laporan penilaian tidak formal

7
Laporan Penilaian Tidak Formal Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan baka menghambat generasi muda. Dalam bidang pendidikan juga mempunyai perubahan yang amat ketara dan sedang menjalankan pelaksaan kurikulum baharu. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan pada tahun 2011 untuk Tahap satu dan tahun 2013 pelaksaan untuk Tahap dua. Pelaksanaan KSSR ini menggunakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai pengukuran tahap murid-murid. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan KSSR. PBS ini mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS ini bukan sesuatu yang baharu, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti kerja rumah, projek, kuiz,soal-jawab dan lain-lain. PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia ada dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.Oleh itu, pelaksanaan PBS ini adalah seiring dengan trnsformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. Pentaksiran ini sudah lama wujud, apa yang dimaksudkan dengan pentaksiran? Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitaif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas penmbelajaran dan pengajaran. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia pentaksiran ialah satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Dalam pelaksaan PBS ini, guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka boleh memantau perkembangan murid secara berterusan, memberi maklum balas yang membina untuk penambahabaikan pembelajaran murid. Tambahan pula guru lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid. Hali ini demikian kerana guru yang menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilak, merancang, dan

Upload: li-ting

Post on 09-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Laporan Penilaian Tidak Formal Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan baka menghambat generasi muda. Dalam bidang pendidikan juga mempunyai perubahan yang amat ketara dan sedang menjalankan pelaksaan kurikulum baharu. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan pada tahun 2011 untuk Tahap satu dan tahun 2013 pelaksaan untuk Tahap dua. Pelaksanaan KSSR ini menggunakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai pengukuran tahap murid-murid. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan KSSR. PBS ini mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.PBS ini bukan sesuatu yang baharu, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti kerja rumah, projek, kuiz,soal-jawab dan lain-lain. PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia ada dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.Oleh itu, pelaksanaan PBS ini adalah seiring dengan trnsformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.Pentaksiran ini sudah lama wujud, apa yang dimaksudkan dengan pentaksiran? Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitaif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas penmbelajaran dan pengajaran. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia pentaksiran ialah satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.Dalam pelaksaan PBS ini, guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka boleh memantau perkembangan murid secara berterusan, memberi maklum balas yang membina untuk penambahabaikan pembelajaran murid. Tambahan pula guru lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid. Hali ini demikian kerana guru yang menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilak, merancang, dan membina insrtumen pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membua tindakan susulan. Dengan ini juga guru dapat mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.Terdapat beberapa tujuan penting yang mendorong untuk melaksanakan proses pentaksiran dalam matapelajaran Pendidikan Moral. Tujuan pentaksiran ialah sebagai pelapor pencapaian yang menentukan setakat mana pencapaian seseorang pelajar. Selain itu pentaksiran dianggap sebagai diagnostik yang dapat diuji untuk mengesan punca masalah penbelajaran dan membantu guru mencari strategi pengajaran pemulihan yang perlu digunakan. Penempatan juga merupakan tujuan adanya pentaksiran kerana ujian penempatan dapat menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pada pelajar sebelum pengajaran. Tujuan ini adalah untuk membantu guru dalam penentuan bahan pelajaran yang sesuai dugunakan mengikut tahap murid-murid.Di samping itu, pentaksiran dijalankan bertujuan membantu murid-murid dalam pemilihan jurusan atau kursus. Secara tidak langsung pentaksiran ini berperanan sebagai alat motivasi bagi murid-murid belajar bersungguh-sungguh. Hasil pentaksiran murid-murid mencerminkan dan memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Justeru, digunakan untuk mengumpulkan murid-murid mengikut kebolehan.Pentaksiran ini mempunyai dua jenis yang boleh digunakan oleh guru semasa mengjara mata pelajaran Pendidikan Moral, iaitu pentaksiran secara formal dan pentaksiran tidak formal.Pentaksiran tidak formal ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang di dalam bilik darjah. Pemerhatian serta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi, dan juga kognitif. Terdapat sekurang-kurangnya 3 ciri yang dapat membezakan pentaksiran tidak formal dan pentaksiran formal. Yang pertama, tujuan pentaksiran tidak formal ialah bertujuan membimbing murid mencapai kehiran yang disasarkan. Melalui pentaksiran ini guru dapat mengenal pasti kelemahan murid, memperbaiki kaedah penajaran dan merancang program intervesi lebih awal untuk mengatasi masalah murid. Yang kedua ialah pelaksanaan pentaksiran tidak formal berlaku sepanjang masa pengajaran. Oleh sebab itu, melalui pentaksiran ini guru dapat mengikuti perkembangan pembelajaran murid-murid. Yang ketiga ialah alat pengukuran. Pentaksiran formal biasanya menggunakan ujian pensel dankertas sebagai instrumen tetapi dalam pentaksiran tidak formal, alat yang digunakan untuk mengukur perkembangan murid adak pelbagai dan bersesuai dengan objektif pentaksiran tersebut. Biasanya, instrument seperti inventori, senarai semak, skala, rubrik, dan catatan guru.Jenis pentaksiran tidak formal terdapat pemerhatian. Pemerhatian ialah satu kaaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun secara keseluruhan kelas. Dalam matapelajaran Pendidikan Moral Kaedah pemerhatian ini amat sesuai untuk membuat taksiran terhadap murid-murid. Hal ini demikian kerana guru dapat mengenal pasti punca, sebab atau permasalahan yang dihapai oleh murid-murid berkenaan sama ada berkaitan dengan pembelajran cara bersosialisasi atau isu moral yang dihadapi. Cadangan untuk pelaksanaan pemerhatian ialai melalui pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus. Dengan ini membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. Dapatan maklumat pemerhatian boelh membantu pendidk melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.Jenis yang seterusnya ialah merekod pemerhatian yang mempunyai senarai semak dan rekod berterusan. Pentaksiran untuk Pendidikan Moral boelh menggunakan senarai semak keranan senarai item yang disediakan adalah untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap, sahsiah dan kebolehan murid. Tambahan pula untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatiakan, kekerapan tingkah laku itu berlaku dan lain-lain kriteria berdasarkan keperluan pemerhatian. Senarai semak ini dihasilakan dalam bentuk jadual supaya kelihatan sistematik dan senag untuk pemerhati mencatatnya.Rekod berterusan pula seperti catatan yang berbentuk cerita yang dibuat keatas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apad yang dikatakan oelh murid akan dicata sepanjang tempoh pemerhatian. Dalam pemerhatian ini, guru akan dapat mengukur tentang keupyaan murid bertoleransi, berinteraksi dan memahami konsep-konsep moral yang perlau ada pada setiap individu.Seterusnya, rekod anekdot juga merupakan salah satu jenis pentaksiran tidak formal. Rekod anekdot ini menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara menyeluruh. Rekod pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang bersistematik dan mengandungi rekod peribadi murid, perkembangan diri murid sama ada dari segi sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid.Secara berterusan daripada rekod anekdot ialah port-folio. Kaedah ini digunakan sekaran dalam KSSR untuk mengumpul dan merekodkan perkembangan serta pencapaian murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Jenis pentaksiran tidak formal ini memerlukan dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanna perancangan dan penilai yang teliti. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.Pentaksiran tidak formal yang selanjutnya mempunyai jenis temu bual yang merupakan sesebuah kajian yang dalam bentuk tinjauan. Guru yang ingin menggunakan kaedah ini untuk lebih mengenali murid-murid perlu menentukan jenis temu bual, perancangan yang rapi, isi kandungan yang terancang dan mempunyai susunan dalam soalan temu bual. Tambahan pula, ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden.Sehubungan dengan pentaksiran tidak formal, jenis yang seterusnya ialah soal selidik yang boelh dikatakan instrumen yang paling popular dalam kajian tinjauan. Guru Pendidikan Moral boleh menyediakan soal selidik untuk mengesan dan mengenali dilemma yang dihadapi oleh murid masing-masing. Soal selidik ini perlu disokong dengan menggunakan temu bual bersama responden supaya menjadikan hasil dapatan lebih bernas, mantap dan sahih.Jenis yang satu lagi ialah bentuk tugasan. Tugasan ini boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa tertentu.Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan. Dengan berbuat demikian barulah dapat menguji tahap penguasaan murid-murid. Memandangkan pentaksiran tidak formal ini lebih fleksibel, apa kata dengan pentaksiran formal? Pentaksiran formal biasanya melakukan secara formal atau rasmi yang melibatkan prosedu, peraturan dan tatacara yang ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu. Segala prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan haru difahami dan dipatuhu oleh murid-murid.Pentaksiran formal terdiri daripada penilaian formatif dan ujian sumatif. Penilain formatif ialah satu proses penilaian yang melibatkan ujian utnuk mengukur kemajuan murid selepas murid mencapai hasil pembelakaran tentang sesuatu unit atau bab manakala penilaian sumatif iaalh satu penilaian yang dilaksanakan pada akhir sesuatu kursus.Perbandingan penilaian formatif dan penilaian sumatif,PENILAIAN FORMATIFKENYATAANPENILAIAN SUMATIF

Maklumat pencapaian murid dan dapat mengesan punca kelemahan untuk pemulihanFUNGSIPemberian sijil dan penggredan di akhir sesuatu kursus

Spanjang proses pengajaranMASADi akhir sesuatu unit pembelajaran atau kursus

Kognitif, Afektif, PsikomotorPENEKANAN DALAM PENILAIANKognitif

Satu segmen atau bahagianPENUMPUAN PENGUKURANObjektif kursus yang dirancang

Berubah-ubah mengikut keperluan segmenKESUKARAN ITEM SOALANBerasaskan Jadual Penentuan Ujian

Ujian bulanan, lembaran kerjaCONTOHUPSR, PMR, SPM, STPM dan semua peperiksaan akhir tahun

Pada pandangan saya, pentaksiran formal dan pentaksiran tidak formal harus berjalan serentak untuk mencapai hasil yang memberangsangkan. Dalam penggubalan KSSR dan PBS, secara umumnya kita dapat perhatikan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran pada bahagian penggredan (Band 1 hingga Band 6).

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( Tahun 4 Pendidikan Moral),

Dalam PBS ini telah menekankan pengaplikasi pengetahuan dalam situasi sebenar. Oleh itu, dalam Pendidikan Moral guru mengajar nilai murni dan pengetahuan kepada murid-murid dan pentaksiran secara tidak formal perlu dijalankan sepanjang proses pengajaran supaya guru dapat memberi band kepada murid-murid berkenaan.Bagi topik ini, saya telah menggunakan laman sosial untuk menjalankan temu bual secara maya dengan beberapa orang guru berkenaan dengan keberkesanaan pentaksiran formal dan pentaksiran secara tidak formal dalam matapelajaran Pendidikan Moral. Di sini saya cuma mengutarakan pandangan Cikgu Goh dan Cikgu Loh kerana mereka mengizinkan saya menggunakan konteks temu bual mereka dalam tugasan saya. Pandangan tentang keberkesanaan pentaksiran formal dan pentaksiran secara tidak formal dalam matapelajaran Pendidikan Moral, Cikgu Goh dari KedahPentaksiran formal harus diperkekalkan dan ditambahbaikan dengan penilaian tidak formal. Hal ini demikian kerana pentaksiran akan menjadi lebih holistik dan bersesuai untuk menilai murid-murid.Cikgu Loh dari MelakaSaya lebih cenderung kepada pentaksiran tidak formal untuk Pendidikan Moral. Hal ini kerana nilai-nilai murni harus dijiwai oleh murid-murid dan bukan sahaja untuk ujian bertulis yang khusyuk kepada skor A dalam Pendidikan Moral. Walaupun bebanan guru meningkat dengan pelaksanaan pentaksiran tidak formal tetapi ia amat berkesan kerana mereka memahami, mendalami nilai-nilai melalui pengalaman sendiri dan guru membimbing dan memantau mereka serta memberi penggredan mengikut band kepada penguasaan murid-murid.Bagi saya sama ada pentaksiran formal atau secara tidak formal harus dilaksanakan secara sejajar untuk mendapat keberkesaan yang optimum dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil pentaksiran amat penting untuk murid-murid, guru dan ibu bapa. Hali ini demikian kerana maklum balas hasil pentaksiran boleh membantu murid mengenal pasti kekuatan, kelemahan, keslipan dan apa-apa yang harus dibaiki dan cara menmbaiki kesilapan supaya menjadi lebih cemerlang. Dengan ini secara tidak sedar akan membantu memotivasikan murid-murid mencuba lagi begi menningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa pentaksiran formal merupakan satu kaedah pengukuran penilaian murid yang dijalankan secara sistematik dan pentaksiran tidak formal pula ialah penilaian terhadap murid yang lebih seronok dan lebih berkesan. Oleh itu untuk mata pelajaran Pendidikan Moral, saya menyokong kedua-dua jenis pentaksiran ini dilaksanakan dengan sistematik supaya ia betul-betul dapat mengukur tingkah laku dan mengesan perkembangan murid-murid dari semasa ke semasa. Yang penting penyelarasan pelaksanaan pentaksiran formal dan secara tidak formal ini mampu membantu keberkesaan dalam PBS mata pelajaran Pendidikan Moral kelak.