laporan majlis malam gemerlapan bintang peringkat smk abdul rahim tahun 2014

Upload: yusra-abllah

Post on 05-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tahun 2015

TRANSCRIPT

Laporan Majlis Malam Gemerlapan Bintang Peringkat SMK Abdul Rahim Tahun 2014 Pada 25 Jun 2014 Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim , Kudat mengadakan MajlisMalam Gemerlapan Bintang julung kalinya diadakan pada waktu malam.Majlis yang bermakna ini telah diadakan di Dewan SMK Abdul Rahim. Aktiviti tahunan sekolah ini bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah dalam akademik dan kokurikulum . Hal ini secara tidak langsung dapat membakar semangat pelajar berkenaan agar terus gigih berusaha dan meningkatkan potensi diri agar terus cemerlang . Dalam masa yang sama, diharapkan agar para pelajar yang lain dapat menjadikan para pelajar cemerlang ini sebagai model. Sebelum majlis berlangsung, beberapa persiapan telah dijalankan. Persiapan tersebut dilakukan oleh jawatankuasa penganjuran majlis yang terdiri daripada para guru. Guru-guru ini pula dibantu oleh beberapa orang pelajar. Urusan hadiah dan latihan persembahan pelajar dilakukan beberapa hari sebelum majlis ini, sementara kerja-kerja menyusun kerusi dan menghiasi pentas dilakukan sehari sebelum majlis berlangsung. Di samping itu, pendaftaran peserta dan raptai majlis diadakan pada hari kejadian berlansung iaitu bermula pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Majlis ini bermula pada pukul 7.45 malam selepas ketibaan perasmi iaitu Pegawai Pendidikan Daerah, Y.M Sh. Azad bin Sh. Attar. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai dari pejabat Pendidikan Daerah Kudat, guru-guru, Anggota kakitangan Sokongan, penerima anugerah dan ibu bapa penerima anugerah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sahibudin bin Said. Selepas bacaan doa, Pengetua SMK Abdul Rahim, En Awang Jaya bin Awang Damit menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti oleh ucapan perasmian dari Pegawai Pendidikan Daerah Kudat ,Y. M Sh. Azad bin Sh. AttarSeterusnya majlis diteruskan penyampaian hadiah bagi kategori Anugerah Peperiksaan Dalaman .Antara anugerah yang diberikan bagi kategori Anugerah Peperiksaan Dalaman ialah anugerah pelajar terbaik Pendidikan Khas, Pelajar Terbaik Mengikut Tingkatan, dan Anugerah Pelajar Terbaik Mengikut Tingkatan bagi pelajar asrama. Turut diberikan anugerah kepada panitia bagi Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik.Anugerah Peperiksaan Dalaman diberikan berdasarkan pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Seterusnya, acara penyampaian hadiah diteruskan dengan kategori Anugerah Peperiksaan Awam 2013 yang diberikan kepada Pelajar Terbaik PMR 2013, Pelajar Terbaik SPM 2013, Pelajar Terbaik STPM 2013 , dan Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik Peperiksaan Awam kepada panitia. Kemudian majlis diteruskan dengan acara makan malam persembahan dari artis jemputan diikuti dengan penyampaian hadiah bagi kategori Anugerah KOKUM . Anugerah KOKUM diberikan kepada unit beruniform , kelab dan persatuan serta kelab permainan yang terbaik dan pelajar terbaik KOKUM.Penyampaian hadiah diteruskan dengan pengiktirafan kepada Tokoh Nilam, Pelajar Terbaik Keseluruhan KOKUM kategori Pendidikan Khas , Pelajar Terbaik Keseluruhan KOKUM , Pelajar Harapan dan Pelajar Terbaik Keseluruhan.

Sebelum majlis berakhir, tuan pengetua menyampaikan cenderamata kepada perasmi sebagai tanda penghargaan di atas kehadiran beliau dan merasmikan majlis pada malam ni. Majlis berakhir pada pukul 10.30 malam dengan nyanyian lagu sekolah. Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan lancar. Tuan pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak jawatankuasa penganjuran majlis yang bekerja keras untuk memastikan majlis itu berlangsung dangan lancar. Pengerusi jawatankuasa pula mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Malam Gemerlapan Bintang pada tahun ini.

PERSIAPAN MAJLIS GEMERLAPAN BINTANG 2014

SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG

Ajk guru Persiapan pentas sedang menghias pentas bersama-sama pelajar

Sesi rehearsal yang dilakukan pada pagi khamis yang melibatkan guru-guru dan penerima anugerah

Cikgu Lezabit diiringi Cikgu Khairuddin melakukan rehearsal pembahagian hadiah kepada penerima anugerah

Sesi pendaftaran kehadiran penerima anugerah dan jemputan yang dilakukan oleh Pn. Rokiah pada pagi khamis

Keadaan pentas yang telah cantik dihias

Bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Sahibudin bin Said

Ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengetua SMK Abdul Rahim, En. Awang Jaya Bin Awang Damit

Ucapan perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah, En. Sh. Azad bin Sh. Attar

Yang Dipertua PIBG SMK Abdul Rahim, En. Juraidi bin Silah diiringi oleh PK HEM , En Datu Badaruddin menyampaikan hadiah kepada adik Malisa Pelajar Terbaik Kelas Pendidikan Khas

Persembahan istimewa dari artis jemputan iaitu Yabang Jinbara

Pengetua , En. Awang Jaya diiringi Penolong Kanan Pentadbiran, En. Salim menyampaikan hadiah kepada Pelajar Terbaik PMR 2013, Adik Norhasliza Binti Mohd Noor

Pegawai Pendidikan Daerah , En. Sh. Azad bin Sh. Attar diiringi pengetua menyampaikan hadiah kepada Pelajar Terbaik KOKUM iaitu Adik Zulfiqarnain

Tuan Pengetua menyampaikan cenderamata kepada perasmi iaitu Pegawai Pendidikan Daerah, En. Sh. Azad bin Sh. Attar

Semua hadirin menyanyikan lagu sekolah sebagai tanda berakhirnya majlis Malam Gemerlapan Bintang 2014

Tarikh :

27 Jun 2014

Tempat :

Dewan SMK Abdul Rahim, Kudat