laporan pelaksanaan.docx

9
LAPORAN PERLAKSANAAN KARNIVAL SUKAN WARISAN SEKOLAH KEBANGSAAN BEKELAM TAHUN 2012 NAMA PROJEK/AKTIVITI : Karnival Sukan Warisan 2012 TEMPOH PERLAKSANAAN : Rabu : 11 Julai 2012 : 3.30 petang 6.00 petang (2 jam 30 minit) OBJEKTIF: 1. Memperkenalkan permainan tradisional sebagai permainan budaya. 2. Memupuk persaingan yang sihat antara murid. 3. Melahirkan murid yang aktif dan sihat dari segi jasmani, rohani, intelek dan sosial. 4. Membentuk jati diri guru yang berkemahiran serta berkebolehan dalam mengendalikan sebarang permainan di peringkat sekolah. STRATEGI PERLAKSANAAN: 1. Projek/aktiviti ini menggunakan pendekatan bercorak pertandingan dan persaingan. Karnival Sukan Warisan 2012 ini menerapkan unsur-unsur persaingan yang sihat dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Bekelam, Bachok untuk bersaing bagi mencapai kemenangan. 2. Selain itu, Karnival Sukan Warisan 2012 ini juga memupuk semangat kerjasama antara murid-murid tahun 3, 4 dan 5 dengan maksimum bagi memastikan kemenangan bagi setiap pertandingan berpihak kepada mereka. Pada Rabu, 11 Julai 2012,Unit Sukan SK Bekelam telah mengelolakan satu aktiviti iaitu Karnival Sukan Warisan 2012.Pemilihan untuk menganjurkan Karnival Sukan Warisan ini adalah disebabkan kesedaran terhadap pentingnya menerapkan unsur-unsur warisan tradisional budaya dalam kalangan murid-murid. Kami berpendapat bahawa dengan menganjurkan karnival ini, murid akan didedahkan dengan sukan-sukan tradisional yang semakin dilupakan. Sememangnya tanggapan kami berasas memandangkan hampir sebahagian daripada murid tidak pernah

Upload: intanazlina77

Post on 15-Apr-2016

235 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PELAKSANAAN.docx

LAPORAN PERLAKSANAAN KARNIVAL SUKAN WARISAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BEKELAM TAHUN 2012

NAMA PROJEK/AKTIVITI : Karnival Sukan Warisan 2012

TEMPOH PERLAKSANAAN : Rabu

: 11 Julai 2012

: 3.30 petang – 6.00 petang (2 jam 30 minit)

OBJEKTIF:

1. Memperkenalkan permainan tradisional sebagai permainan budaya.

2. Memupuk persaingan yang sihat antara murid.

3. Melahirkan murid yang aktif dan sihat dari segi jasmani, rohani, intelek dan

sosial.

4. Membentuk jati diri guru yang berkemahiran serta berkebolehan dalam

mengendalikan sebarang permainan di peringkat sekolah.

STRATEGI PERLAKSANAAN:

1. Projek/aktiviti ini menggunakan pendekatan bercorak pertandingan dan

persaingan. Karnival Sukan Warisan 2012 ini menerapkan unsur-unsur

persaingan yang sihat dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Bekelam,

Bachok untuk bersaing bagi mencapai kemenangan.

2. Selain itu, Karnival Sukan Warisan 2012 ini juga memupuk semangat

kerjasama antara murid-murid tahun 3, 4 dan 5 dengan maksimum bagi

memastikan kemenangan bagi setiap pertandingan berpihak kepada mereka.

Pada Rabu, 11 Julai 2012,Unit Sukan SK Bekelam telah mengelolakan satu aktiviti

iaitu Karnival Sukan Warisan 2012.Pemilihan untuk menganjurkan Karnival Sukan

Warisan ini adalah disebabkan kesedaran terhadap pentingnya menerapkan unsur-

unsur warisan tradisional budaya dalam kalangan murid-murid. Kami berpendapat

bahawa dengan menganjurkan karnival ini, murid akan didedahkan dengan sukan-

sukan tradisional yang semakin dilupakan. Sememangnya tanggapan kami berasas

Page 2: LAPORAN PELAKSANAAN.docx

memandangkan hampir sebahagian daripada murid tidak pernah berpengalaman

dalam bermain permainan yang dipilih. Justeru, kami dengan yakin beranggapan

bahawa Karnival Sukan Warisan akan memberikan manfaat dan amat berguna

kepada murid Sekolah Kebangsaan Bekelam.

Penganjuran Karnival Sukan Warisan ini adalah usahasama antara guru-guru

dengan Unit Sukan Sekolah Kebangsaan Bekelam. Kami berbincang dan

mendapatkan pandangan daripada semua guru-guru dalam merancang projek ini.

Sememangnya guru-guru banyak membantu dalam memberikan pandangan,

bantuan dan sokongan. Kami memilih untuk mengelolakan empat pertandingan

dalam karnival ini. Dengan mengambil kira faktor kewangan dan peruntukan, kami

bersetuju memilih aktiviti-aktiviti berikut untuk dipertandingkan:

i. Bowling kelapa

ii. Guni bergerak

iii. Terompah tempurung

iv. Tarik upih

Persediaan dimulakan dengan menyediakan kawasan pertandingan. Kami membuat

persiapan tempat pada waktu pagi Rabu, 11 Julai 2012. Kami membuat hiasan

kawasan pertandingan bagi menaikkan semangat dan memeriahkan karnival yang

akan dijalankan. Peralatan pertandingan dan persegaran telah disiapkan bagi

melancarkan perjalanan program pada sebelah petangnya. Seperti yang

dirancangkan, aktiviti bermula tepat pada pukul 3.30 petang setelah semua murid

berkumpul di Dewan Terbuka sekolah.

3.30 petang: Taklimat

Aktiviti dimulakan dengan memberikan taklimat kepada semua murid tahun 3,

4 dan 5. Kami menerangkan keseluruhan perjalanan aktiviti dan cara pembahagian

mata. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah pungutan mata yang terkumpul bagi

semua pertandingan yang dijalankan. Oleh itu, murid perlu memastikan mereka

memenangi semua pertandingan bagi memperoleh mata yang tinggi. Pertandingan

juga dikendalikan mengikut kelas. Misalnya murid tahun 3 hanya akan berentap

sesama mereka. Sebelum murid bergerak ke kawasan pertandingan, kami telah

mengarahkan murid untuk menetapkan peserta yang akan mewakili kelas mereka

Page 3: LAPORAN PELAKSANAAN.docx

dalam setiap pertandingan yang dijalankan. Nama-nama murid diambil bagi

melicinkan perjalanan program.

4.0 petang: Pertandingan Bowling Kelapa

Pertandingan dimulakan dengan murid tahun 3. Semua peserta yang mewakili

kelas masing-masing diberikan taklimat berkaitan cara untuk bermain bowling

kelapa. Murid-murid kelihatan begitu teruja untuk berentap antara satu sama lain.

Setelah semua persiapan tersedia, maka pertandingan terus dimulakan.

Pertandingan ini sangat memerlukan semangat kerjasama yang tinggi. Ini kerana

pungutan mata dikira berdasarkan jumlah botol yang berjaya diterbalikkan bagi

setiap balingan. Setiap peserta diberi peluang sebanyak dua kali untuk melakukan

balingan. Ternyata pada balingan pertama, murid dilihat kaku dan kurang kemahiran

dalam membuat balingan yang baik. Namun sebaik sahaja tamat pusingan pertama,

peserta dilihat sudah mempunyai kemahiran dan keberanian dalam membuat

balingan yang jitu. Tamat sahaja pusingan kedua, kedudukan pungutan mata terus

diumumkan bagi memberi semangat kepada semua murid bagi membuat

persediaan bagi acara yang berikutnya.

Pertandingan kemudiaanya diteruskan dengan giliran peserta tahun 4 dan 5. Di

akhir pertandingan ini, kami memberikan kata semangat kepada semua murid untuk

terus berusaha bagi memenangi acara yang berikutnya.

4.30 petang: Pertandingan “Guni Bergerak”

Pertandingan ini merupakan pertandingan lari dalam guni, namun kami

memberikan nama yang baharu bagi menaikkan semangat ingin tahu murid

terhadap aktiviti yang akan dijalankan. Peserta dibahagikan kepada dua pasukan

dalam setiap kumpulan yang mereka wakili. Pasukan A akan berada disebelah

garisan permulaan manakala pasukan B akan berada bertentangan dengan mereka.

Apabila wisel ditiup, murid terus masuk ke dalam guni dan berlari kearah rakan

mereka yang berada bertentangan dengan mereka. Acara ini dijalankan secara

berganti-ganti. Apa yang diperhatikan ialah murid begitu bersemangat ketika berlari

bagi memastikan mereka sampai awal untuk memberi giliran kepada rakan mereka.

Acara guni bergerak ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada semangat

kerjasama dalam kalangan peserta mahupun rakan-rakan yang tidak terlibat. Rakan-

rakan akan terus memberikan semangat kepada peserta yang melakukan larian.

Page 4: LAPORAN PELAKSANAAN.docx

Walaupun ada yang terjatuh ketika berlari, namuan mereka terus sahaja bangun

untuk melengkapkan larian kerana mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu

mahu memenangi acara tersebut.

5.00 petang: Terompah Tempurung

Acara diteruskan lagi dengan pertandingan Terompah Tempurung. Kali ini,

setiap kelas masih lagi perlu menghantar 10 orang wakil bagi menjadi peserta.

Sebagaimana pertandingan Guni Bergerak, kedudukan peserta disusun seperti

sebelumnya. Bagi acara ini, peserta diuji dengan kemahiran untuk menggunakan

terompah tempurung. Mereka perlu mengimbangkan badan dengan baik dan

melakukan larian dengan pantas bagi mencapai kemenangan. Selain daripada itu,

peserta pertandingan dilihat membuat perancangan dalam menyusun giliran larian.

Mereka mengatur strategi bagi memastikan kumpulan mereka berjaya menewaskan

pesaing. Ketika aktiviti dijalankan, semua murid kelihatan terhibur dengan gelagat

peserta yang menggunakan terompah tempurung. Ada yang terjatuh, kaku dan tidak

dapat mengendalikan alatan tersebut dengan baik. Namun begitu, aspek

keselamatan tetap diutamakan dan peserta berjaya menamatkan larian dengan

selamat.

5.30 petang: Tarik Upih

Tarik Upih merupakan acara kemuncak dalam Karnival Sukan Warisan ini.

semua murid tertumpu pada acara ini. Ini memandangkan acara ini memerlukan

upih yang kebanyakkan daripada murid tidak pernah merasai pengalaman dalam

mengendalikan permainan tersebut. Apabila pasukan yang mewakili kelas telah

dipilih, kami membuat taklimat berkaitan cara pertandingan dijalankan. Format

pertandingan mengikut acara lari berganti-ganti. Namun begitu, hanya seorang yang

akan duduk di atas upih manakala dua orang akan menarik upih tersebut. Peserta

yang menarik upih akan menyerahkan tugas menarik kepada rakan mereka apabila

jarak yang sepatutnya ditarik oleh mereka telah tamat. Penarik yang terakhir perlu

membuat tariakan sehingga ke garisan penamat.

Murid kelihatan begitu bertenaga dan bersemangat dalam melaksanakan

pertandingan ini. Mereka berlumba-lumba untuk memenangi acara ini

memandangkan ia hanya dijalankan satu pusingan.

Page 5: LAPORAN PELAKSANAAN.docx

Kesimpulan

Selepas semua pertandingan selesai dijalankan, kami mengarahkan murid

untuk berkumpul bagi sesi refleksi dan penutupan. Kami menerapkan unsur-unsur

positif dan nilai-nilai murni yang terhasil daripada semua aktiviti yang telah

dijalankan. Sebelum bersurai, kami memastikan semua murid tidak mengalami

sebarang kecederaan semasa aktiviti dijalankan. Murid-murid begitu gembira dan

berharap agar pertandingan seumpama ini dapat dijalankan lagi. Majlis

penyampaian hadiah bagi pemenang akan dikendalikan pada sesi perhimpunan

mingguan pada hari Ahad minggu berikutnya.

SESI TAKLIMAT SEBELUM SEMUA ACARA DIMULAKAN

Page 6: LAPORAN PELAKSANAAN.docx

PERTANDINGAN 1: BOWLING KELAPA

Page 7: LAPORAN PELAKSANAAN.docx
Page 8: LAPORAN PELAKSANAAN.docx

PERTANDINGAN 2: GUNI BERGERAK

Page 9: LAPORAN PELAKSANAAN.docx

PERTANDINGAN 3: TEROMPAH TEMPURUNG

PERTANDINGAN 4: TARIK UPIH