laporan persiapan tempat

6
Laporan Persiapan Padang, Banner & Publisiti (Hiasan Astaka) Sebelum: Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan salah satu cabang sukan yang dipertandingkan. Ia melibatkan acara padang dan balapan bagi memenuhi hasrat dan kehendak Institut Pendidikan Guru di Malaysia khususnya Institut Pendidikan Guru, Kampus Kent, Tuaran. Sebagai Ajk persiapan tempat, terdapat beberapa tugas- tugas yang telah diberikan. Antaranya, ialah: Pensyarah untuk membimbing dalam tugas ini ialah Cik Hafizah Saad dibantu oleh Pn Norsalawati Abu Bakar, Pn Tan Mee Chin dan Fidelia @ Esther Mathew Sipaun. Proses sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan, kami telah berhubung dengan Ajk Peralatan untuk

Upload: sharif-mohd-farid

Post on 10-Apr-2016

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Laporan Persiapan Padang, Banner & Publisiti (Hiasan Astaka)

Sebelum:

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan salah satu cabang sukan

yang dipertandingkan. Ia melibatkan acara padang dan balapan bagi memenuhi hasrat

dan kehendak Institut Pendidikan Guru di Malaysia khususnya Institut Pendidikan Guru,

Kampus Kent, Tuaran. Sebagai Ajk persiapan tempat, terdapat beberapa tugas-tugas

yang telah diberikan. Antaranya, ialah:

Pensyarah untuk membimbing dalam tugas ini ialah Cik Hafizah Saad dibantu

oleh Pn Norsalawati Abu Bakar, Pn Tan Mee Chin dan Fidelia @ Esther Mathew

Sipaun. Proses sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan, kami telah berhubung dengan

Ajk Peralatan untuk memastikan peralatan yang hendak kami gunakan telah dipinjam

dari stor pusat. Antara peralatannya ialah khemah pegawai teknik, khemah urusetia

rekod, kerusi, meja, sofa, rostrum, kain rentang bunga raya, pasu-pasu bunga, banner

dan tiang-tiang bendera negeri, kejohanan dan rumah-rumah sukan. Sehari sebelum

Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-62 berlangsung, semua urusetia telah bersiap

sedia untuk menghantar barang-barang keperluan persiapan tempat seperti khemah

urussetia dan hiasan khemah vvip (pasu bungga, kain rentang warna-warni, rostroom,

sofa dan banyak lagi). Gerak kerja bermula pukul 11.30am dan berakhir pada pukul

3.00pm.

Semasa:

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-62 telah berlangsung pada 27hb-28hb

Februari 2015 iaitu pada hari jumaat dan sabtu. Semua persiapan padang telah selesai.

Oleh itu, terdapat beberapa gambar mengenai persiapan padang yang memuaskan

semua pihak dengan warna tema oren.

Rajah 1: Hiasan Rostroom Bertemakan Warna Oren.

Rajah 2: Suasana hiasan khemah vip semasa Kejohanan Olahraga Tahunan

Selepas:

Untuk proses selepas program kejohanan, semua urusetia terlibat untuk

mengemas semula perhiasan-perhiasan yang telah digunakan. Terdapat dua buah lori

disediakan untuk mengangkut kerusi-kerusi, sofa, meja, kotak kain-kain berwarna, pasu

bunga dan lain-lain.

Tidak dilupakan juga, segala kebersihan di Sekolah Sukan tersebut terpelihara

dengan membawa kesemua sampah sarap yang dibuang di tong sampah dibawa ke

IPG Kampus Kent semata-mata bagi menjaga nama baik seorang bakal guru. Hasil

kerjasama tersebut, kerja selesai dari pukul 11.30am ke pukul 1.30pm.

Penambahbaikan:

Untuk kejohanan Olahraga Tahunan yang seterusnya, diharap dapat memilih

kawasan yang lebih strategik dan tidak terlalu panas untuk bersukan. Selain itu juga,

perlu memilih kawasan perasmiaan dan penutup yang lebih selesa digunakan seperti

sebuah astaka yang luas bukan menggunakan khemah biasa.

Tambahan itu, diharap juga pensyarah pembimbing bagi persiapan tempat ini

mengambil serius terhadap apa yang dilakukan oleh guru pelatih dengan turun padang

bersama-sama dengan ajk urusetia yang lain kerana guru pelatih tidak semua

mempunyai bakat atau kemahiran untuk melakukan kerja yang diluar bidang tersebut.