persiapan ramadhan5

24
1435H/2014

Upload: amininspired

Post on 16-Jul-2015

110 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

1435H/2014

SMS diterima 10.38am

Salam…Nama saya Syaban… saya ingin mengingatkan anda bahawa

jiran saya Ramadan akan datang mengunjungi anda esok bersama

isterinya iaitu Rezeki & kedua 2 anaknya iaitu Sahur dan Iftar…

Mereka akan ditemani oleh ketiga-3 cucunya iaitu Rahmat, Barakah

& Keampunan… Mereka akan pulang selepas 30 hari dgn menaiki

k/trbg Eidul Airlines… Hargai mereka & anda akan mendapat pahala

berlipat ganda Insha Allah. Amin…

Sumber

Masa : 24 jamTempat : Seluruh pelusuk dunia

Permulaan Ramadan bagitahun 1435H jatuh padahari Sabtu 28 Jun 2014

Pintu syurga terbuka,Pintu neraka ditutup, syaitan diikat

1217. Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanyaRasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila bulan

Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintusyurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah

semua syaitan."

(Muttafaq 'alaih)

Bersungguh Beribadah !!

1191. Dari Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu

bersungguh-sungguh dalam beribadat dalam bulan Ramadhan yang tidak

demikian bersungguh-sungguhnya kalau dibandingkan dengan bulan

lainnya, juga di dalam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan itu beliau

s.a.w. bersungguh-sungguh pula yang tidak demikian bersungguhsungguhnyakalau dibandingkan dengan hari-hari Ramadhan yang lainnya."

(Riwayat Muslim)

Puasa kerana…?

1216. Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa

yang berpuasa Ramadhan karena didorong oleh keimanandan mengharapkan

keridhaan Allah, maka diampunkanlah untuk dosa-dosanya yang terdahulu."

(Muttafaq 'alaih)

Balasan puasa

Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluhingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : kecuali puasa,

sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalaskebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat

mereka (di siang hari) hanya keranaKu"

(Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

Pemurah ketika ramadhan

“Nabi s.a.w adalah orang yang sepemurah-pemurah manusia dan beliau

amat

pemurah, terutamanya ketika di bulan Ramadhan”

[Riwayat al-Bukhari & Muslim]

Puasa

Hindarilah neraka meskipun dengan sebiji korma

Bukhari no 1413 & Muslim 1016

Puasa merupakan benteng dan sedekah dapat meleburkan dosa

sebagaimana air dapat memadamkan api

Ahmad no 5231 & Tirmizi no 2749

Berkata “Saya sedang berpuasa…”

قل إنى صائم إنى صائم فإن سابَّهُ احدٌ او قاتله فلي, فإذا كان يومُ صوِم احِدكم فال يرفث وال يصخبُ

(البخارى: رواه )

Firman Allah dalam hadith Qudsi :

Apabila seorang daripada kamu berpuasa maka janganlah ia menuturkankata-kata yang buruk (keji) dan janganlah menjerit-jerit tidak menentu

(hiruk pikuk). Apabila ia dimaki atau dicabar oleh seseorang hendaklah iaberkata saya berpuasa, saya sedang berpuasa

Puasa yang rugi

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannyatatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan

terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya"

(Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).

Hidupkan malam

Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. apabila telah

masuk sepuluh hari - yang terakhir dari Ramadhan -maka beliau s.a.w.

menghidupkan malamnya - dengan memperbanyakkan amalan ibadatnya,juga membangunkan isterinya - agar ikutmemperbanyak amalannya -serta

mengeraskan ikat pinggang-nya - yakni sebagai kata kinayah bahwa beliaus.a.w. menjauhi untuk berkumpul dengan isterinya.«

(Muttafaq 'alaih)

Lailatul Qadr

Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu beri'tikaf

dalam sepuluh hari yang terakhir daribulan Ramadhan dan beliau s.a.w.

bersabda: "Carilah lailatul-qadri itu dalam sepuiuh yang terakhir - yakniantara

malam ke 21 sampai malam ke 30 - dari bulan Ramadhan." (Muttafaq 'alaih)

1189. Dari Aisyah radhillahu 'anha pula bahwasanya Rasulullah s.a.w

bersabda: "Carilah lailatul-qadri itu dalam malam ganjil darisepuluh hariterakhi dari bulan Ramadhan - yakni malam ke 21,23, 25, 27 dan 29. (Riwayat Bukhari)

Lailatul Qadr

1190. Dari Aisyah radhiallahu'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu apabila

telah masuk sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan, maka beliau

menghidup-hidupkan malamnya - yakni melakukan ibadat pada malam

harinya itu, juga membangunkan isterinya, bersungguh-sungguh - dalam

ibadat - dan mengeraskan ikat pinggangnya - maksudnya adalah sebagai kata

kinayah men-jauhi berkumpul dengan isterinya." (Muttafaq 'alaih)

Kesilapan ketika ramadhan

1. Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktubersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar"

(Az-Zariyyat : 18)

المكتوبةجوف الليل األخير ودبر الصلوات : قال : أي الدعاء أسمع ؟ , رسول هللا يا

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Padahujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu"

( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; LihatAl-Muntaqa , 1/477)

Kesilapan ketika ramadhan

2. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih

Kesilapan ketika ramadhan

3. Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari denganalasan berpuasa.

Kesilapan ketika ramadhan

4. Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa. Ini satu lagi jenis kerugianyang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم, اإلمام العادل , ثالثة ال ترد دعوتهم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Kesilapan ketika ramadhan

5) Tidak Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد•

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatuberbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

Kesilapan ketika ramadhan

6) Tidak Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktumaghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :

ال يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر•

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamumenyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Kesilapan ketika ramadhan

7) Tidak Bersahur

"Barsahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah".

(Al-Bukhari dan Muslim)

Rancang KPI Ramadhan 1434H