laporan program korban perdana 2012 m

5
LAPORAN PROGRAM KORBAN PERDANA 2012 M / 1433 H Sempena Hari Raya Eidul Adha , Masjid Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan program Korban Perdana. Program ini pertama kali diadakan selepas mendapat nama baru iaitu Masjid Politeknik Ibrahim Sultan. Pada permulaan hanya seekor lembu dirancang untuk dikorbankan tetapi sambutan yang sangat baik daripada staf Politeknik Ibrahim Sultan bilangan bertambah menjadi tiga ekor. Tujuan utama program ini tidak lain bagi menghormati pengorbanan Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail seperti yang tercatat dalam al-quran firman Allah Ta’ala bermaksud:“Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku – insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”(Al-Soffat: 100-102). Jumlah lembu : Tiga ekor Peserta Qurban : Jumlah 21 orang, (warga PIS seramai 12 orang dan qariah dari luar seramai 9 orang) Bilangan kehadiran : 60 orang (peserta dan AJK) Cuaca : panas dan sangat baik. Urusan penyembelihan : Diketua oleh Jawatankuasa Masjid PIS dan dibantu oleh penduduk Taman Kota Masai seramai 25 orang Masa : 3.00 petang hingga 5.45 ptg. Pihak Jawatankuasa Masjid Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada peserta, urusetia, pelajar dan masyarakat setempat yang menyumbang wang ringgit, masa dan tenaga bagi menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memberikan kefahaman tentang hikmah ibadat korban serta dapat mengerat silaturrahim antara warga PIS dengan masyarakat setempat dan seterusnya memberi impak dan mampu menaikkan imej Politeknik Ibrahim Sultan sebagai Peneraju Ilmu Sejagat. “ Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada ALLAH, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa ya Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan. “ (Surah Al-Haj, ayat 37) Disediakan oleh ……………………………….. (MD YUSRI BIN JANI) Setiausaha Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

Upload: md-saifuddin-md-yusop

Post on 21-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Korban

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Korban Perdana 2012 m

LAPORAN PROGRAM KORBAN PERDANA 2012 M / 1433 H

Sempena Hari Raya Eidul Adha , Masjid Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan

program Korban Perdana. Program ini pertama kali diadakan selepas mendapat nama baru iaitu Masjid Politeknik Ibrahim Sultan. Pada permulaan hanya seekor lembu dirancang untuk dikorbankan tetapi sambutan yang sangat baik daripada staf Politeknik Ibrahim Sultan bilangan bertambah menjadi tiga ekor.

Tujuan utama program ini tidak lain bagi menghormati pengorbanan Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail seperti yang tercatat dalam al-quran firman Allah Ta’ala bermaksud:“Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku – insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”(Al-Soffat: 100-102). Jumlah lembu : Tiga ekor Peserta Qurban : Jumlah 21 orang, (warga PIS seramai 12 orang dan qariah dari luar seramai 9 orang) Bilangan kehadiran : 60 orang (peserta dan AJK) Cuaca : panas dan sangat baik. Urusan penyembelihan : Diketua oleh Jawatankuasa Masjid PIS dan dibantu oleh penduduk Taman Kota Masai seramai 25 orang Masa : 3.00 petang hingga 5.45 ptg. Pihak Jawatankuasa Masjid Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada peserta, urusetia, pelajar dan masyarakat setempat yang menyumbang wang ringgit, masa dan tenaga bagi menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memberikan kefahaman tentang hikmah ibadat korban serta dapat mengerat silaturrahim antara warga PIS dengan masyarakat setempat dan seterusnya memberi impak dan mampu menaikkan imej Politeknik Ibrahim Sultan sebagai Peneraju Ilmu Sejagat. “ Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada ALLAH, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa ya Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan. “ (Surah Al-Haj, ayat 37) Disediakan oleh ……………………………….. (MD YUSRI BIN JANI) Setiausaha Masjid Politeknik Ibrahim Sultan

Page 2: Laporan Program Korban Perdana 2012 m

PROGRAM KORBAN PERDANA

Page 3: Laporan Program Korban Perdana 2012 m
Page 4: Laporan Program Korban Perdana 2012 m
Page 5: Laporan Program Korban Perdana 2012 m