laporan perkhemahan perdana

4
Laporan Perkhemahan Persatuan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Taman Selasih Pada 14, 15 dan 16 September 2006 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Selasih telah mengadakan Perkhemahan Perdana yang bertempat di Padang Sekolah. Seramai 121 orang murid telah menyertai aktiviti perkhemahan tersebut. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid terpilih dan aktif di dalam pasukan beruniform yang terdiri daripada pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam. Tepat jam 4.30 petang, semua peserta telah pun berada di Dewan Selasih untuk pendaftaran. Pada 4.45 petang, murid dikehendaki berkumpul kembali di dewan setelah selesai mendaftarkan diri untuk sesi taklimat. Taklimat itu disampaikan oleh beberapa orang guru dan guru besar selaku penasihat aktiviti Perkhemahan Perdana.Selepas sesi taklimat berakhir, guru yang bertugas mula mengagihkan set khemah untuk dipasang sendiri oleh peserta. Sebuah khemah dihadkan kepada lima orang peserta sahaja. Pelbagai gelagat yang mencuit hati dapat dilihat semasa pemasangan khemah oleh peserta-peserta. Selepas semua peserta selesai mengemas barang mereka, kami dikehendaki untuk ke kantin untuk makan malam. Makanan yang dihidang amat enak. Selepas makan, kami pergi membuat persiapan diri. Selesai membersihkan diri, kami semua ke surau untuk solat Maghrib. Pada Malam itu juga diadakan majlis bacaan Yasin sementara menunggu masuknya solat Isyak.Selepas selesai solat Isyak, semua peserta berkumpul di Dewan Selasih untuk aktiviti “Ice Breaking”. Selepas semua peserta berkumpul, semua peserta diagihkan kepada lapan kumpulan yang terdiri daripada abjad A hingga H. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua dan juga penolong ketua kumpulan.Pelbagai aktiviti diadakan semasa sesi “Ice Breaking” ini. Antaranya ialah mencucuk jarum ke dalam belon dan memastikannya tidak pecah serta meletakkan bata di atas empat helai kertas dan memastikannya tidak roboh. Peserta juga perlu memberikan kesimpulan untuk kesemua aktiviti yang dijalankan. Setiap kumpulan juga perlu mencipta identiti kumpulan

Upload: rasasayang

Post on 12-Jun-2015

4.839 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

laporan ........

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA

Laporan Perkhemahan Persatuan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Taman Selasih

Pada 14, 15 dan 16 September 2006 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Selasih telah mengadakan Perkhemahan Perdana yang bertempat di Padang Sekolah. Seramai 121 orang murid telah menyertai aktiviti perkhemahan tersebut. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid terpilih dan aktif di dalam pasukan beruniform yang terdiri daripada pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam.

Tepat jam 4.30 petang, semua peserta telah pun berada di Dewan Selasih untuk pendaftaran. Pada 4.45 petang, murid dikehendaki berkumpul kembali di dewan setelah selesai mendaftarkan diri untuk sesi taklimat. Taklimat itu disampaikan oleh beberapa orang guru dan guru besar selaku penasihat aktiviti Perkhemahan Perdana.Selepas sesi taklimat berakhir, guru yang bertugas mula mengagihkan set khemah untuk dipasang sendiri oleh peserta. Sebuah khemah dihadkan kepada lima orang peserta sahaja. Pelbagai gelagat yang mencuit hati dapat dilihat semasa pemasangan khemah oleh peserta-peserta.

Selepas semua peserta selesai mengemas barang mereka, kami dikehendaki untuk ke kantin untuk makan malam. Makanan yang dihidang amat enak. Selepas makan, kami pergi membuat persiapan diri. Selesai membersihkan diri, kami semua ke surau untuk solat Maghrib. Pada Malam itu juga diadakan majlis bacaan Yasin sementara menunggu masuknya solat Isyak.Selepas selesai solat Isyak, semua peserta berkumpul di Dewan Selasih untuk aktiviti “Ice Breaking”. Selepas semua peserta berkumpul, semua peserta diagihkan kepada lapan kumpulan yang terdiri daripada abjad A hingga H. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua dan juga penolong ketua kumpulan.Pelbagai aktiviti diadakan semasa sesi “Ice Breaking” ini. Antaranya ialah mencucuk jarum ke dalam belon dan memastikannya tidak pecah serta meletakkan bata di atas empat helai kertas dan memastikannya tidak roboh. Peserta juga perlu memberikan kesimpulan untuk kesemua aktiviti yang dijalankan. Setiap kumpulan juga perlu mencipta identiti kumpulan dengan melukis sebuah logo dan berikan maksud logo itu terhadap kumpulan itu. Setiap kumpulan juga perlu memberikan nama bagi kumpulan mereka. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Sebelum semua peserta masuk ke khemah untuk tidur, mereka di beri empat keping biskut serta segelas air teh panas untuk dijadikan makanan tengah malam mereka.

Tepat jam 4.00 pagi, kebanyakan peserta mula bangun untuk mandi. Selesai membersihkan diri, semua peserta mula bergerak ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Sementara menunggu masuknya waktu Subuh, semua peserta mengalun zikir munajat bersama-sama. Setelah selesai Solat Subuh, kuliah Subuh serta tazkirah disampaikan oleh AJK surau yang bertugas.Pada jam 7.25 pagi, semua peserta berkumpul di Dataran Selasih untuk menyanyikan lagu Negaraku, Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang, Negeri Kedah, lagu Sekolah dan Ikrar Rukun Negara. Selesai menyanyikan dan menaikkan bendera, guru yang bertugas bersama-sama semua peserta membuat senaman dan aktiviti aerobik bersama-sama.

Pada jam 8.00 pagi, semua peserta ke kantin untuk menikmati sarapan pagi berupa nasi lemak serta minuman teh panas. Pada jam 8.30 pagi semua peserta berkumpul di Dataran Selasih

Page 2: LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA

untuk diberikan taklimat bagi aktiviti acara yang di panggil “Explorace”.Aktiviti “Explorace” ini bermula pada jam 8.45 pagi. Peserta dikehendaki mencari petunjuk di setiap stesen yang terdiri daripada stesen A,B,C,D dan E. Di setiap stesen terdapat beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. Tetapi sebelum melakukan setiap tugasan, setiap kumpulan perlu mencari petunjuk yang disorokkan. Di stesen A, tugasan yang perlu diselesaikan ialah mencabut 100 batang pokok kemuncup.

Setelah setiap kumpulan berjaya menyelesaikan tugasan di stesen A, mereka turun untuk ke stesen B. Cabaran di stesen B ialah mengira bilangan anak tangga di seluruh sekolah. Kebanyakan kumpulan tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dan mereka dikenakan penalti. Di stesen C pula, setiap kumpulan perlu membina sebuah menara menggunakan surat khabar. Menara itu perlu didirikan teguh dalam kiraan 10 saat. Di stesen D pula, setiap kumpulan perlu meredah longkang, merangkak di dalam lumpur dan sebagainya. Di stesen E pula setiap peserta perlu mengambil petunjuk di dalam sebuah bekas yang penuh dengan ulat. Selepas itu mereka perlu menjawab beberapa soalan mengenai sekolah ini dan melekatkan logo kumpulan mereka di atas kertas soalan tersebut. Aktiviti ini dimenangi oleh kumpulan E kerana mereka dapat menjawab semua soalan dengan tepat.

Berakhirnya acara ini semua peserta pergi untuk membersihkan diri, semua peserta ke kantin untuk menikmati makan tengah hari. Selepas selesai makan, peserta lelaki mula bergerak ke masjid untuk sembahyang Jumaat dengan diiringi oleh semua guru lelaki. Semua peserta perempuan pula berkumpul di kantin untuk mendengar ceramah “Pengurusan Diri Wanita” yang disampaikan oleh guru bertugas.Sekembalinya semua peserta lelaki dari sembahyang Jummat, tepat jam 3.30 petang aktiviti “Base System” dijalankan di Dewan Selasih. Aktiviti diagihkan kepada tiga base yang pertama ialah ciptaan Gadjet, base yang kedua ialah ikatan anduh dan base yang ketiga pula ialah ikatan tali. Aktiviti berakhir pada jam 6.00 petang.

Pada jam 6.05 petang, semua peserta dikehendaki membuat persiapan diri dengan memakai pakaian beruniform mereka kerana pada malam itu akan diadakan “Malam Anugerah Kokurikulum” yang akan dihadiri oleh wakil Pejabat Pelajaran Daerah Kulim-Bandar Baharu dan juga ibu bapa.Tepat jam 7.00 petang, semua peserta yang sudah lengkap memakai pakaian beruniform untuk ke kantin untuk makan malam. Pada jam 8.00 malam, semua kenamaan dan juga ibu bapa sudah pun berada di kantin untuk acara malam anugerah kokurikulum. Majlis ini turut diserikan lagi oleh seorang penyanyi dakwah yang hadir untuk mempersembahkan lagu-lagu di dalam albumnya. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 tengah malam.

Pada ke esokkan harinya, pada jam 5.30 pagi semua peserta bangun membuat persiapan diri dan tepat jam 6.00 pagi, semua peserta siap berada di surau untuk mendengar tazkirah dan solat Subuh berjemaah. Pada jam 7.30 pagi, semua peserta berkumpul di Dataran Selasih untuk bersenam bersama-sama. Aktiviti di ketuai oleh guru aerobik Pn. Nor Azian Bt. Mohamed Jamal.Pada jam 8.30 semua peserta bergerak kekantin untuk sarapan pagi. Selepas selesai bersarapan kami semua berkumpul di Dataran Selasih untuk taklimat untuk membuka khemah. Kami semua membuka khemah dengan mengikut arahan dengan cermat. Selepas membuka khemah kami bersiap-siap untuk ke dewan bagi majlis penutupan Perkhemahan Perdana.

Page 3: LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA

Acara penutupan dengan ucapan Guru Besar selaku penasihat bagi aktiviti kali ini. Selepas berakhirnya ucapan penutupan oleh Guru Besar, En. Waridi Bin Hj. Ali selaku kem komander pula memberi ucapan. Selepas itu acara penyerahan sijil dan hadiah untuk setiap kumpulan. Sebelum bersurai pada jam 12.30 tengah hari,semua peserta dikehendaki bersalaman sambil berselawat bersama-sama

Pelbagai faedah yang dapat diperoleh semasa aktiviti ini berlansung. Antaranya ialah kami dapat mendisiplinkan diri, mengisi masa lapang dan sebagainya. Kami juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Kami berharap aktiviti seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

Laporan oleh :

Siti Nurizzaty Bt. Salleh

Kelas 6A2

Persatuan Pengakap