laporan pelaksanaan internship.docx

12
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : FAZILAWATI BT ABD MAJID NO.KAD PENGENALAN : 740217-05-5090 PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) NAMA SEKOLAH : SEK.KEB.PASIR PANJANG NAMA PROJEK : “DAM SUKU KATA” TEMPOH PROJEK : 4 MINGGU 1. OBJEKTIF Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran. Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses p dan p yang membosankan. Dapat mengubah amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar semua murid dapat menguasai kemahiran membaca KV+KV dan tidak mengabaikan murid yang belum menguasai kemahiran membaca KV+KV Menyediakan permainan alternative berteraskan konsep “belajar sambil bermain”

Upload: anonymous-iqpuoy

Post on 04-Jan-2016

253 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP.docx

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : FAZILAWATI BT ABD MAJID

NO.KAD PENGENALAN : 740217-05-5090

PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

NAMA SEKOLAH : SEK.KEB.PASIR PANJANG

NAMA PROJEK : “DAM SUKU KATA”

TEMPOH PROJEK : 4 MINGGU

1. OBJEKTIF

Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji matapelajaran.

Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar

Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses p dan p yang membosankan.

Dapat mengubah amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar semua

murid dapat menguasai kemahiran membaca KV+KV dan tidak mengabaikan murid yang

belum menguasai kemahiran membaca KV+KV

Menyediakan permainan alternative berteraskan konsep “belajar sambil bermain”

Page 2: LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP.docx

2. STRATEGI PERLAKSANAAN.

Pada minggu pertama murid akan bermain dengan kad suku kata. Murid akan mencantumkan

suku kata KV+KV berdasarkan gambar yang diberi oleh guru.Contoh :

Pada minggu ke dua murid akan bermain dengan kad suku kata tanpa gambar dimana guru

akan menyebut perkataan KV+KV dan murid akan mencari kad suku kata dan akan

mencantumkan menjadi perkataan yang disebut oleh guru.

Kemudian guru akan memberi setiap murid kad suku kata kv+kv dan murid akan mengeja

perkataan tersebut.Selepas semua murid sudah mengeja kad yang ada kad tersebut akan

bertukar dengan rakan lain.Ini adalah aktiviti peneguhan

Pada minggu ke tiga dan ke empat murid akan bermain dengan dam suku kata.Guru akan

menerangkan kepada murid cara bermain dengan “Dam Suku kata”Murid akan di

babahagikan kepada enam kumpulan.Setiap kumpulan mempunyai empat orang

pemain.Konsep bermain sama dengan permainan dam ular.”Dam suku kata ini berbeza dari

dam-dam yang kita lihat kerana “Dam Suku kata ini murid akan belajar sambil bermain.Cara

permainan “Dam Suku kata adalah seperti berikut :

ba ju

Page 3: LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP.docx

Memperkenalkan permainan “Dam Suku kata” murid.

Guru akan menerangkan peraturan dan cara permainan “Dam Suku Kata”:

1. Butang yang berlainan warna diberikan bagi mewakili responden untuk

mengelakkan kekeliruan.

2. Responden dikehendaki membaling dadu.

3. Responden dikehendaki menggerakkan butang mengikut nombor yang diperolehi

berdasarkan balingan dadu.

4. Sekiranya, responden berhenti pada petak yang mempunyai gambar, contohnya

gambar bola, responden dikehendaki mencari kad “Cantumkan Saya” dan

mencantumkan kad tersebut menjadi perkataan bola.Seterusnya responden

dikehendaki membatang dan menyebut perkataan itu dengan kuat.

5. Jika responden berada dalam petak kosong , responden tidak perlu membatangkan

sebarang suku kata.

6. Semasa responden berhenti pada petak yang mempunyai gambar, guru akan

memcatat perkataan tersebut.

7. Sekiranya murid dapat membatangkan dan menyebut perkataan tersebut, tanda

betul akan diberikan.

8. Namun jika responden tidak berjaya, pengkaji akan menandakan tanda pangkah

pada perkataan tersebut.

9. Sekiranya responden berjaya memadankan kad dan dapat mengeja dengan betul,

respondan akan mara mengikut tangga.

10. hukuman akan dikenakan iaitu berundur mengikut ular sekiranya responden tidak

dapat mencantumkan kad dan tidak dapat mengeja dengan betul.

Page 4: LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP.docx

3. REFLEKSI

a) Kekuatan Projek :

Pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid

belajar dalam suasana bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Bermain

menjadi fitrah murid dimana dalam proses ini murid akan meneroka, membuat inkuiri

penemuan dan memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi. “Dam Suku

kata ini juga memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana fleksibel tanpa

kongkongan. Aktiviti bermain membentuk perkembangan murid secara menyeluruh

kerana aktiviti bermain dapat memenuhi keperluan kognitif psikomotor dan efektif.

“Dam Suku kata Memberi peluang utk meneroka dan mencuba dan meningkatkan

penguasaan sstu kemahiran. Meningkatkan tumpuan dan perhatian. Memberi peluang

kpd murid melahirkan perasaan.. Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif.

Membantu menyelesaikan masalah. Membina kemahiran sosial dgn rakan sebaya dan

org dewasa. Membina kemahiran fizikal serta meningkatkan kemahiran motor halus

dan motor kasar. Membina kemahiran bahasa dan komunikasi. Membantu mengatasi

perasaan bimbang dan tertekan. Membina kemahiran kendiri yang positif. Memupuk

sikap bertanggungjawab

Hasil dapatan pengajaran dan pembelajaran menunjukkan bahawa penggunaan

“Kad Cantumkan Saya” dan “Dam Suku Kata” berupaya membantu murid dalam

meningkatkan kemahiran membatangkan dan membunyikan suku kata KV+KV.

Implikasi hasil daripada kajian tindakan ini mendapati responden dapat

meningkatkan kemahiran penguasaan membaca perkataan KV+KV. Intervensi

penggunaan kad “Cantumkan saya” dan “Dam Suku Kata” dapat membantu

responden dalam meningkatkan kemahiran membaca mereka dan seterusnya

membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam

Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia .

Page 5: LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP.docx

Selain daripada itu, nilai disiplin, tolak ansur, tolong menolong serta sabar turut

diterapkan dalam diri responden. Malah, permainan kad “Cantumkan Saya” dan

“Dam Suku Kata” juga telah berupaya menperkembangkan kemahiran sosial dalam

kalangan responden . Secara tidak lansung akan dapat meningkatkan keyakinan diri

responden.

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sememangnya kaedah belajar

melalui bermain adalah suatu strategi yang berkesan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran penguasaan membaca di kelas prasekolah. Kenyataan ini disokong oleh

Vygotsky (1967) yang menyatakan main dapat membantu memperkembangkan

bahasa dan pemikiran.

Pendapat di atas turut disokong oleh Levy (dala Kasnani Ab Karim, Ramlah

Jantan, Akmal Hisyam Arshad, Siti Norsyaifa Kamarudin, 2006) yang menyatakan

bahawa antara perkara yang berlaku apabila kanak-kanak bermain ialah melatih

kanak-kanak memberi tumpuan di dalam pembelajaran. Responden yang terlibat

didapati menumpukan sepenuh perhatian mereka di samping mendapat keseronokan

melalui permainan yang dijalankan.

Hasil kajian ini turut menyokong teori dual koding yang dikemukan oleh Paivio

(1986) dalam Shariffudin, RFio Sumarni dan Omar (2003) yang menyatakan bahawa

hubungan di antara teks dan imej sebagai eleman dalam proses membaca memberi

penjelasan bahawa kanak-kanak yang didedahkan dengan dua mod pembelajaran

(melalui visual dan verbal) akan dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman.

Piaget berpendapat seseorang individu tidak boleh dipaksa belajar sesuatu

sekiranya individu itu belum ada kesediaan untuk belajar. Pendapat Piaget ini

disokong oleh kajian ini yang mana murid-murid pada peringkat awal lebih tertumpu

kepada bermain. Kaedah pengajaran sebelum ini bersifat formal menyebabkan murid

kurang bersedia untuk belajar berbanding menggunakan kaedah permainan bahasa,

murid lebih bersedia dan lebih fokus untuk belajar. Secara tidak lansung akan dapat

meningkatkan kemahiran membaca murid.

Page 6: LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP.docx

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, murid kelihatan teruja saya

mengeluarkan kad “Cantumkan Saya” dan “Dam Suku Kata” berbanding apabila

pengkaji menggunakan kad suku kata untuk mengajar suku kata KV+KV.

Walaubagaimanapun, latih tubi dan pengukuhan perlu diberikan untuk meningkatan

penguasaan membaca perkataan KV+KV.

b) Kelemahan projek

Kelemahan yang saya nampak di sini ialah saya perlu mempelbagaikan set “Dam

Suku kata iaitu di mana setiap set “Dam Suku kata” mempunyai gambar yang berbeza

dari set yang pertama.Murid akan lebih banyak mengetahui perkataan KV+KV.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN.

Berdasarkan penemuan hasil kajian, saya ingin mengemukakan beberapa kajian yang boleh

dilaksanakan pada masa yang akan datang ialah :

i. Kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan 10 suku kata sahaja.

Cadangan kajian seterusnya ialah bilangan suku kata yang digunakan

boleh ditambah daripada 10 ke 30 suku kata. Penguasaan responden yang

dipilih terhadap kemahiran menyebut dan membaca suku kata KV+KV

akan bertambah baik kerana suku kata yang lebih banyak mampu

Page 7: LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP.docx

mengukur tahap pencapaian responden dalam konteks yang lebih luas di

dalam kelas.

ii. kajian yang dilaksanakan ini hanya terbatas kepada suku kata KV+KV

sahaja. Pengkaji mencadangkan agar kajian ini dilaksanakan bagi suku

kata yang lain seperti suku kata tertutup KVKVK dan KVKVKV bagi

meningkatkan tahap kemahiran membaca kanak-kanak.

iii. Kajian yang dilaksankan ini juga hanya terbatas kepada murid prasekolah.

Pengkaji mencadangkan agar kad “Cantumkan Saya” dan “Dam Suku

Kata” ini di jalankan di tahap satu dan kelas pemulihan semasa

pengajaran dan pembelajaran.

5. KESIMPULAN.

Kesimpulannya, kajian tindakan yang seterusnya perlu dijalankan agar dapat memberi faedah yang optimum khususnya pada bidang pendidikan dan berupaya menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Dapat dinyatakan dan ditegaskan di sini bahawa penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial yang mana selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan pendidikan bertujuan membantu perkembangan murid secara menyeluruh.Secara keseluruhannya, proses penyelidikan tindakan yang dijalankan dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang guru dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Secara tidak lansung dapat meningkatkan amalan professional guru disamping itu juga guru dapat melatih diri membuat refleksi untuk mengenalpasti masalah yang berlaku sama ada daripada aspek pengajaran guru, penggunaan bahan, pemilihan strategi dan sebagainya.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, aplikasai kad “Cantumkan Saya” dan “Dam Suku Kata” dapat membantu murid-murid prasekolah untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menyebut perkataan suku kata KV+KV dengan betul dan

Page 8: LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP.docx

lancar. Kaedah latih tubi dan pengulangan dan permainan bahasa yang dijalankan perlu diteruskan untuk mendapatkan hasil pencapaian yang lebih baik. Oleh itu, kaedah ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran membaca dan menyebut perkataan yang lain.

Selain itu, kajian tindakan ini juga memberi banyak pendedahan kepada guru untuk membuat pemilihan bahan, kaedah, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas. Pemilihan bahan dan strategi pembelajaran yang lebih menarik akan meningkatkan pencapaian penguasaan murid. Akhirnya, perkara ini akan menjadi amalan guru dan menyumbang kepada peningkatan tahap profesionalime seorang guru dan seterusnya memartabatkan bidang pendidikan.