laporan pelaksanaan intership

10
LAPORAN PELAKSANAAN INTERSHIP NAMA PELAJAR : MOHD YAZID BIN ABDUL HAMID NO. KAD PENGENALAN : 780330-08-5909 PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) NAMA SEKOLAH : SK. ULU RIBU NAMA PROJEK : TEKNIK NYANYIAN UNTUK MENGHAFAL DAN MENGAMALKAN NILAI MURNI TEMPOH PELAKSANAAN : 23 MAC HINGGA 17 APRIL 2015 1.0 OBJEKTIF 1. Meningkatkan penguasaan murid ketika menghafal nilai murni. 2. Memberi keseronokan kepada murid ketika belajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan murid tidak berasa bosan. 3. Menjelaskan nilai murni yang dipelajari 2.0 STRATEGI PELAKSANAAN Lagu ”Nilai Murni” melalui Teknik Nyanyian Untuk Menghafal Dan Mengamalkan Nilai Murni yang saya perkenalkan ini merupakan satu teknik yang menarik minat dan memudahkan murid untuk meghafal 16 nilai murni yang diberikan.

Upload: ajeedhamid

Post on 18-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Laporan

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN INTERSHIP

NAMA PELAJAR: MOHD YAZID BIN ABDUL HAMIDNO. KAD PENGENALAN: 780330-08-5909PROGRAM: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )NAMA SEKOLAH: SK. ULU RIBUNAMA PROJEK : TEKNIK NYANYIAN UNTUK MENGHAFAL DAN MENGAMALKAN NILAI MURNI

TEMPOH PELAKSANAAN : 23 MAC HINGGA 17 APRIL 2015

1.0 OBJEKTIF

1. Meningkatkan penguasaan murid ketika menghafal nilai murni.2. Memberi keseronokan kepada murid ketika belajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan murid tidak berasa bosan.3. Menjelaskan nilai murni yang dipelajari

2.0 STRATEGI PELAKSANAANLagu Nilai Murni melalui Teknik Nyanyian Untuk Menghafal Dan Mengamalkan Nilai Murni yang saya perkenalkan ini merupakan satu teknik yang menarik minat dan memudahkan murid untuk meghafal 16 nilai murni yang diberikan. Konsep yang saya ketengahkan ialah menghafal nilai murni melalui berbentuk nyanyian lirik lagu asal ditukarkan liriknya kepada lirik nilai murni yang diberikan.Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak lebih suka ke arah muzik dan adakalanya mereka menghafal lagu-lagu terkini tambahan pula lagu tersebut sering di ke udarakan baik melalui radio ataupun televisyen. Saya pernah menyoal murid dengan secara spontan tentang lagu-lagu terkini, kebanyakan mereka mengetahui dan malah ada di anatara mereka menghafal lagu-lagu tersebut.Oleh demikian , saya terfikir, apa salahnya melalui lagu terkini diubah liriknya kepada 16 nilai murni yang diberikan. Ini secara tidak langsung menarik minat murid dan memudahkan lagi murid menghafal nilai tersebut. Tambahan pula nyanyian tersebut diiringi muzik dan pergerakan, Ini menjadikan murid berasa lebih teruja dan ingin menghafal nilai tersebut.Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan murid menulis, murid perlu menyanyikan lagu nilai murni supaya dapat meningkatkan daya ingatan. Setiap perkataan nilai murni yang disebut disertakan dengan gaya supaya ingatan mereka akan lebih mantap lagi.Diharapkan teknik ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Beberapa langkah akan dibuat semasa menjalankan teknik ini. Aktiviti dijalankan seperti berikut: Melalui 3 itemItem 11. Murid dipaparkan dengan tanyangan slid lagu Twinkle-twinkle little Star2. Murid diminta menyanyikan lagu Twinkle-Twinkle Little Star secara beramai-ramai3. Refleksi3.1. Murid berasa gembira bila menyanyikan lagu tersebut memandangkan mereka pernah mendengar dan melihat paparan slid tersebut agak menarik.Item 21. Murid diberikan deberikan dengan lembaran kertas yang mengandungi 16 nilai murni2. Murid diminta membaca nilai murni tersebut.3. Murid dipaparkan dengan tayangan slid lagu twinkle-twinkle little star tetapi hanya melodi sahaja4. Murid diminta menyanyikan lagu Twinkle-twinkle little star tetapi ditukar liriknya kepada nilai murni yang diberikan5. Nyanyian dilakukan secara berulang kali..6. Refleksi :6.1. Pada mulanya murid agak janggal untuk menyanyikan lagu tersebut apabila diubah liriknya. Apabila nyanyian dilakukan secara berulangkali, murid mula menghafal dan berasa mudah untuk menyanyikannya.Item 31. Murid disoal dengan secara spontan2. Murid dipilih secara rawak untuk memberikan lima daripada enam belas contoh nilai murni

Item 41. Melalui ujian bertulisUjian11. Murid diberikan dengan satu lembaran kerja2. 10 ayat telah diberikan3. Murid diminta mengisi tempat kosong dengan menggunakan nilai murni yang sesuai.Contoh soalanNyatakannilai murniyang terdapat dalam pernyataan di bawah :1. Pak Ali memberikan buah-buahan yang dipungut di dusunnya kepada anak-anak yatim.Nilai murni : ___________________2. Dia membersihkan kawasan dusun supaya pokok-pokok dapat hidup subur.Nilai murni : ___________________3. Dia berfikir mengenai cara-cara untuk mengatasi masalahnya.Nilai murni : ___________________4. Sami menjaga anak jiran apabila ibubapanya keluar mencari rezeki.Nilai murni : ___________________5. Daniel memberitahu jirannya mengenai banjir di kawasan mereka.Nilai murni : ___________________6. Kami sekeluarga memakai taki pinggang keledar semasa duduk di dalam kereta.Nilai murni : ___________________7. Cindy tidak bersikap sombong apabila memenangi pertandingan menyanyi itu.Nilai murni : ___________________8. Pakcik Ling suka menderma kepada orang yang susah.Nilai murni : ___________________9. Kami menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga di rumah nenek.Nilai murni : ____________________10. Kami menyimpan duit angpau kami di dalam bank untuk kegunaan masa depan.Nilai murni : _____________________

3.0 REFLEKSI

KEKUATAN PROJEKSaya telah menggunakan Teknik Didik Hibur untuk menarik minat mereka untuk menghafal nilai murni. Saya percaya melalui hiburan ataupun nyanyian akan menarik minat murid tersebut untuk menghafalnya.Saya telah membuat pengubahsuaian lirik lagu Twikle-Twinkle Little Star kepada 16 nilai murni.Murid mula menunjukkan minat tambahan pula lagu saya ini juga dipaparkan dengan tanyangan slid berserta muzik.Murid berminat dan menyanyi bersama-sama saya. Nyanyian dilakukan berulangkali sehinggalah murid dapat menghafal lagu tersebut.Apabila murid dapat menghafal nilai murni melalui nyanyian, saya telah melakukan ujian untuk memastikan bahawa mereka betul-betul faham dengan nilai murni tersebut. Saya memberikan lembaran kerja untuk mengetahui keputusan tentang ingatan murid tersebut.Alhamdulillah murid dapat menjawab dengan baik dan keputusan yang saya perolehi amatlah memuaskan hati saya.KELEMAHAN PROJEKProjek inovasi ini juga mempunyai beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti. Antara kelemahan projek ini adalah murid sukar untuk menyanyi lagu Twinkle-Twinkle Little Star yang telah diubah liriknya. Nyanyian dilakukan berulangkali bagi memastikan murid dapat menyanyi dengan betul.Selain itu, murid juga sukar untuk mengesan nilai murni melalui penyataan yang diberikan.Murid kekeliruan untuk menetukan nilai murni yang bersesuaian dengan situasi yang diberikan.4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKANSebagai langkah tindakan seterusnya, saya menharapkan guru Bahasa Melayu seharusnya mengadakan perjumpaan dan mengadakan perbincangan serta pembandingan mengenai kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu sama lain. Dengan adanya perbincangan dua hala secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi masalah-masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pemebelajaran.Selain itu juga, guru boleh mengemukakan masalah yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu semasa perbincangan kumpulan diadakan. Dengan adanya perbincangan kumpulan secara tidak langsung guru dapat mengemukakan masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.Di samping itu , guru-guru juga perlu meyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dipaktikan semasa proses pengajaran di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan juga haruslah diuruskan dengan baik seperti mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar supaya alat bantu mengajar dapat dikongsi dan diguna oleh guru-guru yang lain.Pihak pengurusan sekolah juga boleh mengambil insiatif melalui panitia Bahasa Melayu dengan mengadakan bengkel atau kursus pendek yang dapat memberi guru pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat bantu mengajar seiring dengan pembaharuan sukatan pelajaran dan masa. Melalui bengkel yang diadakan secara tidak langsung tahap profesionalisme guru turut ditingkatkan seiring dengan kehendak semasa.Guru-guru Bahasa Melayu juga boleh melaksanakan pengajaran rakan sebaya antara murid yang sederhana dan cerdas semasa menjalankan aktivti pengukuhan di dalam kelas. Secara tidak langsung ia akan mewujudkan pengajaan dan pembelajaran secara coperatif learning iatu pengajaran berkumpulan. Dengan wujudnya kerjasama antara murid sederhana dan cerdas, guru secara tidak langsung dapat memberi tumpuan yang lebih terperinci terhadap murid-murid yang lemah serta yang belum menguasai kemahiran yang diajar.Semua guru termasuk guru Bahasa Melayu juga harus sedar bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya terhad di dalam kelas sahaja tetapi ia merangkumi merangkumi seluruh persekitaran sekolah. Sebagi contoh guru boleh membawa murid keluar dari bilik darjah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kemahiran dan masa.Akhir sekali, motivasi atau pengukuhan dari guru kepada murid secara tidak langsung dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan adanya pujian seperti baik, bagus dan sebagainya ini secara tidak langsung menunjukkan setiap kerjasama yang diberikan oleh murid dihargai oleh seorang guru.Sebagai kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia. Beban dan tanggungjawab ini bukan haya di bahu guru Bahasa Melayu tetapi termasuk Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak pengurusan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru ( PIBG ) dan ibu bapa sendiri5.0 KESIMPULANMelalui kaedah didik hibur yang diperkenalkan ini dengan secara tidak langsung memberi kesan yang positif kepada murid tahun 4 Baiduri terutama bagi mereka yang lemah untuk menguasai dalam menghafal nilai murni yang diberikan.Kaedah ini akan dijalankan secara berperingkat bagi mengesan sejauh mana kebolehan murid. Melaui kaedah ini diharapkan murid dapat menghafal nilai murni yang boleh dijadikan asas untuk membuat rumusan atau mengaitkan ulasan dengan nilai murni yang diberikanKajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak sekolah dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta daerah saya amnya.Hasil kajian ini terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid.Semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses p&p saya lebih menarik,berkesan dan menyeronokkan.Sebagai guru kita seharusnya peka dengan masalah dan keperluan murid dan bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.Kita juga haruslah mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).