pruessential wellness · jantung/arteri atau komplikasi-diabetes, ... apabila anda sihat, bolehlah...

13
PRUessential wellness PERUBATAN “Saya rasa lebih yakin untuk mencapai segala impian kerana kesihatan lebih terjamin”

Upload: others

Post on 20-Oct-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PRUessential wellness

    PERUBATAN

    “Saya rasa lebih yakin untuk mencapai segala impian kerana

    kesihatan lebih terjamin”

  • Pengenalan

    Apabila diagnos mengidap penyakit kritikal merupakan satu tamparan hebat tetapi pemeriksaan kesihatan yang kerap dan gaya hidup yang seimbang boleh meminimumkan kemungkinan perkara ini berlaku. Kecanggihan teknologi perubatan mampu mengesan penyakit serius pada peringkat awal dan oleh itu, terdapat peluang lebih tinggi untuk pulih sepenuhnya sebelum ia merebak menjadi penyakit kritikal.

    Memperkenalkan PRUessential wellness, pelan yang dicipta untuk menjaga kesihatan anda dari awal. Dari Manfaat Pemeriksaan Kesihatan hinggalah Manfaat Penyakit Serius yang melindungi keadaan utama atau prosedur perubatan seperti kanser peringkat awal dan pemindahan kornea, pelan ini mengutamakan kesejateraan anda. Bukan itu sahaja, pelan ini juga memberikan perlindungan tambahan untuk diagnosis untuk penyakit khusus jantung/arteri atau komplikasi-diabetes, membolehkan anda memberi tumpuan untuk pulih dengan lebih baik tanpa menjejaskan simpanan yang telah anda buat untuk persaraan.

    Apabila anda sihat, bolehlah anda menikmati kehidupan dengan lebih hebat terutamanya apabila impian hidup anda semakin hampir digenggaman. Mulakan perjalanan anda untuk kesihatan yang lebih baik bersama kami!

    >

    PRUessential wellness membolehkan anda:

    Sekilas pandang:> MENGETAHUI status kesihatan anda

    > Memiliki PERLINDUNGAN YANG BETUL pada MASA YANG TEPAT

    > Menuntut sehingga 5 KALI dari PELBAGAI JENIS penyakit, keadaan atau prosedur perubatan

    > Tiada tempoh menunggu DI ANTARA tuntutan

    > LINDUNGI diri anda daripada KOMPLIKASI DIABETES

    Kekayaan tidak bermakna tanpa kesihatan!

  • Tuntutan sehingga 5 kali

    Anda boleh terus membuat tuntutan sehingga 5 kali untuk pelbagai jenis penyakit, keadaan atau prosedur perubatan yang kami lindungi di bawah pelan ini selagi jumlah diinsuranskan pilihan anda untuk PRUessential wellness masih belum 100% dibayar sepenuhnya.

    Tiada tempoh menunggu DI ANTARA tuntutan

    Jika penyakit semakin merebak atau anda mengidap Penyakit Serius yang lain, anda boleh tetap yakin kerana kami akan membayar tuntutan seterusnya serta-merta sebab tiada tempoh menunggu diperlukan di antara tuntutan boleh dibuat.

    Perlindungan tambahan untuk KOMPLIKASI DIABETES

    Perlindungan pertama-seumpamanya untuk komplikasi diabetes yang membolehkan anda terus mendapat rawatan untuk diabetes tanpa perlu memikirkan tentang kesannya ke atas simpanan persaraan anda.

    » Faedah

    KETAHUI status kesihatan anda

    Langkah pertama untuk kesihatan yang baik adalah memahami keadaan kesihatan anda. Setiap 2 tahun anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan daripada kami untuk membantu anda mengetahui status kesihatan anda dan mengambil langkah segera untuk memperbaikinya.

    PERLINDUNGAN YANG TEPAT pada MASA YANG TEPAT

    Tidak seperti pelan perubatan lain yang hanya membayar anda apabila penyakit mencecah tahap kritikal atau apabila anda dimasukkan ke hospital, kami akan melindungi anda dari peringkat awal sebarang Penyakit Serius. Lebih parah penyakit tersebut, lebih banyak akan kami bayar kepada anda.

  • 1. Apakah ciri-ciri PRUessential wellness?

    PRUessential wellness adalah rider premium biasa yang menyediakan Manfaat Pemeriksaan Kesihatan, Manfaat Penyakit Serius dan Manfaat Khas anda.

    Manfaat Pemeriksaan Kesihatan Dari seawal ulangtahun ke-2 pelan, kami akan memberikan baucer bernilai RM500 untuk

    anda menjalani pemeriksaan kesihatan di panel kemudahan perubatan yang kami tetapkan. Anda akan terus menerima baucer ini sekali setiap 2 tahun selagi PRUessential wellness masih berkuatkuasa.

    Manfaat Penyakit Serius Melindungi pelbagai jenis Penyakit Serius seperti kanser peringkat awal dan pemindahan

    kornea, faedah ini membolehkan anda mendapatkan rawatan yang anda perlukan tanpa menjejaskan matlamat kewangan anda. Penyakit ini diletakkan di bawah 11 kategori dan dibahagikan lagi kepada 3 peringkat keparahan berlainan. Amaun yang kami bayar kepada anda adalah berdasarkan keparahan penyakit tersebut dan kesannya ke atas gaya hidup anda. Dengan adanya pembayaran di peringkat awal, peluang anda untuk pulih juga lebih baik kerana kini anda boleh mendapatkan rawatan untuk penyakit tersebut sebelum ia mengancam nyawa anda.

    Sila rujuk Lampiran I untuk senarai Penyakit Serius yang dilindungi di bawah faedah ini.

    Manfaat Pemeriksaan Kesihatan

    Jumlah Diinsuranskan

    Manfaat Penyakit Serius

    Keparahan Rendah

    Keparahan Sederhana

    Keparahan Tinggi

    Manfaat Khas

    Pelan A

    RM 50,000

    Pelan B

    RM100,000

    Pelan C

    RM150,000

    Pelan D

    RM200,000

    RM 5,000 RM10,000 RM15,000 RM20,000

    -----------------30% daripada jumlah diinsuranskan-------------------------------60% daripada jumlah diinsuranskan-----------------

    ---------------100% daripada jumlah diinsuranskan---------------

    Baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM500

    »Segalanya mengenai PRUessential wellness

  • 2. Siapakah yang boleh mendapatkan PRUessential wellness?

    Sesiapa yang berumur di antara 19-65 tahun pada harijadi seterusnya boleh mendapatkan faedah ini.

    3. Berapakah amaun premium dan berapa lamakah saya perlu membayar premium?

    Premium yang perlu anda bayaran bergantung kepada umur anda, status perokok dan jenis pelan, dan ia tertakluk kepada pengunderaitan. Anda perlu membayar premium sepanjang masa PRUessential wellness kekal berkuatkuasa.

    Anda boleh merujuk Lapiran III untuk premium.

    4. Bagaimanakah kami membayar tuntutan Penyakit Serius?

    Anda boleh menyerahkan tuntutan berganda sebelum PRUessential wellness tamat. Kami akan membayar faedah tersebut kepada anda selagi anda masih hidup selama 30 hari selepas didiagnos mengidap Penyakit Serius. Apabila kami telah membayar untuk sesuatu penyakit, keadaan atau prosedur perubatan untuk mana-mana tahap keparahan, penyakit atau keadaan lain dibawah kategori tersebut dengan keparahan sama atau lebih rendah tidak akan dilindungi.

    Semua Manfaat termasuk Manfaat Khas dan Manfaat Pemeriksaan Kesihatan akan tamat sebaik sahaja 100% jumlah diinsuranskan bagi Penyakit Serius telah dibayar.

    Selepas tuntutan pertama telah dibayar, dan tuntutan seterusnya adalah daripada: (a) Penyakit Serius daripada kategori SAMA Kami akan membayar Manfaat ini selepas menolak sebarang amaun yang telah

    kami bayar sebelum ini untuk sebarang penyakit, keadaan atau prosedur perubatan di bawah kategori tersebut.

    (b) Penyakit Serius daripada kategori BERLAINAN Kami akan membayar Manfaat ini untuk tuntutan berdasarkan tahap keparahan

    Penyakit Serius tersebut, atau baki adalah diinsuranskan yang masa lebih rendah.

    Manfaat Khas Kecanggihan teknologi perubatan membolehkan rawatan awal untuk penyakit khusus

    jantung/arteri atau komplikasi-diabetes boleh menghalang kesihatan anda daripada menjadi semakin teruk. Bayaran tambahan dibayar sekaligus akan dibuat apabila anda didiagnos mengalami penyakit khusus jantung/arteri atau komplikasi-diabetes selagi PRUessential wellness masih berkuatkuasa.

    Sila rujuk Lampiran II untuk senarai penyakit khusus jantung/arteri atau komplikasi-diabetes yang dilindungi di bawah faedah ini.

  • Tuntutan ke-2

    Kemudian, Cik Lin menjalani Mastektomi. Oleh kerana keadaan adalah dari kategori yang sama dengan tuntutan sebelumnya, kami akan membayar baki 30%, iaitu RM30,000.

    Tuntutan ke-3

    Karsinoma in situ melarat menjadi kanser payudara tahap akhir. Pelan tamat apabila kami membayar baki jumlah diinsuranskan kepada beliau, iaitu RM40,000.

    Tuntutan pertama

    Cik Lin membuat tuntutan pertama selepas didiagnos dengan Duktus Karsinoma in situ payudara. Untuk tuntutan ini, kami akan membayar RM30,000 kepada beliau.

    Sebagai contoh, Cik Lin membeli Pelan B dengan jumlah diinsuranskan RM100,000

    (a) KATEGORI SAMA:

    Jumlah Diinsuranskan

    Polisi berkuat-

    kuasa

    Selepas tuntutan pertama

    RM70,000

    RM100,000

    Jumlah Diinsuranskan

    Selepas tuntutan

    ke-2

    RM40,000

    RM70,000

    Jumlah Diinsuranskan

    Selepas tuntutan

    ke-3

    RM40,000

    RM0

  • Tuntutan ke-2

    Kemudian, beliau didiagnos dengan Artritis Reumatoid yang agak parah. Oleh kerana penyakit adalah daripada kategori berlainan, kami akan membayar RM60,000 kepada beliau.

    Tuntutan ke-3

    Cik Lee mengalami kegagalan hati tahap akhir. Oleh kerana jumlah maksimum yang boleh kami bayar untuk Manfaat Penyakit Serius adalah RM100,000, kami akan membayar baki jumlah diinsuranskan kepada beliau, iaitu RM10,000. Semasa bayaran ini, pelan akan terbatal.

    (b) KATEGORI BERLAINAN:

    Tuntutan pertama

    Cik Lin membuat tuntutan pertama selepas beliau membuang salah satu ginjalnya. Untuk tuntutan ini, kami akan membayar RM30,000 kepada beliau.

    Jumlah Diinsuranskan

    Selepas tuntutan pertama

    RM70,000

    RM100,000

    Jumlah Diinsuranskan

    Selepas tuntutan

    ke-2

    RM10,000

    RM70,000

    Jumlah Diinsuranskan

    Selepas tuntutan

    ke-3

    RM10,000

    RM0

    Polisi berkuat-

    kuasa

  • 5. Apakah pengecualiannya?

    Kami tidak akan membayar sebarang Manfaat Penyakit Serius dan Manfaat Khas jika penyakit atau keadaan tersebut adalah disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh salah satu yang berikut:

    (a) Sebarang gejala yang berlaku dalam masa:

    i. 90 hari pertama perlindungan berterusan untuk sebarang penyakit atau keadaan di bawah Keparahan Rendah dan Sederhana untuk Manfaat Penyakit Serius dan Manfaat Khas.

    ii. 60 hari pertama perlindungan berterusan untuk Serangan Jantung, Penyakit Koronari Arteri dan Kanser.

    iii. 30 hari pertama perlindungan berterusan untuk semua penyakit atau keadaan lain di bawah Keparahan Tinggi untuk Manfaat Penyakit Serius.

    (b) kewujudan AIDS atau kehadiran sebarang jangkitan HIV.

    (c) penyakit sedia-ada.

    Tambahan kepada penyakit atau keadaan yang dilindungi di bawah Keparahan Rendah dan Sederhana untuk Manfaat Penyakit Serius dan Manfaat Khas (selain Angioplasti Dan Lain-lain Rawatan Invasif untuk Penyakit Koronari Arteri), kami juga tidak akan membayar sebarang Faedah jika penyakit atau keadaan adalah disebabkan secara langsung atau tidak alngsung oleh salah satu yang berikut:

    (a) mencederakan diri sendiri ketika siuman atau tidak siuman.

    (b) penyalahgunaan alkohol atau dadah.

    (c) perang, penaklukan, tindakan ganas musuh asing (sama ada perang disytiharkan atau tidak), perang saudara, penentangan, revolusi, pemberontakan, rampasan kuasa atau ketenteraan, penglibatan langsung di dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.

    (d) kegagalan mendapatkan atau mematuhi nasihat perubatan yang wajar.

  • Lampiran I: Senarai penyakit, keadaan dan prosedur perubatan yang dilindungi di bawah Manfaat Penyakit Serius:

    Keparahan Sederhana

    • Artritis Reumatoid yang agak Parah

    • Kehilangan Satu Tangan atau Kaki

    oleh Amputasi

    • Mastektomi untuk Karsinoma in situ Payudara

    • Prostatektomi untuk Kanser Prostat T1NoMo

    • Kistektomi untuk Karsinoma in situ Pundi Kencing atau Karsinoma Papilari Pundi Kencing

    • Pemindahan Koklea

    • Kemasukan Pendefibril Kardium

    • Gangguan Ginjal Parah yang Kronik

    • Sirosis Hati

    • Pembuangan dua atau lebih Lobus Paru-paru

    • Penyakit Parkinson yang agak Parah

    • Penyakit Alzheimer yang agak Parah

    atau Dementia

    • Pemindahan Organ Utama Tertunda

    • Pembedahan Arteri Karotis

    • Penglihatan Bilateral Rendah yang Parah

    Keparahan Rendah

    • Keretakan Osteoporosis yang Memerlukan Pembedahan

    • Penggantian Sendi disebabkan Osteoartritis yang Parah

    Kanser peringkat awal: • Duktus karsinoma in situ payu dara• Karsinoma in situ serviks• Karsinoma in situ kolon

    (tidak termasuk rektum)• Karsinoma in situ pundi

    kencing / Karsinoma Papila Pundi• Kanser Prostat Aras 1• Penyakit Hodgkin Aras 1

    • Kehilangan Pendengaran Bilateral yang Parah

    • Kemasukan Perentak Jantung

    • Perikardektomi • Pembedahan Injap Jantung Perkutaneus • Pembedahan Invasif

    Minimal untuk Aorta

    • Nefrektomi/Pembuangan satu Ginjal

    • Hepatektomi Separa

    • Pembuangan satu Lobus Paru-paru • Asma Status

    • Penyakit Parkinson Tahap Awal

    • Pemindahan Usus Kecil

    • Kraniotomi untuk Rawatan Aneurisme/ AVM • Kemasukan Pintas Peritoneal Ventrikel

    • Hilang Penglihatan Satu Mata

    • Pemindahan Kornea

    Keparahan Tinggi

    • Artritis Reumatoid yang Parah• Kehilangan Kehidupan Bebas

    • Kanser

    • Pekak

    • Serangan Jantung • Penyakit Koronari Arteri

    yang Memerlukan Pembedahan

    • Penyakit Koronari Arteri Lain yang Serius

    • Penggantian Injap Jantung

    • Kardiomiopati • Pembedahan Aorta

    • Kegagalan Ginjal

    • Penyakit Hati yang Kronik

    • Penyakit Paru-paru Kronik

    • Penyakit Parkinson• Penyakit Alzheimer

    • Pemindahan Organ Utama

    • Strok

    • Buta

    Kategori

    1. Tulang/Sendi

    2. Kanser

    3. Pendengaran

    4. Jantung/ Arteri

    5. Ginjal

    6. Hati

    7. Paru-paru

    8. Penyakit Saraf

    9. Pemindahan Organ

    10. Strok

    11. Penglihatan

  • Lampiran II: Senarai Penyakit, keadaan dan prosedur perubatan yang dilindungi di bawah Manfaat Khas:

    Kategori Penyakit/Keadaan/Prosedur

    Jantung/Arteri • Angioplasti dan Rawatan Invasif lain untuk Penyakit Arteri Koronari • Pembedahan Pintasan Lelubang Kunci Koronari atau Revaskularisasi

    Transmiocardial dengan Laser atau Prosedur Kaunterpulsasi Luaran Tertingkat

    Komplikasi Diabetes • Pembedahan Retinopati untuk Diabetes Jenis 2 • Amputasi Anggota Badan akibat Komplikasi Diabetes Jenis 2 • Nefropati Diabetes Parah yang mengakibatkan Kegagalan Ginjal

    Umur pada Pelan Pelan Pelan Pelan Pelan Pelan Pelan Pelan Harijadi A B C D A B C D Seterusnya Umur 19 - 25 596 789 1,036 1,263 552 633 769 920tamat 55 26 - 30 657 893 1,185 1,453 593 712 869 1,047dan ke 31 - 35 740 1,037 1,391 1,715 649 819 1,008 1,224bawah 36 - 40 786 1,223 1,658 2,058 657 897 1,187 1,453 41 - 45 965 1,515 2,035 2,540 756 1,135 1,473 1,783

    Umur 19 - 25 809 1,346 1,843 2,297 624 990 1,329 1,640tamat 65 26 - 30 896 1,513 2,083 2,605 684 1,105 1,494 1,851 31 - 35 1,010 1,730 2,394 3,003 762 1,254 1,708 2,124 36 - 40 1,163 2,021 2,814 3,539 868 1,454 1,996 2,494 41 - 45 1,370 2,415 3,380 4,264 1,012 1,727 2,388 2,995 46 - 50 1,617 2,889 4,063 5,138 1,184 2,057 2,864 3,605 51 - 55 2,010 3,554 5,019 6,360 1,451 2,529 3,544 4,476

    Umur 19 - 25 1,243 2,183 3,047 3,834 918 1,559 2,150 2,689tamat 75 26 - 30 1,367 2,421 3,390 4,273 1,004 1,723 2,385 2,990 31 - 35 1,521 2,716 3,815 4,816 1,109 1,925 2,675 3,361 36 - 40 1,716 3,089 4,350 5,501 1,243 2,180 3,042 3,831 41 - 45 1,960 3,557 5,024 6,361 1,411 2,501 3,505 4,422 46 - 50 2,270 4,150 5,876 7,449 1,625 2,910 4,093 5,173 51 - 55 2,711 4,917 6,977 8,854 1,963 3,442 4,857 6,149 56 - 60 3,526 6,431 9,098 11,547 2,564 4,584 6,450 8,163 61 - 65 3,968 7,317 10,384 13,173 2,883 5,241 7,412 9,394

    Umur 19 - 25 1,888 3,423 4,832 6,114 1,348 2,386 3,340 4,208tamat 85 26 - 30 2,060 3,754 5,309 6,723 1,465 2,610 3,662 4,621 31 - 35 2,265 4,148 5,875 7,446 1,603 2,876 4,046 5,111 36 - 40 2,513 4,624 6,560 8,321 1,772 3,199 4,510 5,704 41 - 45 2,814 5,200 7,388 9,379 1,975 3,589 5,071 6,421 46 - 50 3,177 5,896 8,390 10,658 2,222 4,062 5,752 7,290 51 - 55 3,619 6,743 9,608 12,212 2,523 4,638 6,580 8,348 56 - 60 4,139 7,738 11,035 14,032 3,003 5,358 7,551 9,586 61 - 65 5,305 9,769 13,860 17,576 3,871 7,030 9,939 12,597

    Lelaki Perokok Lelaki Bukan-Perokok

    Lampiran III: Kadar Premium Tahunan untuk PRUessential wellness

    Kadar premium adalah berdasarkan risiko standard dan tertakluk kepada pengunderaitan.

  • Umur pada Pelan Pelan Pelan Pelan Pelan Pelan Pelan Pelan Harijadi A B C D A B C D Seterusnya Umur 19 - 25 673 872 1,156 1,417 604 733 851 1,023tamat 55 26 - 30 766 1,045 1,308 1,610 666 852 1,022 1,180dan ke 31 - 35 899 1,302 1,675 2,016 753 1,023 1,270 1,498bawah 36 - 40 929 1,428 1,889 2,311 751 1,083 1,389 1,672 41 - 45 1,015 1,644 2,226 2,759 790 1,209 1,597 1,951

    Umur 19 - 25 741 1,217 1,655 2,057 605 899 1,197 1,471tamat 65 26 - 30 811 1,350 1,846 2,302 667 990 1,328 1,638 31 - 35 898 1,513 2,082 2,602 754 1,103 1,489 1,844 36 - 40 1,089 1,718 2,375 2,978 882 1,267 1,692 2,104 41 - 45 1,364 2,199 2,973 3,681 1,065 1,622 2,137 2,608 46 - 50 1,507 2,543 3,498 4,377 1,136 1,827 2,466 3,052 51 - 55 1,695 2,957 4,115 5,186 1,245 2,089 2,870 3,590

    Umur 19 - 25 1,120 1,945 2,705 3,397 833 1,395 1,912 2,385tamat 75 26 - 30 1,223 2,144 2,990 3,762 904 1,531 2,107 2,635 31 - 35 1,348 2,383 3,334 4,201 990 1,694 2,343 2,935 36 - 40 1,500 2,674 3,752 4,735 1,094 1,894 2,630 3,302 41 - 45 1,689 3,034 4,270 5,397 1,224 2,142 2,986 3,757 46 - 50 1,928 3,490 4,924 6,231 1,389 2,456 3,437 4,334 51 - 55 2,271 4,083 5,775 7,315 1,669 2,868 4,029 5,088 56 - 60 2,621 4,814 6,824 8,652 1,872 3,377 4,760 6,021 61 - 65 3,436 6,277 8,872 11,230 2,509 4,520 6,372 8,062

    Umur 19 - 25 1,774 3,205 4,518 5,713 1,270 2,236 3,123 3,931tamat 85 26 - 30 1,930 3,505 4,949 6,263 1,375 2,438 3,414 4,303 31 - 35 2,114 3,856 5,455 6,909 1,499 2,676 3,756 4,740 36 - 40 2,332 4,274 6,056 7,677 1,647 2,959 4,163 5,260 41 - 45 2,595 4,779 6,782 8,603 1,825 3,300 4,655 5,888 46 - 50 2,916 5,395 7,667 9,733 2,043 3,718 5,255 6,654 51 - 55 3,315 6,158 8,763 11,131 2,314 4,236 6,000 7,605 56 - 60 3,834 7,152 10,191 12,952 2,667 4,910 6,969 8,841 61 - 65 4,576 8,475 12,092 15,375 3,361 6,042 8,505 10,767

    Wanita Perokok Wanita Bukan-Perokok

    Lampiran III: Kadar Premium Tahunan untuk PRUessential wellness

    Kadar premium adalah berdasarkan risiko standard dan tertakluk kepada pengunderaitan.

  • Mulakan perjalanan anda untuk kesihatan yang baik bersama kami!

    Nota Penting• Risalah ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Anda adalah dinasihatkan agar merujuk

    kepada Lembaran Keterangan Produk dan Ilustrasi Jualan sebelum membeli pelan, dan merujuk kepada terma dan syarat di dalam dokumen polisi untuk maklumat mengenai ciri-ciri penting pelan.

    • Anda hendaklah menilai kemampuan dan kesesuaian produk agar memenuhi matlamat kewangan dan tahap risiko anda. Untuk itu, kami menyarankan agar anda berbincang dengan agen atau Perancang Kewangan anda yang akan melakukan analisis keperluan dan membantu anda membuat keputusan yang tepat.

    • Untuk membolehkan anda menyemak sama ada pelan ini memenuhi keperluan anda, terdapat tempoh semakan percuma selama 15 hari selepas polisi anda dihantar. Jika polisi dibatalkan semasa tempoh ini, kami akan mengembalikan kepada anda nilai unit-unit (pada tarikh harga seterusnya) dicampur premium yang tidak dilaburkan, caj perkhidmatan, caj insurans dan caj jaminan tolak perbelanjaan perubatan yang mungkin telah kami bayar atau bersetuju untuk membayar berhubung sebarang pemeriksaan kesihatan.

    • Jika anda membatalkan polisi anda lebih awal, anda mungkin tidak mendapat kembali nilai penuh yang telah anda bayar kepada kami. Apabila anda menyerahkan polisi ini, pelbagai faedah di dalam polisi akan dibatalkan.

    • Kadar premium dan caj insurans untuk faedah ini adalah tidak terjamin. Kami berhak untuk menyemak kadar premium dan caj pada ulangtahun polisi dengan memberikan notis terdahulu 90-hari jika pengalaman tuntutan sebenar lebih tinggi dari jangkaan.

    • Premium yang tidak dibayar boleh menyebabkan rider ini batal.• Rider akan kekal berkuatkuasa sehingga akhir tempoh tamat polisi selagi anda membayar

    semua premium yang perlu dibayar tepat pada masanya. Sebaliknya, rider anda mungkin akan kekal berkuatkuasa selagi terdapat unit-unit yang mencukupi untuk kami memotong caj insurans.

    • Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah dilesenkan di bawah Akta Insurans (1996) dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

    Untuk bantuan peribadi hubungi 03-2116 0228, e-mel kami di [email protected] atau hubungi Perancang Kewangan Prudential anda.

    Ini adalah produk insurans yang bergantung kepada prestasi aset yang dilaburkan, dan bukanlah suatu produk pelaburan seperti dana amanah.

  • Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U)

    Menara Prudential, 10 Jalan Sultan Ismail,50250 Kuala Lumpur, Malaysia.

    Tel: 03-2116 0228 Fax: 03-2032 3939Email: [email protected]

    www.prudential.com.my

    02/2011

    1.pdf2345678910111213