laporan reflektif

Upload: petai-cicoh-budu

Post on 17-Jul-2015

963 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MATLAMAT PROGRAM BIG

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

OBJEKTIF PROGRAM BIG

1) Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. 2) Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. 3) Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. 4) Meningkatkan dan menguasai interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat. 5) Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. 6) Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T Pertama sekali saya ini melimpahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana telah diberi kesempatan untuk menjalani program Bina Insan Guru bagi pelajar 1PISMP ambilan Januari 2012 dan seterusnya menyiapkan folio ini. Seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah pengiring dan urusetia-urusetia yang terlibat sepanjang perkhemahan ini dijalankan. Mereka telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat-nasihat yang berguna kepada saya yang mungkin berguna untuk saya pada masa hadapan. Mereka juga amat penting kerana mereka semua adalah pendidik yang akan mendidik guru-guru pelatih supaya mempunyai jati diri yang hebat serta cemerlang kelak. Selain itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mentor saya iaitu Ustaz Tumon bin Moromo yang telah banyak membantu saya dan rakan-rakan mentee sepanjang kami berada di sana. Ustaz telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami serta membantu kami sekiranya berhadapan dengan masalah. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang bersama-sama mengikuti program BIG Siri 2 iaitu daripada kelas Matematik 1, RBT 1 dan RBT 2. Mereka semua yang terlibat telah banyak membantu saya semasa menjalani perkhemahan tersebut terutama ahli kumpulan saya di sana iaitu kumpulan Lagenda. Mereka semua banyak membantu saya apabila berada dalam kesusahan. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam perkhemahan Bina Insan Guru ini. Terima kasih.

21

LAPORAN REFLEKTIF HARI PERTAMA

16 FEBRUARI 2012

Pada semester ini saya dan rakan-rakan berpeluang menjalankan aktiviti Bina Insan Guru (BIG) di Pulau Pangkor, Perak. Seawal jam 9.00 pagi saya dan rakan-rakan bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur menuju ke jeti di Lumut, Perak dengan menggunakan dua buah bas. Setibanya di jeti, jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari. Oleh itu, bagi yang beragama islam, kami menunaikan solat jamak zohor dan asar secara berjemaah. Kami diberikan tiket dan diminta menunggu bot di ruangan menunggu. Perjalanan ke pulau itu mengambil masa selama lebih kurang 30 minit. Seterusnya kami menaiki van untuk ke tapak perkhemahan di Kem Ceria Bogak. Setibanya di sana, kami diberi sedikit taklimat mengenai peraturanperaturan dan jadual program BIG ini secara terperinci oleh pengerusi BIG siri 2 dan juga merangkap penghulu, Mohd Azizi bin Mohidin. Taklimat amat penting dalam program-program seperti ini kerana ianya merupakan salah satu peringatan kepada peserta supaya menepati masa dan boleh menjamin keselamatan kita sekiranya mematuhi peraturan yang ditetapkan .Setelah selesai taklimat, kami diminta untuk mengangkat khemah dan menyusun kedudukan khemah supaya seimbang iaitu 10 khemah untuk lelaki dan 10 khemah untuk pelatih perempuan. Kerjasama semua peserta diperlukan untuk melakukan tugas ini selain dapat menyelesaikan perkara ini dengan cepat dan teratur. Masingmasing memberi kerjasama dan komitmen dan akhirnya tugas ini apat diselesaikan dalam masa yang singkat. .Kami tidak perlu memasang khemahkhemah tersebut kerana peserta BIG siri 1 telah meninggalkan khemah dalam keadaan yang terpasang. Selesai menguruskan khemah, kami diberi masa untuk menguruskan diri dan berehat sebelum aktiviti seterusnya. Tepat jam 4.30 petang, kami diminta untuk berkumpul di tepi pantai untuk taklimat aktiviti pertama kami iaitu Aktiviti Keselamatan dan Keyakinan di Air. Pertamanya kami diberi taklimat mengenai penggunaan jaket keselamatan oleh jurulatih. Taklimat ini amat penting kerana kami akan menjalani aktiviti yang berbahaya yang mungkin membahayakan

keselamatan kami. Jurulatih betul-betul memberi penekanan terhadap larangan berenang terlalu jauh ketengah. Seterusnya kami melakukan aktiviti pemanasan badan, ini amat penting kerana jika tidak melakukannya dengan betul, kami mungkin akan kejang dan membahayakan keselamatan. Kami boleh mengambil contoh melalui aktiviti ini sekiranya menjadi guru kelak, iaitu kami perlu memberi penekanan terhadap perkara-perkara yang penting dan memberi larangan yang tegas untuk aktiviti yang merbahaya .Kami dibahagikan kepada empat kumpulan, masing-masing dua kumpulan untuk lelaki dan perempuan. Seorang jurulatih bagi setiap kumpulan bertanggungjawab memantau kami sepanjang menjalani aktiviti ini. Seterusnya kami diberi masa untuk menguruskan diri dan solat maghrib bagi yang muslim. Manakala bagi yang bukan muslim, mereka menjalani pendidikan moral bersama jurulatih bertanggungjawab. Program kerohanian seperti ini amat penting kepada kami bakal guru kerana ia akan membantu membentuk dalaman kami supaya nilai-nilai murni yang baik dapat diterapkan dalam diri untuk menjadi guru yang baik serta suri teladan kepada para pelajar. Selesai sahaja program kerohanian, kami dibenarkan makan malam. Makan malam telah disediakan oleh kumpulan yang bertugas pada malam itu. Tepat jam 9.00 malam, kami bersama pensyarah kaunseling memulakan LDK 1 iaitu Ice-Breaking. Dalam masa 2jam tersebut, kami telah dipecahkan kepada empat kumpulan besar dan bercampur antara kelas. Purata ahli setiap kumpulan adalah seramai 20 orang. Dalam aktiviti ini juga kami diedarkan borang bingo untuk diisi. Aktiviti LDK 1 ini lebih menjurus kepada sesi perkenalan antara peserta BIG di samping menguji tahap kepekaan dan kerjasama kami dalam menjadikan sesuatu aktiviti yang diamanahkan berjalan dengan lancar. . Kami di campur dengan kelas yang berlainan kerana ini akan memberi peluang kepada kami untuk mengenali satu sama lain dengan lebih dekat dan ini akan membantu kami meningkatkan kemahiran komunikasi kami untuk digunakan di sekolah dengan guru lain serta anak murid kami.

Tamat LDK 1, kami mula beransur masuk ke dalam khemah masingmasing untuk tidur. Sentri yang bertugas memulakan tugasnya bermula jam 12.00 malam. Petugas akan berkawal selama satu jam setiap kumpulan dan habis pada jam 5.00 pagi esoknya. Tugas sentri amat penting dalam menjaga keselamatan peserta program dan ini juga dapat kami aplikasikan apabila bergelar guru kelak jika kami mengikuti program-program perkhemahan seperti ini. Ini dapat menjamin keselamatan pelajar kami.

LAPORAN REFLEKTIF

HARI KEDUA17 FEBRUARI 2012

Kami dikejutkan seawal jam 5.00 pagi untuk menguruskan diri dan bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh berjemaah bagi yang beragama islam dan bagi yang bukan islam pula, mereka akan menjalani kuliah moral pada jam 6.15 pagi. Pada pagi tersebut, kuliah subuh disampaikan oleh salah seorang peserta iaitu Aminuddin daripada kelas matematik 1. Kuliah ini amat bermakna kerana ia dapat melatih keyakinan seseorang untuk berada di depan dan menyampaikan maklumat. Selesai sarapan, kami berkumpul untuk senaman pagi dan nyanyian lagu patriotic. Aktivit senaman ini perlu dipraktikkan sebagai satu langkah untuk menjaga kesihatan diri. Sebagai seorang guru, kami haruslah menjaga kesihatan kami supaya dapat menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan. Manakala nyanyian lagu patriotik pula untuk menanamkan rasa cintakan negara dan perasaan cintakan institute kami. Hal ini kerana, tanpa pendidikan yang diajar di institute, kami tidak akan berupaya menjadi guru yang baik dan berdedikasi. Seterusnya kami dibenarkan untuk menjamu sarapan pagi. Kumpulan yang dipertanggungjawab melakukan tugas dengan baik kerana masing-masing memberi kerjasama dan saling bantu-mambantu antara satu sama lain. Selesai makan, kami bersiap sedia untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Pada hari kedua, kami dipecahkan kepada dua kumpulan besar. Satu kumpulan akan menjalani aktiviti darat, dan satu lagi menjalani aktiviti air. Kumpulan saya melakukan aktiviti darat dan seperti biasa kami diberi taklimat serta peraturan semasa menjalani aktiviti ini. Kumpulan besar tadi dipecahkan kepada 4 kumpulan kecil. Seorang ketua dan pembantu ketua dilantik dalam setiap kumpulan. Ketua dan penolong dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan ahli yang lain terutama peserta perempuan. Ini dapat melatih kami supaya dapat memikul tanggungjawab sebagai ketua dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri kami. Ketua telah diajar cara-cara membaca bearing dengan menggunakan kompas kerana kami diminta mencatat bearing antara stesen atau checkpoint. Selain itu, peserta lelaki ditempatkan di hadapan dan dibelakang manakala peserta perempuan akan berada di antara pelajar lelaki dalam setiap kumpulan.

Seterusnya, kami diajar cara untuk membuat ikatan tali uang dinamakan Ikatan Pencuri dan beberapa peserta diminta untuk mencuba membuat ikatan ini. Setelah semua bersiap sedia, kami mula berjalan kaki menuju ke kaki bukit untuk memulakan pendakian. Semasa pendakian, setiap peserta harus memainkan peranan supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Keselamatan diri dan ahli kumpulan amat dititik beratkan. Melalui aktiviti seperti inilah nilai tanggungjawab dan kerjasama dapat dipupuk dan diterapkan dalam diri peserta. Selain melakukan pendakian, kami juga diberi beberapa tugasan iaitu melakar peta pendakian dan mencatat nama serta melukis gambar 5 jenis tumbuhan dan haiwan yang kami jumpa sepanjang pendakian. Kumpulan saya membahagikan tugas ini kepada setiap ahli kumpulan dengan adil. Ini amat penting supaya tugasan dapat diselesaikan dengan berkesan dan cepat. Salah satu tempat pendakian memerlukan kami mengaplikasikan ikatan yang diajar tadi. Saya sangat seronok kerana dapat mempraktikkan ikatan tadi untuk menuruni bukit yang agak curam. Saya perlu memastikan ikatan tadi kukuh untuk menampung berat badan kami. Di sini saya dapat memupuk sikap ambil berat terhadap ahli kumpulan lain. Selain itu, terdapat juga ahli kumpulan yang terjatug dan tergelincir, namun kami telah membantu mereka. Di sini, sikap bantu-membantu terserlah. Setelah semua kumpulan turun bukit, kami diminta berkumpul untuk memberi refleksi mengenai aktiviti Jungle-trekking pada hari itu. Wakil setiap kumpulan memberi maklum balas mengenai aktiviti tersebut. Setelah selesai, kami bertolak balik menuju ke kem melalui jalan persisir pantai. Setibanya di kem, kami diberi masa bersihkan diri dan menunggu kumpulan yang melakukan aktiviti air iaitu berkayak sebelum makan tengahari bersamasama. Setelah selesai melakukan solat zohor berjemaah dan dijamakkan dengan waktu asar, kami semua bersiap-siap untuk LDK 2 iaitu Martabat Guru. Dalam aktiviti ini, kami diminta membentangkan mengenai logo, motto, visi dan misi kumpulan masing-masing yang direka dan dibuat semasa LDK 1 sehari sebelumnya. Kumpulan kami diberi nama Lagenda, maklumat mengenai

kumpulan kami, saya sertakan di dalam lampiran. Aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada kami bakal-bakal guru kerana melaluinya kami dapat berkongsi idea dan pendapat masing-masing. Selain itu, kami dapat membentuk identiti serta matlamat kumpulan kami supaya lebih menyayangi dan mencintai kumpulan kami sendiri. Di samping itu, kami juga dapat melatih kreativiti dan kemahiran kami dalam mereka dan membentuk logo kumpulan. Tepat jam 5.00 petang, tamat LDK 2. Kami diberi masa untuk berehat dan mengemas diri sementara menunggu solat maghrib dan isyak berjemaah. Selesai solat, kami mula makan malam bersama-sama. Seterusnya adalah LDK 3 iaitu Ujian Personaliti & kaitan Kerjaya Guru. Dalam LDK ini, saya dan rakan-rakan yang lain, diberi soalan ujian personaliti Self-Directed Search. Aktiviti ini memerlukan kami menjawab banyak soalan untuk mengetahui personality diri kami. Setelah menjalani aktiviti ini, barulah saya tahu bahawa saya ini adalah seorang yang realistic. Sifat ini adalah lebih cenderung terhadap peserta kos RBT, tetapi disebabkan minat saya yang lebih kepada benda-benda konkrit membuatkan saya tergolong dalam kategori ini. Aktiviti amat berguna kepada saya, kerana saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri saya dan melaluinya saya dapat memperbaikinya supaya menjadi seorang insan yang baik. Tamat LDK 3, seperti biasa kami beransur ke khemah dan tidur. Sentri memulakan tugas seperti biasa.

LAPORAN REFLEKTIF HARI KETIGA 18 FEBRUARI 2012

Hari ketiga menjelang. Pagi ini kami bangun agak lewat kerana semua keletihan setelah melakukan aktiviti semalam. Namun, kami tetap solat subuh berjemaah seperti biasa dan kuliah moral berjalan dengan lancar. Hari ini seperti biasa kami bermula dengan senaman pagi tetapi dalam bentuk kawad kaki. Aktiviti ini bertujuan untuk mendisiplinkan kami dan bertindak mengikut arahan ketua. Setelah selesai kawad, kami berpusu-pusu menuju ke dewan makan untuk sarapan pagi. Selepas selesai sarapan, kami diminta berkumpul di hadapan foyer dalam kumpulan yang besar seperti kelmarin. Hari ini, kumpulan saya akan melakukan aktiviti air iaitu berkayak dan kumpulan yang satu lagi aktiviti darat. Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti, kami diberi taklimat mengenai penggunaan kayak dan langkah-langkah keselamatan yang harus diikuti. Habis taklimat, kami memulakan sesi pemanasan badan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Dalam aktiviti ini, saya telah dipilih sebagai Leader yang akan mengepalai kayuhan. Saya akan berada di hadapan sekali sebagai penanda arah kepaa rakan-rakan. Sifat tanggungjawab terhadap kumpulan mengajar saya bagaimana untuk memimpin dengan betul supaya kecelakaan tidak berlaku. Setelah pasangan di[ilih, kami memulakan kayuhan ke tengah laut. Setibanya di di satu kawasan yang agak luas dan agak jauh dari pantai, saya memberi isyarat kepada rakan-rakan yang lain untuk membuat Rafting. Di sini, kami berkumpul dan membuat barisan panjang yang mengiring. Kami diminta memegang kayak rakan disebelah untuk mengekalkan kedudukan kami. Di sini, kerjasama antara rakan amat penting kerana jika tidak, kayak kami akan terpisah dari kayak rakan yang lain. Apabila telah stabil, kami yang berada di kokpit belakang iaitu semua lelaki diminta berdiri dan menyanyikan lagu IPG. Perasaan seronok dan lucu timbul dalam benak fikiran saya. Namun, kami semua terasa aura semangat untuk menjadi guru apabila melakukan aktiviti ini. Seterusnya, kami ditunjukkan demonstrasi bagaimana untuk menyelamatkan kayak yang terbalik. Dua kayak diperlukan untuk aktiviti menyelamat.

Seterusnya, saya diberi arahan untuk membawa rakan-rakan bergerak ke arah pantai di tepi bukit tidak jauh dari tempat kami berada. Setibanya di tepi pantai itu, saya dan beberapa orang rakan yang sampai awal terpaksa menunggu agak lama kerana ada beberapa kayak mempunyai masalah seperti mabuk laut dan kayak bocor. Mereka terpaksa dihantar kepada kami dengan menggunakan bantuan bot polis dan bot pelatih. Rakan-rakan yang mabuk laut muntah-muntah dan pening kepala terbaring apabila sampai di pantai. Cabaran ini amat memberi kesan kepada kami kerana cabaran ini tidak kurang hebatnya dengan cabaran yang bakal kami hadapi apabila mengajar nanti dengan pelbagai kerenah pelajar. Oleh itu, kami perlu bersabar dan tabah dalam menghadapi cabaran atau dugaan ini supaya dapat menjadi seorang guru yang hebat dan dihormati. Kami diberi masa berehat dan makan roti serta minum yang dibawa oleh bot pelatih. Masa untuk berehat agak singkat dan kami sambung berkayak semula untuk balik ke kem. Seperti biasa, leader berada di hadapan dan angker berada di belakang sekali. Kesemua kami tiba di pantai dan dibantu oleh kumpulan aktiviti darat kerana mereka telah tiba di kem lebih awal. Di sini saya dapat melihat sikap bantu-membantu antara kami untuk menaikkan kayak ke darat. Setelah kayak disimpan, kami melakukan sedikit regangan atau cooling down selama beberapa ketika sebelum diberi pelepasan untuk membersihkan diri dan berehat. Selepas selesai solat zohor dan jamak asar berjemaah, kami makan tengahari bersama-sama. Seperti biasa, kumpulan memasak

menjalankan tugas dengan baik Cuma kadang-kadang nasi agak lembik atau keras. Walau begitu, semua menjadi sedap kerana keletihan dan kelaparan. Pada petangnya, kami memulakan LDK 4 yang bertajuk Profesion Guru. Dalam LDK ini, kami diberi motivasi bagaimana untuk menjadi seorang guru yang baik. Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan masingmasing. Kelebihan dijadikan amalan dan ditambahbaik lagi, manakala

kekurangan patut diubah dan diperbaiki supaya menjadi lebih baik. Walaupun agak susah bagi seseorang mengubah tabiat buruk, namun kami sebagai guru

haruslah merealisasikannya kerana kami akan menjadi suri teladan kepada anak-anak didik kami. Justeru, kami perlu berusaha dengan gigih untuk mengubah sikap yang tidak elok tersebut. Program tamat jam 5.00 petang. Walaupun begitu, kami tidak dapat berehat dengan lama kerana kami perlu membuat perancangan dan persediaan untuk malam kebudayaan pada malam nanti. Semua kumpulan berusaha mereka satu persembahan yang kreatif dan menarik untuk dipersembahkan kepada semua pada malamnya. Kreativiti setiap peserta terserlah kerana masing-masing memberi cadangan bagi persembahan kumpulan. Selain itu, komitmen ahli kumpulan dapat dilihat, kerana walaupun keletihan dengan aktiviti, kami masih lagi membuat latihan untuk memberi persembahan terbaik kepada penonton. Sifat ini amat penting dalam diri seorang guru kerana tanpanya, kita akan cepat bosan dan mula melakukan tugas dengan sambil lewa. Pada malamnya, kami membuat persembahan mengikut kumpulan dan telah diadili oleh tiga orang juri. Setiap kumpulan memberi persembahan yang menarik dan kreatif. Kami semua seronok pada malam itu, kerana pelbagai aksi dan lawak jenaka ditunjukkan oleh setiap peserta. Dalam keseronokkan itu, terdapat beberapa input yang kami dapat. Contohnya kami mungkin dapat mempraktikkan apa yang kami buat dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Selesai majlis penyampaian hadiah, kami beransur ke khemah dan tidur. Sentri macam biasa menjalankan tugas.

LAPORAN REFLEKTIF HARI KE EMPAT 19 FEBRUARI 2012

Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Kem Ceria Bogak, Pangkor kerana pada petangnya kami akan bertolak pulang. Pagi itu seperti biasa kami solat subuh berjemaah bagi muslim dan kuliah moral bagi bukan islam. Senaman pagi dan seterusnya sarapan pagi. Setelah selesai, kami diminta untuk mengemas beg dan mengosongkan khemah. Kemudian, kami diminta berkumpul di hadapan foyer untuk taklimat Break Camp. Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan akan membersihkan kawasan perkhemahan, dapur, surau dan merobohkan khemah. Setiap peserta memainkan peranan dan melakukan tugas yang diberi dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. Kami bergotongroyong dan saling bantu membantu melakukan kerja-kerja pembersihan. Nilainilai seperti ini perlu diterap dalam diri setiap individu terutamanya bakal guru seperti kami kerana ianya akan membantu kami untuk melakukan tugas dengan berkesan dan teratur. Oleh kerana kerjasama yang diberi sangat baik, kami berjaya menyelesaikan Break Camp dengan cepat. Sampah-sampah

disekeliling dikutip, alat-alat memasak dicuci dan bersedia untuk di bawa balik. Khemah pula telah selesai disimpan dalam beg khemah. Seterusnya adalah majlis penutup. Ucapan daripada wakil pensyarah, penghulu dan akhir sekali ucapan penutup daripada kem komanden. Di dalam ucapan tersebut, diselitkan juga refleksi dan penilaian kursus. Akhir sekali, kami mengangkut barang-barang milik institut ke dalam lori untuk dibawa balik ke Institut kemudiannya. Sementara menunggu van-van yang akan membawa kami ke jeti, kami sempat untuk bergambar. Bermacam ragam dapat dilihat. Tengahari kami bertolak menaiki bot menuju ke jeti Lumut. 30 minit kemudian, kami tiba di sana dan menunggu bas yang akan membawa kami pulang ke institut. Alhamdulillah, kami selamat tiba di institut pada jam 6 petang.