laporan program

1
Menuju Puncak Kecemerlangan 3 Program Menuju Puncak Kecemerlangan bertemakan “Bicara Siswa, Wadah Kejayaan” anjuran Pusat Citra dengan kerjasama Fakulti Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlansung pada 17 Januari 2015 selama satu hari bermula daripada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM. Program ini telah melibatkan 120 orang pelajar daripada 4 buah sekolah sekitar Bangi iaitu SMK Al Amin Bangi, SMK Jalan Tiga, SMK Bandar Baru Bangi Jalan 2 dan juga SMK Dato Abu Bakar Baginda. Program seumpama ini dianjurkan dengan rasionalnya kepada para pelajar supaya mereka berupaya membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik sekiranya diberi ruang dan peluang. Program-program sebegini juga merupakan antara usaha untuk melahirkan generasi yang terdidik dan cemerlang dalam semua aspek. Hal ini bukan sahaja berfokus kepada para pelajar yang mengikuti program motivasi yang dianjurkan, tetapi juga tertumpu kepada para mahasiswa yang terlibat. Justeru, program ini adalah bertujuan untuk melatih mahasiswa dalam mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dan mampu berfikir secara kritikal dalam sesuatu perkara dan dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya, program ini bermatlamat untuk memberikan maklumat kepada para pelajar sekolah tentang hala tuju mereka selepas SPM dan disamping memberikan motivasi untuk mereka lebih berjaya. Selain itu, program ini mampu menghasilkan mahasiswa yang mampu menyumbang bakti kepada masyarakat. Selaras dengan itu, program ini juga membantu serta membimbing pelajar untuk memilih haluan selepas tamat sekolah. Besarlah harapan pihak penganjur agar program ini mampu menghasilkan para pelajar sekolah dan mahasiswa yang mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan am yang luas di samping pengetahuan dalam bidang pengkhususan mereka melalui setiap aktiviti yang dianjurkan melalui program ini. Banyak pengisian menarik sepanjang program ini dijalankan. Disamping itu, pihak penganjur juga telah menampilkan motivator yang berpengalaman luas seperti Dr. Rorlinda Bt Yusof selaku Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Permata Pintar UKM dan juga Encik Zulhifdzi Bin Mohd Nasir selaku Pengarah Operasi (Vision Consultant) yang juga merupakan pelajar Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia yang sudah lama berkecimpung dalam bidang motivasi. Selaras dengan itu, ditampilkan juga Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Bin Mohd Sofyan. Jadi, jelas terlihat bahawa program ini bukan sekadar menyentuh aspek akademik semata-mata, tetapi juga turut memuatkan sekali aspek kerohanian yang secara tidak lansung menyumbang ke arah pembentukan pelajar yang berjaya dan cemerlang dari segenap aspek kehidupan. Konklusinya, program ini telah menekankan bahawa pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. "Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning ).

Upload: ezzah-syazana

Post on 13-Aug-2015

39 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program

Menuju Puncak Kecemerlangan 3

Program Menuju Puncak Kecemerlangan bertemakan “Bicara Siswa, Wadah Kejayaan” anjuran Pusat Citra dengan kerjasama Fakulti Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlansung pada 17 Januari 2015 selama satu hari bermula daripada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM. Program ini telah melibatkan 120 orang pelajar daripada 4 buah sekolah sekitar Bangi iaitu SMK Al Amin Bangi, SMK Jalan Tiga, SMK Bandar Baru Bangi Jalan 2 dan juga SMK Dato Abu Bakar Baginda.

Program seumpama ini dianjurkan dengan rasionalnya kepada para pelajar supaya mereka berupaya membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik sekiranya diberi ruang dan peluang.Program-program sebegini juga merupakan antara usaha untuk melahirkan generasi yang terdidik dan cemerlang dalam semua aspek. Hal ini bukan sahaja berfokus kepada para pelajar yang mengikuti program motivasi yang dianjurkan, tetapi juga tertumpu kepada para mahasiswa yang terlibat.

Justeru, program ini adalah bertujuan untuk melatih mahasiswa dalam mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dan mampu berfikir secara kritikal dalam sesuatu perkara dan dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya, program ini bermatlamat untuk memberikan maklumat kepada para pelajar sekolah tentang hala tuju mereka selepas SPM dan disamping memberikan motivasi untuk mereka lebih berjaya. Selain itu, program ini mampu menghasilkan mahasiswa yang mampu menyumbang bakti kepada masyarakat. Selaras dengan itu, program ini juga membantu serta membimbing pelajar untuk memilih haluan selepas tamat sekolah. Besarlah harapan pihak penganjur agar program ini mampu menghasilkan para pelajar sekolah dan mahasiswa yang mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan am yang luas di samping pengetahuan dalam bidang pengkhususan mereka melalui setiap aktiviti yang dianjurkan melalui program ini.

Banyak pengisian menarik sepanjang program ini dijalankan. Disamping itu, pihak penganjur juga telah menampilkan motivator yang berpengalaman luas seperti Dr. Rorlinda Bt Yusof selaku Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Permata Pintar UKM dan juga Encik Zulhifdzi Bin Mohd Nasir selaku Pengarah Operasi (Vision Consultant) yang juga merupakan pelajar Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia yang sudah lama berkecimpung dalam bidang motivasi. Selaras dengan itu, ditampilkan juga Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Bin Mohd Sofyan. Jadi, jelas terlihat bahawa program ini bukan sekadar menyentuh aspek akademik semata-mata, tetapi juga turut memuatkan sekali aspekkerohanian yang secara tidak lansung menyumbang ke arah pembentukan pelajar yang berjaya dan cemerlang dari segenap aspek kehidupan.

Konklusinya, program ini telah menekankan bahawa pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.

"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan."

(Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning ).