laporan perjumpaan bersama sip

9
Laporan Perjumpaan bersama SIP+ dari PPD Pedawan, PPD Samarahan, PPD Belaga dan PPD Bau. Tarikh : 14 Oktober 2014 Hari : Selasa Masa : 2.00 – 4.30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SK. Tanjung Batu, Bintulu. Kehadiran : 1. En. leo Sebli anak Boyong 2. Pn. Lim Ming Lee 3. Pn. Norjanah binti Sehim 4. Pn. Kerdeline Pepetchua Moss 5. En. Tilai Balla Udan ( SIP+ PPD Pedawan) 6. Dr. Azhar Haji Ahmad ( SIP+ PPD Samarahan ) 7. En. Yong Ing Thung ( SIP+ PPD Bau ) 8. En. Denis Hang Bilang (SIP+ Belaga) 9. En. Simon anak Rutien 10. Pn. Hazlin binti 11. Pn. Mary Rami Regok 12. Cik Sharifah Munirah binti 13. Cik Nurul Husna binti 14. Adik Umang Sengalang Tidak hadir : 1. En. Muhd. Lufti ( PK KOKO ) 1

Upload: remy-ray

Post on 10-Feb-2016

31 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

minutes

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Perjumpaan Bersama SIP

Laporan Perjumpaan bersama SIP+ dari PPD Pedawan, PPD Samarahan, PPD Belaga dan PPD Bau.

Tarikh : 14 Oktober 2014

Hari : Selasa

Masa : 2.00 – 4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK. Tanjung Batu, Bintulu.

Kehadiran :

1. En. leo Sebli anak Boyong

2. Pn. Lim Ming Lee

3. Pn. Norjanah binti Sehim

4. Pn. Kerdeline Pepetchua Moss

5. En. Tilai Balla Udan ( SIP+ PPD Pedawan)

6. Dr. Azhar Haji Ahmad ( SIP+ PPD Samarahan )

7. En. Yong Ing Thung ( SIP+ PPD Bau )

8. En. Denis Hang Bilang (SIP+ Belaga)

9. En. Simon anak Rutien

10. Pn. Hazlin binti

11. Pn. Mary Rami Regok

12. Cik Sharifah Munirah binti

13. Cik Nurul Husna binti

14. Adik Umang Sengalang

Tidak hadir :

1. En. Muhd. Lufti ( PK KOKO )

2. Cik Hellena anak Sigoh ( K/P BI )

1

Page 2: Laporan Perjumpaan Bersama SIP

1.0 Kata alu- aluan daripada Guru Besar Sekolah kebangsaan Tanjung Batu.

1.1 Guru Besar mengalu- alukan kedatangan kehadiran empat orang SIP+ dari

Bahagian Pedawan, Bahagian Samarahan, Bahagian Bau dan Bahagian Belaga,

Penolong- penolong Kanan, Ketua- ketua Panitia dan Guru Bimbingan dan

Kaunseling.

1.2 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak SIP+ sudi

meluangkan masa untuk membimbing dan berkongsi cara pengurusan berkesan

dengan pihak sekolah.

2.0 Intro sekolah daripada duta kecil sekolah iaitu adik Umang Sengalang dari kelas

4Harmoni.

2

Page 3: Laporan Perjumpaan Bersama SIP

3.0 Pembentangan Pencapaian UPSR sekolah serta keputusan AR pada tahun 2014 oleh cik Sharifah Munirah selaku guru penyelaras Tahun 6.

3.1 Dr. Azhar Haji Ahmad selaku SIP+ Samarahan menyarankan penambahbaikan

perlu dibuat ke atas progran gerak gempur dan intervensi memandangkan

pencapaian AR 2014 yang diperolehi tidak menunjukkan keberkesanan program-

program intervensi yang telah dilaksanakan.

3.2 Beliau mencadangkan supaya rumusan keputusan setiap AR dipamerkan untuk

makluman semua guru. Pamerkan di tempat yang strategik supaya semua guru

maklum dengan pencapaian semasa sekolah.

4.0 Perkongsian dari SIP+ PPD Pedawan, En. Tilai Balla Udan tentang pengurusan sekolah yang baik adalah tunjang prestasi sesuatu sekolah.

3

Page 4: Laporan Perjumpaan Bersama SIP

4.1 Beliau mencadangkan supaya perkataan SKPM mestilah digunakan di sekolah

terutamanya yang melibatkan Standard 1 iaitu hala tuju dan kepimpinan mesti

jelas. Pihak sekolah diminta untuk merujuk SKPM Standard 1 untuk menetapkan

visi, misi dan matlamat sekolah.

4.2 Beliau mencadangkan supaya Penolong kanan 1 jelas dengan matlamatnya

serta tetapkan matlamat kepada tiga bahagian iaitu, bidang akademik yang

melibatkan misi dan visi sekolah contohnya KE ARAH 2.43 PADA TAHUN 2014.

Selain daripada itu Jadual Waktu perlu dirancang dengan lebih teliti mengikut

keperluan sekolah.

4.3 Beliau mencadangkan semua aktiviti PLC, LDP, pencerapan dan Buku Rekod

Mengajar haruskah diletakkan dalam matlamat yang kedua Pembangunan

Sumber Manusia.

4.3 En. Tilai juga menjelaskan bahawa matlamat Penolong Kanan 1 yang ketiga

adalah melibatkan bidang pejabat am mestilah merangkumi kewangan, inventori

dan bahan sumber mengajar.

4.4 Beliau juga menyarakan supaya PKHEM menetapkan 4 matlamat iaitu, bidang

disiplin contohnya, Mencapai Masalah Displin Sifar menjelang November, bidang

kebajikan, bidang 3K dan pertandingan- pertandingan.

4.5 Beliau menyarakan supaya pihak pentadbir sekolah menggunakan POLC

( Planning Organizing Leading Control ) untuk mengurus semua program yang

dilaksanakan. Carta Gant perlu dibuat untuk setiap program supaya jelas dengan

perancangan dan perjalanan sesuatu takwim yang dirancang. Beliau

mencadangkan Guru Besar supaya memantau setiap program dengan

pendekatan management by walking around.

4.6 Beliau menasihatkan pihak pentadbir supaya menggunakan sistem pemfailan

berwarna untuk pengurusan fail- fail sekolah.

4.7 Beliau juga berkongsi rahsia untuk menang dalam mana- mana pertandingan

iaitu dengan menetapkan matlamat, mewujudkan carta organisasi iaitu memilih

4

Page 5: Laporan Perjumpaan Bersama SIP

orang yang betul- betul pakar dalam bidang tersebut untuk melatih pelajar, pilih

untuk sertai pertandingan yang berpeluang dimenangi sahaja, jangan menyertai

mana- mana pertandingan yang terlalu banyak penyertaan serta memerlukan

biaya yang besar.

4.8 Beliau menasihatkan supaya pihak pentadbir harus jelas dengan matlamat serta

mempunyai semangat kerja satu pasukan untuk mencapai kejayaan.

4.9 Perkongsian terakhir beliau ialah, mana – mana gurugred DG41 dan DG44 yang

ingin memohon menjadi Guru Besar, markah LNPT mestilah mencapai 90% dan

ke atas, kenaikan pangkat pula mestilah mendapat 80% dan ke atas dan

kelayakan permohonan untuk Guru cemerlang adalah 85% dan ke atas.

5.0 Saranan dari SIP+ PPD Belaga En. Benis Hang Bilang adalah menjurus kepada cara untuk mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah. Beliau memaklumkan bahawa, pelajar yang tidak hadir pada 3 hari berturut- turut haruslah diberi perhatian. Beliau mencadangkan pihak sekolah melibatkan penyertaan pihak PIBG untuk mengatasi masalah ini seperti mewujudkan briget PIBG sebagai agen kesedaran untuk mengatasi masalah pelajar ponteng.

5.1 Beliau juga mencadangkan mewujudkan Guru Muda dari kalangan pelajar-

pelajar yang cepat menguasai supaya menjadi guru kepada kumpulan –

kumpulan kecil rakan- rakan mereka. Insentif boleh diberi kepada Guru Muda ini

untuk menggalakkan penyertaan mereka secara lebih serious dan memberikan

komitmen yang penuh.

5.2 Beliau merumuskan, semua program terutamanya program peningkatan

akademik haruslah bermula sejak awal persekolahan iaitu seawal Tahun 1.

Guru- guru disarankan menggunakan keputusan AR untuk mengenalpasti murid-

murid yang belum menguasai matapelajaran yang tertentu dan tindakanuntuk

mengatasi masalah mereka ini boleh diambil seawal yang mungkin.

5

Page 6: Laporan Perjumpaan Bersama SIP

6.0 Saranan dari Dr. Azhar haji Ahmad, SIP+ PPD Samarahan.

6.1 Beliau mencadangkan pihak sekolah mengambil pendekatan yang berkesan

yang mempunyai penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi ketidakhadiran

pelajar dalam sesi pdp. Salah satu cara yang sesuai adalah melibatkan

kaunselor sekolah, pihak PIBG, NGO dan juga YB bersama- sama menangani

isu ketidakhadiran pelajar ke sekolah setiap hari.

6.2 Beliau juga menyarankan supaya pihak pentadbir sekolah untuk menyelaraskan

pendekatan yang sesuai dengan ketidakseimbangan gender guru, terutama

dalam setiap program yang dirancang.

6.3 Beliau mencadangkan supaya program intervensi mestilah dirancang dengan

teliti dan mesti dinilai. Laporan penilaian program perlu dibentang dalam

mesyuarat staf oleh pemilik program tersebut. Katanya lagi, jika program yang

dirancang kurang berkesan, penambahbaikan perlu dibuat atau gugurkan sahaja

program tersebut.

6.4 Bercakap tentang program LINUS, beliau mencadangkan agar pelabelan papan

notis boleh dibuat dalam Bahasa Inggeris, pengendalian perhimpunan oleh murid

dalam Bahasa Inggeris dan menyapa guru- guru, pelawat dan sesama rakan di

sekolah menggunakan bahasa Inggeris. Amalan- amalan ini boleh dipupuk bagi

mengatasi kelemahan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris.

6.5 Beliau mencadangkan supaya pencapaian LINUS patut dijadikan sebagai

indikator awal kepada senario yang akan berlaku pada Tahap 2. Oleh sebab itu,

masalah dalam LINUS perlu diatasi awal supaya masalah ini tidak akan

berlanjutana sehingga ke Tahap 2.

7.0 Saranan dari SIP+ PPD Bau. En. Yong Ing Thung

7.1 Beliau menasihatkan pihak sekolah untuk meletakkan sasasran peratus

kehadiran pelajar ke sekolah setinggi 97% supaya sasaran 95% boleh dicapai.

6

Page 7: Laporan Perjumpaan Bersama SIP

7.2 Beliau menyarankan supaya sekolah lebih aktif melaksanakan PLC untuk

meningkatkan prestasi dalam sesuatu matapelajaran.

7.3 Beliau menasihatkan pihak sekolah supaya tidak hanya berfokus kepada

penilaian akademik pelajar sahaja kerana pelajar terdiri daripada pelbagai

kecerdasan. Kemenjadian pelajar harus berlaku secara berterusan sejak dari Pra

Sekolah ke Tahun 6. Guru- guru disaran supaya memfokuskan kepada

kemenjadian murid dari segala aspek dan jangan merendahkan kebolehan

pelajar.

8.0 Rumusan dapatan dan saranan oleh En. Tilai Balla Udan menyarankan Guru Besar mesti memainkan peranan untuk memastikan sekolah beroperasi sepenuhnya. Guru Besar disarankan melibatkan semua input untuk memastikan tranformasi sesuatu sekolah ke arah kejayaan.

7