laporan post mortem ujian diagnostik 1 akar

11
Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari 36300 Sungai Sumun Perak Laporan Post Mortem Ujian Diagnostik 1 Projek AKAR 2013 1.0 Pendahuluan 1.1. Pada tahun 2013, Projek AKAR dilaksanakan untuk mengatasi masalah near miss dalam kalangan calon PMR 2103. Selaras dengan objektif AKAR ini, seramai 25 calon PMR SMK Khir Johari disenaraikan sebagai “calon Projek AKAR “ oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. 1.2. 25 orang murid terpilih ini adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 yang memperoleh Gred Purata tidak melebihi 2.00. 1.3. Daripada 25 orang murid ini 15 orang adalah daripada Tingkatan 3 Zamrud dan 10 orang murid adalah daripada Tingkatan 3 KAA. 1.4 Pada 18 Mac – 22 Mac 2013, murid-murid ini telah menjalani Ujian Diagnostik 1. Berikut adalah laporan post mortem yang disediakan. 2.0 Pencapaian dan Analisis Berdasarkan Mata Pelajaran MATA PELAJARAN BIL CALON A B C D ABCD E TH GPMP BI L % BI L % BI L % BIL % BIL % BI L % BAHASA MELAYU 25 21 84.0 0 4 16.00 0 0.00 0 0.00 25 100.0 0 0 0.0 0 0 1.16 BAHASA INGGERIS 25 0 0.00 6 24.00 14 56.0 0 5 20.0 0 25 100.0 0 0 0.0 0 0 2.96 GEOGRAFI 25 5 20.0 0 11 44.00 9 36.0 0 0 0.00 25 100.0 0 0 0.0 0 0 2.16 KEMAHIRAN HIDUP 1 7 4 57.1 4 3 42.86 0 0.00 0 0.00 7 100.0 0 0 0.0 0 0 1.43 KEMAHIRAN HIDUP 2 18 1 5.56 7 38.89 10 55.5 6 0 0.00 18 100.0 0 0 0.0 0 0 2.50 MATEMATIK 25 12 48.0 0 10 40.00 3 12.0 0 0 0.00 25 100.0 0 0 0.0 0 0 1.64 PENDIDIKAN ISLAM 19 0 0.00 2 10.53 11 57.8 9 6 31.5 8 19 100.0 0 0 0.0 0 0 3.21 SEJARAH 25 4 16.0 0 13 52.00 7 28.0 0 0 0.00 24 96.00 1 4.0 0 0 2.24 SAINS 25 2 8.00 8 32.00 13 52.0 0 2 8.00 25 100.0 0 0 0.0 0 0 2.60 BAHASA ARAB 10 1 10.0 0 5 50.00 3 30.0 0 1 10.0 0 10 100.0 0 0 0.0 0 0 2.40 BAHASA CINA 4 0 0.00 4 100.0 0 0 0.00 0 0.00 4 100.0 0 0 0.0 0 0 2.00 BAHASA TAMIL 1 0 0.00 1 100.0 0 0 0.00 0 0.00 1 100.0 0 0 0.0 0 0 2.00

Upload: nbk22

Post on 14-Feb-2015

203 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Post Mortem Ujian Diagnostik 1 AKAR

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari36300 Sungai Sumun Perak

Laporan Post Mortem Ujian Diagnostik 1Projek AKAR 2013

1.0 Pendahuluan

1.1.  Pada tahun 2013, Projek AKAR dilaksanakan untuk mengatasi masalah near miss dalam kalangan calon PMR 2103. Selaras dengan objektif AKAR ini, seramai 25 calon PMR SMK Khir Johari disenaraikan sebagai “calon Projek AKAR “ oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak.

1.2.  25 orang murid terpilih ini adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 yang memperoleh Gred Purata tidak melebihi 2.00.

1.3. Daripada 25 orang murid ini 15 orang adalah daripada Tingkatan 3 Zamrud dan 10 orang murid adalah daripada Tingkatan 3 KAA.

1.4 Pada 18 Mac – 22 Mac 2013, murid-murid ini telah menjalani Ujian Diagnostik 1. Berikut adalah laporan post mortem yang disediakan.

2.0 Pencapaian dan Analisis Berdasarkan Mata Pelajaran

MATA PELAJARA

N

BIL CALON

A B C D ABCD ETH

GPMPBI

L%

BIL

%BIL

% BIL % BIL %BIL

%

BAHASA MELAYU 25 21 84.00 4 16.00 0 0.00 0 0.00 25 100.00 0 0.00 0 1.16

BAHASA INGGERIS 25 0 0.00 6 24.00 14

56.00

520.0

025 100.00 0 0.00 0 2.96

GEOGRAFI 25 5 20.00 11 44.00 936.0

00 0.00 25 100.00 0 0.00 0 2.16

KEMAHIRAN HIDUP 1 7 4 57.14 3 42.86 0 0.00 0 0.00 7 100.00 0 0.00 0 1.43

KEMAHIRAN HIDUP 2 18 1 5.56 7 38.89 10

55.56

0 0.00 18 100.00 0 0.00 0 2.50

MATEMATIK 25 12 48.00 10 40.00 312.0

00 0.00 25 100.00 0 0.00 0 1.64

PENDIDIKAN ISLAM 19 0 0.00 2 10.53 11

57.89

631.5

819 100.00 0 0.00 0 3.21

SEJARAH 25 4 16.00 13 52.00 728.0

00 0.00 24 96.00 1 4.00 0 2.24

SAINS 25 2 8.00 8 32.00 1352.0

02 8.00 25 100.00 0 0.00 0 2.60

BAHASA ARAB 10 1 10.00 5 50.00 3

30.00

110.0

010 100.00 0 0.00 0 2.40

BAHASA CINA 4 0 0.00 4

100.00

0 0.00 0 0.00 4 100.00 0 0.00 0 2.00

BAHASA TAMIL 1 0 0.00 1

100.00

0 0.00 0 0.00 1 100.00 0 0.00 0 2.00

2.1 Terdapat seramai 25 orang calon dari dua kelas (Tingkatan 3 KAA dan 3 Zamrud ) iaitu 19 orang murid Melayu, 4 orang murid Cina dan 2 orang murid India. Kehadiran murid adalah 100% semasa ujian dijalankan.2.2 Terdapat seramai 24 orang pelajar ( 96.0% ) lulus semua mata pelajaran dan 1 orang gagal satu mata pelajaran iaitu Sejarah.

Page 2: Laporan Post Mortem Ujian Diagnostik 1 AKAR

2.3 Pencapaian dari segi kualiti – Mata pelajaran terbaik adalah bahasa Melayu iaitu 24 orang murid 984.0% ) memperoleh A dan 4 orang memperoleh B ( 16.0%) . Seterusnya adalah mata pelajaran Kemahiran Hidup 1 iaitu 4 orang memperoleh A (57.14%) dan 3 orang memperoleh B (42.86%) dan Matematik, 12 orang murid ( 48.0%) memperoleh A, 10 orang (40.0%) memperoleh B dan 3 orang (12.0% ) memperoleh C. Ketiga-tiga mata pelajaran ini memperoleh GPMP bawah 2.00.2.4 Mata Pelajaran yang pencapaiannya kurang berkualiti adalah Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris . Ini kerana tiada seorang murid memperoleh A dan GPMP Pendidikan Islam adalah 3.21 dan Bahasa Inggeris 2.96. Gred terbaik adalah B, C dan D sahaja.

3.0 Analisis Berdasarkan Soalan Mengikut Mata Pelajaran

Bil. Mata Pelajaran Kekuatan Kelemahan

1. Bahasa Melayu 1. Menguasai Bhg A (i) 2. Pemahaman soalan 2 dan 3 dengan cemerlang3. Cemerlang bahagian B dan C4. Kuasai bahagian D

1. Makna perkataan2. Kesalahan tatabahasa3. Mengenalpasti ayat yang betul4. Ayat kurang menarik5. Huraian contoh,isi penting kurang terperinci

2. Bahasa Inggeris 1. 3 pelajar dapat menjawab soalan objektif lebih dari 30 markah ke atas.

2. Sebahagian besar pelajar dapat menjawab dengan baik bahagian sajak.

1. Kebanyakan pelajar mendapat gred C dan D untuk karangan.

2. Semua pelajar menjawab dengan sederhana bahagian ‘summary’.

3. Sains 1. Pelajar dapat mengenali struktur organel dan fungsi.2. Dapat mengetahui fenomena semulajadi berkaitan peningkatan suhu bumi.3. Dapat membezakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.4. Pelajar dapat mengaitkan bilangan organism dengan piramid nombor.5. Topik mesin ringkas: pelajar dapat menyatakan cara mengurangkan daya dalam tuas.6. Sebahagian besar pelajar dapat menguasai soalan aras rendah.

Kertas 1:1. 5 orang pelajar mendapat kurang 25 markah.2. Lemah soalan aplikasi dan melibatkan eksperimen.3. Kurang faham konsep keterlarutan gas dalam cecair4. Kurang faham konsep pengembangan dan pengecutan bahan semasa cuaca panas dan sejuk

Page 3: Laporan Post Mortem Ujian Diagnostik 1 AKAR

BIL.

Mata Pelajaran KekuatanKelemahan

4. Matematik 1. Soalan Objektif- Hasil analisis item hanya

3 soalan sahaja yang di kategori soalan sederhana iaitu soalan no 23, 27 dan 35. Soalan yang lain dapat dijawab dengan mudah oleh semua calon.

- 4 calon mendapat markah penuh

- Hanya 1 calon yang mendapat markah 30 ke bawah iaitu 26/40

2. Soalan Subjektif- 15 calon mendapat

markah 42 ke atas.- Calon dapat menguasai

soalan yang memberikan taburan markah yang besar seperti soalan Lokus dan Penjelmaan.

1. Soalan Objektif- Kecuaian semasa

membuat pengiraan

2. Soalan Subjektif- Pelajar sukar menjawab

soalan “Solid Geometry” dan koordinat kerana tidak menghafal formula.

- Pelajar masih belum menguasai sepenuhnya opic “Algebraic Expressions dan Linear Equations”.

- 1/2 calon tidak dapat membina garis serenjang bagi opic “Geometrical Construction”

5. Pend. Islam 1. Pelajar menguasai jawi dengan baik.2. Olahan ayat hampir sempurna-perlu pengayaan

1. Teknik menjawab soalan belum dikuasai.2. Ulangkaji tidak menyeluruh.3. Tidak menguasai topik tingkatan 1 dan 2

6. Kemahiran Hidup Bersepadu - Pilihan 1 Kemahiran Teknikal

1. Format soalan seperti dalam peperiksaan sebenar.2. Soalan berfokus pada topik yang sukar.3. Banyak soalan bergambar yang memudahkan pelajar menjawab dengan mudah.4. Soalan bergambar yang jelas.

1. Tiada soalan yang menggunakan pemikiran kreatif.2. Soalan yang diuji kebanyakannya berbentuk soalan yang mudah. 3. Kurang soalan untuk langkah-langkah kerja seperti langkah menyapu syelek

7. Kemahiran Hidup Bersepadu –Pilihan 2 Ekonomi Rumah Tangga

1. Format soalan seperti dalam peperiksaan sebenar.2. Soalan berfokus pada topik yang sukar.3. Banyak soalan bergambar yang memudahkan pelajar menjawab soalan/4. Soalan bergambar yang jelas.

1. Kurang soalan untuk langkah-langkah kerja seperti langkah menyapu syelek.2. Terdapat satu soalan yang mempunyai jawapan bertindih dan mengelirukan pelajar.

Page 4: Laporan Post Mortem Ujian Diagnostik 1 AKAR

3. Soalan yang diuji tidak seimbang dari segi topik tingkatan 1 dan tingkatan 2.

Bil. Mata Pelajaran Kekuatan Kelemahan8. Geografi Kelebihan :

1. Pelajar dapat menguasai topik Tingkatan 3.2. Latih tubi berfokus yang berterusan.3. Memantapkan kemahiran Peta Malaysia.

Lemah topik:1. Kemahiran dan mentafsir peta.2. Bentuk muka bumi3. Cuaca & iklim4. Tumbuhan semulajadi5. Kependudukan6. Sumber

9. Sejarah 1. Soalan terperinci ‘ala’ soalan SBP2. Sangat baik untuk menguji ingatan dan kefahaman pelajar

1.Kurang menguasai soalan berbentuk KBKK sedangkan murid-murid diberi peringatan bersedia dengan soalan aras tinggi (HOTS) untuk PMR 20132. Keseimbangan agihan soalan mengikut tingkatan yang tidak mengikut agihan dalam PMR sebenar memberikan hasil yang tidak menggambarkan markah sebenar pelajar

10. Bahasa Arab 1. Memahami aspek tatabahasa dengan tepat

1. Kosa kata bergambar, bina ayat dan peta minda tidak dikuasai dengan baik

11. Bahasa Cina 1 2 pelajar dapat menjawab soalan objektif tidak kurang daripada 30 markah .2 2 orang pelajar dapat menjawab bahagian mencatat isi-isi penting dengan baik .

1 Semua pelajar tidak dapat menulis tulisan kaligrafi dengan baik, iaitu hanya mendapat markah kurang dari pada 50% bagi bahagian ini.2 3 daripada 4 orang pelajar mencapai tahap memuaskan dalam bahagian karangan berdasarkan bahan rangsangan.

12. Bahasa Tamil 1. Pelajar dapat menguasai bahagian penulisan khususnya bahagian rumusan dan pembinaan ayat.

1 Kesalahan ejaan dalam bahagian penulisan karangan menyebabkan kehilangan markah yang sedikit sebanyak menyekat pelajar berkenaan mendapat “A” dalam subjek Bahasa

Page 5: Laporan Post Mortem Ujian Diagnostik 1 AKAR

Tamil.

4.0 Analisis Pencapaian Murid

4.1 Berdasarkan Lulus Cemerlang Mata Pelajaran

Berdasarkan data di atas, pencapaian terbaik hanyalah 6A iaitu 1 orang manakala terdapat 1 orang murid tidak memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

4.2 Near Miss Mengikut Mata Pelajaran ( Tidak Memperoleh Gred A )

Mata Pelajaran Bilangan MuridBahasa Melayu 4Bahasa Inggeris 4Sains 8Matematik 10Kemahiran Hidup 1 3Kemahiran Hidup 2 7Pendidikan Islam 2Sejarah 13Geografi 5Bahasa Arab 5Bahasa Cina 4Bahasa Tamil 1

Berdasarkan data di atas, mata pelajaran yang banyak bilangan near miss adalah Sejarah, Matematik dan Sains. Mata pelajaran yang bilangan near miss sedikit adalah Pendidikan Islam dan Bahasa Tamil.

4.3 Perbandingan Head Count TOV ( PAT 2012 ) dan Ujian Akar 1

Peperiksaan Kualiti Kuantiti

TOV 2 ( 8.0% ) 25 (100.0% )

UJIAN AKAR 1 0 ( 0.0% ) 24 ( 96.0%)

Lulus Cemerlang Mata Pelajaran

Bilangan Murid

9A 08A 07A 06A 15A 34A 13A 32A 51A 11

Tiada A 1JUMLAH 25

Page 6: Laporan Post Mortem Ujian Diagnostik 1 AKAR

Jika dibandingkan dengan TOV iaitu pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun 2012, terdapat penurunan kualiti 8% dan kuantiti 4%. 4.4 Analisis Pencapaian Setiap Murid Berdasarkan Mata Pelajaran ( Sila Rujuk Lampiran A ) 4.4.1 Masalah pembelajaran dalam setiap mata pelajaran bagi setiap murid telah dikenalpasti oleh guru mata pelajaran masing-masing. 4.4.2 Guru-guru mata pelajaran telah mengenalpasti tindakan susulan atau tindakan penambahbaikan bagi setiap murid

Sila Rujuk Lampiran A

5.0 Kekuatan

5.1  Murid-murid target ini merupakan murid-murid yang berdisiplin, mempunyai motivasi yang tinggi dan bertanggungjawab.5.2  Mereka suka membaca, berbincang dan membuat latihan.5.3 Mereka hadir ke kelas harian biasa, kelas bimbingan, kelas tambahan hari Jumaat/Sabtu dan program-program kecemerlangan akademik.5.4  Mereka dapat menyiapkan tugasan rumah yang diberikan dengan baik.5.5 Ibu bapa mereka sentiasa memberi kerjasama, komitmen dan prihatin terhadap anak masing-masing, Ini dilihat berdasarkan kehadiran ibu bapa ke sekolah semasa program akademik dan mesyuarat PIBG.5.6 Latar belakang murid target – terdapat beberapa orang murid merupakan anak-anak guru yang mengajar di SMK Khir Johari dan kawasan sekitar.5.7 Guru-guru yang mengajar kelas murid target merupakan guru-guru berpengalaman dan

pemeriksa kertas peperiksaan PMR seperti Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Sains.

6.0 Kelemahan

6.1 Murid target dari Kelas 3KAA sukar mengikuti kelas bimbingan selepas waktu persekolahan hari Isnin-Jumaat kerana waktu PdP tamat jam 1.50 petang.6.2 Murid target dari Kelas 3KAA menghadapi masalah untuk cemerlang Bahasa Arab. Tetapi mereka yakin untuk lulus Gred B, C atau D. Oleh sebab itu, dalam Ujian AKAR 1 hanya 1 orang murid memperoleh A dalam Bahasa Arab daripada 10 orang calon.6.3 Murid-murid masih belum bersedia dan mahir menjawab soalan HOTS. 6.4 Terdapat kekangan masa kerana mereka juga terlibat dalam program kokurikulum seperti latihan dan kegiatan kokurikulum setiap hari Rabu.

7.0 Tindakan Penambahbaikan

7.1 Berikut adalah program/aktiviti yang dirancang berdasarkan Mesyuarat JK Task Force

AKAR 1/2013 dan 2/2013:

Bil. Program/Aktiviti Tempoh

1. Program Utama Terancang ( Aktiviti Dalam PdP )1.1 Latihan Topikal ( Berfokus Peperiksaan )1.2 Penggunaan Peta Minda/Peta Konsep

Februari – Julai 2013Januari – Julai 2013

Page 7: Laporan Post Mortem Ujian Diagnostik 1 AKAR

1.3 Aplikasi ICT dalam PdP1.4 Ulangkaji Intensif Skor (Program UIS )1.5 Gerak Gempur PMR 1.6 Penggunaan Akhbar Dalam Darjah ( ADD )

Februari – Julai 2013Jun – September 2013Ogos – September 2013Februari – Julai 2013

Bil. Program/Aktiviti Tempoh2. Program Sokongan

2.1 Program Pintar Cemerlang ( Kelas Bimbingan Berfokus )2.2 Bengkel/Ceramah Teknik Menjawab Soalan PMR 2.3 Klinik Mata Pelajaran2.4 Kelas Pemulihan Tatabahasa ( B.Inggeris )2.5 Program Motivasi ( Pentadbir & Kaunselor )2.6 Program Aku Janji2.7 Kem Kecemerlangan PMR2.8 Kelas Malam ( Pecutan Akhir )

Mac – Julai 2013Februari – April 2013Februari – April 2013Februari – September 2013Februari – September 2013April dan Julai 2013Mac 2013Mac dan Mei 2013Ogos – September 2013

8.0 Kesimpulan

Laporan post mortem keputusan Ujian Diagnostik 1 AKAR 2013 dalam bentuk laporan

bertulis ini sangat penting kepada semua pihak sama ada di sekolah atau Pejabat Pelajaran

Daerah Hilir Perak terutama yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam

pengurusan akademik.

            Segala dapatan sama ada berupa data mahu pun masalah akan menjadi sumber penting

terutama kepada Panitia Mata Pelajaran dan guru yang mengajar dalam merancang strategi

dan program bagi mengatasi pelbagai aspek kelemahan.

            Laporan post mortem ini akan menjadi sumber penting terutamanya kepada guru mata

pelajaran untuk merangka perancangan dan strategi ke arah yang lebih baik dan

berkesan. Mudahan-mudahan dengan kesedaran, komitmen dan motivasi yang tinggi daripada

pihak guru mata pelajaran, segala kelemahan dan kekurangan yang ada akan dapat diperbaiki

dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa yang akan datang.

            Diharapkan laporan post mortem ini akan dapat membantu merealisasikan hasrat

Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak untuk mengatasi masalah near miss A dalam peperiksaan

PMR 2103.

Disediakan oleh,

……………………………..

( ISWARY A/P MUNUSAMY )

Setiausaha,

JK Task Force AKAR

SMK KhirJohari Sungai Sumun.

11 April 2013

Page 8: Laporan Post Mortem Ujian Diagnostik 1 AKAR