laporan model the big 6 skills

9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG KEMAHIRAN BELAJAR (GKB1053) PROGRAM : PPISMP NAMA : AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI KELAS : S1T1PSN AMBILAN : JUN 2015 NAMA PENSYARAH : EN. ADNAN BIN OMAR

Upload: ahmad-fahmi

Post on 12-Apr-2017

341 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Model The Big 6 Skills

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANGKEMAHIRAN BELAJAR (GKB1053)

PROGRAM : PPISMP

NAMA : AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI

KELAS : S1T1PSN

AMBILAN : JUN 2015

NAMA PENSYARAH : EN. ADNAN BIN OMAR

TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2015

Page 2: Laporan Model The Big 6 Skills

ISI KANDUNGAN

1.0. PENGENALAN : APAKAH ITU MODEL THE BIG 6 SKILLS ?.....................................2

2.0. KEMAHIRAN PERTAMA : MENENTUKAN TUGASAN................................................3

3.0. KEMAHIRAN KEDUA : STRATEGI MENCARI MAKLUMAT........................................3

4.0. KEMAHIRAN KETIGA : LOKASI DAN AKSES.............................................................4

5.0. KEMAHIRAN KEEMPAT : KEGUNAAN MAKLUMAT...................................................4

6.0. KEMAHIRAN KELIMA : SINTESIS...............................................................................4

7.0. KEMAHIRAN KEENAM : PENILAIAN...........................................................................5

8.0. KESIMPULAN...............................................................................................................5

9.0. RUJUKAN......................................................................................................................6

Page 3: Laporan Model The Big 6 Skills

1.0. PENGENALAN : APAKAH ITU MODEL THE BIG 6 SKILLS ?Pencarian maklumat pada zaman ini semakin mudah dengan adanya

kemudahan teknologi yang pesat berkembang dari masa ke masa seperti telefon

pintar, e-buku dan internet. Namun begitu, adakah kita menggunakan teknik yang

betul untuk mencari maklumat tersebut? Maklumat yang dicari perlulah menepati

kehendak suatu soalan atau tugasan tersebut dan relevan dengan tugasan tersebut.

Mike Eisenberg dan Bob Berkowitz telah memperkenalkan Model The Big 6 Skills

pada tahun 1990 sebagai satu pendekatan sistematik kepada penyelesaian masalah

untuk mendapatkan maklumat. Model The Big 6 Skills ini sangat fleksibel kerana

ianya boleh diaplikasikan dalam mana-mana subjek, tanpa mengira peringkat umur

dan tahap pengajian. Terdapat enam kemahiran utama yang terkandung dalam

Model The Big 6 Skills ini yang akan saya terangkan lebih lanjut dalam perenggan-

perenggan seterusnya.

2.0. KEMAHIRAN PERTAMA : MENENTUKAN TUGASANKemahiran pertama yang ditekankan dalam model ini adalah penentuan

tugasan. Oleh itu, sebelum memulakan sesuatu tugasan untuk mencari maklumat,

kita perlulah mengenal pasti apakah kehendak tugasan tersebut. Cuba untuk

menggunakan pelbagai sumber rujukan seperti buku, surat khabar dan internet.

Dengan merujuk kepada pelbagai sumber rujukan, kita akan dapat maklumat yang

selengkapnya mengenai sesuatu tugasan di samping meningkat pemahaman kita.

Seterusnya, kita perlu membina pelbagai bentuk soalan berkenaan tugasan tersebut

kerana ini membantu kita untuk mencari maklumat yang lebih tepat dan jelas.

Contohnya, bina soalan-soalan mudah berkenaan tajuk tersebut seperti bagaimana,

mengapa, bila dan siapa. Maklumat yang dicari juga mestilah mengikut skop yang

ditetapkan bergantung pada tahap pengajian anda ataupun kehendak tugasan

tersebut. Akhir sekali, pergi berjumpa dengan guru atau pensyarah sekiranya

mempunyai sebarang kemusykilan tentang tugasan yang diberi. Elakkan bertanya

pada saat-saat akhir kerana ia hanya membuatkan anda lebih kelam-kabut kerana

menyiapkan tugasan pada saat akhir.

3.0. KEMAHIRAN KEDUA : STRATEGI MENCARI MAKLUMATSelepas kita sudah mengetahui kehendak tugasan tersebut, kita perlu

merangka strategi bagaimana kita ingin mencari maklumat tersebut. Pertama sekali,

bina kata-kata rujukan khas ataupun kata kunci yang merujuk kepada tugasan atau

topik tersebut. Sebagai contoh, kita dikehendaki mencari maklumat mengenai

penyalahgunaan dadah. Jadi, kita boleh menggunakan kata-kata rujukan yang

Page 4: Laporan Model The Big 6 Skills

merujuk kepada aktiviti penyalahgunaan dadah tersebut seperti pengambilan dos

yang berlebihan, diperolehi secara haram dan menyalahi undang-undang. Selain itu,

pencarian buku-buku di perpustakaan menggunakan sistem OPAC sangat

membantu kerana ini adalah salah satu kemudahan teknologi yang terdapat di

perpustakaan. Cuba untuk mempelbagaikan bentuk media rujukan anda dengan

mencari bahan selain daripada artikel seperti video, infografik dan peta minda.

Seterusnya, sumber-sumber rujukan yang dikenal pasti perlulah diteliti terlebih

dahulu untuk memastikan kesahihannya. Maklumat-maklumat yang diperolehi

bolehlah disusun dalam bentuk peta minda atau rajah berkaitan topik utama atau

subtopik. Hal ini kerana mengikut kajian-kajian yang telah dilakukan, peta minda

sememangnya membantu untuk meningkatkan memori atau daya ingatan kerana ia

hanya mengandungi isi-isi penting selain menjadikan kita lebih kreatif.

4.0. KEMAHIRAN KETIGA : LOKASI DAN AKSESLokasi dan akses juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam

pencarian maklumat kerana ia menentukan di manakah kita akan mencari maklumat

tersebut dan bagaimana kita dapat mengaksesnya. Lokasi dan organisasi bahan di

pusat sumber perlulah difahami sebelum memulakan pencarian maklumat supaya

kita tidak menghabiskan masa yang lama mencari di ruangan atau bahagian yang

tidak berkaitan dengan apa yang kita ingin cari. Setiap buku pasti mengandungi

bahagian isi kandungan, glosari dan bibliografi yang sangat berguna kepada kita.

Rujuk bahagian tersebut untuk menentukan lokasi atau muka surat bahan tersebut

dan kemudian barulah kita mengaksesnya. Enjin carian seperti Google, Yahoo dan

Bing merupakan alat yang berkesan untuk mencari maklumat secara atas talian.

Namun begitu, kita memahami bagaimana cara menggunakannya dan arahan yang

betul supaya pencarian maklumat itu menjadi lebih tepat dan berkesan. Selain itu,

maklumat-maklumat yang diperolehi perlulah ditentukan sama ada secara cetakan

ataupun media elektronik kerana hal ini akan memudahkan kita untuk membuat

rujukan kelak. Gunakan kemudahan teknologi yang ada seperti internet untuk

melihat laman web berkaitan topik untuk memilih bahan-bahan yang berkaitan.

5.0. KEMAHIRAN KEEMPAT : KEGUNAAN MAKLUMATSeterusnya, selepas memperoleh maklumat-maklumat tersebut, kita perlu

menyusunnya dengan teknik-teknik yang kita mahukan agar nampak lebih teratur.

Pilih, baca, dengar dan lihat bahan-bahan tersebut dengan teliti untuk mengelakkan

berlaku sebarang percanggahan maklumat antara bahan-bahan tersebut. Tentukan

sama ada bahan-bahan tersebut sumber utama atau sumber sekunder. Kemudian,

Page 5: Laporan Model The Big 6 Skills

kumpul kesemuanya dalam bentuk catatan bibliografi. Pastikan butiran mengenai

semua bahan tersebut lengkap dan menepati piawaian yang telah ditetapkan.

Terjemahkan maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan visual seperti peta,

graf, carta dan sebagainya. Kenal pasti sesuatu pandangan atau maklumat itu sama

ada ia mengandungi unsur-unsur bias ataupun tidak. Penilaian perlu dibuat kepada

laman web dan lain-lain sumber maklumat dari segi ketepatan, kredibiliti,

kebolehpercayaan, pengarangan, usia dan bentuk pandangan.

6.0. KEMAHIRAN KELIMA : SINTESISSintesis merupakan kemahiran yang perlu dikuasai dengan baik kerana ia

menentukan sama ada tugasan yang dihasilkan itu baik ataupun tidak menepati

kehendak tugasan. Sebelum menyiapkan tugasan tersebut, bina rangka atau draf

dan tentukan susunan maklumat mengikut kepentingannya berdasarkan panduan

tugasan tersebut. Pilih satu format media di mana pengetahuan baru tersebut boleh

disebarkan seperti infografik atau carta pai. Pastikan ia menarik dan mempunyai isi-

isi penting yang berkaitan dengan tugasan. Selepas itu, urus hasil tugasan dengan

sebaiknya mengikut format yang telah ditetapkan. Akhir sekali, sampaikan hasil

tugasan tersebut kepada rakan-rakan atau pensyarah agar mereka dapat memberi

pandangan mengenainya dan membuat penilaian berdasar kriteria-kriteria tertentu.

7.0. KEMAHIRAN KEENAM : PENILAIANPenilaian merupakan peringkat terakhir dalam penghasilan tugasan di mana

kita menilai kembali tugasan yang telah dihasilkan dengan kriteria tertentu berkaitan

dengan kandungan, kerjasama, kemahiran mendengar dan penyelidikan dan sejauh

mana kita menguasai aspek-aspek tersebut. Setelah mendapat maklum balas,

nilaikan tahap kegunaan dan kesesuaian sumber rujukan yang kita telah gunakan

yang berguna untuk penghasilan tugasan pada masa akan datang. Akhir sekali,

kenal pasti maklumat, media dan kemahiran teknologi yang telah diperoleh

sepanjang penghasilan tugasan tersebut.

8.0. KESIMPULANKesimpulannya, penggunaan Model The Big 6 Skills dalam pencarian

sesuatu maklumat sangat berkesan dan mengelakkan kita daripada menglami situasi

maklumat yang berlebihan. Kemahiran ini sepatutnya dijadikan sebagai kemahiran

asas yang perlu dikuasai sebaiknya dan diperkenalkan kepada orang ramai

khususnya golongan pelajar daripada peringkat rendah hingga ke peringkat

pengajian tinggi. Pihak kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan ini supaya

Page 6: Laporan Model The Big 6 Skills

penggunaan model ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk semua peringkat

pengajian tanpa mengira umur dan subjek.

9.0. RUJUKAN

Page 7: Laporan Model The Big 6 Skills

Eisenberg, M. (2002, Februari 1). Big6 Skills Overview. Diperoleh daripada Big6:

http://big6.com/pages/about/big6-skills-overview.php

Eisenberg, M. (2005, Jun 16). Big6 Terminology. Diperoleh daripada Big 6:

http://big6.com/pages/lessons/presentations/big6-overview-2011.php

Eisenberg, M. (2008, Mac 18). Introducing The Big6. Diperoleh daripada Big6:

http://www.slideshare.net/Big6/introducing-the-big6

Pusat Sumber SMK Convent. (2002, Februari 18). Aplikasi Kemahiran Maklumat melalui

Pusat Sumber Sekolah dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh daripada

PowerShow.com:

http://www.powershow.com/view4/5aa9fb-MjlhO/APLIKASI_KEMAHIRAN_MAKLUM

AT_melalui_PUSAT_SUMBER_SEKOLAH_dalam_PENGAJARAN_DAN_PEMBELA

JARAN_powerpoint_ppt_presentation

Salmah. (2012, November 20). Aplikasi Literasi Maklumat dalam P&P. Diperoleh daripada

Blog Cikgu Salmah:

https://blogcikgusalmahmdali.files.wordpress.com/2012/11/aplikasi-lm-dalam-pp2.ppt