRE yang berjaya mendapat Anugerah Emas berdasarkan Ujian

Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UJKK) yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato’ Nor Inchun binti Mohd Salleh.

Kaunter pendaftaran ASB dibuka kepada semua

yang hadir untuk membuka akaun ASB 2 dan RM10

diberi secara percuma ke dalam akaun. Antara ujian dan peralatan yang digunakan dalam

UKJK.