laporan program kem bestari solat

Upload: rijal-mohammad

Post on 03-Nov-2015

137 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

contoh laporan program kbs

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT1.Nama Program: Kem Bestari Solat Kali Pertama2.Tarikh: 7 Mac 20153.Hari / Masa: Sabtu / 7.30 Pagi 1.00 Tengahari4.Tempat: SK Kampung Teh, Dalat5.Objektif: Program ini diharap dapat :

Murid dapat berwuduk dengan sempurnaMurid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatanMurid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.

6.Sasaran: Murid-murid Tahun 1- 67.Butiran Aktiviti:

a)Pendaftaran peserta program ( Murid-murid Tahun 1-6)

b)Slot 1 Guru memberi penerangan awal berkaitan dengan wuduk (Niat wuduk,anggota wuduk, dan doa selepas wuduk ) dan solat (niat solat dan bacaan dalam solat). Dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan yang dibahagikan mengikut tahap murid.

c)Rehat

d)Slot 2 Pembahagian Kumpulan LDK dibahagikan kepada 4 kumpulan.

e)Murid bergerak mengikut kumpulan masing-masing ke 3 stesen iaitu :Stesen 1 : WudukStesen 2 : Bacaan dalam solatStesen 3 : Perlakuan dalam solat. Stesen 4 : Solat subuh secara berjemaah

f)Guru yang berada di stesen-stesen tersebut akan membuat penilaian pencapaian murid berdasarkan borang-borang penilaian yang diberikan setiap stesen.

8.Penilaian Program :

8.1 Kekuatan program :Murid dapat menguasai dan solat secara menyeluruh dari segi teori dan juga praktikal.Ini kerana murid-murid telah dinilai pencapaian mereka di setiap stesen yang merangkumi wuduk, bacaan dalam solat dan perlakuan solat. Penglibatan semua Guru Pendidikan Islam amat begitu baik sehingga Kem ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

8.2 Kelemahan program :Kekangan masa amat memberi masalah kepada guru untuk membuat penilaian secara menyeluruh terutama kepada Tahap 1.

8.3 Cadangan Penambahbaikkan :Kekangan masa amat memberi masalah kepada guru untuk membuat penilaian secara menyeluruh terutama kepada Tahap 1. Ini perlu di ambil tindakan serius seperti membuat perubahan aktiviti yang lebih sesuai untuk tahap 1 bagi memastikan murid-murid ini dinilai pada semua aspek berkaitan dengan wuduk dan solat.

Gambar semasa program