aku dan bintang 9

Upload: planetarium-sultan-iskandar

Post on 07-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    1/20

    www.sarawak-astronomy.org

    Januari - Jun 2011

    BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK &

    PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

    ISSN 1985-0344

    Keluaran 9

    ertai perbincangan kami di Page Facebook dengan mengakses Planetarium Sultan Iskandar di Facebook dan @sahabatPSI di Twitteruntuk mengetahui perkembangan terkini aktiviti yang bakal diadakan.

    www.planetarium-sarawak.org

    Jerayawara bawa astronomi kepada masyarakat

    PSACS sebagai jambatan pupuk minat pelajardalam astronomi

    Bengkel Sains, Matematik & Teknologi realisasikonsep sains kepada pelajar

    Pusat sains mini di PSI

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    2/20

    Januari - Jun 2011 2www.sarawak-astronomy.org

    Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

    Kementerian Pembangunan Sosial DanUrbanisasi Sarawak

    93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-251275Faks: 082-258059

    http://www.planetarium-sarawak.orghttp://www.sarawak-astronomy.org

    e-mel: [email protected] depan: Seorang murid-murid dari SK Abang Man, Simun-

    jan sedang mencuba teleskop robotikMeade 10 inci ketika program Jeraya-

    wara Sahabat Astronomi di tempatitu.

    Keberkesanan sesebuah program biasanya akan dinilai berdasarkanjumlah peserta yang menghadiri program yang dianjurkan. Dalam as-pek bilangan peserta yang menyertai program itu, ia pula dapat dilihat

    dari segi adakah mereka memperoleh maklumat yang betul atau mencukupisetelah menghabiskan masa menghadiri program yang dipilih.

    Bagi Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak, aspek

    yang sama perlu dinilai kerana kita tidak ingin menjalankan program tanpa me-ngetahui maklum balas daripada mereka yang telah menghadiri aktiviti.Bagi tahun 2011 ini, program jerayawara menjadi keutamaan lebih-lebih

    lagi dijalankan di kawasan pedalaman. Ia bukan sahaja sebagai satu cara untukmendedahkan tentang aspek astronomi dan sains angkasa kepada pelajar danorang awam pedalaman, tetapi ia juga sebagai petanda aras bagi program-pro-gram yang telah dijalankan.

    Setakat manakah keberkesanan program jerayawara yang telah dijalankan?Bilakah tempoh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti? Berapa lamakah aktivitiperlu dijalankan dan adakah peralatan yang dibawa mencukupi dan sesuai?

    Semua persoalan ini menjadi tanda tanya kepada mana-mana penganjur pro-gram untuk mengetahui sama ada mereka berjaya dalam melaksanakan program

    atau sebaliknya.Diharapkan juga tahun 2011 ini menjadi tahun jerayawara yang bermakna

    dengan semua pihak mendapat faedah daripada aktiviti yang bakal dijalankan.

    AktifkAn jerAyAwArA bAgi 2011!

    Alfean AzizEditor

    SumbanganAlfean AzizKo Geok SiaJenau AdamNoraizah Idris

    Muhammad Hazim AbdullahAbdul Rahman Hisyam

    FotoAidel RejieAlfean Aziz

    Mohd Zulfadli YusufMuhammad Hazim AbdullahNoraini OthmanAshrun ShadiranAzim Mortaza

    Dicetak oleh Heng SingBrothers Press

    Cetusan idea melalui SesiBrainstorming - 4

    Maklumat astronomi diSejiwa Senada - 4

    Penculikan makhluk asing diPSACSX - 5

    Jerayawara bawa astronomi

    kepada masyarakat - 6

    Perkhemahan astronomi

    cungkil bakat pelajar - 8

    Imbasan aktiviti-aktiviti

    astronomi separuh tahunkedua 2010 - 10

    PSACS sebagai jambatanpupuk minat pelajar dalam

    astronomi - 12Seminar Pengenalan Falak

    dan Astronomi 2010 - 14

    Astrology, alien abduction

    and myth at PSACSX - 15

    Bengkel Sains, Matematik &

    Teknologi realisasi konsepsains kepada pelajar - 16

    Pusat sains mini di PSI - 17

    Gerhana bulan di Malaysia

    - 18Jadual fasa-fasa bulan di

    Malaysia - 18

    The solar system - 19

    Terkini di teater Planetarium- 20

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    3/20

    Januari - Jun 20113

    Salam pertemuan di tahun 2011, tahun yang ke-22bagi Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatu-an Astronomi Sarawak (SAS) untuk terus memper-

    luaskan serta menyebarkan ilmu astronomi di kalanganmasyarakat di Sarawak.

    Dengan penganjuran pelbagai program dan aktiviti as-

    tronomi, pada tahun ini PSI dan SAS akan lebih menum-pukan aktiviti kepada jerayawara astronomi iaitu menga-dakan aktiviti secara bergerak luar dari Planetarium SultanIskandar.

    Idea asal jerayawara astronomi ini telah diilhamkanpada tahun 2006 dan semenjak itu banyak aktiviti jeraya-

    wara telah diadakan di Kuching dan juga luar Kuching. Antara objektif utama jerayawara ini diadakan bagi

    membolehkan aktiviti astronomi dilaksanakan di luar pla-netarium dan memberi peluang kepada golongan sasar,khususnya pelajar luar bandar yang sukar untuk berkun-jung ke planetarium untuk turut mempelajari astronomi.

    Dalam pada itu, ia juga bagi meluaskan lagi pengeta-huan dan ilmu astronomi di kalangan masyarakat menerusiaktiviti astronomi secara hands-on dan praktikal denganmenggunakan peralatan astronomi, bukan sekadar hanyamitos atau cerita dongeng.

    Satu program turut dihasilkan dari aktiviti jerayawaraini iaitu Sahabat Astronomi yang berjaya menghimpunkanlebih dari 3,000 peminat astronomi di Sarawak yang keba-nyakannya terdiri daripada golongan pelajar sekolah.

    Menerusi Sahabat Astronomi, aktiviti astronomi kinibukan sahaja tertumpu kepada ilmu astronomi semata-ma-ta, tetapi ia turut memfokuskan hubungan persahabatan,keseronokan dan perkongsian ilmu di kalangan ahli.

    Bahkan ia turut memperkenalkan idea baru dalamproses penyampaian ilmu menerusi penggunaan internet

    dan laman sosial yang sebelum ini hanya tertumpu kepadaaktiviti di dalam kelas.

    Mulai tahun ini, Jerayawara Astronomi akan turutmemperkenalkan kajian mental bentuk muka bumi dantarikan graviti bagi murid-murid yang berada dalam TahunEmpat sehingga Tahun Enam, manakala kajian konsep al-ternatif astronomi pula bagi pelajar Tingkatan Satu hingga

    Tiga. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perkemba-

    ngan pelajar dalam mempelajari subjek alam semesta danastronomi. Selain itu, hasil kajian ini juga akan digunakanuntuk memperbaiki projek serta program astronomi yang

    sedia ada selain berfungsi sebagai sokongan kepada silibusyang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran di sekolah-sekolah.

    Diharap, dengan adanya pelbagai program dan aktivitiyang telah dirancang, ia dapat membantu masyarat untukterus mendalami ilmu astronomi.

    Salam 1Astronomi, 1Malaysia

    Datu Romie Sigan DanielPresiden

    Persatuan Astronomi Sarawak

    Salam sejahtera dan Salam Tahun Baru

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    4/20

    Januari - Jun 2011 4www.sarawak-astronomy.org

    Cusa da mlalu Ss basom

    Maluma asoom d Pama Sa Sada

    Planetarium Sultan Iskandar(PSI) dan Persatuan Astrono-mi Sarawak (SAS) telah bekerja

    keras dalam memberikan kesedaranastronomi kepada masyarakat melaluipenyertaan Pameran Sejiwa Senada

    anjuran Kerajaan Negeri Sarawak.Pameran seperti ini telah mem-

    berikan peluang kepada PSI dan SASuntuk mendedahkan kepada setiapperingkat umur aspek-aspek astrono-mi yang tidak pernah dialami oleh

    orang ramai sebelum ini.Tarikan utama di Pameran Sejiwa

    Senada merupakan teknologi aug-mented Reality (AR) hasil daripadakerjasama kumpulan ARTEC dariFakulti Sains Kognitif dan Pengu-

    rusan Manusia, Universiti MalaysiaSarawak yang membolehkan objek-objek angkasa muncul secara maya dilayar skrin besar.

    Di samping itu, pengunjung turutdapat melihat gambar-gambar secara3D yang juga tidak kurang menarikperhatian bagi pengunjung di ruangpameran PSI-SAS.

    Pameran Sejiwa Senada berlang-sung dari Jun 2010 sehingga tahunini ini di beberapa tempat seperti

    Sibu, Bintulu, Mukah, Betong, Kapit,Miri, Limbang, Lawas, Sri Aman sertaKuching. Ia menampilkan pamerandaripada pelbagai agensi awam danswasta di Sarawak.

    Planetarium Sultan Iskandar(PSI) dan Persatuan Astrono-

    mi Sarawak (SAS) telah me-ngadakan Sesi Brainstorming pada12 hingga 13 Disember 2010 di Ta-man Negara Gading, Lundu.

    Kira-kira 30 peserta yang terdiridaripada ahli SAS telah menyertai sesiini untuk mendapatkan idea-idea ter-kini tentang aktiviti-aktiviti yang bakaldiadakan pada 2011.

    Pelajar-pelajar yang dijemput un-tuk menyertai Sesi Brainstorming inirata-rata telah lama menyertai aktivitiyang dianjurkan oleh PSI-SAS.

    Mereka telah diminta untuk me-mikirkan idea-idea baru yang sesuaiuntuk dilaksanakan bagi 2011, lebih-lebih lagi apabila semakin ramai yangingin menyertai aktiviti astronomi an-juran PSI-SAS.

    Dengan itu, mempelbagaikan ak-tiviti untuk tahun ini merupakan satukemestian bagi PSI-SAS memandang-kan ada juga ahli-ahli baru yang inginmenyertai aktiviti selain ahli-ahli yangsedia ada.

    Peserta telah diajar cara untuk

    Atas: Salah satu kumpulan yang membentangkan hasil perbincangan merekakepada ahli-ahli lain. Bawah: Sesi perbincangan peserta giat dijalankan.

    menggunakan peta minda untuk men-bentangkan idea mereka.

    Hasil daripada perbincangan, parapelajar ini telah mampu membentang-kan banyak idea baru yang dapat digu-

    nakan bagi aktiviti-aktiviti akan dilak-sanakan pada tahun ini.

    Pengunjung yang mencuba melihat imej 3D semasa Pameran Sejiwa Senadadi Betong.

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    5/20

    Januari - Jun 20115

    Program Sains Angkasa CutiSekolah (PSACS) antara pro-gram anjuran Planetarium Sul-

    tan Iskandar (PSI) dan Persatuan As-tronomi Sarawak (SAS) yang seringditunggu-tunggu semasa musim cuti

    sekolah.Dengan tema Astronomy Myth-

    buster, PSACSX yang diadakan dari23 hingga 25 November 2010 telahberjaya menarik minat kira-kira 130pelajar yang turut bersama-sama me-meriahkan lagi aktiviti tersebut.

    PSACS kali ini berkisar dengan as-trologi dari perspektif sainstik, UFOdan penculikan makhluk asing yangdikaitkan sama ada fakta atau khura-fat.

    Sambutan PSACS kali ini amatmemberangsangkan dan mendapatmaklum balas yang amat positif de-ngan terdapat juga murid-murid yangberumur seawal 7 tahun menyertainya.

    Dengan topik astrologi, ia dikait-kan dengan salah erti astrologi denganastronomi.

    Ramalan astrologi pula dikaitkandengan perhubungan seseorang yangsering dipopularkan dalam ruang me-dia.

    Di samping itu terdapat juga ak-tiviti-aktiviti lain yang memerlukan ke-mahiran dan kerjasama pelajar sepertimenghasilkan video dengan menggu-

    Pcula mahlu as d PSACSX

    nakan telefon bimbit serta permainanyang menggunakan logik.

    Tarikan yang ada pada PSACS kaliini adalah aktiviti Alien Abductionde-ngan para pelajar yang ditemu ramahdikehendaki menceritakan semula apayang telah mereka saksikan dan hasil-

    nya banyak cerita-cerita sampingandaripada pihak yang ditemu ramah.

    Aktiviti-aktiviti lain yang dijalan-kan termasuk Potluck Sahabat As-tronomi, Astronomy Game, AstronomySocial Media, Teen Psychology, Alien on

    Mars dan Whats Your Sign?

    Kenangan bersama... Para peserta PSACSX bergambar bersama-sama selepasselesai sahaja program itu diadakan di PSI pada November 2010.

    Aktiviti menerbangkan kapal terbangkertas.

    Para peserta yang menikmati hida-ngan dikongsikan bersama dalampotluck Sahabat Astronomi.

    Sesi perbincangan dalam kumpulan digalakkan di kalangan peserta untukmembolehkan mereka meluahkan idea-idea yang bernas.

    Jenau Adam

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    6/20

    Januari - Jun 2011 6www.sarawak-astronomy.org

    Ia selalunya akan dilihat berdasar-kan jumlah pengunjung yangberkunjung atau bilangan peserta

    yang telah mendaftar untuk mengi-kuti satu-satu program.

    Bagaimanapun, bagi kami, ia ma-sih tidak mencukupi untuk menyebar-kan kesedaran astronomi di kalanganmasyarakat, terutama di kalangan parapelajar yang adakalanya berminat de-

    ngan astronomi, tetapi tidak tahu tem-pat untuk mendapatkan ilmu tersebut.Aspek jerayawara astronomi telah

    memainkan peranan penting dalammembantu Planetarium Sultan Iskan-dar dan Persatuan Astronomi Sarawakuntuk terus memberikan kesedaranastronomi kepada para pelajar, baikdi peringkat sekolah rendah mahupunsekolah menengah.

    Tahun lalu telah menyaksikan PSIdan SAS terlibat dalam beberapa siri

    jerayawara astronomi dan pamerandengan tujuan untuk membawa as-tronomi kepada masyarakat.

    Siri jerayawara yang telah dijalan-kan melibatkan beberapa tempat di

    jaaaa aa asoom pada masaaa

    Bintulu dan Miri yang sememangnyaantara tempat yang belum pernah di-kunjungi oleh pihak PSI dan SAS.

    Daripada program jerayawarayang telah dijalankan, rata-rata ra-mai yang menyatakan bahawa me-reka telah memperoleh maklumatbaru tentang astronomi.

    Ada yang berminat tentang as-tronomi, tetapi mereka tidak mempu-

    nyai rakan atau maklumat cara untukmenyalurkan minat mereka.Malah, sebelum ini terdapat pela-

    jar yang ditemui dalam sesi jerayawarayang mengakui bahawa mereka amatberminat dengan astronomi, malahmempunyai bahan-bahan rujukanyang mencukupi untuk dikongsikanbersama-sama rakan.

    Siri jerayawara yang telah kamilakukan juga menggalakkan lagi parapelajar ini untuk berkunjung ke PSI

    dan menyertai apa-apa aktiviti yangkami anjurkan.

    Bukan itu sahaja, malah siri jeraya- wara Sahabat Astronomi ini sebagaipenghubung bagi pihak PSI dengan

    masyarakat, terutama kepada sekolah-sekolah dalam membantu menyebar-kan ilmu astronomi dan sains angkasa.

    Apabila PSI dan SAS menjalankanprogram jerayawara ini, aspek yangdititikberatkan adalah sekolah-sekolahyang berada di luar bandar disebabkankekangan di tempat itu yang menye-babkan pihak kami ingin membawaPlanetarium ke tempat mereka.

    Aktiviti-aktiviti yang dijalankanbukanlah kompleks, namun sambutanyang kami dapat amatlah membang-gakan. Ini membuktikan bahawa parapelajar masih lagi mempunyai sifat-sifat ingin tahu, terutama bagi aspekastronomi dan sains angkasa.

    Malah, pengetahuan mereka ter-hadap ilmu-ilmu yang berkaitan de-ngan astronomi seperti buruj, graviti,planet dan alam semesta juga amatbaik biarpun kurang mempunyai

    bahan rujukan berkaitan dengan as-tronomi.

    Astronomi dan masyarakatPSI dan SAS ingin mendekatkan

    Bagaimanakah kita tahu bahawa program atauaktiviti yang dijalankan itu mendapat sambutanyang positif daripada orang ramai atau peserta?

    Alfean Aziz

    Kegembiraan terukir pada wajah murid-murid SK Orang Kaya Muhamad, Bin-

    tulu setelah selesai sesi jerayawara di sekolah itu pada Julai 2010.

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    7/20

    Januari - Jun 20117

    lagi astronomi dan sains angkasa de-ngan masyarakat. Ia bukan mudahdisebabkan persepsi astronomi dansains angkasa merupakan perkarayang amat jauh daripada mereka.

    Melalui program pameran seperti

    Pameran Kerajaan Negeri Sarawakiaitu Pameran Sejiwa Senada yangdijalankan di bandar-bandar sepertiSibu, Bintulu, Kapit, Mukah, Miri,Limbang, Lawas, Sri Aman, Serianserta Kuching, astronomi dan sainsangkasa diperkenalkan kepada orangawam agar mereka sedar bahawa sainsini bukanlah terlalu kompleks sepertiyang disangkakan.

    Dengan pengenalan teknologi Augmented Reality (AR), astronomi

    dan sains angkasa boleh dibawa secaramenarik serta informatif dengan selaingambar-gambar yang boleh muncul dilayar skrin, orang ramai boleh menge-

    tahui komponen-komponen yang ter-dapat dalam sesebuah planet melaluimaklumat yang disertakan.

    Teknologi AR membolehkangabungan pembelajaran secara me-nyeronokkan di kalangan orang ramai

    yang berkunjung ke ruang pameranPSI dan SAS selain dapat juga diberi-kan maklumat lain tentang astronomidan sains angkasa melalui interaksi dikalangan kakitangan PSI.

    Maklumat yang dibawakan semasapameran serta jerayawara ini hanya se-bagai pengenalan sahaja tentang aspekastronomi dan sains angkasa kepadaorang ramai dan para pelajar.

    Kami tidak mengharapkan semuayang akan berminat dengan astronomi

    dan sains angkasa selepas sekali berte-mu atau memperoleh maklumat ten-tangnya, tetapi ia sekurang-kurangnyaia memberikan idea apakah sebenar-

    nya yang dimaksudkan dengan as-tronomi dan sains angkasa.

    Masa yang diluangkan, terutamamereka yang melawat ruang pameranhanyalah pendek dan ia bergantung

    kepada tarikan yang ada pada pa-meran tersebut juga.

    Begitu dengan sesi jerayawarayang dijalankan separuh hari dan ter-had kepada jumlah 100 hingga 450orang pelajar di satu-satu sekolah.

    Dengan itu amat penting sekira-nya terdapat sesi susulan selepas aktiv-iti jerayawara bagi membolehkan me-reka yang berminat untuk mendapat-kan maklumat lanjut.

    Dalam pada itu, biasanya PSI dan

    SAS akan menjemput sekolah yang

    berminat untuk menghadiri aktivitiProgram Sains Angkasa Cuti Seko-lah ataupun Kem Sahabat Astronomiagar para pelajar dapat berkongsi ilmudengan lebih mendalam lagi.

    Keinginan untuk mencuba teleskop optik semasa sambutan Maal Hijrah di Mas-jid Jamek di kalangan orang ramai menjadi tarikan utama di ruang pameran.

    Pengunjung cuba melihat melalui teleskop optik semasaPameran Sejiwa Senada.

    Melihat imej 3D juga antara tarikan pameran yang diada-kan oleh Planetarium Sultan Iskandar.

    Encik Dona Repet sedang memberikanpenjelasan kepada para pelajar ten-tang cara mengendalikan teleskop op-tik semasa salah satu sesi jerayawara.

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    8/20

    Januari - Jun 2011 8www.sarawak-astronomy.org

    Phmaha asoom cul aa plaa

    Ini merupakan pertama kaliPSI-SAS mengadakan aktiviti

    perkhemahan di luar Kuchingdan ini juga memberikan peluang un-tuk memberikan kesedaran astrono-mi kepada para pelajar yang belumpernah berkunjung ke PSI.

    Sebanyak lima buah sekolah telahmenghantar pelajar ke kem Sahabat

    Astronomi iaitu SMK Toh Puan Da-tuk Patinggi Hajah Normah Daro,SMK St Patrick, SMK Oya, SMKMukah dan SMK Belawai yang rata-ratanya suatu baru bagi mereka lebih-

    lebih lagi hampir kebanyakan aktivitiastronomi bertumpu di bandar rayaKuching dan kawasan sekitarnya.

    Bagi aktiviti yang dijalankan jarakmereka yang jauh dari bandar raya

    Kuching tidak bermakna mereka ti-dak mempunyai pengetahuan tentang

    astronomi. Ada pelajar yang tahu menjawabsoalan-soalan berkenaan dengan as-tronomi semasa sesi pengenalan danterdapat juga kumpulan yang telahberpeluang untuk mewakili sekolahmereka dalam kejohanan melancarkanroket air anjuran Kementerian Sains,

    Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Memandangkan belum pernah

    diadakan sama ada aktiviti jerayawaraataupun perkhemahan di sini, aktiviti

    yang diadakan lebih kepada penge-nalan terutama dalam membuat cartabintang serta mengenali buruj-burujdi langit.

    Ketika aktiviti pencerapan dilaku-

    kan, para peserta berpeluang untukmengenal pasti beberapa buruj yang

    muncul pada malam tersebut lebih-lebih lagi buruj popular seperti Orionserta buruj-buruj lain seperti Geminidan planet yang dapat dilihat denganmata kasar termasuk Musytari.

    Keseronokan para peserta yangdapat mengenal pasti objek-objeklangit pada malam itu telah memberi-kan rangsangan kepada mereka untukmencuba beberapa teleskop yang telahdibawa dari Kuching untuk mencerapplanet dan juga bulan.

    Malah, mereka turut berpeluanguntuk menggunakan teleskop optikGPS Meade 10 inci dalam sesi meng-gunakan teleskop serta memasang danmenggunakan teleskop Dobsonian

    Ideanya bukan lain untuk memperkasakanmasyarakat melalui astronomi. Dan denganini, Planetarium Sultan Iskandar (PSI) danPersatuan Astronomi Sarawak (SAS) telahmembawa Perkhemahan Sahabat Astronomi diMukah, bertempat di Kem Belia Mukah pada22 hingga 24 Oktober 2010.

    Peserta perkhemahan sedang menayangkan roket air yang telah siap untukdilancarkan.

    Sesi membuat roket air.

    Penerangan cara menggunakan SolarMotion Demonstrator.

    Alfean Aziz

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    9/20

    Januari - Jun 20119

    yang sesuai bagi aktiviti latihan penge-

    nalan teleskop.Aktiviti pelancaran roket air turutdijalankan dengan para peserta telahdiberi peluang untuk membuat sendiriroket air mereka berdasarkan bahan-bahan mudah untuk membuat roketair. Di akhir sesi membuat roket air,peserta yang dibahagikan dalam kum-pulan sekolah masing-masing turutmengambil bahagian dalam pertan-dingan melancarkan roket air yangdiadakan di padang kem.

    Pelbagai bentuk dan kreativititelah dilihat berdasarkan bentuk roketdan juga sirip roket agar ia boleh ter-bang dengan lebih jauh dan kadang-kala berpusing ketika dilancarkan un-

    tuk memberikan daya tolakan kepada

    roket tersebut.Seperti juga aktiviti-aktiviti as-tronomi lain, para peserta diberi pe-luang untuk menonjolkan kreativitimereka dengan menghasilkan videoselama 2 minit hanya dengan menggu-nakan telefon bimbit masing-masing.

    Hasilnya, yang boleh ditontondi laman web YouTube sahabatPSItelah membuktikan ramai yang dapatmenunjukkan bakat dan kreativitimasing-masing melalui video mereka.

    Rata-rata Perkhemahan Sahabat Astronomi yang diadakan di Mukahini merupakan lembaran baru bagiPSI-SAS untuk meluaskan lagi sayapastronomi ke kawasan yang lebih jauh.

    Biarpun wujudnya kekangan, teta-

    pi semangat untuk menyebarkan ke-sedaran astronomi kepada masyarakatini membuka peluang yang lebih luaslagi kepada para pelajar walaupun dimana sahaja mereka berada.

    Salah satu kumpulan yang berjaya melancarkan roket air pada jarak yang pa-ling jauh semasa Perkhemahan Sahabat Astronomi di Mukah pada Oktober2010.

    Sesi mencuba teleskop optik olehpeserta perkhemahan.

    Peserta tekun mendengar ceramah yang diadakan olehKurator, Ismandy Ali.

    Peluang sentiasa tidak dilepaskan di kalangan peserta un-tuk mencuba teleskop optik semasa perkhemahan.

    Para peserta menunjukan carta bin-tang yang telah siap dipotong.

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    10/20

    Januari - Jun 2011 10www.sarawak-astronomy.org

    imasa av-av aso

    1 2

    3 4

    5 6

    7

    8

    9

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    11/20

    Januari - Jun 201111

    m spauh ahu dua 2010

    1. Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang (kanan)sedang mencuba melihat imej 3D semasa Pameran Sejiwa

    Senada diadakan di Betong pada 2010. Turut sama Datu Ro-mie Sigan, Presiden Persatuan Astronomi Sarawak merangkapResiden Betong (tengah).

    2. Datu Romie Sigan, Presiden Astronomi Sarawak (kanan), HajiMohamad Atei Bin Abang Medaan, Naib Presiden 2 (kiri) danEncik Jacob Sebastian Mantan Naib Presiden (tengah) semasaSeminar Pengenalan Falak dan Astronomi 2010 di Pusat Mak-lumat Islam (IIC).

    3. Sesi pertandingan melancarkan roket air di SMK Demak Barupada Oktober 2010.

    4. Para pelajar SMK Luak Miri sedang melakukan demonstrasimelancarkan roket air pada Oktober 2010.

    5. Bergambar kenangan bersama-sama pelajar selepas sesi Je-rayawara Sahabat Astronomi di SMK Demak Baru pada Okto-ber 2010.

    6. Dari kanan Datu Romie Sigan Presiden Persatuan AstronomiSarawak, Tuan Haji Soedirman Haji Aini Setiausaha Tetap Ke-menterian Pembangunan Sosial Sarawak, Datuk Fadillah Bin

    Yusof Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),Sahibus Samahah Ustaz Haji Kipli Bin Haji Yassin, Mufti NegeriSarawak dan Haji Mohamad Atei Bin Abang Medaan, TimbalanPresiden Persatuan Astronomi Sarawak semasa Seminar Pen-genalan Falak dan Astronomi 2010 di Pusat Maklumat Islam(IIC).

    7. Gambar staf PSI dan ahli-ahli SAS semasa pameran sempenasambutan Maal Hijrah di Masjid Jamek Kuching pada Disember2010.

    8. Sesi membuat roket air semasa Perkhemahan Sahabat As-tronomi di Mukah pada Oktober 2010.

    9. Pengunjung sedang mencuba teleskop optik semasa PameranSejiwa Senada di Betong pada Julai 2010.

    10. Seorang pelajar berpeluang untuk mencuba roket air semasaJerayawara Sahabat Astronomi di SMK Baru, Bintulu pada Jun2010.

    11. Guru dan pelajar-pelajar sedang mencuba melihat objek me-

    lalui teleskop optik semasa Jerayawara Sahabat Astronomi diSMK Taman Tunku, Miri pada Oktober 2010.12. Para peserta Perkhemahan Sahabat Astronomi Mukah sedang

    mencari objek dengan menggunakan teleskop Dobsonian padaOktober 2010.

    13. Para peserta PSACSX bergambar kenangan semasa salah satusesi diadakan pada November 2010.

    10

    11 12

    13

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    12/20

    Januari - Jun 2011 12www.sarawak-astronomy.org

    Bagaimanapun, aktiviti PSACSini telah ditangguhkan bebe-rapa tahun dan telah diada-

    kan semula pada Mac 2007 semasacuti persekolahan. Dengan penge-nalan kepada tajuk Lohong Hitam

    (Black Hole) dan teori Hukum Kepler,PSACS berjaya mengumpul seramai120 pelajar untuk menyertai programini yang dijalankan selama tiga hari.

    PSCAS II pula diadakan pada Mei2007 dengan aktiviti yang lebih ter-tumpu kepada perbincangan di kala-ngan peserta bagi persediaan menyer-tai AstroInvention 2007 dengan mem-bina jam matahari dan sebuah roversecara kawalan jauh yang bersesuaiandengan keadaan Planet Marikh.

    Bagi siri ketiga PSACS, pesertatelah didedahkan dengan teori diame-ter dan transit bagi Pluto dan Charon.Selain itu, peserta turut dikehendaki

    PSACS saa amaa pupu maplaa dalam asoom

    Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS)telah bermula pada tahun 1990 dan merupakanaktiviti pertama anjuran Persatuan AstronomiSarawak (SAS) dan Planetarium Sultan Iskandar(PSI) sejak kedua-duanya ditubuhkan pada tahun1989.

    menterjemah mesej makhluk asingyang dipercayai dihantar ke prob ang-kasa Voyager 1.

    Kembara PSACS diteruskan bagisiri keempat yang diadakan pada 10hingga 12 Mac 2008 dengan peser-

    ta dibawa mengembara ke planetZuhrah untuk menghitung jarak tran-sit planet berkenaan antara Bumi danMatahari. Dalam masa yang sama,peserta turut diminta untuk menyiap-kan projek astronomi masing-masinguntuk dipamerkan sempena Hari As-tronomi Sedunia pada Mei 2008.

    Bagi PSACS siri 5, peserta dibawamengembara ke planet Marikh dandikehendaki untuk menyiapkan probangkasa yang bakal mendarat di planet

    Merah itu, selain mengkaji keadaangeogra planet Marikh seperti di ka-

    wasan Olympus Mons, Cydonia Men-sae dan Valles Marineris.

    Seterusnya, bagi PSACS VI hinggaVIII telah diadakan dengan kerjasamadari Planetarium Negara dengan pe-ngenalan kepada pembinaan danpelancaran roket air. Program ker-jasama dengan Planetarium Negara ini

    telah memberi ruang baru kepada PSIdan SAS untuk menambah aktiviti-ak-tiviti astronomi secara lebih praktikaldan hands-on.

    Selain Planetarium Negara,PSACS dan aktiviti-aktiviti astrono-mi turut diadakan dengan kerjasamabeberapa agensi lain seperti PustakaNegeri Sarawak, Lembaga Sum-ber Asli dan Persekitaran Sarawak(NREB).

    Menerusi PSACS ini, beberapa

    idea baru telah dihasilkan, antaranyapenghasilan video aktiviti astronomioleh peserta-peserta yang membericabaran baru kepada mereka untuk

    Abdul Rahman

    Hisyam

    Peserta PSACSX bergambar kenangan ketika menyertai program itu pada No-vember 2010.

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    13/20

    Januari - Jun 201113

    menghasilkan aktiviti astronomi yanglebih berdaya kreatif dan inovatif.

    Selain itu, idea Sahabat Astronomiyang dihasilkan menerusi PSACS inijuga telah membantu menjalinkan

    hubungan persahabatan berasaskanastronomi di kalangan peserta danpelajar-pelajar yang pernah mengikutiaktiviti Jerayawara Astronomi.

    Interaksi mengenai perkongsianilmu astronomi menerusi laman sosialturut membantu peserta dan ahli-ahliSahabat Astronomi memperluaskanlagi pengetahuan mereka, selain dapatbertukar idea, pandangan dan pen-galaman.

    Secara keseluruhannya, PSACS

    berjaya membantu memupuk minatpara pelajar terhadap ilmu astronomi.

    Selain itu, program ini telah dapatmengeratkan lagi hubungan persaha-batan di kalangan pelajar, sama ada diperingkat sekolah rendah, menengahdan juga pengajian tinggi.

    Ini menunjukkan bahawa pengua-saan ilmu dan aktiviti astronomi bu-kan saja terhad kepada golongan pela-jar, tetapi juga di kalangan masyarakatdan orang awam.

    Why did the boy become an as-tronaut?

    Because he was no earthly good! What do astronauts wear to keep

    warm?Apollo-neck sweaters!

    Where do astronauts leave theirspaceships?

    At parking meteors! How do you get a baby astronautto sleep?

    You rock-et! How do spacemen pass the timeon long trips?

    They play astronauts and crosses! Why did Captain Kirk go into theladies toilet?

    To boldly go where no man hasbeen before!

    SPACe jOkeS! First Spaceman: Im hungry.

    Second Spaceman: So am I, it mustbe launch time! What do you call a loony spaceman?

    An astronut ! What do you call a space magician?

    A ying sorcerer!

    I want to be an astronaut when Igrow up.

    What high hopes you have! What do you call an overweight ET?

    An extra cholesterol ! What did the metric alien say?

    Take me to your litre! What did the alien say to the gaspump?

    Dont you know its rude to stickyour nger in your ear when Im talk-ing to you!

    How does a robot shave?With a laser blade!

    What do you call a robot that alwaystakes the longest route round?

    R2 detour! Do robots have sisters?No, just transistors! How do computers make swea-ters ?

    On the interknit! Why was the computer in pain?

    It had a slipped disk ! Why was the computer so thin?

    Because it hadnt had many bytes! Why did the mouse sit on thecomputer ?

    To keep an eye on the mouse! What sits in the middle of the

    world wide web?A very, very big spider! Whats small, expensive and be-

    ing constructed at Greenwich, Lon-don?

    The millenium gnome !

    http://www.scatty.com/jokes/other/spacejokes2.html

    Prepared by MuhammadHazim Abdullah

    Aktiviti pelancaran roket air yang diadakan pada 2009 serta diselia oleh pence-ramah daripada Planetarium Negara.

    Aktiviti yang dijalankan secara kum-pulan. Kumpulan yang berjaya mendapathabuan berbentuk hamper.

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    14/20

    Januari - Jun 2011 14www.sarawak-astronomy.org

    Sma Pala fala

    da Asoom 2010

    Seminar ini diadakan sebagaisalah satu usaha untuk mem-beritahu peserta tentang ilmu

    falak serta kepentingannya kepadamasyarakat, khasnya bagi umat Islam.

    Di samping itu, para peserta jugamendapat faedah dalam aspek-aspekilmu falak yang berkaitan denganpelaksanaan ibadat dan kehidupan se-harian. Ia berkaitan dengan penentuan

    waktu solat dari perspektif ilmu falak.Seminar selama sehari ini telah

    dirasmikan oleh Datuk Fadillah BinHaji Yusof, Timbalan Menteri Sains,

    Teknologi dan Inovasi Malaysia(MOSTI), serta turut dihadiri oleh

    Tuan Haji Soedirman Aini, Setiausaha

    Tetap Kementerian PembangunanSosial dan Urbanisasi Sarawak; DatuRomie Daniel Sigan, Presiden Per-satuan Astronomi Sarawak merang-kap Residen Bahagian Betong; HajiMohamad Atei Bin Abang Medaan,

    Timbalan Presiden Persatuan As-tronomi Sarawak merangkap Da-tuk Bandar Kuching Utara, SahibusSamahah Ustaz Haji Kipli Bin Haji

    Yassin, Mufti Negeri Sarawak; sertaketua-ketua jabatan kerajaan Negeridan Persekutuan, imam-imam danbilal-bilal di sekitar Kuching dan KotaSamarahan serta guru-guru dan orangawam.

    Dengan tema seminar bertajuk

    Inovasi Menerusi Falak dan As-tronomi, tiga pembentang yang pakardalam bidang masing-masing telah di-jemput dalam membentangkan kertaskerja mereka. Antaranya adalah SyedKamarulzaman bin Syed Kabeer AlHussaini dari Persatuan Falak SyariMalaysia yang membentangkan ker-tas kerja bertajuk Pengenalan KepadaIlmu Falak, Dr.(H) Kassim Bahali dari

    Jabatan Mufti Negeri Melaka dengankertas kerja bertajuk Penentuan Wak-tu Solat Dari Perspektif Falak danSistem Taqwim Hijri serta En. Fairos

    Assilam dari Agensi Angkasa Negaradengan kertas kerja bertajuk Ilmu Fal-ak: Menangani Cabaran Zaman.

    Sebagai usaha untuk memberikan penjelasandengan lebih lanjut tentang kaitan falak denganastronomi, Planetarium Sultan Iskandar (PSI),Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dan PejabatMufti Negeri Sarawak telah menganjurkan Semi-nar Pengenalan Falak dan Astronomi 2010 Pering-kat Negeri Sarawak bertempat di Pusat MaklumatIslam (IIC) pada 6 Ogos 2010.

    Alfean Aziz

    Dari kiri Sahibus Samahah Ustaz HajiKipli Bin Haji Yassin, Mufti NegeriSarawak, Tuan Haji Soedirman Aini,Setiausaha Tetap Kementerian Pem-bangunan Sosial dan Urbanisasi Sar-awak, Datuk Fadillah Bin Haji Yusof,Timbalan Menteri Sains, Teknologidan Inovasi Malaysia (MOSTI), DatuRomie Daniel Sigan, Presiden Persa-tuan Astronomi Sarawak merangkapResiden Bahagian Betong dan JacobSebastian Mantan Naib Presiden SASbersama-sama berbincang sebelumbermulanya Seminar PengenalanFalak dan Astronomi 2010 di PusatMaklumat Islam (IIC).

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    15/20

    Januari - Jun 201115

    Di samping pembentang kertaskerja oleh pembentang-pembentangtersebut, terdapat juga sesi dialog yangdikendalikan oleh En. Rambli Ah-mad, Exco SAS yang mengutarakan

    persoalan-persoalan menarik menjadiperbincangan setelah selesai setiapsesi.

    Seminar ini telah berjaya me-narikminat bagi mereka yang ingin menge-tahui dengan lebih lanjut ilmu falakdan astronomi. Waktu solat misalnyaberdasarkan kepada kesan pergerakanMatahari ketara iaitu panjang bayang,terbenam Matahari, mega merah danfajar.

    Waktu solat bergantung kepada

    pergerakan Matahari dalam setahunyang berubah dari hari ke hari disepanjang laluannya. Waktu-waktusolat boleh dihitung dengan mengeta-hui sudut waktu Matahari bagi setiap

    waktu solat yang telah menarik minatramai peserta dalam seminar tersebut.

    Biarpun diadakan dalam tem-poh sehari, ia telah banyak memberi-kan ilmu pengetahuan kepada setiappeserta dan ramai yang telah hadir diseminar itu ingin agar ia diadakan lagi

    tapi dalam tempoh yang panjang.

    P

    rogram Sains Cuti Sekolah X,PSACSX was held from 23

    to 25 November 2010 at Pla-netarium Sultan Iskandar. This programme was to educate

    all participants that misbelieving andfault conception in astrology, exis-tences of UFO and alien abductions.

    Participation of students in thisprogramme may establish the mindof students that all astrological pheno-mena were incorrect, nonsense andcannot be proved scientically.

    Besides that, students can full

    their free time and gain extra know-ledge during school holiday.There were about 130 participants

    with ages ranged from 7 to 16 years

    old had joined this programme.Upon this programme, several

    fun and interesting sessions includ-ing games, short tests, video clips, andpresentations were prepared for par-ticipants.

    Through the theory and mainconcepts incorporated in all sessions,this may demolished the misbelievingof UFO existence among the partici-pants, besides learning all knowledgeand general commons sense in as-tronomy.

    For the past few decades, mostpeople believe that horoscopes canactually inuencing our daily life.

    However, to prove that the horo-scopes was incorrect and it has noth-ing to do with actual humans fortune,all participants were given opportuni-ties to discover themselves by com-paring the same horoscope within a

    group of people comprising famousleaders and criminals. Besides that,all participants were thought to maketheir own star chart. Planisphere canhelp students to predict and to iden-tify the certain type of constellationpresence during night sky at particulartime.

    Moreover, PSACS also shared as-tronomy information by using socialmedia, such as Facebook, Twitter, and

    Youtube. At the last sessions of the pro-

    gramme, participants were asked togive a multicast presentation with thetopic called Bad Astronomy. All par-ticipants were divided into 12 teams,

    while each team have to use their owncreativity and comprehensions to ex-plain the topic on why misbelieving ofastrology could aggravate towards theastronomy.

    Written by Ko Geok Sia

    Tuan HajiSoedirman Aini

    menyampai-kan cenderahati kepada

    Datuk FadillahYusof sambil

    disaksikan olehHaji Mohamad

    Atei Bin AbangMedaan (darikiri), Sahibus

    Samahah UstazHaji Kipli dan

    Datu RomieSigan.

    Para pesertasedang

    mendengar ce-ramah semasa

    Seminar Pe-ngenalan Falakdan Astronomi

    2010 di Pusat

    Maklumat Islam(IIC).

    Asolo, al aduco ad mh a PSACSX

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    16/20

    Januari - Jun 2011 16www.sarawak-astronomy.org

    bl Sas, Mama & toloalsas osp sas pada plaa

    Bengkel ini diadakan untukmemupuk minat, kesedarandan penghayatan serta menu-

    kar persepsi para pelajar di luar ban-dar terhadap mata pelajaran sains dan

    matematik.Bengkel tersebut telah diadakanmelalui kaedah hands-on untuk mem-berikan rangsangan positif terhadapperubahan sikap dan meningkatkankreativiti pelajar luar bandar dalammenentukan persepsi terhadap per-masalahan harian.

    Planetarium Sultan Iskandar (PSI)dan Persatuan Astronomi Sarawak(SAS) telah dijemput dan diberi pelu-ang untuk memberikan pendedahan

    astronomi kepada kira-kira 70 pelajar Tingkatan 1 dan 2 dari SMK Kapit,SMK Kanowit, SMK Balleh, SMKKapit No. 2, SMK Song, SMK DatukHaji Abdul Rahman Yakub, SMK Ba-

    kun serta SMK Belaga.Pelajar-pelajar ini telah berpeluang

    untuk mempelajari asas astronomiseperti membuat carta bintang sertamenggunakan carta bintang itu untuk

    mencari buruj-buruj di langit dalamsesi pencerapan yang diadakan padamalam itu juga.

    Di samping itu, pelajar turut di-ajar cara untuk membuat roket air danmereka telah mengadakan pertandi-ngan melancarkan roket air untukmenguji keberkesanan roket air yangtelah dihasilkan.

    Selain PSI, Center for Education-al, Training and Research in Renew-able Energy and Energy Efciency

    (CETRREEE) turut dijemput bagimembolehkan pelajar belajar caramerealisasikan konsep kenderaan so-lar dan kecekapaan tenaga dan tenagadiperbaharui.

    Sebagai cara untuk merapatkan jurang ilmu antara pelajarbandar dan pelajar luar bandar, sub-unit Aktiviti Sains danMatematik dan Teknologi, Unit Kokurikulum Jabatan Pela-jaran Sarawak telah menganjurkan Bengkel Sains Matematikdan Teknologi Anak Pedalaman yang diadakan di SMK KapitNo. 2, Kapit dari 25 hingga 29 September 2010.

    Sesi demonstrasi roket air di SMK Kapit No. 2.

    Ceramah yang disampaikan oleh Is-mandy Ali, Kurator PSI.

    Aktiviti menghasilkan carta bintang.

    Perbincangan untuk menghasilkanroket air.

    Sesi pengenalan oleh Cikgu NormanSuhaili.

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    17/20

    Januari - Jun 201117

    Pusa sas m d PSi

    Lokasinya bersebelahan de-ngan Teater Planetarium diPlanetarium Sultan Iskandar,

    namun ia merupakan tempat yangsesuai bagi orang ramai untuk belajartentang sains.

    Pusat Sains Mini ini diwujudkandengan tujuan sebagai pelengkap ke-pada PSI yang menganjurkan pertun-jukan planetarium dan setelah selesaimenonton pertunjukan itu, pelawat

    pastinya akan meluangkan masa untukmelihat dan mencuba bahan-bahanpameran interaktif yang terdapat dipusat sains tersebut.

    Saiznya tidaklah sehebat Pusat Sains Negara diKuala Lumpur ataupun di cawangan Pusat Sainsdi Kedah, namun kewujudannya cukup untukmewujudkan rasa ingin tahu tentang sains.

    Setakat ini, beberapa bahan pa-meran interaktif telah ditempatkandi Pusat Sains Mini tersebut sepertiteknologi AR yang membolehkanpengunjung melihat objek-objek as-tronomi secara maya dengan ber-dasarkan penanda atau marker yangdisediakan.

    Teknologi AR ini sentiasa menarikperhatian pengunjung kerana merekaberupaya untuk mencuba bahan pam-

    eran dan pada masa sama belajar ten-tang astronomi.

    Di samping itu, terdapat juga ba-han-bahan pameran seperti teleskop

    optik dan juga teleskop Dobsonianyang boleh dicuba oleh pengunjunguntuk melihat bagaimana para pence-rap melihat objek-objek di angkasa.

    Pusat Sains Mini ini turut men-empatkan maklumat-maklumat yangberkaitan dengan astronomi serta cen-deramata sebagai kenangan.

    Ia turut dijadikan tempat bagirombongan kanak-kanak untuk men-jalankan aktiviti mereka seperti aktiviti

    mewarna.Pusat Sains Mini ini beroperasi se-

    tiap hari kecuali Ahad dari jam 8 pagihingga 5 petang.

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    18/20

    Januari - Jun 2011 18www.sarawak-astronomy.org

    Pada awal pagi 16 Jun 2011,penduduk di Malaysia berpelu-ang menyaksikan Gerhana Bu-

    lan Penuh sekali lagi. Ia akan bermuladari jam 1.22 pagi, yang mana ketikaitu, Bulan baru sahaja memasuki ka-

    wasan bayang-bayang penumbra. Ke-mudian ia akan memasuki kawasanbayang-bayang umbra pada jam 2.22

    pagi.Fasa Gerhana Penuh secara ras-

    minya akan bermula pada jam 3.21pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncakgerhana ialah pada jam 4.12 pagi.

    Yang menarik gerhana kali ini ia-lah laluan Bulan agak hampir dengangarisan tengah bayang-bayang umbra.

    Berikut adalah data gerhana yangdikira menerusi perisian Skymap Prountuk waktu tempatan Malaysia.

    Bulan dalam peringkat penumbra:16 Jun 2011 01:22:52Bulan dalam peringkat umbra:16 Jun 2011 02:22:24Gerhana sepenuhnya:16 Jun 2011 03:21:57Gerhana tahap maksimum:

    ghaa ula d Malasa

    16 Jun 2011 04:12:24Berakhir gerhana penuh:

    16 Jun 2011 05:02:50Bulan meninggalkan umbra:16 Jun 2011 06:02:22Bulan meninggalkan penumbra:16 Jun 2011 07:02:02Magnitud umbra: 1.705

    Magnitud penumbral: 2.712Tempoh gerhana penuh: 1j 40m 52s

    Tempoh fasa umbral: 3j 39m 58sTempoh fasa penumbral: 5j 39m 10s

    http://www.falak-online.net/portalfalak/gerhana-penuh-bulan-16-jun-2011

    Diselenggara oleh MuhammadHazim Abdullah

    Jadual di bawah merujuk kepadafasa-fasa bulan yang utama untuksepanjang tahun 2011 (Waktu feno-mena telah pun ditukar ke waktu Ma-laysia).Bulan baru: 04:46 05-Mac-2011Suku pertama: 07:45 13-Mac-2011Bulan purnama: 02:10 20-Mac-2011Suku akhir: 20:07 26-Mac-2011Bulan baru: 22:32 03-Apr-2011Suku pertama: 20:05 11-Apr-2011Bulan purnama: 10:44 18-Apr-2011Suku akhir: 10:47 25-Apr-2011

    Bulan baru: 14:50 03-Mei-2011Suku pertama: 04:33 11-Mei-2011Bulan purnama: 19:08 17-Mei-2011Suku akhir: 02:52 25-Mei-2011

    jadual asa-asa ula d Malasa

    Bulan baru: 05:02 02-Jun-2011Suku pertama: 10:10 09-Jun-2011Bulan purnama: 04:13 16-Jun-2011Suku akhir: 19:48 23-Jun-2011Bulan baru: 16:54 01-Jul-2011Suku pertama: 14:29 08-Jul-2011Bulan purnama: 14:39 15-Jul-2011Suku akhir: 13:02 23-Jul-2011Bulan baru: 02:40 31-Jul-2011Suku pertama: 19:08 06-Ogos-2011Bulan purnama: 02:57 14-Ogos-2011Suku akhir: 05:54 22-Ogos-2011

    Bulan baru: 11:04 29-Ogos-2011Suku pertama: 01:39 05-Sep-2011Bulan purnama: 17:27 12-Sep-2011Suku akhir: 21:38 20-Sep-2011

    Bulan baru: 19:08 27-Sep-2011Suku pertama: 11:15 04-Okt-2011Bulan purnama: 10:06 12-Okt-2011Suku akhir: 11:30 20-Okt-2011Bulan baru: 03:56 27-Okt-2011Suku pertama: 00:38 03-Nov-2011Bulan purnama: 04:16 11-Nov-2011Suku akhir: 23:09 18-Nov-2011Bulan baru: 14:10 25-Nov-2011Suku pertama: 17:52 02-Dis-2011Bulan purnama: 22:36 10-Dis-2011Suku akhir: 08:48 18-Dis-2011

    Bulan baru: 02:06 25-Dis-2011

    http://www.falak-online.net/portal-falak/fasa-bulan-tahun-2011

    Gambar hiasan.

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    19/20

    Januari - Jun 201119

    Our solar system consists ofan average star we call theSun, the planets Mercury,

    Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn,Uranus, Neptune, and Pluto.

    It includes: the satellites of theplanets; numerous comets, asteroids,and meteoroids; and the interplan-etary medium.

    The Sun is the richest source ofelectromagnetic energy (mostly in theform of heat and light) in the solar

    system. The Suns nearest known stel-lar neighbor is a red dwarf star calledProxima Centauri, at a distance of 4.3light years away.

    The whole solar system, togetherwith the local stars visible on a clearnight, orbits the center of our homegalaxy, a spiral disk of 200 billion stars

    we call the Milky Way. The Milky Way has two small

    galaxies orbiting it nearby, which are

    visible from the southern hemisphere. They are called the Large Magel-lanic Cloud and the Small MagellanicCloud. The nearest large galaxy is the

    Andromeda Galaxy.It is a spiral galaxy like the Milky

    Way but is 4 times as massive and is2 million light years away. Our galaxy,one of billions of galaxies known, istraveling through intergalactic space.

    The planets, most of the satel-lites of the planets and the asteroids

    revolve around the Sun in the samedirection, in nearly circular orbits.When looking down from above

    the Suns north pole, the planets orbitin a counter-clockwise direction. Theplanets orbit the Sun in or near thesame plane, called the ecliptic.

    Pluto is a special case in that itsorbit is the most highly inclined (18degrees) and the most highly ellipticalof all the planets. Because of this, forpart of its orbit, Pluto is closer to the

    Sun than is Neptune.The axis of rotation for most ofthe planets is nearly perpendicular tothe ecliptic. The exceptions are Ura-nus and Pluto, which are tipped on

    their sides.

    Composition Of The Solar Sys-tem

    The Sun contains 99.85 percent ofall the matter in the Solar System. Theplanets, which condensed out of thesame disk of material that formed theSun, contain only 0.135 percent of themass of the solar system.

    Jupiter contains more than twice

    the matter of all the other planetscombined.

    Satellites of the planets, comets,asteroids, meteoroids, and the inter-planetary medium constitute the re-maining 0.015 percent.

    The following table is a list of themass distribution within our SolarSystem.

    Sun: 99.85%Planets: 0.135%Comets: 0.01%?Satellites: 0.00005%Minor Planets: 0.0000002%?Meteoroids: 0.0000001%?Interplanetary Medium: 0.0000001%?

    Interplanetary SpaceNearly all the solar system by vol-

    ume appears to be an empty void.Far from being nothingness, this

    vacuum of space comprises the in-terplanetary medium.

    It includes various forms of en-ergy and at least two material compo-nents: interplanetary dust and inter-planetary gas.

    Interplanetary dust consists ofmicroscopic solid particles. Interplan-etary gas is a tenuous ow of gas andcharged particles, mostly protons andelectrons -- plasma -- which streamfrom the Sun, called the solar wind.

    The solar wind can be measuredby spacecraft, and it has a large effecton comet tails. It also has a measur-able effect on the motion of space-craft.

    The speed of the solar wind isabout 400 kilometers (250 miles) persecond in the vicinity of Earths orbit.

    The point at which the solar windmeets the interstellar medium, whichis the solar wind from other stars, iscalled the heliopause.

    It is a boundary theorized to beroughly circular or teardrop-shaped,marking the edge of the Suns inu-ence perhaps 100 AU from the Sun.

    The space within the boundaryof the heliopause, containing the Sunand solar system, is referred to as theheliosphere.

    The solar magnetic eld extendsoutward into interplanetary space;it can be measured on Earth and byspacecraft.

    The solar magnetic eld is thedominating magnetic eld throughoutthe interplanetary regions of the solarsystem, except in the immediate envi-ronment of planets which have theirown magnetic elds.

    http://www.solarviews.com/eng/solarsys.htm

    th sola ssm

  • 8/6/2019 Aku Dan Bintang 9

    20/20

    t d a Plaaum

    Passpo o hUvs

    Pasport to the Universe membawa pengunjungke pengembaraan alam semesta dengan panda-ngan yang menakjubkan yang julung kali diton-

    ton oleh pengunjung.Apa yang ditonton oleh pengunjung adalah data-data

    yang diperoleh oleh saintis melalui teleskop Hubble, ka-talog bintang dan pencerapan yang dilakukan dari semasake semasa.

    Daripada data tersebut, mereka telah menghasilkangambaran alam semesta yang pastinya akan menyebab-kan pengunjung berasa bahawa betapa kecilnya bumi ini.

    Pertunjukkan Pasport to the Universe ditayangkan diPlanetarium Sultan Iskandar bermula 8 Nov 2010 hingga8 Nov 2011. Sila rujuk jadual pertunjukan tayangan un-tuk mengetahui lebih lanjut tentang masa tayangan di la-man web rasmi kami http://www.planetarium-sarawak.org.

    Lds o hnh S: Oo

    L

    egends of the Night Sky: Orion mencerita-kan tentang mitos buruj yang paling popu-lar di langit iaitu Orion.

    Orion terkenal dengan kehebatannya sebagaiseorang pemburu yang aktif memburu pada malamhari. Dalam pada masa yang sama, Orion jatuhcinta dengan dewi bulan iaitu Artemis yang ber-tanggungjawab untuk membawa bulan keluar padasetiap malam. Tetapi, hubungan mereka telah diha-lang oleh abang kepada Artemis iaitu Apollo yangbertanggungjawab membawa matahari keluar padasiang hari.

    Untuk mengetahui bagaimana perkembangankisah percintaan mereka, kunjunglah kami di Pla-netarium Sultan Iskandar.

    Diselenggara olehNoraizah Idris