laporan pertandingan hoki

3

Click here to load reader

Upload: tsumee-sumanti-abdullah

Post on 22-Jul-2015

1.190 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan pertandingan hoki

Laporan Pertandingan Hoki Tertutup Institut Pendidikan Guru

Kampus Batu Lintang anjuran Gerko Hoki Pismp Ambilan 2012

Pada 28 September yang lepas, gerko Hoki Pismp ambilan Januari 2012 telah

menganjurkan satu pertandingan Hoki tertutup peringkat IPG Kampus Batu Lintang.

Pertandingan ini telah disertai 7 pasukan hoki yang bakal berentap iatu 3 pasukan lelaki

dan 4 pasukan wanita.

Selaku ahli jawatankuasa publisiti, seawal pukul 7.00 pagi lagi kami telah

bergerak ke kawasan perlawanan iatu di kawasan letak kereta. Sementara menunggu

para peserta datang , kami telah bersama-sama mengatur perkara yang perlu diatur

pada pagi tersebut.Contohnya menyediakan kerusi dan meja untuk pengadil, menyusun

kayu hoki dan sebagainya. Tepat jam 7.30, semua peserta mendaftarkan diri mereka

dan sedikit taklimat telah diberikan oleh saudara Aziz Bin Polai dan saudari Azianna

Jowinis tentang peraturan permainan.

Kelihatan para peserta ada yang tidak sabar untuk berentap dan ada juga yang

gementar. Kemudian, 10 minit masa diberikan kepada para peserta untuk membuat

aktiviti memanaskan badan. Pada jam 7.45, perlawanan pun bermula yang menemukan

antara pasukan penganjur hoki perempuan iatu HP dan pasukan penganjur kejohanan

Bola Baling (PKBB).

Perlawanan kedua pula diteruskan lagi antara pasukan penganjur Hoki lelaki iatu

HP dan PKBB (L). Begitulah perlawanan seterusnya yang menemukan semua pasukan.

Perlawanan yang diadakan begitu sengit sehingga ada markah pasukan yang agak

jauh ketinggalan dengan pasukan lawan dan ada yang mendapat markah seri.

Page 2: Laporan pertandingan hoki

Perlawanan terakhir menemukan antara pasukan HL dan Mak Jij FC.

Perlawanan antara 2 kumpulan tersebut begitu sengit sehingga mendapat 2 kali markah

seri. Penonton juga turut gementar apabila melihat aksi-aksi yang begitu mendebarkan

jiwa raga meerka Akhirnya, kemenangan berpihak kepada pasukan HL. Selesai

sahaja perlawanan, acara diteruskan dengan sesi majlis penutupan dan penyampaian

hadiah.

Keputusan akhir bagi perlawanan hoki bagi kategori perempuan ialah tempat

keempat disandang oleh pasukan PKMP, tempat ketiga pasukan PKBB(P), tempat

kedua pasukan HP dan juara pula ialah pasukan Energizer. Manakal pagi kategori lelaki

pula, tempat ketiga disandang oleh pasukan PKBB(L), tempat kedua Mak Jij FC dan

juara pula disandang oleh pasukan HL. Selepas penyampaian hadiah kepada para

pemenang, sesi penyampaian cenderahati diteruskan untuk pengadil yang telah

mengadili perlawanan hoki iatu Encik Danaraja, saudari Azianna Jowinis, saudari

Genysier Umam, saudara Muhammad Nuaim dan saudara Aziz bin Polai.

Setelai selesai majlis penutupan, kesemua ahli gerko Hoki bekerjasama

mengemas barang dan menghantar peralatan yang dipinjam ke stor. Waalupan penat,

namun kami bersyukur kerana berjaya menganjur pertandingan ini dengan jayanya.

Diharapkan penganjuran seperti ini akan diteruskan supaya guru pelatih dapat

menimba pengalaman secara langsung tentang cara menganjurkan sesebuah

pertandingan kelak.

Page 3: Laporan pertandingan hoki

Dilaporkan Oleh 26 SEPTEMBER 2012

………………………………………..

(MUHAMMAD NUAIM BIN BAHRON&SUMANTI BINTI ABDULLAH)

AJK PUBLISITI

PERTANDINGAN HOKI TERTUTUP

IPG KAMPUS BATU LINTANG