laporan reflektif individu.doc

Upload: azri

Post on 29-Feb-2016

56 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Laporan reflektif

Laporan Refleksi

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM CERAMAH DAN LAWATAN PENANDA ARAS Pada hari Rabu, 25 Februari 2015 yang lalu, saya dan rakan-rakan sekelas PPG Sains 2 telah menjalankan satu Program BIG Fasa 5 iaitu PROGRAM CERAMAH DAN LAWATAN PENANDA ARAS di Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech, Kulim, Kedah. Program ini melibatkan 32 orang peserta. Pemilihan sekolah tersebut adalah disebabkan sekolah itu merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan akademik selaras dengan kehendak program .a) Sebelum Program Pada tarikh 7 Februari 2015, kami telah diberi Taklimat Umum selama 3 jam di IPG tentang pelaksanaan program ini. Para pelajar PPG dikehendaki melaksanakan satu program lawatan penanda aras dan ceramah. Selepas tamat sesi taklimat tersebut, kami telah berkumpul secara berkumpulan, dibawah bimbingan fasilitator kami iaitu En. Mohd. Zahir bin Nasir. Taklimat di Dewan ,IPGKTB Mesyuarat ahli kumpulan PPG Sn 1 dan 2

Semua ahli kumpulan berkumpul dan telah bermesyuarat bagi membincangkan mengenai tempat, sasaran dan tujuan program dijalankan. Setelah mencapai kata putus bagi perkara di atas, Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech telah dipilih dan salah seorang pelajar PPG Sains 2 iaitu Puan Ruhaizam berkhidmat di sekolah tersebut.

Segala surat menyurat seperti kebenaran Guru Besar dan makluman kepada pensyarah pembimbing, akan disediakan oleh Puan Siti Zawiyah dan diedarkan oleh beliau.

Bagi slot ceramah pula, pengerusi program iaitu Encik Nor hisham bersetuju untuk mencari penceramah yang bersesuaian dengan tajuk yang dikehendaki.

b) Semasa Program

Sesi pendaftaran peserta bermula jam 7.45 pagi bertempat di kantin SK. Taman Hi- Tech dan diikuti dengan sarapan pagi. Para AJK lain mengambil tugasan masing-masing dan majlis berjalan dengan baik dan lancar.

Pendaftaran

Sarapan pagi

Pada jam 8.00 pagi majlis dimulakan oleh pengacara majlis iaitu Pn. Sabariah dan bacaan doa oleh En. Marzuki bin Hasan. Seterusnya diikuti oleh ucapan pengerusi program iaitu Encik Norhisham b Mohamud.. Seterusnya Guru Besar SK.Taman Hi- Tech, Pn Wan Soraya bt Wan Yahaya berucap dan merasmikan program BIG Fasa 5.

Selepas majlis perasmian, maka bermulanya slot ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah yang diundang iaitu Encik Khairul Anuar bin Mokhtar, Pegawai Penolong Siasatan dan Aduan, PPD Kulim/ Bandar Baharu. Penceramah telah menyampaikan satu slot ceramah bertajuk Guru Berintegriti ,yang sangat menarik dan ianya sangat bermanafaat kepada golongan guru seperti pelajar PPG ini. Beliau telah menerangkan maksud guru berintegriti dan nilai teras iaitu benar, amanah, bijaksan, bersyukur serta adil yang yang perlu ada pada penjawat awam.

Encik Khairul Anuar juga telah membangkitkan beberapa kes yang telah ditangani oleh beliau. Pelbagai ilmu pengetahuan dan panduan yang disampaikan oleh beliau amat sesuai diaplikasi di dalam perkhidmatan masing-masing.

Slot ceramah

Setelah sesi ceramah Guru Berintegriti, Encik Mohd Zahir bin Nasir selaku fasilitator program BIG fasa 5 bagi kumpulan ini telah menyampaikan ucapan. Beliau telah menekankan bahawa intipati penyampaian ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan boleh digunakan di dalam tugasan seharian. Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua pelajar PPG kerana dapat melaksankan program ini dan ianya merupakan pendedahan kepada guru dalam melaksanakan sebarang program atau aktiviti. Encik Mohd Zahir juga mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menerima lawatan BIG.

Ucapan fasilitator, Encik Mohd Zahir b Penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada penceramah disampaikan oleh guru besar Pn Wan Soraya. Sebagai tanda terima kasih kepada pihak sekolah, Encik Mohd Zahir telah menyampaikan sijil, plak dan cenderahati kepada guru besarnya. Encik Norhisham, selaku pengerusi program telah menyampaiakn cenderahati kepada fasilitator BIG, Encik Mohd Zahir.

Penyampaian cenderahati

Cenderahati kepada pihak sekolah

Taklimat lawatan penanda aras Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech, sekolah kluster kecemerlangan telah disampaikan sendiri oleh guru besarnya iaitu Puan Wan Soraya binti Wan Yahaya. Beliau telah menerangkan secara terperinci berkaitan dengan perjalanan sekolah serta latar belakang murid sekolah ini. Sekolah ini telah memilih Bahasa Inggeris sebagai kebitaraannya bersesuaian dengan persekitaran sekolah iaitu kawasan berteknologi tinggi. Bagi permainan pula, sekolah ini memilih kebitaraan gimnastik dan mereka mempunyai jurulatih luar serta mempunyai jalinan dengan Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Perguruan Tuanku Bainun.

Taklimat penanda aras

Selepas taklimat penanda aras, pelajar PPG telah melawat bilik-bilik khas di sekitar sekolah ini.

Sudut linus

c) Selepas Program

Aktiviti lawatan tamat pada jam 1.00 tengah hari .Semua pelajar ke kantin sekolah untuk menikmati kudapan berupa mi goreng dan teh ais. Seterusnya semua pelajar PPG bergerak untuk makan tengah hari di Restoren Kampong Padang Limau, Kulim Kedah.

Makan tengah hari di SK Taman Hi-Tech

Kekuatan : Kerjasama antara pihaak sekolah, pentadbir, guru-guru PPG dan para peserta amat baik. Murid-murid dan para peserta telah mempunyai pengetahuan asas dalam selok belok pengurusan majlis. Bahan-bahan yang disediakan mencukupi seterusnya melancarkan perjalanan aktiviti seperti yang dirancangkan.

Mendapat pendedahan berkaitan dengan sekolah cemerlang dan bagaimana sesuatu kecemerlangan boleh di capai. Mendapat pendedahan berkaitan dengan cirri-ciri sekolah cemerlang.

Program ini juga dapat menonjolkan ketrampilan dan sikap seorang pentadbir yang cemerlang di dalam mentadbir sesebuah sekolah di mana beliau mempunyai pengetahuan yang luas dari segenap segi di dalam keseluruhan urusan pentadbirannya.

Pendedahan berkenaan dengan jawatan yang tidak disedari kewujudannya oleh kebanyakan guru iaitu unit siasatan dan aduan di Pejabat Pendidikan Daerah kerana jawatan tersebut adalah berkaitan dengan kes-kes tertentu. Penyampaian ceramah yang menarik, tidak membosankan serta dapat membantu meningkatkan profesion perguruan. Kelemahan : Peruntukan masa yang singkat kepada penceramah menyebabkan penceramah terpaksa menghadkan topik penyampaiannya. Tidak terdapat sesi soal jawab bagi slot ceramah kerana kesuntukan masa Ancaman: Pelajar PPG tinggal di lokasi yang berlainan dan berjauhan. Peluang : Melalui aktiviti ceramah, guru diberi pendedahan dan peringatan berkenaan dengan bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing. Pengetahuan baru berkaitan dengan penyusunan ajk bagi sesuatau majlis mengikut susunan protokol yang betul. Dapat melatih peserta berkomunikasi dan bersikap tolong -menolong antara satu sama lain; seperti kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Kesimpulan: Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin.

Lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.