laporan poem declamation

Upload: nicole-lau-bik-siew

Post on 06-Jan-2016

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

internship

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : LAU BIK SIEWPROGRAM : INTERNSHIPNAMA SEKOLAH : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN THIAN CHINNAMA PROJEK/AKTIVITI: PERTANDINGAN NOISY FOOD POEM DECLAMATIONTEMPOH PELAKSANAAN: 12 OKTOBER 2015 STRATEGI PELAKSANAAN:

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, pertandingan pendeklamasian puisi Noisy Food kelas 4U ini dirancang bagi memenuhi objektif tersebut. Aktiviti pendeklamasian puisi merupakan antara aktiviti yang sangat diminati oleh murid. Ia merupakan saluran pengantara yang baik bagi kanak-kanak belajar dan juga meningkatkan keyakinan diri di hadapan rakan-rakan. Justeru itu, dengan adanya pertandingan pendeklamasian ini kanak-kanak mendapat peluang untuk merasai suasana sebenar pentas bercerita.1) Guru pelatih membincangkan aktiviti yang sesuai dengan bilangan murid, keperluan sekolah, dan juga tempoh masa yang ada dengan mentor.2) Guru pelatih menetapkan aktiviti yang bakal dijalankan dengan bimbingan daripada mentor.3) Guru pelatih menyiapkan kertas kerja dan mendapatkan pengesahan dan kebenaran daripada mentor dan juga pihak pentadbir sekolah.4) Guru pelatih berbincang dengan mentor mengenai syarat-syarat dan peraturan bagi pertandingan bercerita.5) Pada hari pertandingan, guru pelatih telah memberikan taklimat ringkas kepada peserta.6) Guru pelatih, bersama dengan mentor menjadi juri untuk pertandingan ini.7) Pertandingan berjalan dengan lancar. Keputusan dan juga komen dari juri disampaikan kepada semua murid-murid.REFLEKSI: 1) Kekuatan Projek/Aktiviti Murid-murid dapat belajar di suasana yang kondusif dan persekitaran yang seronok. Guru pelatih dapat membina hubungan yang baik dan mesra dengan murid-murid melalui projek ini. Guru pelatih dapat membina hubungan yang professional, baik dan mesra dengan pentadbir sekolah, mentor, staf , dan guru-guru lain dalam proses melaksanakan projek ini apabila berbincang, bertanyakan soalan, meminta bantuan atau kebenaran dan juga bersama-sama melaksanakan projek ini. Projek ini juga dapat membina situasi yang kolaboratif dan koperatif dalam kalangan guru-guru dan murid-murid kerana semua pihak bekerjasama dalam menjayakan projek ini. Projek ini berjaya member motivasi kepada murid untuk belajar Bahasa Inggeris. Projek ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada guru-guru dan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Thian Chin. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat sebilangan besar guru-guru dan murid-murid yang sudi menolong guru pelatih dalam menyiapkan projek ini.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti : Guru pelatih tidak dapat mengatur aktiviti bagi murid-murid yang menonton pertandingan tersebut yang menyebabkan mereka agak bising. Terdapat beberapa orang peserta yang tidak menunjukkan semangat berdaya saing apabila menyertai pertandingan. Hal ini dapat dilihat apabila mereka mengabil sikap sambil lewa dan membawa buku ke hadapan untuk membacakan puisi. Kekurangan pengalaman guru pelatih dalam melaksanakan projek pertandingan menyebabkan berlakunya beberapa kekeliruan dan masalah pada hari pertandingan.KESIMPULAN : Bagi pihak guru pelatih, pelaksanaan pertandingan pendeklamasian puisi ini dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru sekolah rendah sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga dapat memberi impak kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan memimpin. Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama yang tinggi daripada semua pihak juga menyumbang kepada kejayaan projek ini.

Laporan Disediakan Oleh:

(LAU BIK SIEW) Guru Pelatih, IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR. Disemak Oleh:

(GOH YONG YONG)Mentor,SJK(C) Thian Chin

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK PERTANDINGAN PENDEKLAMASIAN PUISI NOISY FOOD

Akhir sekali, saya sedar bahawamembuat persediaan awal yang rapi adalah perlu dan mustahak agar dapat menguasai penggunaan masa dalam kelas dengan lebih baik. Semasa membuat persediaan awal yang lebih rapi, saya boleh menjalankan raptai dan memastikan bahawa saya dapat menyampaikan semua kandungan pengajaran saya pada masa yang telah ditetapkan.

Selain itu, saya sepatutnya memberikan galakan yang lebih besar supaya murid-murid berlatih dengan bersungguh-sungguh. Saya sepatutnya memberikan perhatian yang lebih teliti kepada murid-murid yang lemah dalam pertuturan Bahasa Inggeris dan membantu mereka meningkatkan tahap Bahasa Inggeris supaya keyakinan mereka dapat dinaikkan.