laporan penerapan teknologi dalam pengajaran bahasa melayu

10
LAPORAN PENERAPAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PRISTANA Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Pendapat ini disokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, penerapan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai salah satu langkah dalam memperkasakan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid sekolah rendah. Penggunaan teknologi didalam pembelajaran dan pengajaran menjadi satu kemestian untuk membantu guru mencapai objektif

Upload: dieda-kamaruzzaman

Post on 19-Jul-2016

52 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

teknologi dalam pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Penerapan Teknologi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

LAPORAN PENERAPAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PRISTANA

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta

Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan

menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan

rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa

yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin

kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu

wawasan.

Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus

bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya

membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik.

Pendapat ini disokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan

teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Maka dapat dikatakan

bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam

konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan.

Oleh yang demikian, penerapan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai

salah satu langkah dalam memperkasakan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid sekolah

rendah. Penggunaan teknologi didalam pembelajaran dan pengajaran menjadi satu kemestian

untuk membantu guru mencapai objektif pembelajaran. Namun sejauhmanakah teknologi

digunakan? Adakah penggunaan teknologi benar-benar membantu meningkatkan kemahiran

murid dalam subjek Bahasa Melayu?

Penggunaan teknologi didalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud sebarang

penggunaan teknologi secara terancang dan teratur bagi mempertingkatkan pembelajaran dan

pengajaran. Di dalam arus modenisasi, golongan pendidik sudah mula sedar tentang

kepentingan penerapan teknologi didalam pengajaran dan pembelajaran ini. Penggunaan

teknologi didalam bilik darjah sangat membantu dalam melonjak pencapaian murid-murid.

Page 2: Laporan Penerapan Teknologi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, didapati bahawa realiti sebenar beberapa

orang guru tidak menggunakan teknologi secara kerap. Penggunaan teknologi didalam

pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan adalah berdasarkan beberapa faktor yang harus

didambil berat. Antaranya adalah tempat pembelajaran, saiz kelas, bilangan murid dan juga

topik pembelajaran yang ingin diajar. Kesemua faktor ini memainkan peranan yang penting

kepada kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran.

Sebagai contoh, tempat pembelajaran yang tidak sesuai, saiz kelas yang kecil,

bilangan murid yang ramai dan topik pembelajaran yang tidak sesuai menyebabkan

kurangnya kekerapan guru menggunakan didalam kelas. Namun jika tempat pembelajaran

sesuai dengan kemudahan mencukupi, saiz kelas yang besar, bilangan murid yang tidak

berapa ramai akan memudahkan penggunaan teknologi didalam kelas secara kerap.

Latar belakang sekolah ini yang mempunyai bilangan murid terlalu ramai didalam

satu kelas menyukarkan guru untuk menggunakan computer dalam pengajaran. Namun

terdapat inisiatif lain yang diambil oleh guru untuk menerapkan penggunaan komputer

didalam pembelajaran dan pengajaran. Antaranya dengan menggunakan bilik khas yang lebih

sesuai menggunakan komputer didalam pengajaran iaitu dengan menggunakan bilik tayang

dan juga bilik media didalam perpustakaan.

Seterusnya, sejauhmanakah kekerapan penggunaan perisian aplikasi seperti MS Word

atau Powerpoint di dalam pembelajaran dan pengajaran. Berdasarkan pemerhatian yang

dilakukan, kebanyakan guru di sekolah ini kerap menggunakan perisian Powerpoint sebagai

salah satu alat bantu mengajar di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana,

perisian aplikasi Powerpoint sangat bersesuaian digunakan sebagai alat bantu mengajar

Bahasa Melayu murid sekolah rendah. Ianya dijadikan sebagai medium menyampaikan

maklumat yang menarik dan interaktif. Secara tidak langsung ianya melibatkan komunikasi

dua hala.

Berbeza pula dengan penggunaan aplikasi MS Word, guru kurang menggunakan

aplikasi MS Word sebagai alat bantu mengajar, kerana perisian MS Word sukar untuk

menarik perhatian murid di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Sebaliknya guru

menggunakan aplikasi MS Word untuk melakukan kerja-kerja di luar proses pengajaran.

Kedua-dua perisian ini kerap digunakan oleh guru di dalam bidang pendidikan. Ternyata

penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan tidak terhad hanya didalam bilik darjah

sahaja namun merangkumi semua aspek tugas guru.

Page 3: Laporan Penerapan Teknologi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Dalam pada itu juga penerapan teknologi di dalam pembelajaran dan pengajaran

Bahasa Melayu memerlukan guru yang berkemahiran dalam menggunakan komputer.

Sejauhmanakah pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan komputer? Teknologi

merupakan salah satu arus yang berubah dan mengalami penambahbaikan yang sangat cepat.

Ianya secara tidak langsung mempengaruhi keselesaan guru untuk mempelajari dan

meningkatkan kemahiran dalam teknologi yang digunakan.

Berdasarkan permerhatian yang dilakukan, didapati bahawa kebanyakkan cikgu lebih

selesa menggunakan aplikasi Microsoft 2007 berbanding Microsoft 2010. Hal ini kerana

mereka sudah mahir dan lebih mudah menggunakan Microsoft 2007 berbanding Microsoft

2010. Namun, kebanyakkan komputer baru banyak menggunakan aplikasi yang baru, ianya

merupakan salah satu faktor yang menjadikan guru tidak selesa dengan teknologi yang

digunakan. Ianya juga akan mengambil masa untuk guru tersebut mempelajari aplikasi yang

baru.

Selain daripada itu juga, penerapan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu juga

dilakukan berdasarkan minat guru tersebut dalam menggunakan komputer. Terdapat segilintir

guru yang berpendapat bahawa penggunaan teknologi di dalam pengajaran akan membuang

masa sahaja. Hal ini kerana mereka perlu melakukan persedian awal seperti membuat

powerpoint berdasarkan topik yang ingin diajar terlebih dahulu berbanding cara yang mudah

yang biasa digunakan iaitu hanya menggunakan papan putih tanpa penggunaan komputer.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, didapti bahawa guru di sekolah ini tidak

merasakan penggunaan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu membuang masa.

Sebaliknya mereka merasakan bahawa penggunaan teknologi dalam pengajaran banyak

membantu mereka. Terutamanya untuk pengajaran Bahasa Melayu tahap 1, dimana

penggunaan teknologi atau aplikasi yang pelbagai mampu menarik perhatian murid-murid

dan secara tidak langsung dapat mengekalkan tumpuan murid di dalam kelas Bahasa Melayu.

Penerapan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu juga mengambil masa yang

lama untuk membuat persediaan peralatan yang digunakan seperti komputer riba, LCD, layar

putih, wayar panjang dan juga speaker. Peralatan ini adalah peralatan yang penting digunakan

dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Namun ianya tidak menjadi masalah

kepada sekolah yang kelasnya mempunyai peralatan teknologi yang lengkap iaitu, setiap

kelas mempunyai LCD, layar putih, wayar panjang dan juga speaker. Guru hanya perlu

membawa komputer riba untuk menggunakan teknologi di dalam pengajaan Bahasa Melayu.

Page 4: Laporan Penerapan Teknologi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, didapati bahawa guru-guru di sini tidak

menjandikan kekangan masa ini merupakan satu masalah besar. Walaupun sekolah ini tidak

mempunyai kelengkapan teknologi di setiap kelas, namun guru disini lebih suka membawa

murid-murid ke dalam bilik-bilik khas yang mempunyai kelengkapan teknologi. Jadi ianya

bukanlah penghalang kepada penerapan penggunaan teknologi di dalam pembelajaran dan

pengajaran Bahasa Melayu.

Penggunaan teknologi juga penting dalam peperiksaan, dimana komputer tidak

digunakan untuk mentadbir peperiksaan namun ianya digunakan untuk menggubal soalan

peperiksaan. Dimana guru akan menggunakan aplikasi Microsoft Word untuk membuat dan

menggubal soalan peperikasaan Bahasa Melayu. Penggunaan internet pula dapat membantu

guru untuk mencari pelbagai soalan peperikasan Bahasa Melayu di bank soalan yang terdapat

di internet. Penggunaan teknologi sangat membantu guru dalam keutamaan guru dalam

peperiksaan.

Selain daripada itu juga, sejauhmana penggunaan teknologi dapat meningkatkan

kemahiran murid dalam Bahasa Melayu juga memainkan peranan yang penting dalam

penerapan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu. Sesetengah guru berpendapat bahawa

penggunaan teknologi ini tidak membantu murid dalam meningkatkan kemahiran-kemahiran

murid dalam Bahasa Melayu seperti kemahiran, membaca, menulis dan juga kemahiran lisan.

Berbeza dengan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah ini, mereka merasakan bahawa

penggunaan tekonologi dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah merupakan salah satu

kaedah pengajaran yang terbaik untuk digunakan dan dapat meningkatkan kemahiran murid

dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat dengan penggunaan teknologi, murid-murid lebih

teruja untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Secara tidak

langsung ianya dapat meningkatkan pencapaian dan juga kemahiran murid-murid dalam

Bahasa Melayu.

Menurut Woodrow (1992), kejayaan dalam apa jua inovasi pendidikan atau program

teknologi pendidikan banyak bergantung kepada sokongan dan sikap guru. Menurut Sufean

(1991), sikap yang positif lahir daripada keinginan dan motivasi yang tinggi terhadap sesuatu

perkara. Keberkesanan penggunaan teknologi moden banyak bergantung kepada guru yang

rela menukar dan mencuba kaedah pengajaran yang baru dan moden (German, 1997). Jadi

sejauh mana keberkesanan teknologi dalam meningkatkan kemahiran murid-murid adalah

bergantung kepada diri guru itu sendiri, penggunaan teknologi hanyalah sebagai bantuan.

Page 5: Laporan Penerapan Teknologi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Dalam pada itu, faktor kekurangan kemudahan seperti komputer dan internet

menyebabkan kurangnya penerapan teknologi di dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa

Melayu di sekolah. Ada yang berpendapat bahawa, kemudahan yang tidak mencukupi

menjadikan sukar untuk guru menerapkan penggunaan teknologi didalam pengajaran.

Dupagne dan Krendl (1992), semasa membuat ulasan karya tentang sikap guru terhadap

komputer, mendapati bahawa pengalaman menggunakan komputer dapat memupuk sikap

positif terhadap teknologi komputer.

Sekolah ini juga seperti kebanyakan di sekolah lain yang tidak mempunyai

kemudahan yang lengkap, dimana bilangan murid di dalam kelas lebih ramai daripada

bilangan komputer yang disediakan dan capaian internet hanya terdapat di pejabat dan bilik

guru sahaja. Namun ianya bukanlah kekangan yang harus dipandang sebagai masalah besar

sehinggakan tidak boleh melakukan penerapan teknologi di dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu. Sedangkan teknologi itu luas, aktiviti pengajaran dan

pembelajaran juga adalah pelbagai.

Menurut Woodrow (1992), kejayaan dalam apa jua inovasi pendidikan atau program

teknologi pendidikan banyak bergantung kepada sokongan dan sikap guru. Menurut Sufean

(1991), sikap yang positif lahir daripada keinginan dan motivasi yang tinggi terhadap sesuatu

perkara. Keberkesanan penggunaan teknologi moden banyak bergantung kepada guru yang

rela menukar dan mencuba kaedah pengajaran yang baru dan moden (German, 1997).

Oleh yang demikian sebagai seorang guru moden, guru haruslah kreatif untuk

menangani pelbagai masalah. Pelbagai cara telah digunakan oleh guru-guru di sekolah ini,

dimana guru melakukan aktiviti berpasangan ataupun berkumpulan yang membolehkan

mereka menggunakan bilangan komputer yang cukup. Guru juga menggunakan system

offline dan menggunakan hyperlink di dalam penggunaan aplikasi Powerpoint yang boleh

digunakan tanpa capaian internet. Semuanya bergantung kepada kegigihan dan kehendak

guru itu sendiri.

Seterusnya, bahan yang tidak mencukupi dalam Bahasa Melayu di internet juga

merupakan salah satu faktor yang menyukarkaan penerapan teknologi dalam pengajaran

Bahasa Melayu. Secara amnya didapati bahawa bahan yang terdapat di internet itu pelbagai

sumbernya dan juga pelbagai jenis dan bentuk. Menjadi tugas guru untuk menapis dan

memilih bahan yang benar-benar sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

mengikut tahap pencapaian murid.

Page 6: Laporan Penerapan Teknologi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang dilakukan, rata-rata guru di sekolah ini

tidak memandang faktor ini sebagai masalah. Dimana sebenarnya terdapat pelbagai bahan

yang terdapat di internet yang boleh digunakan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran

Bahasa Melayu. Malahan guru-guru disini melakukan penambahbaikan bahan-bahan yang

diperoleh dari internet untuk menjadikan bahan yang lebih sesuai, menarik dan interaktif

untuk murid-murid sendiri. Secara tidak langsung ianya dapat memupuk kreativiti di dalam

diri guru itu juga.

Sememangnya penerapan teknologi di dalam pengajaran Bahasa Melayu banyak

kelebihannya kepada guru dan juga pencapaian murid itu sendiri. Ini selaras dengan

pendangan Heinich (1993) yang mengatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik

pengajaran. Komputer adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan.

Sandholtz (1997) telah menyuarakan bahawa penggunaan teknologi boleh memudahkan

pengajaran pembelajaran.

Setiap pendekatan yang digunakan akan meninggalkan kesan yang berlainan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada beberapa factor yang tertentu. Setiap pendekatan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Setiap pengajaran dan pembelajaran bahasa yang dijalankan boleh menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut hasil pembelajaran dan matlamat yang telah ditetapkan oleh guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan.

Tuntasnya dapat diperkatan bahawa penggunaan teknologi didalam proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu merupakasn satu kaedah yang terbaik dalam mertabatkan subjek Bahasa Melayu. Kekangan-kekangan yang ada boleh diatasi dengan pelbagai cara. Penerapan teknologi merupakan satu usaha yang dapat membantu mempercepatkan sesuatu proses pengajaran yang berlaku terutamanya di dalam subjek Bahasa Melayu.