laporan program

3
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6 AREF ASRAF BIN ABDUL KEFLI REFLEKSI PENGERUSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6 AREF ASRAF BIN ABDUL KEFLI 9190706-08-5839 9 OKTOBER 2013 Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 adalah lawatan penanda aras atau benchmarking di mana kami pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2011 bagi kursus Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) (A) perlu melakukan lawatan ke sekolah yang mempunyai guru cemerlang dalam bidang Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Apa yang perlu kami lakukan semasa lawatan ini adalah mencari ilmu, memahami dan cuba untuk menjadikan guru sekolah tersebut sebagai contoh dari aspek pengurusan, budaya, iklim sekolah, tenaga pengajar dan budaya belajar serta sikap yang terpuji yang telah melayakkan seseorang guru tersebut diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Program ini telah dijalankan pada 23 September 2013. Saya dan rakan kelas telah menjalankan program ini dengan baik, lancar dan berjaya bermula dari proses awal sehinggalah kembali semula ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis. Saya, Aref Asraf Bin Abdul Kefli telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi program pada fasa kali ini. Peringkat permulaan adalah dengan menubuhkan jawatankuasa kerja bermula dari jawatan naib pengerusi sehinggalah ahli jawatankuasa lain seperti biro makanan, perhubungan, peralatan dan sebagainya. Sepanjang perancangan selama hampir sebulan, saya telah mengadakan mesyuarat sebanyak lima kali bagi memastikan kerja kerja biro sentiasa berjalan. Tidak kurang juga perjumpaan secara tidak formal selepas tamat waktu pembelajaran yang kerap diadakan. Hal ini demikian supaya ahli jawatankuasa yang terlibat sentiasa peka dengan apa yang mereka perlu lakukan dan saling mengingatkan kepada semua rakan yang lain supaya saling membantu antara satu sama lain. Pada awalnya agak sukar bagi pihak saya dan ahli kelas yang lain untuk mendapat kata sepakat dan agak sukar bagi saya untuk memutuskan 1

Upload: aref-asraf

Post on 13-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

lll

TRANSCRIPT

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6AREF ASRAF BIN ABDUL KEFLI

REFLEKSI PENGERUSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6AREF ASRAF BIN ABDUL KEFLI9190706-08-5839

9 OKTOBER 2013

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 adalah lawatan penanda aras atau benchmarking di mana kami pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2011 bagi kursus Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) (A) perlu melakukan lawatan ke sekolah yang mempunyai guru cemerlang dalam bidang Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Apa yang perlu kami lakukan semasa lawatan ini adalah mencari ilmu, memahami dan cuba untuk menjadikan guru sekolah tersebut sebagai contoh dari aspek pengurusan, budaya, iklim sekolah, tenaga pengajar dan budaya belajar serta sikap yang terpuji yang telah melayakkan seseorang guru tersebut diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Program ini telah dijalankan pada 23 September 2013. Saya dan rakan kelas telah menjalankan program ini dengan baik, lancar dan berjaya bermula dari proses awal sehinggalah kembali semula ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis.

Saya, Aref Asraf Bin Abdul Kefli telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi program pada fasa kali ini. Peringkat permulaan adalah dengan menubuhkan jawatankuasa kerja bermula dari jawatan naib pengerusi sehinggalah ahli jawatankuasa lain seperti biro makanan, perhubungan, peralatan dan sebagainya. Sepanjang perancangan selama hampir sebulan, saya telah mengadakan mesyuarat sebanyak lima kali bagi memastikan kerja kerja biro sentiasa berjalan. Tidak kurang juga perjumpaan secara tidak formal selepas tamat waktu pembelajaran yang kerap diadakan. Hal ini demikian supaya ahli jawatankuasa yang terlibat sentiasa peka dengan apa yang mereka perlu lakukan dan saling mengingatkan kepada semua rakan yang lain supaya saling membantu antara satu sama lain.

Pada awalnya agak sukar bagi pihak saya dan ahli kelas yang lain untuk mendapat kata sepakat dan agak sukar bagi saya untuk memutuskan sekolah yang akan dipilih sebagai lawatan benchmarking guru cemerlang ini. Merujuk kepada perancangan awal, Sekolah Rendah Kebangsaan Stella Maris, Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman telah disenarai pendek untuk dipilih bagi program penanda aras ini, namun setelah melakukan perbincangan bersama, kami telah sebulat suara memilih Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman, Jitra sebagai tempat kepada lawatan program kami ini.

Saya bersama-sama setiausaha, penolong setiausaha dan biro makanan telah mengadakan lawatan awal ke sekolah untuk berbincang mengenai tentatif program, persediaan tempat, guru yang bakal terlibat dan hal makanan supaya program dapat dirancang dengan lebih teratur. kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah amat membantu dan memudahkan kerja yang perlu kami laksanakan.

Pemilihan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman (SKBBA) ini adalah berdasarkan rekod cemerlang guru KH sekolah tersebut. Rekod cemerlang yang saya maksudkan adalah yang pertama, guru KH sekolah tersebut, EN. FAUZI BIN IBRAHIM merupakan salah seorang guru cemerlang yang berkhidmat di sekolah tersebut. Pengurusan bengkel KH yang baik dan kemas serta teratur menjadikan bengkel KH di sekolah tersebut yang terbaik dan ramai murid yang meminati subjek KH ini walaupun ia hanya subjek elektif sahaja. Berdasarkan reputasi akademik yang baik ini, secara tidak langsung saya dapat mempelajari bahawa bidang akademik merupakan salah satu penyumbang utama yang melonjakkan dan menjadi yard stick kepada sekolah sehinggakan SKBBA menjadi pilihan para ibubapa untuk mendaftar ke sekolah tersebut.

Kedua, pihak pengurusan sekolah juga menjadi peneraju utama dalam menjadikan SKBBA sebagai sebuah sekolah yang hebat. Pengurusan yang sistematik serta tenaga pengajar yang terdiri daripada 78 orang guru menjadikan sekolah ini bertambah gah. Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa sekolah ini mempunyai guru yang hebat kerana mempunyai seorang guru cemerlang KH.

Semasa lawatan benchmarking dijalankan guru pelatih RBT (A) yang telah dibawa melihat bengkel KH yang menarik dan kems serta tersusun. Kami telah bertanyakan pelbagai soalan berkaitan bagaimana untuk menjadi guru cemerlang KH sekolah rendah nanti. Beliau yang tenang telah membuat satu slaid persembahan mengenai cara untuk menjadi guru cemerlang kelak. Beliau juga sempat menunjukkan beberapa koleksi atau hasil kerja beliau dalam usaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek.

Selain itu juga, kami telah dibawa untuk melawat ke galeri sekolah yang menempatkan sejarah-sejarah dan peristiwa penting berkenaan sekolah tersebut. Sememangnya tidak dapat dinafikan kehebatan bengkel KH SKBBA yang sepatutnya dicontohi oleh sekolah yang lain bagi memantapkan lagi pengurusan bengkel yang cemerlang. Majlis penutup dijalankan pada jam 12.45 dan setelah penyampaian cenderamata dan jamuan makan, kami bergerak pulang ke IPG pada jam 2.30.

Sekian, terima kasih.Disediakan Oleh, ..........................................................

(AREF ASRAF BIN ABDUL KEFLI)

Pengerusi Program Bina Insan Guru Fasa 6PISMP SEM 6 AMBILAN JAN 2011 RBT (A)3