laporan pertandingan memasak

2
Laporan Pertandingan Memasak Kelab Pramasis SMK Bukit Saujana 2014 Pada 19 Februari yang lepas, Kelab Pramasis telah mengadakan Pertandingan Memasak. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat terpendam para pelajar dalam bidang masakan di samping memupuk semangat setia kawan antara pelajar. Pertandingan ini telah disertai oleh kesemua pelajar Kelab Pramasis yang telah dibahagikan kepada enam kumpulan dan diadili oleh tiga orang juri hebat yang mempunyai citarasa tersendiri iaitu Encik Sobri bin Saad, Puan Nor Akmal binti Omar, dan Puan Nurul Huda Abdul Wahid. Hidangan yang disediakan turut dinilai daripada beberapa aspek seperti kerjasama antara ahli kumpulan, kreativiti dalam persembahan dan rasa. Bertempat di Bilik Masakan ERT SMK Bukit Saujana, pertandingan telah berlangsung dari pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Kesemua peserta telah menunjukkan bakat serta kebolehan untuk menyediakan serta menyajikan hidangan mengikut tema yang diberikan iaitu Spaghetti. Pelbagai hidangan yang berunsurkan spaghetti telah dipertandingkan oleh peserta-peserta pertandingan ini dan mendapat daripada pujian para juri. Setelah hidangan para peserta dinilai oleh para juri, akhirnya keputusan telah diumumkan. Senarai pemenang adalah seperti berikut: Tempat pertama: Tempat Kedua: Tempat Ketiga: Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Diharapkan pertandingan ini membawa banyak manfaat kepada pelajar dan dijadikan batu loncatan untuk mengasah bakat mereka dalam bidang masakan ke peringkat lebih tinggi di masa hadapan kelak. Setelah pertandingan berakhir, para peserta dibenarkan untuk menikmati hidangan yang telah mereka sediakan. Para peserta juga telah diarahkan untuk mengemas semula peralatan yang telah mereka

Upload: mohd-najmi

Post on 26-Nov-2015

260 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Laporan Pertandingan MemasakKelab Pramasis SMK Bukit Saujana 2014

Pada 19 Februari yang lepas, Kelab Pramasis telah mengadakan Pertandingan Memasak. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat terpendam para pelajar dalam bidang masakan di samping memupuk semangat setia kawan antara pelajar. Pertandingan ini telah disertai oleh kesemua pelajar Kelab Pramasis yang telah dibahagikan kepada enam kumpulan dan diadili oleh tiga orang juri hebat yang mempunyai citarasa tersendiri iaitu Encik Sobri bin Saad, Puan Nor Akmal binti Omar, dan Puan Nurul Huda Abdul Wahid. Hidangan yang disediakan turut dinilai daripada beberapa aspek seperti kerjasama antara ahli kumpulan, kreativiti dalam persembahan dan rasa.Bertempat di Bilik Masakan ERT SMK Bukit Saujana, pertandingan telah berlangsung dari pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Kesemua peserta telah menunjukkan bakat serta kebolehan untuk menyediakan serta menyajikan hidangan mengikut tema yang diberikan iaitu Spaghetti. Pelbagai hidangan yang berunsurkan spaghetti telah dipertandingkan oleh peserta-peserta pertandingan ini dan mendapat daripada pujian para juri. Setelah hidangan para peserta dinilai oleh para juri, akhirnya keputusan telah diumumkan. Senarai pemenang adalah seperti berikut:Tempat pertama: Tempat Kedua: Tempat Ketiga: Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Diharapkan pertandingan ini membawa banyak manfaat kepada pelajar dan dijadikan batu loncatan untuk mengasah bakat mereka dalam bidang masakan ke peringkat lebih tinggi di masa hadapan kelak. Setelah pertandingan berakhir, para peserta dibenarkan untuk menikmati hidangan yang telah mereka sediakan. Para peserta juga telah diarahkan untuk mengemas semula peralatan yang telah mereka gunakan semasa pertandingan sebelum mereka dibenarkan bersurai.

Laporan disediakan oleh,Saffuan95(Mohd Najmi Saffuan bin Yaakob)Naib Setiausaha Kelab Pramasis,SMK Bukit Saujana.