aku dan bintang 11

20
www.sarawak-astronomy.org September 2011 - Mac 2012 BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR ISSN 1985-0344 Keluaran 11 Untuk mendapatkan berita ataupun pengumuman terkini, anda boleh melawat laman web Planetarium Sultan Iskandar atau ke laman Pages Facebook dengan menaip Planetarium Sultan Iskandar di ruang Search. www.planetarium-sarawak.org Saksikan Transit Kejora 2012 Planetarium Sultan Iskandar 6 Jun 2012 Planetarium Sultan Iskandar @SahabatPSI SahabatPSI

Upload: planetarium-sultan-iskandar

Post on 28-Mar-2016

291 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Aku dan Bintang 11 keluaran Planetarium Sultan Iskandar, Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak dan Persatuan Astronomi Sarawak.

TRANSCRIPT

Page 1: Aku dan Bintang 11

www.sarawak-astronomy.orgSeptember 2011 - Mac 2012

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

ISSN 1985-0344Keluaran 11

Untuk mendapatkan berita ataupun pengumuman terkini, anda boleh melawat laman web Planetarium Sultan Iskandar atau ke laman Pages Facebook dengan menaip Planetarium Sultan Iskandar di ruang Search.

www.planetarium-sarawak.org

Saksikan Transit Kejora 2012Planetarium Sultan Iskandar

6 Jun 2012Planetarium Sultan

Iskandar@SahabatPSI SahabatPSI

Page 2: Aku dan Bintang 11

September 2011 - Mac 2012 • 2www.sarawak-astronomy.org

Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak

93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-251275

Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.orghttp://www.sarawak-astronomy.org

e-mel: [email protected]

Kandungan

Tahun ini kita bakal menyaksi aktiviti yang lebih giat lagi dijalankan oleh Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dalam menyebarkan ilmu astronomi melalui program Jerayawara

Sahabat Astronomi. Ramai yang tertanya-tanya apakan itu perkataan jerayawara. Sebenarnya je-

rayawara ini merupakan istilah yang terdapat dalam kamus Dewan Bahasa yang bermaksud ‘roadshow’ iaitu kita mewar-warkan apa yang kita ada kepada orang ramai.

Apabila mengimbau kembali aktiviti jerayawara yang pertama kali diadakan oleh SAS pada 2006, ia diadakan atas jemputan Presiden SAS, merangkap Re-siden Betong, Datu Romie Daniel Sigan dengan tujuan yang asas untuk mem-perkenalkan ilmu astronomi kepada orang ramai.

Mungkin para pelajar dari Semenanjung Malaysia beruntung dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh organisasi seperti Planetarium Negara dan juga Pu-sat Sains Negara dalam menyebarkan sains dan astronomi kepada pelajar dan masyarakat. Namun, kita tidak harus meminggirkan mereka yang berada jauh dari bandar raya Kuching kerana jerayawara ini diadakan untuk menimbulkan rasa minat para pelajar kepada dunia astronomi.

Atas kepuasan dalam menyebarkan ilmu astronomi, aktiviti jerayawara ini telah berkembang kepada aktiviti tahunan dalam kalendar PSI-SAS dalam menyebarkan ilmu astronomi kepada mereka yang berada di luar bandar dan pedalaman.

Ada juga yang bertanya, mengapakah program jerayawara ini tidak diadakan di sekitar bandar raya Kuching? Mudah sahaja jawapannya. Ia adalah sebagai program pendedahan ilmu astronomi di kawasan luar bandar dan pedalaman, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berpeluang untuk berkunjung ke PSI.

Dalam tempoh terdekat ini, nama program jerayawara telah ditukar kepada Jerayawara Sahabat Astronomi selaras dengan penyertaan rakan-rakan Sahabat Astronomi yang turut menyumbangkan tenaga dan berkongsi ilmu yang mere-ka perolehi semasa menyertai aktiviti anjuran PSI-SAS. Mereka boleh dianggap sebagai duta kepada PSI kerana golongan sasaran mereka adalah hampir sebaya dan ini mendekatkan lagi hubungan Sahabat Astronomi dengan para pelajar yang ingin berjinak-jinak dalam ilmu astronomi.

Apa yang pasti, Sarawak adalah sebuah negeri yang amat besar, dan mempu-nyai kawasan muka bumi yang amat mencabarkan, namun ini tidak melunturkan usaha PSI-SAS dan Sahabat Astronomi untuk terus berkongsi ilmu astronomi kepada pelajar di luar bandar dan pedalaman.

Berkongsi ilmu melalui Jerayawara Sahabat Astronomi

EditorAlfean Aziz

Berkongsi ilmu melalui Jerayawara Sahabat Astronomi - 2

Sistem Pengangkaan Mesir Purba - 4

Fenomena Transit Kejora 2012 - 5

Memburu planet extrasolar - 6

Apa kata mereka di sebalik Sahabat Astronomi - 8

Infografik - 9 - 10Big Bang 1400 tahun dahulu - 12Pengalaman bersama

PSACS - 14Sekilas Pandang Aktiviti PSI - 16

Cerap langit dengan komputer, telefon

bimbit - 18Pusat Sains Mini terima bahan pameran - 19

Pertunjukan terbaru Planetarium Sultan

Iskandar - 20

Gambar depan menunjukkan simulasi Transit Kejora yang bakal berlaku pada 6 Jun 2012 serta boleh disaksikan dari bandar raya Kuching. Planetarium Sultan Iskandar bakal mengadakan aktiviti mencerap Transit Kejora pada 6 Jun 2012 bermula 8 am.

Fazrul Mustaqim SahmatIsmandy Ali

Abang Muhamad Zulfadhli Bin Abang AriffinMohd Zul Hafiz bin Mohd FadzliMuhammad Nazirul bin Hamdan

Mohd. Zul Haziq bin Mohd. FadzliFaliq Asyraf

Aslina AsmaniahJenau Adam

Noraizah Idris

Page 3: Aku dan Bintang 11

• September 2011 - Mac 20123

Perutusan

Syukur alhamdulillah kerana kita dipertemukan lagi di tahun 2012 dengan misi dan visi yang lebih men-cabar.

Walaupun masih baru di Kementerian Pembangunan Sosial ini, namun saya melihat peranan Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) agak besar dan penting dalam pembangu-nan pendidikan astronomi dan sains angkasa terhadap ma-syarakat.

Saya dimaklumkan bahawa pihak PSI-SAS turut me-ngadakan aktiviti di rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman di Sarawak bersama pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

Usaha penyebaran ilmu astronomi dan sains angkasa di rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman ini akan giat diteruskan lagi pada tahun ini dan diharap lebih banyak pe-nyertaan terutamanya daripada pihak agensi kerajaan dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, penglibatan Persatuan Astronomi Sa-rawak bersama Planetarium Sultan Iskandar dalam pengan-juran pelbagai aktiviti dan program astronomi sejak lebih 20 tahun lalu amat diperlukan.

Keahliannya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk golongan pelajar, kakitangan awam dan pihak

swasta banyak membantu kelancaran dan kejayaan pengan-juran aktiviti-aktiviti astronomi.

Menerusi perkongsian ilmu, idea dan pengalaman serta kepakaran masing-masing mampu menjadikan Persatuan Astronomi Sarawak dan Planetarium Sultan Iskandar se-bagai satu gabungan yang mantap dalam usaha menyebar-kan ilmu sains angkasa kepada golongan sasaran teruta-manya pelajar.

Penyertaan Persatuan Astronomi Sarawak di dalam Program Sejuta Impian TV3 turut membantu PSI-SAS mempromosikan astronomi serta melahirkan golongan belia yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan karya dan modul pengajaran astronomi dan sains angkasa yang ringkas.

Bertepatan dengan dasar transformasi sosial kerajaan, usaha ini perlu diteruskan dan disokong sepenuhnya bagi menghasilkan kepakaran di dalam bidang berkaitan untuk generasi masa depan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak di atas usaha gigih ini dan diharap akan lebih ramai pihak akan tampil untuk turut serta bagi sama-sama menjayakan pro-gram serta aktiviti astronomi dan sains angkasa ini.

Syabas dan tahniah sekali lagi...!!!

Perutusan

Encik Affandi Bin KeliSetiausaha Tetap

Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak

Page 4: Aku dan Bintang 11

September 2011 - Mac 2012 • 4www.sarawak-astronomy.orgEksklusif

Manusia mula menghitung dengan menggunakan jari, iaitu dengan padanan satu

kepada satu. Kaedah ini kemudiannya berubah

dari semasa ke semasa. Antara sistem pengangkaan purba yang terkenal ia-lah sistem pengangkaan Mesir Purba.

Sistem ini merupakan satu sistem angka perpuluhan dan menggunakan asas 10.

Nombor-nombor ini dibentuk dengan huruf Hieroglif, iaitu sistem tulisan yang digunakan oleh masyara-kat Mesir Purba.

Nilai terbesar dalam sistem ini ialah satu juta (1,000,000). Namun, sistem ini mempunyai kelemahan berbanding sistem nombor yang kita gunakan sekarang (Sistem Hindu- Arab), iaitu sistem Mesir Purba ini ti-dak mempunya simbol untuk sifar.

Dalam sistem pengangkaan Mesir Purba ini, angka satu hingga Sembi-lan adalah berasaskan tanda gunda-lan iaitu garis mencancang. Gambar di bawah menunjukkan simbol yang digunakan untuk mewakili angka satu

Sistem Pengangkaan Mesir PurbaFazrul Mustaqim

Sahmat, Kota Samarahan

Hieroglif Mesir

hingga sembilan :Seterusnya, selepas angka sembi-

lan satu simbol yang berbeza diguna-kan iaitu yang mewakili angka 10. Satu simbol khusus akan digunakan

bagi setiap nombor yang berkuasa sepuluh. Simbol-simbol yang digu-nakan di dalam angka Mesir ditunjuk-kan di bawah :

Bersambung di muka 13

Page 5: Aku dan Bintang 11

• September 2011 - Mac 20125

Eksklusif

Pengenalan

Kejora merupakan sebuah planet yang dikenali oleh tamadun manusia sejak beri-

bu-ribu tahun lamanya. Rekod tentang pergerakan planet

ini telah direkodkan oleh tamadun purba dunia seperti Mesir kuno, Ba-bylonia, China - malah turut juga di-rekodkan oleh tamadun Mesoamerica seperti Maya.

Tamadun Maya sebagai contoh walaupun menganggap planet Kejora ini sebagai tuhan mereka sehinggakan memanggilnya sebagai Noh Ek dan telah membuat pencerapan yang teliti, tidak terdapat sebarang rekod berke-naan dengan transit planet Kejora ini dengan Matahari.

DefinisiTransit Kejora adalah salah satu

daripada fenomena astronomi yang amat dinanti-nantikan pada tahun 2012 ini.

Planet Kejora atau turut juga dike-nali dengan nama Zuhrah ini akan bergerak melintas di antara Bumi dan Matahari.

Pada masa ini kita akan melihat terdapat tompok hitam bergerak pada permukaan Matahari dari satu hujung ke satu hujung permukaan Matahari. Rujuk Gambar 1.0.

Transit Kejora, berbeza dengan gerhana Matahari yang mampu me-nyebabkan bulatan Matahari nampak sumbing, transit pula hanya dapat dilihat dengan lebih jelas jika kita kita menggunakan filem gelap yang tebal seperti bekas x-ray atau cermin mata khas yang amat gelap. Ia akan keli-hatan seperti sebuah titik kecil yang bergerak di hadapan Matahari.

Jika dilihat kembali, pihak Plane-tarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak pernah mengada-kan aktiviti ceramah dan cerapan yang

Fenomena Transit Kejora 2012

sama pada tahun 2004 yang lepas. Semasa waktu itu, beratus-ratus

orang awam yang hadir ke PSI tidak dapat untuk melihatnya kerana langit pada waktu itu berawan tebal.

Ramai pengunjung telah pu-lang dengan kecewa walaupun telah menanti hampir dua jam untuk meli-hat fenomena tersebut.

Bagaimanapun, fenomena ini akan berulang lagi pada tahun ini untuk yang terakhir dan tidak akan berlaku sehingga kurun yang seterusnya.

Transit Kejora abad ke-21Transit Kejora ini berlaku pada se-

lang lapan tahun sekali dan kemudian diikut setiap 121.5 tahun dan 105.5 ta-hun sebelum kitaran tersebut berlaku lagi lapan tahun berturut-turut kemu-diannya.

Ini bermakna jika anda terlepas mencerap pada 4 Jun 2004 yang lepas dan 6 Jun 2012 ini, anda hanya akan dapat mencerap fenomena ini kemu-dianya pada tahun 2117 dan 2125! Semestinya individu yang hidup pada hari ini tidak akan berpeluang melihat fenomena yang akan datang. Lihat Jadual 1.0.

Untuk transit yang bakal berlaku nanti, ia akan dapat dilihat pada 6 Jun 2012 dan mengambil masa kira-kira enam jam.

Lihat Jadual 2.0

Fasa transit dilihat dari Bumi

Fasa Waktu tempatan (GMT +8)

Contact I 06:09:38

Contact II 06:27:34

Greatest 09:29:36

Contact III 12:31:39

Contact IV 12:49:35

Jadual 2.0 - Jadual ini menunjukkan jadual fasa yang berlaku. Sila rujuk Gambar 2.0

Gambar 1.0 Imej planet Kejora yang diambil selang beberapa minit untuk menunjukkan pergerakannya melintas di hada-pan Matahari.

Bil. Tahun Selang tahun

1. 23 November 1396 -

2. 25–26 Mei 1518 121.5

3. 23 Mei 1526 8

4. 7 Disember 1631 105.5

5. 4 Disember 1639 8

6. 6 Jun 1761 121.5

7. 3–4 Jun 1769 8

8. 9 Disember 1874 105.5

9. 6 Disember 1882 8

10. 2 Jun 2004 121.5

11. 5 Jun 2012 8

12. 10 Disember 2117 105.5

Jadual 1.0 - Lihat jujukan tahun yang berkitar sekitar 121.5,105.5 dan 8 ta-hun. sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Transit_of_Venus

Ismandy Ali

Bersambung di muka 13

Page 6: Aku dan Bintang 11

September 2011 - Mac 2012 • 6www.sarawak-astronomy.orgAktiviti

Mencari planet melalui Pro-jek Planethunter adalah satu aktiviti yang meng-

gunakan data sebenar dari saintis di internet untuk mencari planet yang mengelilingi bintang yang lain.

Dalam sistem solar kita terdapat lapan (8) buah planet yang menge-lilingi matahari di samping terdapat objek-objek kecil lain seperti bu-lan, asteroid, komet dan banyak lagi. Koleksi kepelbagaian inilah yang kita kenali sebagai sistem solar dan ia telah kita ketahui sejak di bangku sekolah lagi.

Disebabkan matahari hanya se-buah bintang biasa seperti bintang-bintang lain, saintis telah berpendapat bahawa mungkin terdapat planet-planet yang wujud dan mengelilingi

Memburu planet extrasolar

bintang-bintang lain sama seperti ma-tahari kita.

Pada awal tahun 1990-an, sekum-pulan saintis yang diketuai oleh Dale Frale dan Aleksander Wolszczan telah menggunakan teleskop radio Arecibo di Puerto Rico dan menemui sebuah

planet yang mengelilingi bintang (se-benarnya pulsar) yang dinamakan se-bagai 51 Pegasi. Sejak penemuan per-tama itu dan sehingga hari ini kira-kira 770 buah planet telah dijumpai me-ngelilingi bintang-bintang yang lain.

Atas inisiatif berkongsi pengala-man sains iaitu memproses data dari satelit dan peralatan sains yang bernilai berbillion dolar, pihak Citizen Science Alliance telah mewujudkan satu pro-gram bergelar Zooniverse. Program ini membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet untuk turut menyumbang sama dalam penemuan sains yang mengujakan!

Bermula dari projek Zooniverse yang pertama Galaxy Zoo iaitu pro-gram klasifikasi bentuk galaksi, ia telah berkembang menjadi pelbagai pro-gram dan antara yang popular ialah projek Planet Hunter.

Planethunter yang telah dimu-lakan kira-kira setahun selepas inisiatif utama Dr. Debra Fischer adalah pro-jek yang berdasarkan satelit Kepler.

Kepler adalah sebuah kapal ang-kasa yang mempunyai CCD (kamera digital pada telefon bimbit mem-punyai cip CCD) yang amat besar. Tugasnya mudah iaitu hanya perlu bertumpu pada satu bahagian langit tanpa berkelip dalam kawasan buruj Cygnus dan merekodkan perubahan kecerahan cahaya bintang. Perubahan cahaya sedikit ini adalah disebabkan

Adik Zaheed Hanafi salah seorang Sahabat Astronomi sedang menunjukkan calon sebuah planet extrasolar.

Teleskop radio Arecibo di Puerto

Rico.

Ismandy Ali

Page 7: Aku dan Bintang 11

• September 2011 - Mac 20127

Aktiviti

oleh planet yang lalu di hadapannya apabila dilihat dari Kepler.

Rekod perubahan cahaya ini ke-mudiannya direkodkan dan dihantar ke Bumi. Bagaimanapun, perekodan ini melibatkan billion bait data dan walaupun komputer boleh melaku-kannya, ia tidak sebaik otak manusia dalam menganalisis corak.

Apa yang menarik adalah ke-upayaan manusia untuk melihat corak perubahan cahaya ini dan dengan latar belakang yang bukan saintis membo-lehkan lebih ramai atau sesiapa sahaja boleh terlibat mencari planet extraso-lar.

Atas kapasiti yang sama ini, Pla-netarium Sultan Iskandar telah men-ganjurkan satu program yang meng-gunakan Program Citizen Scientist semasa Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACSXII - Bonus Track) pada November 2011.

Untuk menyertai program Ctizen Scientist adalah mudah. Peserta hanya perlu membuat akaun masing-masing di http://www.planethunter.org dan selepas daftar masuk, mereka akan ditunjukkan video bagaimana un-tuk mencari calon-calon planet yang mungkin mengorbit bintang.

Seramai kira-kira 30 orang pelajar lepasan PMR dan SPM yang terlibat di dalam program tersebut dan mere-ka dikehendaki membawa komputer riba masing-masing. Walaupun pada mulanya terdapat seribu satu tanda tanya bagaimana sebuah planet dicari berdasarkan kecerahan cahaya bin-tang dan selepas perbincangan teori pendek, barulah para peserta mema-hami bahawa apa yang mereka lihat sebenarnya adalah kesan daripada se-cara langsung apabila planet tersebut melintasi di hadapan bintang.

Dengan kata lain, planet tersebut

dikesan secara tidak langsung melalui perubahan cahaya dan oleh kerana kesan perubahan cahaya inilah yang kemudiannya cuba dicari oleh para peserta.

Adalah diharapkan bahawa para peserta tersebut dapat melibatkan diri dengan program planethunter dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain untuk mengisi masa lapang se-bagai alternatif kepada trend remaja masa kini yang banyak menghabiskan masa di laman sosial.

Berkemungkinan sememangnya terdapat planet yang dikesan pada calon-calon planet yang dijumpai dan kredit juga diberikan kepada peserta yang berkenaan.

Rujukan1. http://www2.astro.psu.edu/

users/alex/2. http://www.womanastrono-

mer.com/dfischer.htm

Gambaran Kapal angkasa kepler dengan berlatarbelakang-kan buruj Cygnus, iaitu kawsan fokus projek Kepler.

Perubahan cahaya melalui titik plot pada graf dikesan yang menunjukkan kemungkinan planet telah dijumpai.

Gambar muka depan portal planet hunter di http://www.pla-nethunters.org

Page 8: Aku dan Bintang 11

September 2011 - Mac 2012 • 8www.sarawak-astronomy.orgEksklusif

Apa kata mereka di sebalikSahabat Astronomi

Aktiviti pertama yang disertai ialah Perkhemahan Astronomi atau Kem Astrophilia yang diadakan di Kem Alapong, Lundu.

Pada mulanya semasa menyertai aktiviti ini saya berasa agak kekok kerana tidak mengenali peserta-peserta lain dari sekolah yang berbeza.

Bagaimanapun, setelah menyertai program ini selama tiga hari, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan peserta dari sekolah yang berlainan dan berkena-lan dengan senior Abang Alwi, Abang Azim, Abang Khai, Abang Fadh Sr, Abang Azri dan Abang Rahman.

Bermula di sinilah, hubungan persahabatan wujud di kalangan peserta selain dapat mempelajari ilmu astronomi yang sebelum ini agak asing bagi saya dan hanya berpeluang untuk mempelajarinya di sekolah sahaja.

Pada masa yang sama, aktiviti-aktiviti astronomi ini membina keyakinan diri bagi saya untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan Sahabat Astronomi serta berani untuk menyuarakan pendapat semasa sesi pembentangan diadakan.

Pada mulanya, saya mengangap astronomi ini mem-bosankan, rupa-rupanya ia lebih menarik daripada permainan video.

Saya telah diperkenalkan dengan dunia astronomi ini oleh seorang senior saya di Sekolah Menengah Tunku Ab-dul Rahman pada tahun 2008.

Bermula dari situlah saya mula berjinak-jinak dan ber-giat aktif dengan dunia astronomi termasuk membantu pi-hak Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak mengadakan pameran di Masjid Jamek pada tahun 2009 sempena dengan sambutan Maal Hijrah.

Pada masa yang sama,saya juga mula mengenali saha-bat-sahabat yang lain seperti Mas, Hamzah, Mordi, Aiman, Kak Fatin, Abang Fadeli dan yang lain-lain serta berkongsi minat, idea dan pendapat mengenai aktiviti astronomi. Se-menjak Sahabat Astronomi diperkenalkan, hubungan per-sahabatan kami menjadi semakin rapat bagaikan sebuah keluarga besar.

Kesimpulannya,astronomi ini merupakan sebuah titik permulaan kepada pencarian ilmu, sahabat baru mahupun pengalaman.

Sekolah: SMK Santubong, KuchingMula terbabit dengan aktiviti astronomi: 19-21 Februari 2010 (Kem Astrophilia @ Kem Alapong)

Sekolah: SMK Tunku Abdul Rahman, KuchingMula terbabit dengan aktiviti astronomi: Tahun 2008

Mohd Zul Hafiz bin Mohd. Fadzli @ Hafiz Antlia

Abang Muhamad Zulfadhli Bin Abang Ariffin @ Fadhley Antares

Page 9: Aku dan Bintang 11

• September 2011 - Mac 20129

Pada mulanya, astronomi ini agak mengelirukan dan su-kar menarik minat saya untuk

mempelajarinya. Namun begitu, kera-na perasaan ‘ingin tahu’ telah menarik minat saya untuk mempelajarinya dan seterusnya telah menjadikan saya se-bagai peminat setia subjek astronomi.

Dalam mempelajari astronomi menerusi penyertaan di dalam pel-bagai program anjuran Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS), saya juga mempelajari sesuatu yang amat ber-makna dalam hidup iaitu persahabatan dan tanggungjawab. Pelbagai peristiwa pahit dan manis telah saya alami ber-sama rakan-rakan Sahabat Astronomi seperti rakan saya, Masz Mubarak yang telah mengajak saya bersama-sama dalam merealisasikan ‘multistage rocket’ pertama di Malaysia.

Selain itu,saya amat berterima ka-sih kepada pihak PSI dan SAS kerana

Saya mula menyertai aktiviti as-tronomi ini pada tahun 2010. Bagaimanapun, saya mula me-

minati astronomi ketika usia saya 8 tahun kerana abang saya sering menceritakan sesuatu yang menarik mengenai alam semesta.

Selain itu, perasaan ingin tahu mengenai mengapa abang saya sering mengunjungi Planetarium Sultan Is-kandar (PSI) telah menambahkan lagi minat saya kepada astronomi.

Dan akhirnya, pada tahun 2010 saya menjejakkan kaki ke PSI bersama abang bagi menyertai Program As-tronomy 4U dan saya begitu kagum melihat teater PSI yang mempunyai kubah untuk melihat keadaan lan-git malam walaupun pada ketika itu adalah siang hari. Pada ketika itulah saya berkenalan dengan Abang Is-mandy, Abang Alfean dan Kak Zur-wina selaku penyelaras dan fasilitator program berkenaan.

Saya juga begitu teruja kerana di-lantik sebagai ketua kumpulan dan diberi kepercayaan untuk mengetuai kumpulan kami walaupun saya agak junior berbanding rakan-rakan lain yang agak senior.

Seterusnya, saya dan abang saya

Nama Sekolah: Tingkatan 5, SMK Tunku Abdul Rahman, KuchingMula terbabit dengan aktiviti as-tronomi: Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) Bonus Track Tahun 2009

memberi peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menganggotai Jawatankuasa Hari Astronomi 2011 serta berkongsi pengalaman semasa aktiviti astronomi dijalankan.

Astronomi telah membuka minda saya untuk lebih mendalami ilmu as-tronomi dan juga teori-teori fizik yang hebat dan menarik serta Sahabat As-tronomi yang prihatin untuk berkong-si pengalaman dan maklumat dari semasa ke semasa.

Nama Sekolah: Tahun 5, SK Petra Jaya, KuchingMula terbabit dengan aktiviti as-tronomi: Selama satu tahun se-jak Astronomy 4U diperkenalkan pada 2010

Muhammad Nazirul bin Hamdan

Mohd. Zul Haziq bin Mohd. Fadzli

menyertai Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) dan berkenalan dengan lebih ramai rakan-rakan dari beberapa sekolah dan institusi pe-ng-ajian tinggi. Dengan adanaya aktiviti-aktiviti ini membolehkan saya lebih berdikari dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah semasa cuti sekolah.

Page 10: Aku dan Bintang 11

September 2011 - Mac 2012 • 10www.sarawak-astronomy.org

Page 11: Aku dan Bintang 11

• September 2011 - Mac 201211

Page 12: Aku dan Bintang 11

September 2011 - Mac 2012 • 12www.sarawak-astronomy.orgEksklusif

Pada zaman dahulu, antara aktiviti manusia pada waktu malam bagi menghiburkan diri

adalah dengan memerhati keindahan bintang-bintang di langit.

Mereka mengibaratkan langit itu seperti suatu medan tayangan yang luas, seterusnya mewujudkan daya imaginasi yang kuat sehingga lahirlah corak-corak dilangit dengan pelbagai bentuk yang kita kenali sekarang se-bagai buruj.

Bahkan setiap jenis buruj itu mempunyai kisahnya yang tersen-diri. Inilah antara bukti bahawa alam semesta ini merupakan suatu karya seni yang agung. Namun, sebahagian daripada mereka terus berfikiran lebih jauh dan bukan sekadar suatu hiburan, hingga timbul satu persoalan, siapakah di sebalik keindahan karya agung itu? Siapakah yang melakarkan alam se-mesta sehingga menjadi begitu kom-pleks? Siapakah yang menciptakan hidupan dari air? Maka kajian demi kajian telah mereka lakukan dengan mencari bagaimana bermulanya alam semesta ini.

Menurut kajian yang dilakukan

Big Bang 1400 tahun dahuluoleh Arno Penzias dan Albert Wil-son, dua orang pakar fizik di Bell Telephone Laboratories di New Jer-sey pada tahun 1965, mereka mem-buktikan teori bahawa wujudnya suatu fenomena yang dikenali sebagai pengembangan alam semesta ‘the ex-panding universe’ yang menunjukkan bahawa jarak di antara galaksi di ang-kasa semakin hari semakin jauh antara satu sama lain. Maka lahirlah teori ‘big bang’ yang mengatakan, jika alam ini mengembang, pasti pada awal kejadian alam dahulu, ada satu titik pertemuan di mana semua jisim di alam semesta ini bersatu dalam satu gumpalan kecil yang begitu panas dan mempunyai isi padu yang begitu tinggi dan seterus-nya meletup sehingga terjadinya alam semesta pada masa kini. Teori ini telah disokong dan diperkukuhkan lagi oleh Stephen Hawking dalam bukunya ‘A Brief History of Time’.

Teori ‘big bang’ ini hanya ditemui dan dibuktikan kebenarannya pada abad ke-20 hingga ke-21 dengan ke-mudahan serta alat yang canggih sep-erti teleskop bintang Hubble.

Namun, tanpa kita sedari, perkara

ini telah diberitahu dan disampaikan kepada umat manusia sejak 1,400 ta-hun yang lalu oleh seorang manusia agung yang bernama Muhammad S.A.W. Bayangkan pada ketika itu, ti-ada peralatan canggih seperti kini, dan pada masa yang sama juga manusia pada zaman itu kebanyakannya adalah buta huruf termasuk Nabi Muham-mad S.A.W.

Apakah mungkin manusia zaman itu, yang buta huruf, menyampai-kan teori ‘big bang’ kepada manusia? Tanpa peralatan yang canggih se-perti sekarang, adalah mustahil bagi seorang manusia pada zaman itu, un-tuk mengungkapkan penerangan yang begitu kompleks. Jika begitu, kalimah siapakah yang disampaikan Nabi Mu-hammad S.A.W? Siapakah di sebalik keindahan langit dan bumi, yang men-jadikan hidupan dari air, yang meng-hamparkan bumi untuk kita hidup, yang mengetahui rahsia kejadian alam, yang mengetahui apa yang tidak kita ketahui? Inilah kalimah yang disam-paikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Faliq Asyraf,Mesir

Sumber gambar: grandunificationtheory.com

Bersambung di muka 15

Page 13: Aku dan Bintang 11

• September 2011 - Mac 201213

Dalam gambar tersebut, menun-jukkan simbol bagi nilai 100 berupa seakan-akan simpulan tali, satu ribu (1,000) pula berupa bunga teratai, sepuluh ribu (10,000) pula jari, sera-tus ribu (100,000) pula berupa katak atau berudu dan akhir sekali satu juta (1,000,000) berupa manusia yang se-dang mengangkat kedua-dua tangan-nya.

Nilai digit dalam sistem pengang-kaan Mesir Purba ini ditentukan de-ngan kedudukannya. Selain itu, sistem ini juga berasaskan penambahan. Gandaan nilai-nilai di atas diungkap-kan dengan mengulang simbol-simbol berdasarkan nilai yang dikehendaki. Contohnya, nombor 30 ditulis dalam sistem Mesir Purba sebagai;

Bagi nombor 5,423 pula ditulis sebagai ;

=(1,000+1,000+1,000+1,000) + (100+100+100+100)

=(10+ 10) + (1+1+1) = 5,423

= 10 + 10 + 10 + 10

22 pula ditulis sebagai,

= (10 + 10 ) + (1+1)

Sekarang anda telah memahami bagaimana nombor ditulis dalam sistem pengangkaan Mesir Purba. Untuk melatih diri anda menggunakan sistem ini, anda boleh cuba menukar nombor-nombor di bawah dalam bentuk sistem pe-ngangkaan Mesir Purba.

1. 1,2342. 5,4323. 51,2794. 12,256

Jawapan Rujukan:• http://ms.wikipedia.org/wiki/Angka_

Mesir• http://ms.wikipedia.org/wiki/Hierog-

lif_Mesir• http://www.eyelid.co.uk/numbers.

htm• http://euler.slu.edu/escher/index.

php/History_and_Numbers

Disebabkan planet Kejora terletak di antara Bumi dan Matahari, secara logik semestinya transit ini akan ber-laku setiap tahun.

Tapi oleh kerana orbit planet Ke-jora menyenget sebanyak 3.4 darjah relatif dengan orbit Bumi, ia selalunya akan melintas “di bawah” atau “di atas” Matahari semasa kedudukan ia paling dekat dengan Matahari jika dili-hat dari Bumi (inferior conjunction).

Dengan kata lain, satu-satu tran-sit akan berlaku apabila planet Ke-

jora menghampiri konjuksi dengan Matahari pada salah satu dari nod, iaitu pada longitud dengan planet Kejora melintas satah orbit Bumi, yang kita panggil sebagai ekliptik.

Walaupun kecondongan di antara dua orbit ini hanyalah 3.4 darjah, Kejora boleh dilihat sejauh 9.6 darjah dari Matahari apabila dilihat di bumi semasa konjunksi inferior.

Jujukan transit berlaku di dalam corak yang berulang se-tiap 243 tahun, dengan transit berlaku di antara selang 8 tahun dan kemudiannya selalng 121.5, kemudiannya selang 8 tahun

dan selang 105.5 tahun. Corak jujukan ini berlaku setiap 243 tahun.

Aktiviti di Planetarium Sultan Iskandar

Transit Kejora pada 6 Jun 2012 nanti menjanjikan pelbagai aktiviti akan diadakan di planetarium dan pu-sat sains di seluruh dunia.

PSI pula menjanjikan pelbagai aktiviti bermula April 2012 sebagai promosi kepada transit ini. Aktiviti

tersebut adalah seperti aktiviti vi-deo fulldome pendek menerangkan fenomena ini selepas setiap pertunju-kan diadakan.

Untuk rombongan sekolah pula aktiviti berkumpulan pula diadakan yang mensimulasikan menerangkan pergerakan planet Kejora menggu-nakan model kertas yang dihasilkan oleh pelajar sendiri. Bahan-bahan pro-mosi, risalah dan bahan-bahan bacaan pendek juga akan turut diedarkan.

Kemuncak aktiviti transit ini nanti adalah pada 6 Jun 2012 iaitu aktiviti ceramah, simulasi dan cerapan diada-kan untuk orang awam bermula pada pukul 9:00 pagi sehingga tengah hari.

Pada waktu itu nanti, teleskop berkuasa tinggi yang mempunyai pe-napis solar dan cermin mata khas di-edarkan kepada orang awam yang ha-dir untuk melihat fenomena tersebut.

Harapan kami sebagai penganjur adalah semoga cuaca menyebelahi kita pada hari tersebut dan hadirin yang bakal hadir nanti akan dapat meman-faatkan sesi tersebut dan ketahuilah bahawa itulah fenomena astronomi transit Kejora yang terakhir untuk abad ini.

Gambar 2.0 Fasa I sehingga fasa IV menun-jukkan pergerakan planet Kejora melintasi per-mukaan Matahari. Sumber http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/transit12.html

Sambungan dari muka 5

Sambungan dari muka 4

Eksklusif

Page 14: Aku dan Bintang 11

September 2011 - Mac 2012 • 14www.sarawak-astronomy.orgRencana

Ilmu Astronomi merupakan ilmu yang sangat luas dan amat me-narik untuk diterokai. Astronomi telah memberi banyak

pengalaman kepada saya terutamanya bersama Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak.

Sebelum ini saya sememangnya ti-dak pernah terfikir untuk mendalami dengan lebih mendalam tentang ilmu falak ini kerana bagi saya, cukuplah sekadar pengetahuan di dalam buku teks.

Sebelum mencintai ilmu astrono-mi seperti sekarang, pemikiran saya sama seperti pihak yang menganggap bahawa ilmu astronomi ini hanya se-suai bagi seseorang yang diberi gelaran “ulat buku” sahaja.

Namun begitu, selepas mengenali dan memahami konsep serta dide-dahkan dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan, saya merasakan bahawa astronomi bukan sekadar teori sema-ta-mata. Astronomi adalah sesuatu yang berlaku di persekitaran kita dan sesungguhnya kita sendiri merupakan

elemen Astronomi itu sendiri.Sebelum bergiat aktif dalam As-

tronomi, setiap kali perkataan “As-tronomi” muncul, apa yang saya bayangkan hanyalah angkasa lepas, bintang-bintang dan planet-planet.

Pemikiran saya hanya tertutup ke-pada elemen angkasa lepas. Namun begitu, selepas diberi pendedahan kini barulah saya sedar bahawa angkasa lepas itu hanya sebahagian daripada ilmu astronomi. Saya telah menyedari bahawa ilmu astronomi adalah lebih dari itu.

Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan saya yang telah berjaya memupuk minat saya terhadap Astronomi.

Sesungguhnya, minat saya bermu-la daripada salah seorang rakan saya yang telah memberi peluang untuk saya memahami dengan lebih men-dalam lagi tentang ilmu astronomi melalui sebuah buku kepunyaannya yang bertajuk “Space”.

Setelah membaca buku tersebut,

saya sering merujuk kepada beliau sekiranya ada perkara yang saya tidak faham dan tidak pasti. Hal ini secara tidak langsung telah memupuk minat saya terhadap Astronomi.

Selain itu, jemputan ke salah se-buah Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) juga telah menemu-kan saya dengan Planetarium Sultan Iskandar. Sebelum ini, secara jujurnya saya tidak mengetahui bahawa pla-netarium yang pertama di Malaysia terdapat di Kuching, Sarawak.

Sewaktu pertama kali saya mengi-kuti program tersebut, saya merasa amat kagum bahawa terdapat ramai pelajar yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur yang datang untuk me-nimba ilmu astronomi ini.

Sesungguhnya saya merasa amat kerdil kerana terdapat adik-adik yang lebih muda daripada saya yang mem-punyai ilmu astronomi yang lebih daripada saya.

Namun begitu, hal ini tidak per-nah menjadi penghalang kepada minat

Pengalaman bersama PSACSAslina Asmaniah,Kuala Terengganu

Aslina bersama-sama rakan Sahabat Astronomi semasa Kem Astrophilia, Lun-du.

Page 15: Aku dan Bintang 11

• September 2011 - Mac 201215

Rencana

saya, malah menjadi pembakar sema-ngat saya untuk mengenali dengan lebih dalam lagi mengenai Astronomi.

Sewaktu PSACS, saya menyedari bahawa ketinggian pengetahuan ten-tang ilmu Astronomi ini tidak diukur dengan umur seseorang.

Seseorang yang lebih berumur tidak semestinya mempunyai lebih banyak ilmu astronomi. Kesemuanya bergantung kepada sejauh mana se-seorang itu telah meneroka ilmu terse-but.

Selepas melibatkan diri dalam PSACS beberapa kali, saya telah diberi penghormatan untuk mewakili seko-lah dalam pertandingan Astrokuiz.

Sememangnya Astrokuiz ini telah menjadikan minat saya terhadap ilmu falak semakin membuak-buak.

Kemenangan dalam Astrokuiz bersama-sama tiga orang rakan saya yang lain semakin mendorong minat saya untuk meneroka dengan lebih lagi.

Selepas Astrokuiz, saya bersama-sama dengan kumpulan saya turut diberi peluang untuk menyertai Pa-meran Inovasi.

Setelah mengikuti beberapa pro-gram dan juga kem yang dianjurkan oleh pihak Planetarium Sultan Is-kandar, saya telah menyedari bahawa masih banyak yang perlu saya pelajari daripada rakan-rakan saya sama ada yang lebih tua daripada saya, malah

juga daripada adik-adik yang lebih lama mendalami ilmu Astronomi ini serta pihak Planetarium yang telah memberi banyak pendedahan kepada saya sebagai salah seorang yang baru dalam bidang ini.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pihak Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak amat membantu mengembangkan ilmu As-tronomi ini terutamanya dalam kala-ngan pelajar-pelajar sekolah.

Kem-kem yang dianjurkan bukan-lah sekadar untuk memberi informasi tentang Astronomi, tetapi turut meny-elitkan unsur-unsur persahabatan, ka-

sih sayang, tanggungjawab, kerjasama dan keseronokan.

Begitu juga dengan program-program lain yang dianjurkan, se-perti PSACS, Astronomy Day dan sebagainya. Saya amat kagum dengan tenaga kerja yang ditunjukkan oleh semua pihak bagi menjayakan ke-semua program-program yang telah dilaksanakan.

Oleh itu, saya amat berharap ba-hawa titik peluh dan penat lelah ini akan menjadikan ilmu astronomi se-bagai salah sebuah ilmu yang mem-bawa kepada kemajuan masyarakat.

1400 dahulu, yang diwahyukan kepadanya :Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha

Mengasihani‘Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan

mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa me-reka tidak mahu beriman?’

(Quran:Al-Anbia’ayat 30)Inilah antara bukti kebenaran kalimah yang diwahyu-

kan seterusnya disampaikan oleh baginda Nabi Muham-mad S.A.W. kepada umat manusia seterusnya mendorong kita agar terus menggali rahsia khazanah keunikan kejadian alam semesta dan semuanya hanya dapat dilakukan dengan satu kata, seribu makna,iaitu ‘ilmu’. Iqra’, bacalah, tuntut-lah seberapa banyak ilmu agar kelak kita mampu memberi manfaat kepada yang lain.

Selamat maju jaya, salam perkenalan dan Assalamua-laikum.

Sambungan dari muka 12

Salah satu aktiviti cerapan matahari semasa program Jerayawara Sahabat As-tronomi.

Page 16: Aku dan Bintang 11

September 2011 - Mac 2012 • 16www.sarawak-astronomy.org

PSI (Planetarium Sultan Iskandar) kini berusia 23 tahun sejajar dengan sumbangannya kepada pembangunan komuniti khususnya sebagai pusat pembelajaran sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti interaktif dalam pe-ngisian ilmu astronomi di Sarawak.

PSI dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah mem-pelbagaikan modul program pendidi-kan sains angkasa dan aktiviti inter-aktif astronomi dalam memangkin cita-cita PSI mencapai status penyalur informasi astronomi terkini dan pen-didikan sains.

Di samping itu, diwujudkan juga perkongsian yang dikenali sebagai Sahabat Astronomi yang merupakan duta kepada PSI, sedikit sebanyak membantu mendedahkan dan mem-

Sekilas Pandang Aktiviti PSI

Planetarium Sultan Iskandar, Planetarium Pertama di Malaysia telah secara rasminya dibuka pada 19 Januari 1989 oleh Yang Dipertuan Agong ke-VIII, DYMM Almuttawakkil Alallah Al-Sultan Iskandar Ibni

Al-Marhum Sultan Ismail. promosi bahawa PSI adalah pusat pembelajaran sains angkasa khusus-nya di Sarawak.

Jerayawara Sahabat AstronomiProgram Jerayawara Sahabat As-

tronomi menjadi tulang belakang kepada program-program pameran bergerak tentang astronomi seperti pameran di Sejiwa Senada Peringkat Negeri dengan pengunjung untuk be-lajar tentang sains angkasa termasuk penggunaan aplikasi teknologi Aug-mented Reality, perisian yang mem-bolehkan objek secara maya seperti planet, galaksi, asteroid, teleskop dan sebagainya dipaparkan di skrin kom-puter.

Sesi cerapan juga diadakan sema-sa jemputan sesi pameran dan sesi perkhemahan gabungan unit-unit beruniform di sekitar Kuching dan Samarahan masing-masing seperti di SMK Gedong, Samarahan dan SMK Sg Tapang, Kota Sentosa.

PSI melalui Jerayawara Sahabat Astronomi tetap pada objektif uta-manya, membolehkan interaktif ak-tiviti astronomi dilaksanakan di luar Planetarium dan memberi peluang kepada golongan sasar, khususnya pelajar luar bandar yang sukar untuk berkunjung ke Planetarium untuk mempelajari astronomi.

Modul Jerayawara Sahabat As-tronomi 2011/2012 lebih memfokus-kan kajian mental bentuk muka bumi dan tarikan graviti bagi murid-murid yang berada dalam Tahun 4 sehingga Tahun 6, manakala kajian mental kon-sep alternatif astronomi pula bagi para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Kajian ini bagi memantau dan melihat sejauh mana perkembangan pelajar dalam aspek mempelajari alam semesta dan astronomi di Sarawak.

Kem Sahabat Astronomi dan kerjasama

Jenau Adam

Gambar kenangan semasa Kem Sahabat Astronomi di Kem Belia Pueh, Sematan.

Info Aktiviti

Page 17: Aku dan Bintang 11

• September 2011 - Mac 201217

Info Aktiviti

Kem Astronomi dan Kem Astro-philia pula menekankan aspek prak-tikal mempelajari sains astronomi dalam menanam minat dan penge-tahuan para peserta seumpama Kem Astronomi Pueh, Sematan pada 8 hingga 10 Julai 2011 dan sebagainya, selain seperti Kem Astophilia Ala-pong, Lundu atau perkhemahan Saha-bat Astronomi di Mukah, bertempat Kem Belia Mukah pada 22 hingga 24 Oktober 2010.

Objektifnya, mementingkan se-mangat persahabatan, mengenali sifat

Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS) antara pro-gram anjuran PSI & SAS yang

sering ditunggu-tunggu semasa cuti sekolah yang menampilkan pelbagai tema hasil seprti Astronomy Myth-buster serta Alien Planets dan se-bagainya.

PSACS memfokuskan pengisi-an ilmu astronomi secara aktiviti in-teraktif termasuk origami story telling berkaitan mitos-mitos buruj di sam-ping flying origami (kapal terbang kertas dalam penerapan pendedahan awal aspek aerodinamik), mars rover challenge (simulasi kembara penerokaan planet Marikh), membina model spacecraft (Kepler’s Law) serta pelancaran ro-ket air dengan kerjasama Planetarium Negara dan sebagainya.

Selain itu, aktiviti sampingan yang

memerlukan kemahiran dan kerjasa-ma pelajar seperti menghasilkan video dengan menggunakan telefon bim-bit, video kamera dan lain-lain gajet, malah sesi lakonan teater berdasarkan mitos buruj yang menggunakan logik serta sesi teori tentang alam semesta dan astronomi turut terdapat dalam mana-mana slot PSACS.

Hari Astronomi telah kembali dalam kalendar PSI dengan seramai 2000 pengunjung membanjiri PSI bagi Hari Astronomi 2011, bertema-kan Universe Unites Us diadakan pa-da 28 Mei dengan kerjasama SAS.

Aktiviti-aktiviti seperti AstroDart, AstroHunt, Mars Rover Challenge, Flying Origami, pelancaran roket air, Solar Motion Demonstrator, jam matahari, melukis dan mewarna dan sebagainya berjaya menggamit serta

menarik minat pengunjung ke Hari Astronomi 201.

Di PSI sendiri, setiap rombo-ngan akan disusuli oleh pasca aktiviti berkai-tan demonstrasi pendidikan astrono-mi dan aktiviti interaktif berdasarkan golongan sasaran atau umur, seperti kanak-kanak tadika akan mewarna dan mencuba cermin mata 3D serta cermin mata rainbow light, aplikasi solarscope, augmented reality technology – paparan objek secara maya dalam imej 3D di skrin komputer, aplikasi model sistem suria orrery, penggunaan teles-kop, universe video serta ringkasan kembara angkasa melalui aplikasi stel-larium. Teater kini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad kecuali Cuti Umum, pada pukul 9 pagi (rombongan), serta pada pukul 11 pagi, 12 tengah hari, 1 petang.

PSACS sentiasa ditunggu-tunggu pelajar

sendiri, perhubungan di antara peserta dan juga elemen psikologi remaja di mana rata-rata segala akitiviti dibentuk dalam suasana harmoni dan santai.

PSI juga terlibat dengan progam anjuran Pusat Sains Negara iaitu Pro-gram Penggalakkan Sains & Teknolo-gi peringkat negeri di Uma Belor, Sg Asap Belaga pada 22 hingga 25 Julai 2011 dalam memupuk minat cintakan sains dan matematik serta astronomi khususnya di Bahagian Kapit yang memfokuskan etnik minoriti serta anak pedalaman.

SeminarSelain itu, PSI telah menganjurkan

Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa pada 2009 yang meru-pakan aktiviti astronomi pertama di peringkat kebangsaan dengan kerjasa-ma SAS. Seminar Pengenalan Falak dan Astronomi peringkat negeri Sara-wak juga diadakan pada 6 Ogos 2010 di Pusat Maklumat Islam (IIC) sebagai usaha menjelaskan dengan lanjut ten-tang kaitan falak dengan astronomi dengan kerjasama Pejabat Mufti Neg-eri Sarawak.

Jenau Adam sedang bersama-sama pelajar yang berminat untuk mengetahui tentang astronomi.

Sekumpulan pelajar sedang membuat aktiviti semasa pro-gram Jerayawara Sahabat Astronomi.

Page 18: Aku dan Bintang 11

September 2011 - Mac 2012 • 18www.sarawak-astronomy.orgInfo Aktiviti

Planetarium Sultan Iskandar (PSI) menggunakan pelbagai aplikasi untuk memudahkan

para pelajar menyerap ilmu penge-tahuan dalam bidang astronomi se-lain yang telah didedahkan oleh guru mereka di sekolah.

StellariumAntara aplikasi yang selalu di-

gunakan oleh PSI ialah Stellarium. De-ngan menggunakan aplikasi ini ia dapat membantu dalam menerangkan simulasi tentang kedudukan planet, bulan, bintang, buruj dan matahari mengikut masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan seperti yang kita ingin.

Terdapat beberapa kelebihan apa-bila aplikasi ini untuk sistem pembela-jaran termasuk imej yang di paparkan adalah realistik secara 3D dan serupa dengan objek yang sebenar dan setiap objek boleh dibesarkan supaya peng-guna dapat melihat objek tersebut dengan lebih dekat.

Selain itu, dengan menggunakan aplikasi ini juga para pelajar boleh per-gi ke masa lampau, masa sekarang dan

Cerap langit dengan komputer, telefon bimbit

masa hadapan untuk melihat kedudu-kan planet, bulan, bintang, buruj dan matahari.

Stellarium ini boleh dimuat tu-run secara percuma di http://www.stellarium.org/ untuk komputer yang mempunyai sistem beroperasian Mac OSX, Linux dan Windows bagi se-siapa yang berminat menggunakan aplikasi yang menarik ini.

Google Sky MapSelain Stellarium yang dimuat tu-

run ke dalam komputer, terdapat be-berapa aplikasi lain iaitu Google Sky

Map dengan aplikasi ini boleh dimuat turun dengan mengunakan tele-fon bimbit yang mempunyai system beroperasian Android yang ada pada telefon bimbit berjenama Samsung, Sony Ericsson dan Galaxy Tablet.

Fungsi aplikasi ini dengan Stel-larium adalah sama cuma Google Sky Map hanya sesuai untuk penggunaan di telefon bimbit dan Tablet sahaja.

Aplikasi ini juga boleh dimuat tu-run secara percuma untuk pengguna telefon bimbit yang menggunakan system beroperasian Android di peri-sian Android Market. Dengan Google Sky Map ini para pengguna boleh mencerap langit malam dengan hanya menggunakan telefon bimbit yang senang untuk dibawa mana-mana sa-haja.

StarwalkAplikasi Starwalk ini fungsinya

juga sama seperti Google Sky Map tetapi Starwalk hanya sesuai untuk system beroperasian iOS yang ter-dapat dalam telefon bimbit berjenama iPhone dan iPad sahaja. Terdapat be-berapa kelebihan dalam penggunaan Starwalk contohnya tempat, masa dan tarikh boleh ditetapkan ke masa lampau, masa sekarang atau masa ha-dapan.

Noraizah Idris

Aplikasi Starwalk yang terdapat pada sistem operasi iOS.

Google Sky Map pilihan bagi mereka yang memiliki telefon bimbit dan tablet menggunakan sistem operasi Andriod.

Page 19: Aku dan Bintang 11

• September 2011 - Mac 201219

Selain itu, Starwalk juga mem-bantu pengguna dalam memahami apa yang telah dipaparkan pada skrin dan menyediakan pelbagai soalan kuiz yang berkaitan dengan apa yang telah dipaparkan. Dengan kuiz terse-but pengguna dapat mempelajari ilmu astronomi dengan lebih mendalam walau di mana saja berada. Ia boleh di muat turun di Apps Store untuk iPhone dan iPad.

Dengan menggunakan aplikasi-aplikasi seperti ini, tiada halangan untuk kita mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang ilmu astrono-mi. Selain itu, para pengguna juga bo-leh mencerap langit tidak kira di mana lokasi anda berada.

Sebelum ini, bahan pameran yang ada di Pusat Sains Mini PSI hanya Teknologi Augmen-

ted Reality (AR), Kiosk maklumat, Teleskop, model sistem suria dan gambar-gambar yang berkaitan de-ngan angkasa sahaja.

Kini, bahan-bahan pameran Pusat Sains Mini PSI telah bertambah apabi-la menerima 12 buah bahan-bahan pa-meran yang disumbangkan dari Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur pada 4 Disember 2011 yang lalu atas inisiatif YB Datuk Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Pusat Sains Mini terima bahan pameranSemua bahan pameran tersebut

adalah yang berkonsepkan gabungan teknologi dan sains.

Dengan adanya bahan pameran ini, para pengunjung juga boleh me-ngisi masa terluang sebelum melihat tayangan dengan mencuba bahan pa-meran yang menarik di Pusat Sains Mini PSI.

Letakkan telinga pada hujung paip yang sama panjang dan dengar de-ngan teliti. Ulangi langkah yang sama dari satu paip ke paip yang lain.

Pusing pemegang hitam di tengah kolum yang terdapat pada periskop tersebut untuk melihat imej yang ter-hasil daripada cermin di dalam peris-kop tersebut.

Berdiri tegak dan lihat diri anda di dalam cermin tersebut dengan mem-

buka tangan. Imej yang terbentuk adalah berbeza dari imej sebenar

apabila menggunakan cermin yang melengkung.

Ketuk paip yang terdapat nombor di bawahnya dengan menggunakan pengetuk yang telah disediakan. Ikut nombor kod yang telah diberi bagi menghasilkan melodi dari satu paip ke paip yang lain.

Pandangan Stellarium yang boleh d i d a p a t i secara per-cuma

Info Aktiviti

Page 20: Aku dan Bintang 11

Pertunjukan terbaru Planetarium Sultan Iskandar

Kategori: Umum dan Kanak-kanakTempoh: 18 minitSinopsis: Puteri Andromeda bakal dikorbankan oleh raksa-sa Cetus. Namun, apabila Perseus terpandang wajah cantik Andromeda, dia terus jatuh cinta kepada puteri itu. Dapat-kah dia menyelamatkan puteri sebelum raksasa Cetus bakal menjadikannya sebagai mangsa?

Kategori: UmumTempoh: 45 minitSinopsis: Anda akan dibawa untuk mengembara dengan menggunakan kapal angkasa mengelilingi sistem suria. Perjalanan anda akan diiringi oleh maklumat serta hiburan yang merangkumi aspek artistik, falsafah, muzikal, saintifik yang tentunya akan memberikan pengalaman baru kepada penonton.

Legends of the Night Sky: Perseus & Andromeda Space Opera

Jadual tayangan 2012 Masa Kategori Tajuk

8.45-10.15 am Rombongan sekolah

Space Opera/Legends of the Night Sky: Perseus &

Andromeda

10.30 am Umum Space Opera

11.30 am Umum Legends of the Night Sky: Perseus & Andromeda

2.15 pm Umum Larry Cat In Space

3.00 pm Umum Space Opera

4.00 pm Umum Legends of the Night Sky: Perseus & Andromeda

Masa Kategori Tajuk

9.00 am Rombongan sekolah

Space Opera/Legends of the Night Sky: Perseus &

Andromeda

11.00 am Umum Space Opera

12.00 pm Umum Legends of the Night Sky: Perseus & Andromeda

1.00 pm Umum Larry Cat In Space

Isnin - Jumaat Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Teater PSI dibuka setiap cuti umum kecuali dinyatakan oleh pihak Pe-ngurusan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi PSI untuk membuat tempahan bagi rombongan kumpulan atau mendaftar terus di laman web kami.

Harga tiket: RM1 (pelajar/kanak-kanak) RM2 (dewasa)