topik 1 pengenalan teknologi maklumat · pdf filetiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000...

30
OUM 1 TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PENGENALAN Sedarkan anda bahawa dalam ledakan teknologi maklumat ini, bidang pendidikan tidak terkecuali dalam menempuh gelombang ini. Pekembangan teknologi maklumat semakin berpengaruh dalam dunia pendidikan dewasa ini. Teknologi maklumat telah mula mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan dan lain-lain peneraju dalam bidang pendidikan, khususnya yang digunakan dalam bidang pengurusan pendidikan dan sebagai alat bantuan pengajaran. Sedarkan anda sebagai seorang guru, peranan sebagai agen perubahan perlu direncanakan selaras dengan perkembangan terkini. Oleh itu, anda seharusnya peka kepada perkembangan teknologi maklumat yang semakin bertambah pesat ke arah meningkatan diri dan khususnya meningkatkan profesionalisme dalam bidang pendidikan. Anda perlu mempunyai pengetahuan semasa terhadap perkembangan teknologi maklumat serta kepentingannya kepada generasi masa kini. Selain itu, anda sebagai seorang guru akan mampu mewujudkan senario yang jauh lebih baik sekiranya berpengetahuan dalam bidang perkakasan atau hardware, perisian komputer, ciri-ciri keselamatan dalam teknologi maklumat, khususnya ancaman serangan virus atau ancaman pengodam dan penyenggaraan komputer. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan sejarah perkembangan teknologi maklumat, sebelum tahun 1940an hingga kini; 2. menghuraikan penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan; 3. menghuraikan aplikasi dan fasa koridor raya multimedia; 4. mendefinisi dan menerangkan fungsi asas sistem komputer; 5. menjelaskan faktor-faktor yang mengancam keselamatan komputer; 6. menghuraikan cara menyenggara komputer; dan 7. mengenal pasti cara serangan virus dan faktor menghalangnya.

Upload: tranhanh

Post on 31-Jan-2018

259 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 1

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGIMAKLUMAT

PENGENALAN

Sedarkan anda bahawa dalam ledakan teknologi maklumat ini, bidang pendidikan tidakterkecuali dalam menempuh gelombang ini. Pekembangan teknologi maklumat semakinberpengaruh dalam dunia pendidikan dewasa ini. Teknologi maklumat telah mulamendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan dan lain-lain peneraju dalam bidangpendidikan, khususnya yang digunakan dalam bidang pengurusan pendidikan dansebagai alat bantuan pengajaran.

Sedarkan anda sebagai seorang guru, peranan sebagai agen perubahan perludirencanakan selaras dengan perkembangan terkini. Oleh itu, anda seharusnya pekakepada perkembangan teknologi maklumat yang semakin bertambah pesat ke arahmeningkatan diri dan khususnya meningkatkan profesionalisme dalam bidangpendidikan. Anda perlu mempunyai pengetahuan semasa terhadap perkembanganteknologi maklumat serta kepentingannya kepada generasi masa kini. Selain itu, andasebagai seorang guru akan mampu mewujudkan senario yang jauh lebih baik sekiranyaberpengetahuan dalam bidang perkakasan atau hardware, perisian komputer, ciri-cirikeselamatan dalam teknologi maklumat, khususnya ancaman serangan virus atauancaman pengodam dan penyenggaraan komputer.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan sejarah perkembangan teknologi maklumat, sebelum tahun 1940anhingga kini;

2. menghuraikan penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan;

3. menghuraikan aplikasi dan fasa koridor raya multimedia;

4. mendefinisi dan menerangkan fungsi asas sistem komputer;

5. menjelaskan faktor-faktor yang mengancam keselamatan komputer;

6. menghuraikan cara menyenggara komputer; dan

7. mengenal pasti cara serangan virus dan faktor menghalangnya.

Page 2: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

2 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

Sumbangan Awal Sebelum 1940

Maklumat Lima ZamanPerkembangan Teknologi

Generasi Pertama (1940-1958)

Generasi Kedua (1959-1963)

Generasi Ketiga (1964-1980)

Generasi Keempat (1980-Kini)

PETA MINDA

PengenalanTeknologiMaklumat

1.1 Teknologi Maklumat 1.3 Keselamatan1.2 Konsep Sistem Komputer

1.1 TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tahukah anda bahawa ruang lingkup teknologi maklumat bukan sahaja melibatkansistem komputer, malah mencakupi penggunaan komputer dan telekomunikasi yangdigunakan untuk memproses dan menyebar maklumat. Dalam era maklumat kini,kegunaan teknologi maklumat begitu meluas dalam pelbagai aspek kehidupan. Tiga asasyang menyokong teknologi maklumat ialah perkakasan komputer, perisian komputer dankomunikasi data

1.1.1 Pekembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Cuba anda fikirkan dengan menggunakan imaginasi anda, senaraikanciri-ciri komputer generasi kelima yang dapat mempermudahkan danmenepati cita rasa sebagai seorang pengguna dan pendidik.

Sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dibahagikan kepadalima zaman iaitu:-

Rajah 1.1 : Perkembangan teknologi maklumat

Page 3: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 3

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

(a) Sumbangan Awal Sebelum 1940Pernahkah anda mendengar perkataan Abakus. Sebagai seorang guru, anda sudah tentudidedahkan tentang perkara ini selaras dengan hasrat Kemeteriam Pendidikan untukmenerapkan kaedah pengiraan ini di sekolah-sekolah. Sejarah permulaan penciptaankomputer, bermula dengan penggunaan mesin ABAKUS sebagai pengira 3000 BC yanglalu. Pada tahun 1617, Napier Bones telah dicipta oleh John Napier. Sebelum itu, beliautelah mencipta logaritma yang memudahkan operasi matematik. Pascal, seorang ahliMatematik Perancis pula telah mencipta mesin penghitung mekanikal yang pertamayang dikenali sebagai Blaise Pascal pada 1642 yang merupakan titik tolak pembinaankalkulator.

Rajah 1.2 : Mesin arimatik PascalSumber : http://www.maxmon.com/images/hstfig6.gif

Sistem Binari telah dicipta oleh G.W. Leibnitz pada tahun 1671, sistem ini menjadi asaspenting dalam reka cipta sehingga kini. Pada tahun 1835, Analytical Enjin telahdiperkenalan oleh C Babbage. Analytical Enjin mengandungi 50 penghitung dan berupayamenyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, inputnya terdiri daripada kad tebuk.

Rajah 1.3 : Analytical enjin oleh Clarles BabbageSumber : http://www-groups.dcs.st-and.ac.uk/~history/Diagrams/Babbage_engine.jpeg

Page 4: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

4 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

Analytical Enjin mempunyai ciri-ciri komputer moden yang memiliki 5 bahagian iaitu:

Rajah 1.4 : 5 Bahagian analytical enjin

George Boole telah memberi sumbangan kepada dunia komputer dengan mereka ciptasatu simbol Algebra 'betul dan salah'. Rekaan ini telah digunakan dalam reka bentukkomputer moden. Pada tahun 1890, kad tebuk untuk memasukan dan memprosesdata diperkenalkan. Pada tahun 1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard telah menciptamesin yang dapat membaca urutan arimatik secara automatik.

(b) Generasi Pertama (1940-1958)Terciptanya tiub vakum, masalah tindakbalas mekanikal dapat diatasi. Ia merupakan, masalahutama yang dihadapi oleh pencipta komputer iaitu tindakbalas mekanikal yang lambat danterbatas. Hasil daripada ciptaan tersebut, maka terhasilnya komputer seperti berikut:

Jadual 1.1 : Hasil Ciptaan Komputer pada Era Generasi Pertama

Tahun Ciptaan Keterangan Ciptaan dan Pencipta

Tahun 1943 Komputer Colossus telah dicipta oleh BritishCode dengan menggunakan tiub vakum.

Sumber : http://www.digibarn.com/collections/locations/bletchley-park/ 121-2140_IMG.JPG

Tahun 1945 J.P Eckert dan J.W Maunchly dari UniversitiPennsylvania telah mencipta "ElectronicNumerical Integrator and Calculator"(ENIAC).Komputer ini memerlukan ruang 1500 kakipersegi dan beratnya 30 tan dan mengandungi19000 tiub vakum.

Sumber : http://www-etsi2.ugr.es/alumnos/mlii/imagenes/Programando%20Eniac.jpg

5 Bahagian Analytical Engine

Unit Pemprosesan

Alat Input

Unit Storan

Unit Kawalan

Alat Output

Page 5: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 5

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

(c) Generasi Kedua (1959-1963)Dalam komputer generasi kedua, tiub vakum telah ditukar kepada transistor. Kesanpenggunaan transistor menjadikan saiz fizikal komputer menjadi kecil, bertambah pantasdan menjimatkan tenaga cekap serta berpotensi tinggi.

Pertukaran ini juga membuatkan kos membina komputer menjadi semakin murah, lebih17000 komputer IBM telah dipasarkan di antara tahun 1959 hingga 1963. Antara komputeryang terkenal ialah IBM 1620 dan IBM 1401. Komputer generasi ini juga mulamenggunakan pita magnet untuk storan. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialahFORTRAN dan COBOL.

(d) Generasi Ketiga (1964-1980)Dalam komputer generasi ketiga, transistor telah digantikan dengan litar bersepadu(Integrated Circuit) atau cip. Manakala gelung magnetik telah sepenuhnya mengantikankad tebuk sebagai storan luar. Hasil penggunaan litar bersepada, tercipta komputer sepertiberikut:

• Pada tahun 1971, Dr Ted Hoff telah mencipta mikropemproses Intel 4004.

• Pada tahun 1975, Local area network yang pertama telah diperkenalkan oleh RobertMetcalfe.

• Komputer Appel yang pertama telah dicipta pada tahun 1976 oleh Steve Woziniakdan Seve Job.

Tahun 1946 UNIVAC dicipta. Komputer ini dipasarkanbuat pertama kali pada 14 Jun 1951.

Sumber: http://www.rothcpa.com/archives/misc/Univac.jpg

Tahun 1953 IBM telah memasang komputer pertama iaituIBM 701 dan seterusnya pula IBM 650 (lihatgambar sebelah). Komputer ini terbahagikepada beberapa bahagian input, output,konsol dan bekalan.

Sumber : http://www-8.ibm.com/au/70years/more_detail/1953.html

Anda boleh melihat laman web berikut untuk melihat sejarahperkembangan komputer ENIAC -

http://ei.cs.vt.edu/~history/ENIAC.Richey.HTML

Page 6: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

6 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

• Seterusnya pada tahun 1977, Apple II telah diperkenalkan.

• Intel telah mencipta komputer 8086 pada tahun 1978, kemudian telah diganti dengan8088 pada tahun 1979.

(e) Generasi Keempat (1980- Kini)Komputer generasi keempat telah menggunakan litar bersepadu berskala. Intel telahmemperkenalkan mikropemproses 286 pada 1982 dan sehingga kini, intel telahmengeluarkan Pentium Centrino. Pada tahun 1984, Macintosh telah diperkenalkan. Padabulan Mei 1991, syarikat Microsoft telah memperkenalkan sistem pengendalian operasiyang dinamakan Windows 3.0, seterusnya di awal tahun 1992, Microsof telahmemperkenalkan versi baru Windows 3.1. Windows 3.0 dan 3.1 mengabungkan antaramuka sistem pengendalian menggunakan grafik dan DOS. Arahan kawalan sistemWindows 3.0 dan 3.1 menggunakan tetikus untuk memilih ikon interaktif. Sistempengendalian Windows terus berkembang dan kini Windows XP yang dilancarkan pada25 Oktober 2001 dapat mengabungkan kesemua media dalam multimedia.

1.1.2 Penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan

(a) PendidikanDalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi maklumat boleh dibahagi kepada dua kategori:

(i) Alat membantu pengurusanDalam satu organisasi pendidikan terlalu banyak data yang perlu diuruskan. Antaracontohnya adalah data pelajar, data kewangan, data sumber manusia, data stokdan pelbagai lagi. Teknologi maklumat dengan aplikasi sistem pangkalan data danrangkaian setempat boleh digunakan dalam mengurus data dengan teratur danberkesan. Sebagai contoh dengan bantuan aplikasi ini seorang pentadbir bolehmengetahui status displin pelajar dengan cepat dan terkini.

Beliau hanya perlu memasukan nombor matrik pelajar dalam komputer yang telahdisambungkan dengan rangkaian ke pangkalan data pelajar. Begitu juga maklumat-maklumat penting lain seperti kewangan, stok dan sumber manusia. Teknologimaklumat juga digunakan bagi membantu kerja-kerja perkeranian di sekolah. PihakOpen University Malaysia telah menggunakan sistem untuk mengurus danmengetahui status pelajar dari aspek latar belakang, status permohonan, maklumatkursus yang diambil, status kewangan dan status peperiksaan mereka. Ini dapatdilihat dalam Rajah 1.5 di bawah.

Rajah 1.5 : Sistem maklumat pelajarOpen University Malaysia

Page 7: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 7

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

Selain itu jaringan Internet dan Laman Web juga telah digunakan untuk mengemaskinisistem pendaftaran peperiksaan pelajar dan memberi pengumuman penting. Sebagaicontoh laman web Open Universiti Malaysia membenarkan pelajarnya mendaftar,memuat turun slip peperiksaan dan memberi pengumuman penting. Di samping itu,laman Web ini juga membenarkan interaksi antara pihak pentabir dan pelajar.

(ii) Alat bantu mengajarPenggunaan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar terbahagi kepada 4iaitu;

• Teknologi maklumat menggunakan mod tutorial

• Teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan

• Teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi

• Teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan contohpenggunaan teknologi maklumat dengan menggunakan beberapa mood sepertiberikut:

• Kelebihan menggunakan mood tutorial ialah :

– Bahan bantu mengajar lebih interaktif. Dengan ini pelajar akan berupayameningkatkan kefahaman dan penguasaan

– Pelajar dapat belajar dengan sendiri

– Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan kontekstual dalam pengajaranMembantu meningkatkan daya kreativiti pelajar dan motivasi pelajar

– Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif

• Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod penerokaan ialah:

– Pelajar dapat merasa pengalaman melakukan eksperimen yang sukar, terlalumahal dan mustahil untuk dilaksanakan menggunakan realiti maya

– Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif

– Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif

– Membolehkan pembelajaran simulasi

• Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod aplikasi ialah:

– Pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti utama

– Menjimatkan masa pembelajaran

– Membolehkan guru memberi masalah yang lebih mencabar

• Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod komunikasi ialah:

– Membenarkan pembelajaran jarak jauh

– Membolehkan proses komunikasi dengan tokoh-tokoh dan rakan-rakan

– Mengaplikasikan proses pembelajaran melalui kaedah rakan sebaya

– Mengaplikasikan teori pembelajaran kolaboratif.

Page 8: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

8 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

(iii) Internet dalam pendidikan

Latihan 1.1Sila buat perbandingan ciri-ciri sekolah masa kini dan sekolah bestari.

Tahukah anda bilakah Internet mula memasuki Malaysia dan siapakahorang yang mempelopori internet di Malaysia?

Penggunaan komputer membolehkan pengguna membentuk komunikasi yang berkesancepat, mudah dan murah. Perkongsian maklumat, mesyuarat dan perbincangan dapatdilakukan melalui telesidang. Internet juga digunakan bagi tujuan penyelidikan danpendidikan.Internet dapat digunakan di mana-mana dengan pelbagai media dalamaplikasinya, maka maklumat di Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidaktertakluk kepada sesebuah lokasi tertentu sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.

Rajah 1.6 : TelesidangSumber : http://www.mainesenate.org/diamond/images/Diamond%20Video%20Teleconference-high%20res.JPG

Internet dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran danpembelajaran dalam bentuk media yang menarik. Kemudahan Internet mampumenyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh dan pelbagai. Internet dilihatsebagai gedung maklumat yang boleh dicapai melalui jarak jauh. Capaian Internet inijuga boleh membuat hubungan dengan penduduk seluruh dunia menjadi satu kenyataan.Capaian Internet juga mampu membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah.

Page 9: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 9

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

(b) Perindustrian

Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan teknologi maklumatdalam mengajaran dan pembelajaran. Cuba anda lakarkan melalui petaminda berdasarkan kepada pengalaman dan pemahaman anda.

Kita menggunakan aplikasi teknologi maklumat setiap hari. Cuba andabayangkan jenis-jenis aplikasi yang anda pernah atau yang sedanganda gunakan setiap hari.

Dalam bidang perindustrian, teknologi maklumat digunakan sebagai hasilan danmeningkatkan produktiviti. Tedapat dua kategori industri :

(i) Industri yang menjadi teknologi maklumat sebagai produk. Antara contohnya ialahindustri perisian, bioteknologi, perkakasan dan lain-lain lagi.

(ii) Industri yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat. Industri perbankan, insuranserta industri adalah contoh industri yang bukan berasaskan teknologi maklumat.

Teknologi maklumat juga digunakan untuk mereka cipta bentuk produk serta mengawalmesin untuk membuat kerja-kerja yang telah diprogramkan. Terdapat empat kategoriaplikasi komputer:

Jadual 1.2 : Empat Kategori Aplikasi Komputer

Kategori Keterangannya

(a) Kejuruteraan berbantukan komputer (Computer Aid Engineering(CAE))

Dalam aplikasi ini jurutera mengunakan perisian komputer bagi membuat reka bentuk dan menguji komponen-komponen.

(b) Reka bentuk berbantukan komputer (Computer Aided Design(CAD)

Program ini membantu jurutera meghasilkan lukisan lengkap mengenai sesuatu reka bentuk

(c) Pekilangan berbantukan komputer (Computer Aided Manufacturing (CAM))

Dalam aplikasi ini komputer akan mengawal robot atau mesin yang digunakan untuk memasangan barangan

(d) Automasi kilang

Robot atau mesin yang dikawal oleh komputer digunakan untuk menggerakkan bahan mentah di bahagian permasangan dan menjaga kualiti barang

(c) Perdagangan

Bayangkan sekiranya sistem komputer di seluruh dunia menghadapikegagalan untuk berfungsi sepenuhnya. Pada jangkaan anda, apakahkesulitan yang akan anda akan rasai serta merta.

Page 10: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

10 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

Teknologi maklumat selalu digunakan oleh peniaga dalam bidang pengurusan, perakaunandan simpan kira. Teknologi maklumat juga digunakan oleh peniaga dalam memberikanperkhidmatan pelanggan yang sempurna, contohnya ada peniaga menyediakan kiosuntuk membantu peniaga memberi maklumat barang yang diniagakan.

Penggunaan kod asas di kompleks membeli belah bagi mengantikan penggunaan tandaharga memudahkan pemantauan tanda harga dilakukan. Teknologi maklumat digunakandalam industri perbankan dengan meluas. Penggunaan mesin teller automatic contohnya,menyebabkan maklumat serta urusan simpanan dan pengeluaran menggunakan online. Penggunaan komputer juga membolehkan sistem pembayaran bil dilakukan secaraon line dan setempat digunakan.

1.1.3 Koridor Raya Multimedia (MSC)

Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Coridor (MSC) merupakan tonggakdan strategi pembangunan bagi mencapai wawasan 2020. MSC telah ditubuhkan pada29 Ogos 1995 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, iaitu Tun DrMahathir Mohamad. Koridor Raya Multimedia atau MSC ini dibina bagi merangsangproses penyelidikan dan pembangunan atau R & D, membina dan menyebar maklumatserta produk berunsurkan teknologi maklumat. Tujuh aplikasi utama koridor multimedia,terdapat dalam Rajah 1.7 seperti dibawah:

Rajah 1.7 : Aplikasi utama Koridor Raya Multimedia

Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia

Kad PintarPelbagaiGuna

Jaringan PerkilanganSeluruhDunia

PusatPemasaranTanpa 

Sempadan

PusatPenyelidikan

R & D

Tele-perubatan

SekolahBestari

KerajaanElektronik

(a) Kerajaan ElektronikKerajaan elektronik merupakan merupakan aplikasi jaringan hubungan antara agensi-agensi kerajaan dan pelanggan. Antara ciri-ciri kerajaan elektronik menjalankan pelbagaiurusan menggunakan aplikasi teknologi maklumat adalah seperti berikut:

Page 11: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 11

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

(i) Hubungan antara agensi kerajaanHubungan antara agensi kerajaan dijalankan secara elektronik dan multimedia.Melalui hubungan ini, komputer yang mengunakan jaringan di kementerian ataujabatan dapat berhubung antara satu sama lain. Dengan ini, perkara yangmemerlukan penyelesaian bersama dapat dilakukan dengan cepat. Dokumen,maklumat dan pangkalan data dapat dikongsi bersama antara kementerian dengankementerian atau dengan jabatan. Sidang video digunakan, bagi memudahkanproses mengadakan mesyuarat di pelbagai lokasi.

(ii) Hubungan rakyat dengan kerajaanKesemua ini bertujuan menghasilkan pentabiran yang cekap berwibawa di sampingmeningkatkan mutu perkhidmatan awam. Objektif kerajaan elektronik yangdigariskan ialah:

• Menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti dan cekap,

• Membentuk jaringan komunikasi yang cepat dan cekap antara jabatan,

• Ke arah pengurusan tanpa kertas serta menjimatkan kos, dan

• Meningkatkan keselamatan data.

Rajah 1.8 : Kerajaan elektronik

(b) Sekolah BestariSekolah Bestari merupakan institusi pendidikan yang tersusun secara sistematik yangmengamalkan pengajaran dan pembelajaran, serta pengurusan sekolah menggunakanaplikasi dan jaringan teknologi maklumat. Sekolah bestari ialah institusi yang mempunyaipengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi ruangkepada pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif.

Corak pembelajarannya, akan dapat melahirkan individu yang mempunyai kemahirandalam bidangnya, memegang teguh dan melaksanakan nilai-nilai murni dan akan sentiasamenyumbangkan idea. Kesemua usaha ini akan dapat melahirkan masyarakat Malaysiayang akan mencipta sejarah serta penemuan dalam bidang akademik dan bukan sebagaibahan sejarah.

Pada pandangan anda, apakah kelebihan perlaksanaan kerajaanelektronik kepada masyarakat Malaysia? Senaraikan.

Page 12: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

12 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

Jika dibuat perbandingan sekolah masa kini dan sekolah bestari terdapat perbezaanjelas, khasnya dari segi gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya. Di sekolah masa kini,gaya pembelajaran berasaskan guru yang memberi tumpuan kepada hafalan danpengetahuan. Sementara di sekolah bestari cara gaya pembelajaran berasaskan pelajarserta bebas tetapi bergantung kepada teknologi iaitu tumpuan kepada maklumat, berdayafikir, kreativiti, penyayang dan berliterasi teknologi seperti dalam Jadual 1.3 di bawah.

Jadual 1.3 : Perbezaan Cara Gaya Pembelajaran Sekolah Masa Kini dan Sekolah Bestari

Cara gaya pembelajaran adalahberdasarkan kepada guru� Tumpuan hafalan Tumpuan pengetahuan

Cara gaya pembelajaran adalahberdasarkan kepada pelajar� Tumpuan pada maklumat Daya fikir dan kreativiti� Penyayang� Literasi teknologi

Sekolah Masa Kini Sekolah Bestari

Menurut Wan Mohd Zahid (1997), sekolah bestari diwujudkan dengan ciri-ciri berbezaberbanding sekolah sedia ada.

Antara ciri-ciri tersebut ialah:-

• Sekolah Bestari dihubungkan dengan jaring kawasan tempatan (LAN) yangmembolehkan perkongsian maklumat supaya dapat menggalakan kerjasama antarapelajar dan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

• Sekolah ini juga dihubung melalui jaring kawasan luas (WAN) yang menyediakansumber-sumber melalui "on line' untuk membolehkan guru-guru dan pelajar mendapatmaklumat dari rumah.

• Sekolah bestari disesuaikan mengikut kehendak guru pelajar dan pentadbir denganmenyediakan pelbagai perisian aplikasi.

• Guru berperanan sebagai faslitator yang bertanggung jawab menyediakan situasi yangmenggalakan pembelajaran terarah kendiri secara berdikari.

• Pentadbir berfungsi sebagai pengurus berkesan.

(c) TeleperubatanTeleperubatan ialah aplikasi jaingan maklumat yang digunakan bagi kerja pengurusandan rawatan antara hospital. Selain daripada itu, teleperubatan membenarkan hubungankomunikasi antara pesakit dan doktor dilakukan di pelbagai lokasi. Dalam teleperubatanjaringan aplikasi teknologi maklumat antara hospital, akan memudahkan prosesmenyimpan dan mencapai rekod pesakit di hospital yang berlainan.

Page 13: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 13

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

Jaringan membolehkan pengesahan dan pengumuman penyakit berjangkit dilakukan.Rawatan dan rundingan perubatan jarak jauh antara doktor dengan doktor pakar dandoktor dengan pesakit boleh dilakukan dengan bantuan jaringan aplikasi. Jaringan aplikasiteknologi dalam hospital digunakan untuk memantau pesakit terutama yang berada diunit rawatan rapi. Teknologi maklumat juga digunakan untuk membantu doktor mengenalipenyakit dengan menggunakan sistem perisian diagnostik. Selain dari itu teknologimaklumat dalam menganalisis data terutama dari data mesin X-ray.

Objektif teleperubatan ialah:

• Membentuk pusat kecemerlangan teleperubatan yang bertaraf dunia, dan

• Menambahkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia

(d) Pusat PenyelidikanPusat Penyelidikan dan pembangunan adalah aspek yang cukup penting dalammembangunkan sebuah negara maju. Dengan kerjasama syarikat-syarikat besartempatan dan luar negara serta universiti tempatan dan luar negara, adalah diharapkanMalaysia dapat menjadi pusat penyelidikan multimedia bertaraf antarabangsa. PenubuhanUniversiti Multimedia yang terletak di kawasan Koridor Raya Multimedia, juga diharapmenjadi pemangkin bagi membina masyarakat penyelidik.

Secara keseluruhan objektif pusat penyelidikan dalam aplikasi multimedia ialah

• Mewujudkan kelompok penyelidikan multimedia bertaraf dunia;

• Berkerjasama denga universiti tempatan bagi menghasilkan produk multimedia; dan

• Mewujudkan persaingan sumber manusia melalui penyelidikan.

(e) Kad PintarCip pada Kad Pintar membolehkan maklumat dimuatkan dalam cip. Di dalam cip tersebat,tersimpan maklumat asas pemegang seperti gambar, tempat lahir, tarikh lahir, cap jaridan nombor kad pengenalan pemilik. Di dalam cip ini juga terdapat, maklumat imigresenseperti nombor passport dan tarikh luput passport. Maklumat mengenai lesen memandudan tarikh luput lesen memandu juga disimpan di dalam cip kad pintar. Selain daripadaitu, rekod kesihatan pemegang juga disimpan di dalamnya. Di dalam cip juga menyimpan,

Rajah 1.9 : TeleperubatanSumber : http://www.sjwh.org/images/telemed.jpg

Page 14: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

14 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

maklumat E-Tunai dan E-Dagang. Maklumat di dalamnya, boleh dibaca menggunakanalat membaca kad mini atau alat membaca kad mudah alih.

Kad Pintar pelbagai guna yang diperkenalkan di Malaysia merupakan kad pintar pertamadi dunia yang dapat mengabungkan empat aplikasi kerajaan dan dua aplikasi pilihanpemegang. Empat aplikasi kerajaan ialah maklumat diri, maklumat lesen memandu,maklumat kesihatan dan maklumat imigresen.

Objektif Kad Pintar pelbagai guna ialah:

• Membangunkan kad yang cekap, selamat dan mempunyai maklumat diri pemilik, dan

• Menyediakan pelantar bagi proses E-Dagang.

Rajah 1.10 : Kad pintarSumber : http://xw2k.sdct.itl.nist.gov/smartcard/images/smartCardInsertion2.jpg

(f) Pusat Pemasaran Tanpa SempadanKoridor Raya Multimedia mampu menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yangterbaik untuk para peniaga. Koridor Raya Multimedia dapat dihubungkan dengan semuanegara dunia melalui telekomunikasi yang canggih dan terkini.

Undang-undang dan polisi yang fleksibel dan bertaraf dunia, infrastruktur yang baik dankemahiran rakyat dalam menguasai teknologi serta pelbagai bahasa mampu menjadikanKoridor Raya Multimedia sebagai pusat pemasaran tanpa sempadan bertaraf dunia.Koridor Raya Multimedia boleh menjadi pentas syarikat-syarikat bertaraf duniamenyediakan perkidmatan pelanggan dan sokongan teknikal. Objektif pemasaran tanpasempadan ialah:

• Merangsang syarikat tempatan dan antarabangsa menjadikan Koridor Raya Multimediasebagai pusat perniagaan di rantau Asia Pasifik;

• Menyokong pemindahan pengetahuan tentang pemasaran dan pengurusan perniagaankepada rakyat Malaysia; dan

• Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia bagi golongan peniaga.

(g) Jalinan Perkilangan DuniaMelalui hubungan telekomunikasi yang bertaraf dunia serta sokongan daripada sistempengangkutan yang baik dan terurus membolehkan bahan mentah dapat dibawa ke kilangdengan cepat. Infrastruktur ini juga membolehkan proses penghantaran barang dari kilang

Page 15: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 15

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

ke seluruh dunia, dapat diagihkan dengan cepat dan selamat. Melalui hubungankomunikasi ke serata dunia, kilang-kilang dapat berhubung dengan murah dan mudah.Kesemua infrastruktur ini boleh menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai satu pusatjalinan perkilangan dunia.

Objektif menjadikan Koridor sebagai jalinan perkilangan dunia ialah:

• Menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai pusat perkilangan dunia.

1.1.4 Fasa-fasa Rancangan Koridor Raya Multimedia

(a) MSC telah dirancang dengan teliti berdasarkan fasa-fasa berikut:

Jadual 1.2 : 3 Fasa MSC

Fasa Keterangannya

Fasa 1 • Menubuhan satu lebuhraya maklumat;

• Merangsang pembinaan 50 syarikat tempatan yang berdaya saing diperingkat dunia;

• Merancang dan memulakan tujuh agenda aplikasi utama (MSC) (rujuk rajah 1.3);

• Merangka dan melaksanakan undang-undang siber bertaraf dunia; dan

• Menbentuk bandaraya Cyberjaya sebagai bandaraya bertaraf dunia.

Fasa 2 • Mewujudkan sistem maklumat bagi menghubungkan Koridor RayaMultimedia MSC kepada bandaraya-bandaraya siber dunia;

• Membina lebuhraya web;

• Merangsang pembinaan 250 syarikat tempatan yang berdaya saing diperingkat dunia;

• Menetapkan piawaian bagi tujuh agenda aplikasi utama;

• Undang-undang siber bersifat global dan terkini, dan

• Empat hingga lima bandaraya bijak dapat dihubungkan dengan bandarayasiber yang lain.

Fasa 3 • Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan peka terhadap perubahandunia teknologi;

• Merangsang pembinaan 500 syarikat tempatan yang berdaya saing diperingkat dunia;

• Membentuk mahkamah undang-undang siber bertaraf antarabangsa di KoridorRaya Multimedia (MSC); dan

• Menghubungkan lebih daripada 12 bandaraya bijak kepada lebuhraya global.

(b) Kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC)Berdasarkan kepada kerja keras daripada rakyat Malaysia serta galakan daripadakerajaan, Koridor Raya Multimedia (MSC) telah menampakkan kejayaan. Kejayaansyarikat-syarikat seperti IRIS Technologies, XYBASE dan REDTone (VMS Technology)serta Perbadanan Komputer Nasional Berhad, seharusnya dilihat sebagai titik permulaanpengemblingan tenaga ke arah kecemerlangan.

Page 16: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

16 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

Kejayaan tokoh IT seperti Shahril Ibrahim yang mencipta nama dalam bidang animasikomputer dan kesan khas di Hollywood seharusnya menjadi pembakar semangat untukmengorak kejayaan (Majalah PC Oktober 2002).

Ketua Pegawai Eksekutif MDC, menyatakan pihaknya telah dan terus berusaha mencaripeluang untuk menarik pelaburan asing betaraf dunia ke Koridor Raya Multimedia (MSC)melabur di Malaysia. Di antara kejayaan terbarunya ialah penyertaan syarikat sepertiSatyam, DHL, Shell HSBC dan BMW (Utusan Malaysia 25 Disember 2002).

Matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 2003 ialah untuk menjadikan syarikatbernaung memperolehi sijil MSC sebagai syarikat multimedia, sejumlah 500 kesemuanyadengan jumlah 30 bertaraf dunia (bilangan ini telah melepasi sasaran). Di akhir tahun2002, jumlah syarikat yang memiliki sijil MSC adalah sebanyak 730 dan 53 daripadanyabertaraf dunia.

Bayangkan anda sebagai seorang pendidik dalam bidang Pendidikan.Apakah sumbangan yang anda boleh berikan terhadap Koridor RayaMultimedia?

1.2 ASAS SISTEM KOMPUTER

Struktur Komputer terbahagi kepada tiga bahagian iaitu input, proses dan output. LihatRajah 1.11 di bawah:

Rajah 1.11 : Keseluruhan proses di dalam komputer

Peranti Input1. Tetikus2. Papan kekunci3. Skrin Sesentuh4. Pengimbas

Pemproses utama Outuput1. Monitor2. Pencetak3. Pembesar suara

STORANSKUNDER

Input Proses Output

1.2.1 Peranti Input

Fungsi peranti input ialah memasukkan data ke dalam komputer. Terdapatberbagai peranti input, namun hanya empat peranti input yang biasa digunakan olehpendidik iaitu tetikus, papan kekunci, pengimbas dan penyentuh skrin.

Page 17: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 17

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

(a) TetikusTetikus atau mouse berdasarkan gerak tangan pengguna. Pergerakan tetikusboleh dikesan oleh komputer bedasarkan gerakan dan digambarkan diatas skrin dengan gerakan kursor. Tetikus terdiri dari dua atau tiga butangyang boleh ditekan untuk memberi isyarat kepada komputer.

Rajah 1.12 : Tetikus (mouse)

Tetikus digunakan untuk:

• Mengerakkan kursor dan memberi arahan-arahan tertentu pada skrin dengan caramengklik pada ikon-ikon;

• Tetikus membolehkan pengguna mengerakan kursor ke mana saja di atas skrin denganmudah dan lancar;

• Tetikus membolehkan pemindahan imej dilakukan dengan mudah dan cepat; dan

• Tetikus juga memudahkan pengguna menjelajah mengunakan butang interaktif, objekinteraktif, hiperteks dan hipermedia.

(b) Skrin SesentuhSkrin Sesentuh ialah sejenis skrin yang interaktif bagimembolehkan pengguna memasukan arahan denganmenyentuh skrin. Skrin Sesentuh merupakan pilihan lainpada penggunaan tetikus. Alat yang digunakan untukmenyentuh skrin boleh terdiri dari pen elektronik ataujari pengguna. Pengguna perlu menyentuh ikon-ikonpada skrin untuk mengaktifkan sesuatu arahan.

Rajah 1.13 : Skrin sesentuhSumber : http://www.satphonestore.com/SatTV/SeaTel/

touch%20screen1%2010cm%20cmyk%20(2).jpg

(c) PengimbasPengimbas digunakan untuk menyalin atau membaca teks, imej atau grafik. Data-datayang disalin didigitalkan dan disimpan ke dalam komputer sebagai fail. Maklumat yangdibaca akan diproses oleh komputer. Terdapat dua (2) jenis pengimbas yang selaludigunakan iaitu:

• Pengimbas tanganPengimbas tangan biasanya digunakan untuk mengimbasdan membaca kod asas di pasaraya atau di perpustakaan

Rajah 1.14 : Pengimbas tanganSumber : http://www.posdata.com/images/QS6000PL.JPG

Page 18: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

18 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

• Pengimbas bukuPengimbas buku biasanya digunakan untukmengimbas teks, imej dan grafik.

Rajah 1.15 : Pengimbas buku

1.2.2 Mikropemproses ( Pemproses Utama)

Mikropemproses merupakan otak kepada komputer. Mikropemproses terdiri daricip silikon yang mengandungi berjuta litar bersepadu.

Ciri-ciri yang membezakan keupayaan mikropemproses ialah set arahan, lebar jalurnya,kelajuan serta seni binanya. Lebar jalur merujuk kepada bilangan bit yang dapat diprosescontohnya Pentium 4 dengan kelajuan 3.4 Gigahertz mempunyai frekuensi 3.4 Gigahertzyang mana dapat memproses 3.4 bilion pusingan mesin sesaat. Kelajuan merujukkepada bilangan arahan yang boleh dilaksanakan persaat.

Mikropemproses merupakan alat yang paling penting bagi memproses data kepadamaklumat. Mikropemproses berfungsi melibatkan operasi matematik dan unit aritmetiklogik. Unit kawalan mengawal bahagian komputer dengan memberi arahan. Unit arahanmengawal isyarat pergerakan elektronik dari ingatan utama dan unit aritmetik. Unitaritmetik menjalakan operasi logik dan aritmetik.

1.2.3 Peranti Output

Fungsi peranti output ialah memaparkan maklumat yang telah diproses. Perantioutput yang selalu digunakan oleh pendidik ialah monitor, pencetak dan speaker.

(a) MonitorMonitor merupakan skrin yang bertindak untukmemaparkan output yang kehendaki. Monitormerupakan peranti output yang penting danselalu digunakan oleh pengguna. Monitorterbahagi kepada 2 iaitu monokrom dan warna.Monitor monokrom mempunyai paparan hitamputih dan monitor warna mempunyai paparanwarna. Kedua-dua monitor ini disambungdengan komputer menggunakan kad grafik.

Rajah 1.16 : Monitor

Page 19: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 19

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

Bilangan warna yang boleh dipaparkan bergantung kepada keupayaan kad grafik danRAM kad grafik. Ketajaman imej bergantung kepada nilai peleraian.

Peleraian Imej

640X480 piksel Kasar

800X600 piksel

1040X786 piksel

1280X1024piksel Jelas

(b) PencetakPencetak mencetak berbagai maklumat yang telah diproses ke dalam bentuk 'hard copy'.Dengan mencetak pengguna boleh menyimpan maklumat yang dipaparkan pada monitorke bentuk kekal. Pencetak boleh terdiri daripada 3 jenis:

(i) Pencetak Dot MatrikPencetak dot matrik mencetak dengan teknik hentaman. Teknik hentaman ini akanmenghasilkan bintik-bintik halus pada kertas.

Rajah 1.17 : Pencetak dot matrik

(ii) Pencetak Pancutan DakwatPencetak pancutan dakwat berfungsi dengan kaedah pancutan dakwat ke ataskertas.

Rajah 1.18 : Pencetak pancutan dakwat

(iii) Pencetak LaserPencetak laser mempunyai teknik yangsama dengan mesin fotostat. Hasilcetakannya bermutu tinggi.

Rajah 1.19 : Pencetak laser

Page 20: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

20 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

1.2.4 Storan

Cuba anda bayangkan anda sebagai sebuah komputer yang berfungsidalam kehidupan seharian. Apakah proses permulaan anda setiap hari.

Storan boleh bertindak sebagai peranti input atau output. Contohnya setiap kali andamengarahkan data diambil dari storan untuk diproses, storan bertindak sebagai inputsebaliknya jika kita mengarahkan data disimpan di dalam storan, storan bertindaksebagai output. Storan Primer dikenali sebagai Random Access Memory (RAM) danRead Only Memory (ROM, manakala storan Storan Skunder pula terdiri daripadapelbagai bentuk dan aplikasi tambahan contohnya cakera keras, cakera keras mudahalih, pen drive, compact flash atau cakera padat.

(a) Storan PrimerRandom Access Memory (RAM) dalam bahasa melayu bermaksud ingatan capaianrawak. RAM terdiri daripada litar elekteonik yang terdiri daripada cip transitor logik dalamkomputer. Litar elektronik ini mempunyai kelajuan tinggi untuk menyimpan maklumatyang sedang diproses.

RAM berfungsi untuk:

(i) Menyimpan program yang sedang digunakan;

(ii) Menyimpan data yang sedang diproses; dan

(iii) Menyimpan maklumat sebelum dihantar ke peranti output.

RAM boleh mencapai secara pantas walaupun dari lokasi yang jauh. RAM menyimpaningatan dalam bentuk singkat dan sementara sahaja, jika bekalan kuasa terputus ingatanyang terdapat dalam RAM akan hilang.

Rajah 1.20 : RAM

Read Only Memory (ROM) atau ingatan baca sahaja, menjadi alat untuk menyimpanmaklumat secara kekal. Ingatan dalam ROM akan kekal biarpun bekalan kuasadiputuskan. ROM menyimpan maklumat yang telah dimasukan ke dalamnya olehpembina komputer. Di antara maklumat yang dimasukan ke dalam ROM ialah kofigurasi-konfigurasi sistem komputer, kod mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaituset atur cara rutin asas dalam komputer.

Page 21: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 21

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

(b) Storan skunder

Latihan 1.2Cari perbezaan dan persamaan antara RAM dan ROM.

Storan skunder merupakan storan yang digunakan untuk menyimpan data secarakekal. Storan skunder dapat mengekal data, walaupun selepas bekalan kuasadihentikan.

Kandungan storan skunder tidak dapat dicapai secara langsung oleh pemproses. Datayang disimpan dalam storan skunder hendaklah dipindahkan terlebih dahulu ke ingatanutama sebelum boleh digunakan untuk memproses data.

Rajah 1.21 : Storan sekunder

1.3 KESELAMATAN

1.3.1 Peraturan dan Penyenggaraan Komputer

Makmal komputer seperti makmal-makmal yang lain perlu mempunyai peraturannya.Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi oleh pengguna komputer demi keselamatankomputer dan mengelak kemalangan.

Antara peraturan penggunaan makmal, ialah:-

• Pelajar tidak dibenarkan masuk atau berada di dalam makmal kecuali bersama guru;

• Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman di dalam makmal;

• Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang makmal kecuali atas kebenaran guru;

• Tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam makmal;

• Tidak dibenarkan mengubah suai komputer dari berbagai segi. (susunan komputer,perkakasan atau perisian);

• Pastikan makmal sentiasa bersih, buang sampah dalam tong sampah;

Sekiranya anda mempunyai sebuah komputer, apakah Apakah yang andajangkakan akan terjadi sekiranya anda menggunakan RAM 16 mega baitdalam komputer anda?

Page 22: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

22 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

• Berjalan dengan cermat dan tidak dibenarkan berlari di dalam makmal;

• Jika terdapat masalah dapatkan bantuan daripada orang yang dibenarkan membantu sahaja;

• Duduk dengan tertib dan bersopan, tidak dibenarkan berjalan-jalan ke komputer lain;

• Jaga perilaku, jangan membuat bising di dalam makmal;

• Guna komputer dengan kebenaran dan mengikut arahan; dan

• Internet boleh digunakan hanya dengan kebenaran guru sahaja.

(a) Penjagaan PerkakasanKomputer merupakan barang yang sensitif dan mahal. Langkah-langkah berikut perludiberi perhatian oleh pemilik komputer bagi mengelak komputer menjadi rosak:

• Elakkan komputer dari boleh terkena air atau diletak berhampiran dengan tempat yangmempunyai kelembapan tinggi (seperti bawah pendingin udara,dapur dan lain-lain);

• Elakkan komputer diletak berhampiran dengan tempat yang berdebu dan suhu tinggi;

• Elakkan komputer diletak berhampiran dengan tempat yang berhampiran dengan alatelektrik dan bermagnet;

• Jarakkan komputer dengan dinding atau alat lain, lebih kurang 7 cm untukmembenarkan peredaran udara;

• Jangan bersihkan skrin dengan larutan yang mengandungi alkohol atau aseton,bersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak menghakis;

• Gunakan saiz meja yang sesuai untuk meletak komputer, pastikan meja komputerdan komputer diletakkan pada aras yang stabil dan bebas daripada getaran dan alihkankomputer ketika perlu sahaja;

• Rehatkan komputer setelah terlalu kerap atau digunakan secara berterusan;

• Putuskan hubungan bekalan kuasa dan tanggalkan palam dari soket sebelummeninggalkan komputer;

• Gunakan bahan anti-statik di sekitar komputer bagi menghapuskan cas static;

• Bagi mengelak ralat windows, sentiasa keluar dari windows dengan cara yang betul;

• Jangan letakkan makanan dan minuman dekat dengan komputer bagi mengelaktumpahan berlaku;

• Jangan gunakan komputer ketika kilat. Gunakan UPS (Uninterrupted Power Supplies),SP (Surge Protector) dan AVR (Automatic Voltage Regulation) untuk mengstabilkankuasa elektrik;

• Gunakan SP (Surge Protector) bagi menberi pelindungan akibat kesan panahan kilat.(namun SP tidak mampu memberi pelindungan akibat kilat sepenuhnya);

• Jangan ambil atau masukan cakera liut ketika lampu pemacu cakera masih menyala;dan

• Gunakan sistem tools secara maksima, selalu defrag dan scan cakera keras.

Page 23: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 23

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

Cuba anda fikirkan, adakah anda menyenggarakan komputer dengan baikselama ini?

(b) Tugasan Penyenggaraan

Sebagai pengguna komputer, penyenggaraan berkala amat perlu bagi memastikankomputer berkeadaan baik. Berikut antara tugas yang dicadangkan;

Jadual 1.6 : Penyenggaraan Berkala sebagai Pengguna Komputer

Tugasan Keterangannya

Tugasan harian • Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain.

• Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik

• Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik, mulakan semula(restart) sekiranya komputer telah lama digunakan

Tugasan mingguan • Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain.

• Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik.

• Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik, mulakan semula(restart) sekiranya komputer telah lama digunakan.

Tugasan bulanan • Imbas cakera keras bagi membetulkan ralat permukaan yangterdapat.

• Buang aplikasi yang tidak digunakan kerana aplikasi inisekadar memenuhi ruang cakera keras.

• Simpan (backup) dan kemaskini fail-fail system.

• Kemaskini program utiliti dan perisian anti virus.

• Bersihkan perkakasan (papan kekunci, tetikus dan monitor).

• Gunakan program utiliti seperti S.M.A.R.T ( Self-monitoringAnalysis and Report Technology) untuk memantau pelbagaiparameter yang berkaitan dengan fungsi mekanikal sepertikelajuan plat cakera, masa putaran, kuasa motor, kegagalancarian dan gegaran kepada kekisi pemacu. Begitu jugaprogram utiliti seperti Dr PC yang memantau perisian danperkakasan komputer.

Latihan 1.3Nayatakan dan cirikan tugas penyelanggaraan yang harus dibuat bagimemanjangkan jangka hayat komputer

Page 24: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

24 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

1.3.2 Menjaga Keselamatan Data

Terdapat data-data cukup bernilai malah lebih berharga daripada komputer. Contohnyadata tesis amat berharga berbanding dengan fail program lain. Data-data ini perludiutamakan untuk disimpan. Kecuaian menjaga data akan menyebabkan kita kehilangandata yang berharga atau data kita disalahgunakan.

(a) Jenis Penyalahgunaan DataTerdapat pelbagai jenis penyalahgunaan data:

(i) Mencuri data• Terdapat banyak sebab penjenayah mencuri data. Data amat berharga sebagai

contoh data pelanggan amat berharga kepada peniaga. Terdapat penjenayahmencuri data pelanggan bagi membolehkannya merampas pelanggan. Dataakaun bank selalu menjadi sasaran golongan penjenayah. Penjenayah cubamemindahkan duit dalam sesuatu akaun untuk mendapat keuntungan.

(ii) Memanupulasi data• Penjenayah siber juga kerap memanipulasi data bagi tujuan tertentu. Contohnya

ada penjenayah yang menggunakan kebolehan menggunakan komputer denganmenukarkan data dirinya bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa. Terdapat jugayang menukar markah peperiksaan dari gagal ke lulus.

(iii) Mengintip• Persaing dalam peniagaan sentiasa memerlukan data pesaingnya bagi

mengetahui strategi dan seterusnya membina strategi baru yang lebih baik. Begitujuga data keselamatan sebuah negara sering menjadi intipan pihak musuh.Kekurangan penjagaan keselamatan menyebabkan pihak musuh dapat mengintipdata yang penting.

(b) Keselamatan Data

(i) Membentuk kata laluan• Kata laluan ialah susunan huruf atau susunan nombor yang perlu ditaip atau

disebut bagi pengenalan diri. Dalam sistem data, kata laluan akan ditanya ketikakita hendak memasuk atau melihat sistem data. Kata laluan berguna, bagimengelak orang yang tidak dingini melihat data dan seterusnya menyalahgunakandata. Bagi memudahkan mengesan sumber kebocoran rahsia, kata laluanperlulah berlainan antara individu.Susunan huruf atau nombor dalamkata laluan jangan mudah ditekaatau perkataan biasa digunakan.Kata laluan juga perlu sentiasadikemaskini, matikan kata laluandengan cepat bagi pegawai yangtidak lagi bertugas. Pegawaimaklumat juga perlu sentiasamelakukan audit sistem.

Rajah 1.22 : Kata laluan

Page 25: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 25

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

(ii) Mengakses mengikut tingkat keperluan• Pengaturcaraan perlu mengetahui peringkat keperluan pengguna sebelum

membina sistem pangkalan data. Sebagai contohnya, di sekolah pelajar bolehmelihat data peperiksaannya tanpa mengubah data. Kebolehan menukar datamenyebabkan pelajar dapat memanipulasi data. Guru pula boleh mengubah datapeperiksaan mengikut mata pelajaran dan kelas yang diajar. Oleh itu sistemmengakses maklumat mengikut keperluan pengguna amat perlu dilaksanakandemi keselamatan data.

(iii) Prosedur• Prosedur merupakan bahan rujukan utama ketika membina sistem pangkalan

data. Prosedur dalam bentuk dokumentasi dibuat oleh pentabiran data danpengatucara. Prosedur perlu disimpan ditempat yang selamat bagi mengelakprosedur jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

(iv) Membina pangkalan data menggunakan perisian yang stabil dan selamat• Perisian yang biasa digunakan atau mudah

didapati dipasaran terdedah kepada risiko mudahdigodam. Selain daripada itu perisian yang dibinaatas aspek keselamatan yang rendah begitumudah diceroboh. Oleh itu pentabir data perlumemilih perisian yang mempunyai aspekkeselam atan yang tinggi. Sebagai contohperisian jenama ORACLE antara perisianpangkalan data terbaik.

Rajah 1.23 : Perisian pangkalan data OracleSumber : http://www.foldersgalore.com/

Resources/galroracle.jpeg

(c) Membuat Salinan DataData yang disimpan ke dalam cakera keras perlu dibuat salinan ke dalam storan sekunderyang lain bagi mengelak data rosak, dimanupulasi atau hilang. Menyimpan data secaratetap merupakan jaminan terbaik bagi mengelak kehilangan data. Langkah-langkah berikutperlu difikirkan dalam menyimpan data:

(i) Gunakan perisian dan cara yang sesuai ketika operasi menyimpan dan menyalin.Data boleh disalin secara manual, menggunakan aplikasi windows ataumenggunakan perisian ketiga. Menyimpan secara manual digunakan bagi menyalindata semasa, kerap berubah dan mudah dipindahkan. Jika melibatkan data khas(mesej e-mel, ketetapan sistem, registry) penggunaan aplikasi windows atauperisian ketiga agak sesuai.

Sekiranya anda ingin menggunakan kod kata laluan dalam kehidupanseharian anda, apakah jenis-jenis penggunan yang anda rasa perlu dalamkehidupan anda.

Page 26: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

26 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

(ii) Pemilihan peranti dalam operasi penyimpanan data amat penting. Terdapat pelbagaiperanti dan media yang boleh digunakan. Antara faktor yang harus difikirkan dalammemilih peranti atau media ialah:

• Keupayaan peranti menyimpan data;

• Saiz fizikal peranti atau media;

• Harga peranti; dan

• Selain daripada menyimpan data terdapat juga aplikasi lain contohnya sepertipermainan MP3, Kamera dan jam.

(iii) Simpan secara berkala, memandangkan data sentiasa berubah perancangansecara berjadual amat perlu bagi menyimpan data.

1.3.3 Virus

Pada pendangan anda, bagaimanakah sesuatu virus itu mengakibatkankemusnahan di komputer pengguna dan siapakah menyebarkan virus tersebut?

Virus komputer dicipta oleh pengaturcara komputer yang cukup mahir. Virus ialahaturcara komputer yang ditulis untuk merosak perisian dan perkakasan komputer. Viruspertama dikesan pada tahun 1986. Virus boleh berjangkit antara satu komputer ke satukomputer. Virus boleh menyebabkan fail sistem dan fail data mengalami kerosakan,tidak boleh dibaca atau boleh membawa kehilangan data. Sebagai contoh, virusNavidad akan merosakan registry pada windows. Kesannya semua fail sambungan.exe tidak akan dapat dijalankan. Cecacing mampu melumpuhkan pelayan-pelayanutama yang menyebabkan kesesakan dalam sistem rangkaian.

(a) Punca serangan virusBagi mengelak komputer mendapat virus, punca serangan virus perlu dikenal pasti.

Jadual 1.6 : Empat Punca Serangan Virus

Punca Keterangan

• E-mel E-mel merupakan perantara serangan virus paling utama. Fail-failsisipan yang dihantar melalui e-mail kadang-kadang mengandungivirus. Sebaik fail sisipan yang mengandungi virus ini dibuka, virusakan merebak ke dalam komputer. Terdapat virus yang memasukialamat yang disimpan di dalam buku alamat di e-mail, virus ini akanmenghantar e-mail yang mengandungi mengandungi virus dalam failsisipan ke alamat yang terdapat dalam buku alamat.

• Cakera Padat, pen Biasanya virus jenis makro terdapat dalam fail hamparan data. Bilafail ini dibuka daripada storan fail, virus ini akan merosakkan fail-failyang lain termasuk fail sistem.

• Perisian program Internet biasanya merupakan salah satu sumber untuk memperolehipelbagai jenis perisian. Internet juga biasanya digunakan untukmencari bahan atau maklumat.Virus juga boleh bersembunyi dalamperisian atau fail yang dimuat turun dari internet.

• Selitan mesej Fail dalam bentuk iklan atau mesej-mesej yang ganji l jugakemungkinan membawa virus.

atau bahan yangdimuat turun dariinternet

drive dan storanskunder mudah alih

Page 27: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 27

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

(b) Tanda-tanda serangan virus• Perjalanan sistem komputer menjadi perlahan serta memori merosot secara tiba-

tiba

• Kandungan dalam cakera keras berubah walaupun tiada program yang dipasang ataufail yang disimpan.

• Tugas-tugas sistem operasi dan program sukar dijalankan. Error mesej atau amarankehilangan fail program dalam sistem sering berlaku.

• Merosakkan Fail Allocation Table (FAT) dan sector but. FAT yang rosak menyebabkanfail dalam cakera keras tidak dapat baca atau dikesan. Kegagalan sektor but berfungsimenyebabkan sistem computer tidak boleh dimulakan.

• Terdapat hidden file yang sama dan sentiasa memenuhi ruang

• Mesej yang dipaparkan agak ganjil contohnya tanda wujudnya virus Navidad padakomputer ialah ikon mata di sebelah bawah skrin. Bila tetikus melalui ikon ini munculteks "Lo estamos mirando"

• Terdapat laman web yang disekat dari dilayari biarpun tiada arahan sekatan lamanweb dilakukan

• Format atau label fail yang disimpan terubah.

• Fail-fail data atau program hilang

• Kandungan dan kod fail berubah menyebabkan rosak dan tidak dapat digunakan.

• Sektor rosak terbentuk dengan banyak pada cakera keras kesannya menyebabkandata hilang atau gagal dicapai.

(c) Cara-cara mengelak searangan virus• Sentiasa mengemaskini, mengimbas dan memantau laluan masuk dan keluar dari

rangkaian.

• Sentasa mengemaskini, mengimbas dan memantau aplikasi yang berkaitan denganinternet terutamanya e-mail.

• Memasang dan sentiasa mengemaskini program anti virus. Perisian anti virus perludi pasang bagi membolehkan pengesanan dan pencegahan virus.

• Jangan membuka e-mail yang tidak diketahui sumbernya atau diragui kandunganya,sisipan e-mail perlu diimbas oleh perisian anti virus sebelum membukanya.

• Sentiasa mengimbas cakera keras mengikut jadual.

• Muat turun fail dari internet yang mempunyai sumber keselamatan yang tinggi. Janganmuat turun fail-fail prono yang mempunyai sumber keselamatan yang rendah.

• Elakkan menggunakan cakera mudah alih orang lain atau komputer awam.

• Buat bacaan mengenai info terkini tentang virus dan cara pencegahan terkini.

Apakah persamaan yang anda rasa boleh berlaku antara virus yangmenyerang manusia dengan virus yang menyerang komputer?

Page 28: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

28 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

RUMUSAN

Topik ini membincangkan mengenai, pengenalan teknologi maklumat yang mencakupisejarah teknologi maklumat dan teknologi maklumat dalam kehidupan seharianterutamanya dalam kehidupan sebagai pendidik. Koridor Raya Multimedia yangmerupakan mercu tanda kejayaan Malaysia dalam teknologi maklumat dan komunikasiturut dibincangkan dalam topik ini.

Topik ini juga, membincangkan sistem komputer dan perkakasan yang selalu digunakan.Penggunaan teknologi maklumat, tidak dapat lari daripada menghadapi masalahserangan virus dan penyalahgunaan data. Dalam topik ini, cara menguruskan danmenyenggara komputer dengan baik turut dibincangkan bagi mengelakkan ancamanvirus dan penyalahgunaan data.

GLOSARI

Analytical Enjin – Komputer serba guna automatic yang pertama dibina olehCharles Babbage 1833

AVR – Singkatan automatic voltage regulation

Bios – Singkatan basic input or output system

Centrino – Jenis pemprosesan utama yang dikeluarkan oleh Intel

COBOL – Singkatan "common business oriented language", iaitubahasa berorentasi perniagaan

CAE – Singkatan "computer aid engineering"

CAD – Singkatan "computer aided design"

CAM – Singktan "computer aided manufacturing"

Fortran – Singkatan formula translator

Gigahertz – Unit frekuansi yang bernilai seribu juta sesaat

RAM – Singkatan "random access memory"

ROM – Singkatan "read only memory"

S.M.A.R.T – Singkatan "self-monitoring analysis and report technology"

Sistem Binari – Sistem nombor yang menggunakan dua angka asas, iaitu 1 dan 0

SP – Singkatan "surge protector"

UPS – Singkatan "uninterrupted power supplies"

Page 29: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

OUM 29

TOPIK 1 MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM

UJIAN 1

1. Nyatakan perubahan antara komputer generasi pertama hingga generasi keempat.

2. Terdapat pelbagai kegunaan teknologi maklumat dalam kehidupan. Sila nyatakan sertaberi contoh pada setiap penyataan yang menyokong ayat di atas.

3. Senaraikan punca serangan virus dan cara mengatasinya.

4. Senaraikan tujuh aplikasi Koridor Raya Multimedia.

5. Senaraikan masalah penyalahgunaan data dan cara mengatasinya.

UJIAN 2

1. Gambarkan secara keseluruhan cara proses atau cara kerja computer bermula dariperanti input hingga ke peranti output.

2. Nyatakan dan cirikan generasi-generasi komputer.

3. Nyatakan penggunaan komputer dalam kehidupan selaku pendidikan.

4. Beri sebab kenapa Koridor Raya Multimedia dianggap berjaya.

RUJUKAN

IT Subjek Teras di Sekolah. 2002. Berita Harian 2 Julai: muka depan.

Jalur Lebar di Malaysia. Bilakah Riak akan Menjadi Gelombang. Utusan Malaysia 20Jun 2002: megabit ms 4.

Jurang Digital aspirasi wujudkan masyarakat maklumat mungkin gagal. 2002.Utusan Malaysia 28 Disember: Megabait 4.

Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Merebut Bantuan Kewangan dalam perniagaan ICT.Majalah PC September: 56-57.

Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Medefinisi dan merapatkan jurang digital. Majalah PC,September: 58-59.

Mohamad Sabri Idris. 2002. Kerajaan di minta elak ICT jadi indutri monopoli.Surat. Berita Harian, 23 Ogos: ms 11.

Mohd Ridzwan Md Iman. 2003. ICT 2003 di mana kita. Utusan Malaysia 2 Januari: MegaBit ms 4.

Mohd. Ridzwan bin Haji Hashim. 1992 Pengajaran Berbantukan Komputer. WawasanSeptember.

Nor Liza Ahmad, 2001. Profesional IT Meningkat 11 peratus setahun. Berita Harian 3Disember: 16.

Page 30: TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT · PDF fileTiga asas yang menyokong ... menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, ... – Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan

30 OUM

MODEL PERKEMBANGAN DAN REKA BENTUK KURIKULUM TOPIK 1

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan.Kuala Lumpur: Federal Publication.

Syuhada Choo Abdullah Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. 2003. BeritaHarian 7 Januari: Pendidikan ms. 8.

Zorani Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Zorani Wati Abas. 1994. Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: FederalPublications.