laporan minggu panitia seni

3

Click here to load reader

Upload: chekgoo-atiekah

Post on 19-Oct-2015

91 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Aktiviti lain yang turut dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Seni SK Ulu Yam Bharu juga ialah pertandingan mewarna bagi tahap satu dan dua. Tema bagi pertandingan tersebuat adalah Hari Raya Aidilfitri yang mana perayaan tersebut akan disambut beberapa minggu lagi. Semua guru pendidikan seni termasuklah guru praktikum terlibat dengan pertandingan tersebut sebagai penjaga dan pengadil pertandingan. Masa yang telah ditetapkan bagi menyiapkan hasil mewarna tersebut adalah satu jam dan lima pemenang bagi setiap kelas akan dipilih bagi menerima hadiah pada jumaat nanti.

TRANSCRIPT

LAPORAN PROJEK / AKTIVITILAPORAN KE-Nama Pelajar: NUR ATIKAH BINTI YAHYAProgram dan Ambilan: PISMP AMBILAN JANUARI 2013Tarikh: 30 JULAI 2013Tempat: TAPAK PERHIMPUNAN, SK ULU YAM BHARUProjek/Aktiviti/Peranan Lain: PELANCARAN MINGGU PANITIA PENDIDIKAN SENI

Pada hari selasa iaitu 30 Julai 2013, Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu telah mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Panitia Pendidikan Seni yang telah dilaksanakan oleh Panitia Seni SK Ulu Yam Bharu, Batang Kali. Majlis bermula di tapak perhimpunan pada pukul 7.30 dan berakhir sekitar jam 8.30 pagi. Majlis tersebut dekendalikan oleh guru pendidikan seni dan dimulakan dengan ucapan daripada ketua Panitia Pendidikan Seni dan seteresnya ucapan perasmian yang telah dilaksanakan oleh guru Penolong Kanan, Puan Noor Aine Bin Mahyuddin. Dalam majlis elancaran tersebut, kami diminta untuk merangka satu gimik pelancaran. Gimik tersebut telah dilaksanakan bersama dua orang rakan praktikum major Pendidikan Seni iaitu Siti Aqilah dan Siti Zur Aida. Tugasan tersebut diberikan minggu sebelum pelancaran tersebut dilaksanakan.Aktiviti lain yang turut dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Seni SK Ulu Yam Bharu juga ialah pertandingan mewarna bagi tahap satu dan dua. Tema bagi pertandingan tersebuat adalah Hari Raya Aidilfitri yang mana perayaan tersebut akan disambut beberapa minggu lagi. Semua guru pendidikan seni termasuklah guru praktikum terlibat dengan pertandingan tersebut sebagai penjaga dan pengadil pertandingan. Masa yang telah ditetapkan bagi menyiapkan hasil mewarna tersebut adalah satu jam dan lima pemenang bagi setiap kelas akan dipilih bagi menerima hadiah pada jumaat nanti.Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan ini disampaikan ketika berlangsungnya majlis khatam Al-Quran. Guru pendidikan seni termasuk kami guru praktikum juga terlibat dalam proses pembungkusan hadiah untuk para pemenang yang layak.Saya bertuah kerana berkesempatan mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Seni sekolah dan ini merupakan pengalaman pertama saya mengikuti program sebegini di sekolah. Pengalaman semasa berada dimaktab dapat saya gunakan terutamanya semasa merangka gimik yang bersesuaian dan menarik.Proses pelancaran gimik tersebut berjalan lancar kerana turut dibantu oleh rakan praktikum major Pemulihan dan guru-guru Pendidikan Seni yang lain. Bagi saya guru bukan sahaja berperanan di dalam kelas dan berperanan dalam isu berkaitan pendidikan teori sahaja, tetapi ilmu praktikal juga haruslah sentiasa disematkan oleh guru dalam apa jua keadaan sekalipun.