laporan persiapan tempat & keceriaan permainan tradisional

4
LAPORAN JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT & KECERIAAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2013 Pada semester ini, pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Ambilan Januari 2011 yang mengambil Elektif Pendidikan Jasmani dikehendaki menganjurkan karnival permainan tradisional. Oleh itu kami telah menetapkan pada hari 16 Mac 2013(sabtu) untuk menganjurkan karnival ini.Seterusnya ,karnival ini akan berlangsung pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari di padang IPG Kampus Raja Melewar. Sebanyak 6 unit yang terlibat dalam menganjurkan karnival ini. Antara unit yang terlibat ialah unit Sains, Matematik, Bahasa Cina 1 dan Bahasa Cina 2, Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Bahasa Melayu semester 5.Karnival Permainan Tradisional 2013 kali ini berlangsung di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban. Karnival yang telah dianjurkan ini terbuka kepada semua guru pelatih serta pensyarah dan staf sokongan IPRM.Objektif bagi penganjuran Karnival ini ialah dapat menguruskan permainan tradisional mengikut perancangan yang ditetapkan, menyelesaikan masalah yang dihadapi secara bersama dalam kumpulan dan dapat memastikan keselamatan para peserta dalam keadaan baik. Sebelum kami bermula menjalankan tugas-tugas persiapan tempat , kami telah diberikan tugasan kerja untuk mencadangkan

Upload: mynamesarah

Post on 13-Aug-2015

64 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

laporan persiapan tempat dan kecerian

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Persiapan Tempat & Keceriaan Permainan Tradisional

LAPORAN JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT & KECERIAAN

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2013

Pada semester ini, pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)

Ambilan Januari 2011 yang mengambil Elektif Pendidikan Jasmani dikehendaki

menganjurkan karnival permainan tradisional. Oleh itu kami telah menetapkan pada

hari 16 Mac 2013(sabtu) untuk menganjurkan karnival ini.Seterusnya ,karnival ini

akan berlangsung pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari di padang IPG Kampus

Raja Melewar.

Sebanyak 6 unit yang terlibat dalam menganjurkan karnival ini. Antara unit

yang terlibat ialah unit Sains, Matematik, Bahasa Cina 1 dan Bahasa Cina 2,

Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Bahasa Melayu semester 5.Karnival Permainan

Tradisional 2013 kali ini berlangsung di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus

Raja Melewar, Seremban. Karnival yang telah dianjurkan ini terbuka kepada semua

guru pelatih serta pensyarah dan staf sokongan IPRM.Objektif bagi penganjuran

Karnival ini ialah dapat menguruskan permainan tradisional mengikut perancangan

yang ditetapkan, menyelesaikan masalah yang dihadapi secara bersama dalam

kumpulan dan dapat memastikan keselamatan para peserta dalam keadaan baik.

Sebelum kami bermula menjalankan tugas-tugas persiapan tempat , kami

telah diberikan tugasan kerja untuk mencadangkan tema bagi Karnival Permainan

Tradisional ini. Oleh itu, beberapa tema untuk karnival ini telah dicadangkan seperti

“Warisan Tradisi Malaysia” , “Semangat berlanjutan - permainan tradisional” ,

“Permainan Nostalgia” , “Warisan di Hatiku” , “Seronok bermain seronok belajar”

serta “Tradisi 1 Malaysia, pemangkin semangat Negara”. Pada mesyuarat

seterusnya, jawatankuasa telah menetapkan “Warisan Permainan Malaysia” sebagai

tema karnival permainan tradisional kali ini.

Page 2: Laporan Persiapan Tempat & Keceriaan Permainan Tradisional

Seterusnya kami juga membincangkan pemakaian yang perlu dipakai pada

hari tersebut. Antara pakaian yang telah dicadangkan dalam mesyuarat ialah pada

Karnival permainan Tradisional, semua pelajar PISMP semester 5 akan memakai

baju Bina Insan Guru (BIG) dan seluar sukan serta kasut yang bersesuaian. Selain

itu, jawantankuasa telah membina rancangan lain iaitu jika hari berkenaan, jumlah

peserta berkurangan, guru pelatih semester 5 akan turut menyertai permainan

tersebut. Oleh itu bagi pengelola dan juga peserta, mereka perlu memakai baju IPG

yang berwarna kuning untuk mengambil bahagian dalam akitiviti permainan

tradisional.

Selain daripada itu , kami juga mencari 12 helai kain yang berwarna . Kami

telah mengunting setiap kain tersebut kepada 25 helai dan kami juga akan

menyerahkan kepada AJK urus setia supaya hari berkenaan mereka akan

menyerahkan kepada peserta untuk mengikatkannya di atas dahi , tangan atau kaki

supaya peserta dapat mengenal pasti ahli kumpulannya serta memudahkan AJK

urus setia mencatatkan markah mengikut warna yang ditetapkan.

Di samping itu, apabila tugasan yang diberikan ialah perlu menghias tapak

bagi keenam-enam permainan. Setelah perbincangan dibuat, setiap tapak

permainan akan dibina penghadang dengan menggunakan tali rafia di sekeliling

kawasan. Bendera kecil akan dihias di setiap penjuru kawasan permainan. Tugasan

kedua ialah kerusi dan meja perlu disusun dengan teratur dan sesuai. Selain itu,

khemah VIP, khemah urus setia dan khemah keselamatan turut dihias selain

menghias papan markah, tempat memberi ucapan dan tempat penyampaian

hadiah.

Selepas acara tamat, tapak kawasan permainan dibersihkan dan semula

peralatan yang telah digunakan disimpan di tempatnya.

Sekian Terima Kasih,

Disediakan oleh: 17 MAR 2013

…………………………………

Page 3: Laporan Persiapan Tempat & Keceriaan Permainan Tradisional

(BELINDA LEE CHIAU YI)

Disediakan oleh:

…………………………

(LIANG NGIT MING)

Disediakan oleh:

…………………………

(JENNY LEE SIE HUI)

Disediakan oleh:

…………………………

(AMRI BIN ZAKARIA)

Disediakan oleh:

…………………………………

(SITI SARAH BINTI SEKERI)