aku dan bintang 10

of 20 /20
www.sarawak-astronomy.org Julai - Disember 2011 BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR ISSN 1985-0344 Keluaran 10 Sertai perbincangan kami di Page Facebook dengan mengakses Planetarium Sultan Iskandar di Facebook dan @sahabatPSI di Twitter untuk mengetahui perkembangan terkini aktiviti yang akan diadakan. www.planetarium-sarawak.org EDISI KHAS: Dapatkan maklumat tentang Cuaca Angkasa dan kesannya kepada kehidupan kita di bumi ini. Makhluk asing tarikan utama Hari Astronomi 2011 Menjejak tompokan matahari Teknologi skrin hijau pelbagaikan maklumat astronomi POSTER KHAS Ancaman Cuaca Angkasa

Author: planetarium-sultan-iskandar

Post on 08-Mar-2016

262 views

Category:

Documents


4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Buletin bulanan keluaran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak.

TRANSCRIPT

  • www.sarawak-astronomy.orgJulai - Disember 2011

    BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

    ISSN 1985-0344Keluaran 10

    Sertai perbincangan kami di Page Facebook dengan mengakses Planetarium Sultan Iskandar di Facebook dan @sahabatPSI di Twitter untuk mengetahui perkembangan terkini aktiviti yang akan diadakan.

    www.planetarium-sarawak.org

    EDISI KHAS: Dapatkan maklumat tentang Cuaca Angkasa dan kesannya kepada kehidupan kita di bumi ini.

    Makhluk asing tarikan utama Hari Astronomi 2011Menjejak tompokan matahariTeknologi skrin hijau pelbagaikan maklumat astronomi

    POSTER KHASAncaman Cuaca Angkasa

  • Julai - Disember 2011 2www.sarawak-astronomy.org

    Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

    Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Sarawak

    93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-251275

    Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.orghttp://www.sarawak-astronomy.org

    e-mel: [email protected]

    Kandungan

    Artikel sumbangan: Alfean AzizIsmandy Ali

    Zurwina SharkawiNoraizah Idris

    Muhammad Athari Ismail

    Foto sumbangan: Aidel Rejie

    Mohd Zulfadli YusofAzim Mortaza

    Noraini Othman

    Kembali lagi edisi kesepuluh Buletin Aku dan Bintang yang telah mula diterbitkan sejak 2007 sebagai media pengantara untuk menyampai-kan maklumat astronomi dan sains angkasa kepada orang ramai. Bukan mudah untuk menghasilkan buletin seperti ini tanpa kerjasama dari-

    pada semua pihak kerana konteks maklumat yang ada adalah berdasarkan ak-tiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak.

    Melalui cara ini sahaja kita dapat memberitahu orang ramai aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan disertakan dengan gambar-gambar aktiviti yang telah ber-langsung.

    Namun, dengan perubahan arus teknologi, PSI-SAS turut menggunakan media lain untuk berkomunikasi dengan mereka yang sentiasa berminat dengan hal-ehwal astronomi dan sains angkasa. Media sosial seperti Facebook dan Twit-ter sentiasa menjadi pilihan utama disebabkan jumlah mereka yang berkomuni-kasi melalui media itu adalah ramai dan sentiasa aktif.

    Malah, ada yang menghasilkan kumpulan-kumpulan komunikasi sosial ma-sing-masing selain menggunakan laman Facebook Planetarium Sultan Iskan-dar untuk mendapatkan maklumat terkini ataupun aktiviti yang telah dijalan-kan. Kumpulan Facebook seperti Sahabat Astronomi telah ditubuhkan untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli SAS dengan mereka yang baru berji-nak dengan bidang astronomi.

    Kumpulan ini antara yang aktif bergerak menyebarkan ilmu astronomi ke-pada peminat terutama melalui soalan-soalan berkaitan dengan astronomi yang ditanya di laman tersebut.

    PSI-SAS turut mempunyai laman video sendiri di bawah kelolaan YouTube dengan menggunakan nama sahabatPSI sebagai tempat untuk menyimpan vi-deo-video aktiviti yang telah diadakan di kem atau dalam program-program yang dianjurkan.

    Di samping itu, PSI turut mempunyai laman web rasminya di www.planeta-rium-sarawak.org sebagai tempat untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kalendar aktiviti, gambar, dokumen, pendaftaran kepada aktiviti serta tempahan bagi menonton pertunjukan secara berkumpulan.

    Sememangnya semua ini dapat dilakukan hasil daripada sumbangan dan penglibatan aktif mereka yang menganggap diri sebagai Sahabat Astronomi, yang bekerjasama dan sentiasa menyumpangkan idea, mahupun tenaga kerja secara sukarela untuk menjayakan aktiviti astronomi di bawah anjuran PSI-SAS.

    Media sebagai landasan komunikasi sains dan astronomi

    Muka depan: Datuk Haji Fa-dillah bin Yusof, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia sedang mencuba teleskop bersama-sa-ma Tuan Haji Soedirman bin Aini, Se-tiausaha Tetap Kementerian Pemban-gunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak (dua dari kanan) semasa perasmian Hari Astronomi 2011. Turut sama Datu Romie Sigan, Presiden Persat-uan Astronomi Sarawak, merangkap Residen Bahagian Betong (kiri) dan Tuan Haji Mohamad Atei bin Abang Medaan, Naib Presiden SAS.

    Alfean AzizEditor

    Makhluk asing tarikan utama Hari Astronomi 2011 - 4

    Cuaca angkasa dan kesannya kepada kita - 6

    Ancaman Cuaca Angkasa Lepas - 10

    Teknologi skrin hijau pelbagaikan maklumat

    astronomi - 12

    Kiosk pengantara ilmu astronomi interaktif - 13

    Solar Motion Demonstrator untuk

    jejak kedudukan matahari - 14

    Jerayawara Sahabat Astronomi sebar ilmu baru kepada pelajar - 15

    Menjejak tompokan matahari - 18

    Membuat buruj dengan origami - 20

  • Julai - Disember 20113

    Perutusan

    Syukur ke hadrat Ilahi kerana pihak Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astrono-mi Sarawak (SAS) kerana telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti astronomi yang mampu sampai ke seluruh negeri Sarawak selama enam tahun ini.Dengan adanya penganjuran aktiviti-aktiviti dan program-program astronomi serta sains angkasa

    yang membabitkan masyarakat, PSI dan SAS mengambil inisiatif untuk menerbitkan Buletin Aku dan Bintang dan kini telah diterbitkan bagi edisi kesepuluh sejak tahun 2007.

    Penerbitan Buletin Aku dan Bintang ini bukan sekadar untuk berkongsi ilmu dan maklumat me-ngenai astronomi dan sains angkasa, malah ia digunakan sebagai saluran bagi peminat-peminat as-tronomi yang kebanyakannya terdiri daripada golongan pelajar untuk berkongsi pengalaman, idea dan menjalinkan hubungan persahabatan menerusi Sahabat Astronomi.

    Dalam pada itu, buletin ini juga turut mencungkil bakat-bakat baru dalam penulisan dan ciptaan idea yang kreatif serta inovatif di kalangan mereka.

    Semangat kerja berpasukan dan bekerjasama di kalangan ahli-ahli PSI, SAS dan Sahabat Astrono-mi menjadi kekuatan kepada kejayaan bagi setiap aktiviti dan program yang dianjurkan. Ini dibuktikan menerusi kejayaan menarik lebih seribu pengunjung ke sambutan Hari Astronomi 2011 yang diadakan pada 28 Mei yang lepas.

    Syabas diucapkan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus menyediakan bahan-bahan bagi Buletin Aku dan Bintang ini, terutama bagi penyumbang-penyumbang kepada bahan-bahan untuk dimuatkan dalam buletin ini. Sumbangan anda telah membantu menyebarkan ilmu astronomi kepada semua.

    Tuan Haji Soedirman Bin AiniSetiausaha Tetap

    Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak

    PERUTUSAN

  • Julai - Disember 2011 4www.sarawak-astronomy.org

    Makhluk asing tarikan utama Hari Astronomi 2011

    Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dengan kerjasama Per-satuan Astronomi Sarawak (SAS) telah menganjurkan Hari As-tronomi 2011 pada 28 Mei 2011 di kawasan sekitar PSI dan teater PSI serta Dewan Suarah Negeri, Ku-ching.

    Ia telah diadakan sejajar dengan Minggu Astronomi Sedunia yang di-sambut pada bulan Mei.

    Sempena dengan Hari Astronomi, tema Universe Unites Us telah di-pilih sebagai tema utama untuk me-nyalurkan idea-idea astronomi kepada pengunjung yang berkunjung untuk memeriahkan lagi Hari Astronomi tersebut.

    Dengan tema Universe Unites Us, makhluk asing telah digunakan sebagai gimik untuk menarik perha-tian orang ramai agar mereka ingin berkunjung ke PSI sempena sambu-tan Hari Astronomi 2011.

    Sambutan yang diadakan dari jam

    8.30 pagi hingga 2 petang ini telah membariskan beberapa aktiviti me-narik kepada semua golongan ma-syarakat seperti tayangan planetarium percuma, pertandingan mewarna dan melukis bagi kategori pra-sekolah, sekolah rendah dan juga sekolah menengah, Lucky Astronomy dengan hadiah utamanya adalah sebuah teles-kop, cabaran Mars Rover, cabaran menerbangkan kapal terbang kertas, Astro Hunt dan banyak lagi.

    Malah, pihak PSI dn SAS turut menganjurkan pertandingan mencari keluarga makhluk asing dengan ke-luarga yang berkunjung ke Hari As-tronomi digalakkan untuk mengubah diri mereka seperti makhluk asing dan terdapat juga pertandingan mencari makhluk asing paling menarik semasa sambutan tersebut.

    Malah, sekolah-sekolah di sekitar bandar raya Kuching turut serta dalam memeriahkan lagi sambutan ini den-gan menghantar pelajar-pelajar untuk

    Tuan Haji Soedirman Bin Aini, Setiausaha Tetap KPSU (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Haji Fadillah Bin Yusof, Timbalan Menteri MOSTI semasa perasmian Hari Astronomi 2011. Turut hadir Datu Romie Sigan, Presiden Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) (tengah) dan Tuan Haji Mohamad Atei bin Abang Medaan, Timbalan Presiden SAS.

    Ismandy Ali, Kurator PSI menyampai-kan hadiah kepada penerima teleskop bagi kategori Lucky Astronomy.

    Salah seorang kanak-kanak gigih menghasilkan lukisannya sempena Hari Astronomi 2011.

    Berita

  • Julai - Disember 20115

    Berita

    terlibat dalam sesi selari bagi mem-berikan maklumat kepada pengunjung yang berkunjung ke ruang pameran yang disediakan. Antara sekolah yang menyertai pameran selari termasuk SMK Santubong, SMK Matang Hilir, SMA Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ), SMK Tun Abdul Rahman dan SMK Kota Samarahan.

    Di samping itu, terdapat juga pa-meran daripada agensi kerajaan serta kelab-kelab seperti Kelab Penerban-gan Petra Jaya dan Kelab Paintball.

    Kira-kira 2000 orang telah berkun-jung ke PSI untuk memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Astronomi dengan kepelbagaian yang ditawarkan kepada semua peringkat umur.

    Malah, mereka yang menyertai pertandingan yang diadakan ada yang tidak pulang dengan tangan kosong terutama bagi kanak-kanak serta pe-lajar-pelajar sekolah yang menyertai pertandingan mewarna dan melukis.

    Peserta pertandingan menerbang-kan kapal terbang kertas, kejohanan Mars Rover dan AstroHunt ma-sing-masing turut bertuah menerima hadiah yang disumbangkan oleh pihak penaja.

    Acara utama iaitu pemilihan makhluk asing turut menyaksikan pe-menangnya yang menerima sebuah binokular dan bagi Lucky Astronomy pula, pemenangnya dari SMK Santu-bong bertuah untuk menerima sebuah teleskop.

    Hari Astronomi tahun ini amat meriah kerana kebanyakan tenaga kerja serta sukarelawan adalah daripa-da ahli-ahli Persatuan Astronomi Sa-rawak atau lebih suka dikenali sebagai Sahabat Astronomi. Mereka dengan aktif melibatkan diri dalam menyusun aktiviti-aktiviti kecil, menganjurkan pertandingan, menjadi koordinator semasa pertandingan yang dijalankan serta turut giat terlibat dalam sesi selari pada sambutan tersebut.

    Sasaran PSI dan SAS melalui Hari Astronomi ini menjadikan astronomi ini sebagai subjek yang diminati oleh

    setiap pelajar dan aspek yang sering diingati dalam kehidupan masing-masing.

    Acara sambutan ini telah diras-mikan oleh Datuk Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

    Turut hadir sama Tuan Haji Soe-dirman Haji Aini, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, Datu Romie Sigan Presiden Persatuan Astronomi Sarawak dan Tuan Haji Abang Atei Abang Medaan, Timbalan Presiden 2 SAS.

    Barisan makhluk asing, yang dihakimi semasa pemilihan pencarian Makhluk Asing semasa Hari Astronomi pada Mei 2011 di PSI.

    Kanak-kanak berebut-rebut untuk menjawab soalan kuiz astronomi bagi mendapatkan hadiah semasa Hari As-tronomi 2011.

    Sesi mewarna muka menyerupai makhluk asing oleh para Sahabat Astronomi semasa Hari Astronomi 2011.

  • Julai - Disember 2011 6www.sarawak-astronomy.orgEksklusif

    Jika diteliti maksud cuaca angkasa sekali imbas seolah-olah terdapat pergerakan angin, perubahan suhu dan tekanan yang menyebabkan hujan ribut yang berada di angkasa. Tapi adakah cuaca angkasa benar-benar bermaksud demikian?

    Cuaca angkasa bermaksud aktiviti pada permukaan matahari dan an-gin suria (aliran proton dan elektron) yang mempengaruhi keadaan pada lapisan magnetosfera, atmosfera dan teknologi di permukaan Bumi serta yang mampu memberi kesan kepada manusia.

    Aktiviti yang disebabkan oleh ma-tahari seperti pecutan jisim corona dan nyalaan suria menyebabkan radia-si adalah faktor utama penyebab cuaca matahari. Disebabkan matahari pe-nyebab utama kepada cuaca angkasa, haruslah kita mengenali terlebih da-hulu matahari khususnya yang berkai-tan dengan tajuk rencana ini. Sila lihat Gambar 1.0.

    Cuaca angkasadan kesannya kepada kita

    Ismandy Ali MatahariCuaca angkasa adalah berasal

    dari matahari. Sekurang-kurangnya terdapat empat fenomena utama yang dihasilkan oleh matahari men-jadi perkara utama untuk memahami proses cuaca angkasa dan bagaimana ia memberi kesan kepada Bumi.

    Fenomena matahari tersebut adalah cetusan jisim korona, nyalaan

    solar, lohong korona dan prominen. Cetusan jisim korona terdiri dari-

    pada jirim yang dicetuskan ke luar dari corona, iaitu lapisan paling luar ma-tahari. Jangkauan paling jauh korona serta kepadatannya adalah ditentukan oleh medan magnet yang dihasilkan oleh keadaan di bawah permukaan (fotosfera) Bumi.

    Apabila medan magnet terpintal

    Gambar 1.0 Struktur dalam matahari.

  • Julai - Disember 20117

    Eksklusif

    kepada dirinya sendiri, jirim bercaj (dipanggil plasma) terkumpul dan ter-mampat sehingga berbillion-billion tan. Pada tahap tertentu ia akan ter-cetus keluar dan apa yang kita akan lihat kemudiannya sebagai satu ce-tusan yang terhambur pada kelajuan berjuta-juta kilometer sejam. Sila lihat Gambar 2.0.

    Nyala suria pula adalah cetusan tenaga yang kuat yang berasal dari lapisan kromosfera matahari, iaitu dari lapisan nipis di antara korona dan fotosfera.

    Tempoh nyala suria boleh berlaku dari beberapa minit sehingga ke be-berapa jam. Ia berbentuk seperti letu-pan di atas permukaan matahari.

    Tenaga yang dihasilkan oleh letu-pan pada nyala suria adalah lebih kuat dari 40 billion kali ganda dari bom atom yang pernah digugurkan di Hi-roshima semasa Perang Dunia Kedua. Sila lihat Gambar 3.0.

    Lohong korona yang hanya nam-pak di dalam spektrum sinar-x (anda memerlukan peralatan khas untuk membolehkan sinar-x dapat dikesan) adalah sebenarnya lohong di dalam korona.

    Lohong tersebut boleh berlanju-tan selama berbulan-bulan lamanya dan disebabkan oleh medan magnet tunggal di atas permukaan matahari (fotosfera). Medan magnet tunggal tersebut yang memberi bentuk kepada

    sinar-x tersebut berjuntai jauh ke ang-kasa lepas. Sila lihat Gambar 4.0.

    Prominen pula terjadi dari awan jirim matahari yang wujud di atas per-mukaan matahari dan jika dibanding-kan ia nampak seperti cetusan lahar gunung berapi yang berbentuk seperti lengkungan dan terbebas ke angkasa lepas. Sila lihat Gambar 1.0.

    Angin suriaJirim yang ditiup ke luar secara

    berterusan dari matahari dipanggil angin suria. Angin suria yang sampai ke Bumi seperti juga angin yang ter-dapat di Bumi berubah kelajuannya. Bagaimanapun, kelajuannnya di antara satu juta sehingga dua juta kilometer sejam.

    Tidak seperti angin di Bumi, angin suria ini berkepadatan amat rendah iaitu menyamai dengan keadaan pa-ling vakum yang mampu dihasilkan di dalam makmal di Bumi.

    Walaupun ia amat nipis, kesan secara langsung boleh dilihat pada komet yang mana ekornya sentiasa menjauhi apabila menghampiri Ma-tahari. Kandungan angin suria adalah proton, elektron, ion hidrogen, ion helium dan juga terdapat unsur-unsur lain seperti oksigen dan helium. Sila lihat Gambar 5.0.

    Kepadatan angin suria yang di-hasilkan bergantung kepada sama ada ia disebabkan oleh cetusan jisim koro-na, lohong korona dan lain-lain seperti

    Gambar 2.0 Cetusan jisim korona

    Gambar 3.0 Nyala suria Gambar 4.0 Lohong korona

  • Julai - Disember 2011 8www.sarawak-astronomy.org

    yang telah disebutkan. Nyala suria yang membebaskan

    tenaga berbentuk sinar-x semestinya akan sampai ke Bumi dalam masa 8 minit seperti kelajuan cahaya yang kita ketahui iaitu bergerak di dalam 300,000 kilometer sesaat. Sila lihat Gambar 6.0 untuk Spektrum Elektro-magnet.

    BumiBumi kita pula menyumbang ke-

    pada cuaca angkasa kerana kita me-punyai lapisan medan magnet yang dipanggil magnetosfera. Magnetosfera ini asalnya adalah seperti belon yang melindungi Bumi.

    Oleh kerana ia ditolak oleh angin suria maka bentuknya adalah seperti di dalam gambar 5.0. Bahagian mag-netosfera yang berhadapan dengan angin suria ini dipanggil magneto-pause dan ia bersaiz lebih kurang 6 kali ganda dari diameter Bumi.

    Manakala bahagian belakang mag-netosfera Bumi pula boleh menjang-kau sehingga 100 kali diameter Bumi. Apabila jirim yang dihasilkan oleh ce-tusan jisim korona (jirim lebih padat) sampai ke magnetosfera, ia seolah-olah menembusi magnetosfera dan sebahagian kecilnya masuk ke dalam bahagian dalam magnetosfera yang di-panggil Van Allen Belt sebelum bebe-rapa proses berlaku dan diarahkan ke kutub Bumi lalu membentuk aurora. Sila lihat kembali Gambar 5.0.

    Atmosfera BumiBahagian atas atmosfera Bumi

    iaitu mesosfera dan termosfera yang berjarak dari 50km sehingga ke 800 km. kedua-dua lapisan ini menyerap tenaga terutama dari dan sinar ultra lembayung dan sinar-x dari matahari dan seterusnya atom yang terionkan

    membentuk lapisan ionosfera. Oleh kerana ia bersifat mengkon-

    duksi elektrik, ia berinteraksi mudah dengan magnetosfera dan juga mu-dah berubah dengan kehadiran angin suria.

    Ribut elektromagnet yang dise-babkan oleh matahari akan mudah memberi kesan terhadap lapisan ion-osfera. Ini menyebabkan lapisan ion-osfera ia akan mengembang dan me-nyebabkan geseran dengan satelit dan memendekkan hayat satelit di orbit.

    Pada masa yang sama juga medan magnetik yang dihasilkan oleh ionos-fera ini juga memberi kesan kepada manusia dan teknologinya.

    Kesan cuaca angkasa kepada ma-nusia

    Seringkali jika disebut kesan cua-ca angkasa kepada Bumi, yang selalu menjadi contoh adalah di mana ia

    telah menyebabkan kerosakan besar kepada grid kuasa di Quebec, Kanada pada satu ketika dahulu. Tapi sebenar-nya gangguan tersebut sebenarnya adalah lebih dari itu.

    Gangguan satelitDisebabkan komponen satelit

    menjadi semakin kecil, pada masa yang sama ia juga turut terdedah ke-pada partikel dari angin solar seperti cip mikro dan perisian di dalamnya.

    Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem elektronik dan sehingga boleh mematikan operasinya. Selain itu, pengembangan lapisan ionosfera menyebabkan lapisan tersebut sampai ke kawasan di mana satelit mengorbit. Ini boleh memendekan hayat satelit mengorbit dan menyebabkan satelit jatuh ke Bumi.

    Gangguan komunikasiBanyak sistem komunikasi meng-

    gunakan ionosfera untuk menghantar isyarat radio untuk jarak yang jauh. Ribut ionosfera sebagai contoh me-nyebabkan beberapa frekuensi radio diserapkan manakala sebilangannya dipantulkan dengan ini menyebabkan isyarat tidak stabil. TV dan isyarat ra-dio komersial bagaimanapun tidak diganggu oleh keadaan ini, tapi komu-nikasi dari darat ke udara dan kapal ke

    Aktiviti yang disebabkan oleh matahari seperti pecutan jisim corona dan nyalaan suria menyebabkan radiasi adalah faktor

    utama penyebab cuaca matahari.

    Gambar 5.0 Angin suria dan magnetosfera

    Eksklusif

  • Julai - Disember 20119

    pantai sememangnya terganggu.

    Gangguan sistem navigasi Sistem navigasi seperti OMEGA

    dan LORAN akan terjejas teruk apa-bila aktiviti solar menganggu peng-hantar isyarat. Sistem OMEGA se-bagai contoh terdiri dari lapan peman-car di seluruh dunia. Kapal terbang dan kapal laut menggunakan frekue-nsi rendah kepada pemancar ini untuk menentukan kedudukan.

    Semasa fenomena solar dan ribut geomagnetik (kesan langsung yang diakibatkan oleh pecutan jisim ko-rona), sistem ini boleh menyebabkan sasaran tersasar beberapa kilometer. Kesan gangguan ini juga turut meng-ganggu sistem navigasi seperti LO-RAN - C dan sistem navigasi yang terkini iaitu GPS (Global positioning system).

    Gangguan grid kuasa elektrikApabila medan magnet bergerak

    di dalam konduktor seperti kabel, arus elektrik akan dijanakan. Ini berlaku di dalam skala yang lebih besar semasa ribut geomagnetik.

    Kuasa dialirkan menggunakan arus ulang-alik kepada pengguna mengguna kabel penghantar kuasa yang panjang, tapi arus terus yang dihasilkan oleh ribut geomagnetik ini menyebabkan kesesakan sehingga me-

    nyebabkan transfomer terbakar.

    Gangguan rangkaian paipMedan magnet juga boleh menye-

    babkan arus mengalir di dalam talian paip (seperti talian paip air dan min-yak) yang mana boleh menyebabkan meter memberi bacaan yang kurang tepat.

    Selain daripada itu, ia juga boleh menggalakkan berlakunya hakisan dan menyebabkan paip mudah berkarat.

    KesimpulanOleh kerana matahari adalah

    punca utama kepada cuaca angkasa, dan dilihat situasi sekarang di seluruh dunia, seharusnya kajian interaksi di antara fenomena pada matahari dan kesannya kepada magnetosfera dan atmosfera Bumi patut difahami den-gan lebih teliti dan lebih meluas.

    Pada masa kini, fenomena yang berlaku pada permukaan matahari dan angin suria serta kesannya kepada Bumi semakin giat dibuat kajian tetapi tertumpu kepada negara-negara maju.

    Adalah amat diharapkan bahawa artikel pendek ini mampu memberi pengenalan kepada faktor yang me-nyebabkan cuaca angkasa dan diharap dapat membantu meningkatkan lagi kajian yang lebih meluas khususnya bagi generasi muda kita di Malaysia, paling tidak pun ia akan dapat dijadi-

    kan titik tolak pemahaman orang ra-mai serta meminimakan kesan negatif cuaca angkasa kepada kita pada masa akan datang.

    Rujukan1. Wentzel, Donat G. (1989).

    The Restless Sun. Washington D.C: Smithsonian Institution Press

    2. http://sohowww.nascom.nasa.gov/spaceweather/ dicapai pada 7 ogos 2011

    3. Rethinking Space Weath-er .h t tp ://www.youtube .com/watch?v=19yrzPBSdM4

    4. http://www.vsp.ucar.edu/He-liophysics/ di capai pada 7 ogos 2011

    5. http://www.solarstorms.org/ dicapai pada 7 ogos 2011

    6. http://www.swpc.noaa.gov/ dicapai pada 6 ogos 2011

    7.http://www.spaceweather.com/ dicapai pada 6 ogos 2011

    8 . h t t p : / / w w w . c l i m a t e .gov/#climateWatch dicapai pada 5 ogos 2011

    9. Forecasting Space Weath-er .h t tp ://www.youtube .com/watch?v=_4nzvAIiUIQ

    10.http://www.spaceweather.gc.ca/se-gps-fra.php? dicapai pada 5 ogos 2011

    11. http://www.colorado.edu/ge-ography/gcraft/notes/gisloran/gis-loran.html dicapai pada 4 ogos 2011

    Gambar 6.0 Spektrum elektromagnetik

    Eksklusif

  • Julai - Disember 2011 10www.sarawak-astronomy.org

  • Julai - Disember 201111

  • Julai - Disember 2011 12www.sarawak-astronomy.orgBerita

    Kiosk adalah alat yang di-gunakan sebagai media maklumat, transaksi, pro-mosi, internet, penjualan tiket dan sebagainya.

    Secara umumnya kiosk berben-tuk seperti mesin ATM, dengan para pengguna boleh menggunakannya un-tuk mendapatkan maklumat.

    Aplikasi yang digunakan juga mes-tilah interaktif dan padat dengan mak-lumat.

    Aplikasi yang digunakan di dalam kiosk adalah amat penting dan meru-pakan salah satu spesifikasi untuk menjadikan kiosk tersebut lebih me-narik.

    Planetarium Sultan Iskandar me-lalui pelajar latihan industri UiTM sedang membangunkan aplikasi kom-puter yang akan dimasukkan ke dalam kategori perkhidmatan untuk kemu-dahan organisasi.

    Fungsi aplikasi media interaktif ini digunakan untuk memberikan maklu-mat kepada pengunjung Planetarium Sultan Iskandar dan juga merupakan salah satu medium dalam memberi pengetahuan dan juga alternatif lain selain daripada menggunakan khidmat planetarian yang sedia ada.

    Kiosk pengantara ilmu astronomi interaktif

    Aplikasi komputer ini terdiri dari-pada topik-topik tertentu dalam bi-dang astronomi dengan kandungan yang ringkas lagi padat serta mudah untuk difahami.

    Topik termasuk pengetahuan dalam sistem solar, latar belakang PSI, cuaca angkasa, dan mitos buruj serta maklumat-maklumat yang lain dalam ilmu astronomi.

    Aplikasi ini dilengkapi dengan ciri-ciri GUI (Graphical User Interface) yang menarik dan reka bentuk yang canggih

    dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Flash CS5.

    Objektif kiosk ini sebagai salah satu alternatif dalam perkongsian maklumat dan juga sebagai alat mem-bantu mengajar bagi pelawat.

    Selain itu, projek ini mampu mem-bawa Planetarium Sultan Iskandar untuk menghasilkan produk sendiri seiringi dengan aplikasi Augmented Reality yang sedia ada.

    Dengan menggunakan aplikasi media interaktif, ia akan membawa manfaat kepada pengunjung terutama kepada kanak-kanak yang memerlu-kan bimbingan untuk memperolehi pengetahuan di mana planetarium maya ini akan membantu untuk me-ningkatkan kemahiran pembelajaran bagi mencari maklumat.

    Tiga langkah mudah yang di-tekankan oleh Planetarium Sultan Is-kandar dalam menyebarkan maklumat astronomi adalah ia haruslah menye-ronokkan, dibentangkan dengan sem-purna, dan juga bermanfaat.

    Diharapkan alat pengajaran se-perti ini akan membawa Planetarium Sultan Iskandar sebagai salah satu daripada Planetarium berdaya saing di negara ini sesuai dengan namanya seb-agai planetarium pertama di Malaysia.

    Muhammad Athari

  • Julai - Disember 201113

    Teknologi skrin hijau atau Green Screen adalah asas kepa-da kesan-kesan yang menarik yang dapat anda lihat dalam sesebuah tayangan Hollywood dan juga untuk ramalan kaji cuaca.

    Dengan berlatarbelakangkan skrin hijau, kita boleh menggantikan latar-belakang tersebut dengan imej atau klip video yang sesuai selain mudah untuk memanipulasikan keadaan dan juga watak yang dirakamkan.

    Sebagai contoh, ia boleh mem-bawa anda ke bulan, menerbangkan anda di angkasa dan sebagainya.

    Planetarium Sultan Iskandar kini sedang di dalam proses untuk mewu-judkan satu kaedah penyampaian maklumat dengan menggunakan teknologi skrin hijau.

    Teknologi ini mampu membentuk platform maya bagi menyampaikan berita terkini tentang keadaan cuaca di angkasa.

    Antara kelebihan projek skrin hi-jau adalah ia mampu mengurangkan kos dari segi menghasilkan set dan juga menjimatkan masa.

    Dengan menggunakan aplikasi terkini untuk suntingan, skrin hijau mampu mewujudkan suasana seperti

    di dalam set sebenar. Ia juga mampu menarik minat

    para pelajar untuk mencuba teknologi tersebut dan mengaplikasikannya di sekolah masing-masing.

    Selain itu ia juga salah satu usaha bagi pihak PSI untuk menjadikan sistem pembelajaran dan aktiviti inter-aktif lebih menyeronokkan untuk para pelajar.

    Seiring dengan misi PSI dalam

    mempermudahkan penyampaian maklumat lebih efektif, kaedah ini berkemungkinan akan memberi satu revolusi dalam sistem penyampaian maklumat dalam bidang astronomi untuk lebih menarik.

    Bagaimanapun, projek ini masih lagi dalam percubaan dan akan diap-likasikan dalam program-program PSI masa hadapan khususnya program sains angkasa cuti sekolah.

    Teknologi skrin hijau pelbagaikan maklumat astronomi

    Contoh set berita yang direka dari-

    pada paparan skin hijau.

    Keadaan sebenar ketika sesi rakaman untuk berita berlatarkan skrin hijau.

    Rencana

  • Julai - Disember 2011 14www.sarawak-astronomy.orgRencana

    Solar motion demonstrator (SMD) telah pertama kali di-gunakan semasa Program Sains Angkasa Cuti Sekolah ke-10 pada Jun 2010 di Planetarium Sultan Is-kandar.

    SMD secara asasnya adalah satu alat pembelajaran untuk menunjuk-kan kedudukan pergerakan matahari di langit di pelbagai latitud di Bumi. Ia adalah ciptaan Professor Joseph Snider dari Kolej Oberlin, Amerika Syarikat pada tahun 1992.

    SMD secara ringkasnya terdiri daripada dua komponen utama iaitu bahagian bumi dan bahagian langit serta kedudukan matahari kemudi-annya dilihat secara relatif dengan kedudukan pemerhati dari permukaan pusat Bumi.

    Ini bermakna arah mata angin utara, selatan, timur dan barat serta zenith iaitu satu titik khayalan di atas kepala adalah semuanya berdasarkan seorang pemerhati dari pusat Bumi tersebut.

    Secara asas, SMD boleh diguna-kan untuk menunjukkan arah mataha-ri terbit dan terbenam, kedudukan pa-ling tinggi matahari pada waktu tenga-hari, perjalanan matahari dalam sehari dan dengan kedudukan matahari jika dilihat dari beberapa lokasi di seluruh dunia.

    Bagaimanapun, SMD ini dicipta khas untuk lokasi di kawasan hemis-fera utara dan dapat digunakan di-hemisfera selatan dengan sedikit perubahan. Cukup menarik apabila dengan menggunakan SMD ini kita boleh dapati bahawa matahari tidak terbenam untuk beberapa tempoh dan malah terdapat juga matahari ti-dak terbit untuk beberapa tempoh di kawasan ekstrem sebelah utara.

    Semuanya dapat dilihat dan

    Solar Motion Demonstrator untuk jejak kedudukan matahari

    didemonstrasikan secara rasional me-lalui SMD ini.

    Untuk menjawab soalan-soalan berikut, pembaca disarankan untuk membuat turun SMD ini dari laman web PSI di http://www.planetarium-sarawak.org dan cuba saksikan video demonstrasi di laman Youtube Saha-batPSI di http://www.youtube.com/watch?v=L-KExKWSxls

    Cuba jawab soalan tersebut meng-gunakan SMD yang telah siap dipo-tong: Di manakah kedudukan matahari

    terbit dan terbenam semasa Equi-nox Mac dan September di kedudu-kan latitud di beberapa kawasan di

    Malaysia? Bagaimana pula dengan di negeri seperti Jepun dan Finland?

    Di manakah kedudukan matahari terbit semasa solsetis Jun dan Di-sember di beberapa kawasan di Malaysia? Bagaimana pula dengan di negeri seperti Jepun dan Finland?

    Berapakah kedudukan matahari paling tinggi semasa Solsetis 21 Disember di Frankfurt Jerman mis-alnya?

    Apakah jarak paling jauh terbit matahari ke utara atau selatan dari jarak mata angin timur dalam seta-hun? Bilakah ia akan berlaku?

    Bagaimana keadaan perjalanan ma-tahari dalam setahun di kutub utara?

    Ismandy Ali

    Contoh Solar Motion Demonstrator yang telah disiap dihasilkan.

  • Julai - Disember 201115

    Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak telah mengadakan beberapa siri Jerayawara Sahabat As-tronomi bermula Januari tahun ini sebagai salah satu usaha untuk me-nyebarkan kesedaran astronomi di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri Sarawak.

    Dalam siri Jerayawara Sahabat Astronomi ini, PSI dan SAS telah me-milih beberapa lokasi di luar dan seki-tar Kuching bagi memberikan peluang kepada pelajar yang belum mempu-nyai pengalaman untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang as-tronomi dan sains angkasa.

    Daerah Simunjan Jerayawara Sahabat Astronomi

    yang pertama dijalankan pada 2011 adalah diadakan di Daerah Simunjan dengan kedudukannya kira-kira 2 jam perjalanan dari bandar raya Kuching.

    Dua sekolah menengah dan se-buah sekolah rendah telah menjadi pilihan lokasi jerayawara iaitu SMK Simunjan No. 1, SMK Sri Sadong dan SK Abang Man.

    Rata-rata, sambutan para pela-jar sekolah menengah dan sekolah menengah ke atas program jerayawara ini amat menggalakkan lebih-lebih lagi apabila mereka dapat mencuba aktiviti baru terutama dalam membuat carta bintang, mengenali buruj melalui peri-sian Stellarium serta menggunakan teleskop.

    Bagaimanapun, rancangan untuk mengadakan cerapan umum di ka-wasan lapang Daerah Simunjan gagal diadakan disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan pada kedua-dua malam ketika jerayawara diadakan.

    Jerayawara Sahabat Astronomi sebar ilmu baru kepada pelajar

    MukahJerayawara Sahabat Astronomi

    Mukah telah diadakan pada bulan April dan bagi jerayawara ini, dua ahli Persatuan Astronomi Sarawak iaitu Muhammad Alwi Busrah dan Abang Muhamad Zulfadhli bin Abang Arif-fin telah bersama-sama untuk me-nyampaikan maklumat astonomi dan sains angkasa kepada pelajar dan mu-rid sekolah.

    Ini bukanlah pertama kali PSI dan SAS berada di Mukah dan sebelum ini telah diadakan Kem Sahabat Astrono-mi di Kem Belia Mukah sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan as-tronomi kepada para pelajar di lokasi tersebut dan sekitarnya.

    Bagaimanapun, disebabkan jum-lah sebaran maklumat semasa kem amatlah terhad, tahun ini diadakan lagi program jerayawara sebagai cara un-tuk mendekatkan lagi para pelajar dan warga Mukah dengan ilmu astronomi.

    Sebanyak empat buah sekolah telah dipilih bagi program jerayawara ini yang melibatkan SK St Patrick, SK Mukah dan SK Penangkup Ulu, SK Kpg Tellian Mukah dan SMK Oya Dalat, Mukah.

    Bilangan pelajar yang menyertai program jerayawara ini amat meng-galakkan memandangkan bukan se-lalu pihak PSI dan SAS berkunjung ke Mukah untuk mengadakan aktiviti sebegini.

    SK St Patrick telah menghantar bilangan murid paling ramai dengan kira-kira 400 murid berkumpul de-ngan meriahnya untuk belajar tentang ilmu astronomi.

    Malah, apa yang menarik, pihak kami turut mengadakan sesi mencerap bintang pada sebelah malamnya di ke-tiga-tiga sekolah tersebut kecuali SMK Oya, Dalat dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

    Selain murid-murid sekolah yang

    Alfean Aziz

    Muhd. Alwi (kiri) dan Abg Mohd. Fadhli memberikan penerangan tentang sistem suria di SK Mukah dan SK Penangkup Ulu, Mukah.

  • Julai - Disember 2011 16www.sarawak-astronomy.org

    menyertai sesi cerapan itu, para ibu bapa yang membawa anak-anak mereka pada malam tersebut turut sama belajar untuk mencari buruj di langit.

    Cuaca pada malam tersebut yang cerah membolehkan banyak bintang boleh dikesan oleh para murid sekolah dan ini menggalakkan lagi ramai yang datang di lokasi cerapan, iaitu di sekolah masing-masing.

    Di samping itu, PSI turut mengadakan beberapa ka-jian pendek semasa mengadakan program jerayawara iaitu kajian mental bentuk sfera bumi dan tarikan graviti bagi murid-murid berumur 4 hingga 12 tahun.

    Dalam kajian ini, model saintifik Bumi di angkasa dan graviti adalah antara model yang murid-murid akan lalui semasa belajar dalam kelas yang berkaitan dengan sains.

    Pemahaman konsep model ini amat penting untuk perkembangan konsep yang selanjutnya dalam pembelaja-ran astronomi. Cadangan kajian ini adalah melalui tiga fasa iaitu fasa pra-ujian, fasa aktiviti dan fasa pasca ujian.

    Di dalam fasa pra-ujian, murid-murid akan melalui uji-an pendek yang terdiri dari 4 soalan. Semasa fasa aktiviti, murid-murid akan diberikan aktiviti seperti berkaitan sub-jek bentuk Bumi dan tarikan graviti Bumi melalui kaedah demonstrasi.

    Fasa terakhir iaitu fasa pasca-ujian, ujian yang sama akan diberikan untuk melihat keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan pra-ujian dan pasca ujian ini, tin-jauan berkenaan mental Bumi dan tarikan graviti murid-murid dapat didapati selain keberkesanan aktiviti juga turut diperolehi.

    Bagi kajian kedua pula adalah kajian model mental konsep alternatif astronomi bagi pelajar-pelajar berumur 13 hingga 15 tahun.

    Model mental konsep alternatif astronomi adalah anta-ra model yang pelajar-pelajar akan lalui semasa kelas berkai-tan dengan sains.

    Pemahaman konsep model mental ini adalah amat penting untuk mengetahui bagaimana dan mengapa wujud-nya refleksi dan maklum balas tentang salah faham menge-nai konsep ini oleh pelajar-pelajar di dalam pembelajaran astronomi.

    Cadangan kajian ini adalah melalui dua fasa iaitu fasa

    Aktiviti

    Para pelajar SMK Simunjan No. 1 sedang cuba untuk me-nerbangkan roket air.

    Sesi mencerap bintang yang diadakan di SK Mukah dan SK Penangkup Ulu, Mukah.

    Jerayawara diadakan di SK Kpg Tellian, Mukah.

    Murid-murid SK Kpg Tellian sedang mencuba teleskop op-tik ketika program jerayawara di sekolah itu.

    Murid-murid dari SK St. Patrick, Mukah terpegun dengan pergerakan Orrery, model sistem suria.

  • Julai - Disember 201117

    aktiviti dan fasa pasca-ujian. Semasa fasa aktiviti, pelajar-pelajar akan di-berikan aktiviti seperti berkaitan sub-jek konsep astronomi berkaitan Bumi dan alam semesta dan sains angkasa melalui kaedah demonstrasi pendidi-kan.

    Fasa kedua iaitu fasa pasca-ujian, ujian berbentuk pelbagai pilihan akan diberikan untuk melihat keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

    Berdasarkan pasca-ujian ini, tin-jauan berkenaan mental konsep al-ternatif dapat membantu mengetahui

    kenapa dan bagaimana wujudnya ten-tang salah faham konsep alternatif as-tronomi di kalangan para pelajar ber-laku, khususnya berkaitan matahari, gerhana matahari, fasa bulan dan ger-hana bulan, graviti, musim, penjelaja-han kapal angkasa, pusat alam semes-ta, bintang, buruj, dan angkasawan sekaligus ini akan dapat membantu mencari penyelesaian tentang kaedah membetulkan refleksi dan tanggapan salah (incorrect) mereka.

    Jadi, konsep alternatif digunakan untuk merujuk kepada salah faham

    refleksi dan maklum balas tentang pendapat dan pengetahuan serta pemahaman terhadap beberapa kon-sep astronomi di kalangan para pelajar sekolah.

    Selain dua jerayawa utama, PSI dan SAS turut mengadakan jeraya-wa-jerayawa di kawasan berdekatan Kuching seperti di SK Siol Kanan, SMK Matang Hilir, SMK Tun Abdul Rahman dan SK Agama Tun Ahmad Zaidi serta SK St Peter, Padawan se-bagai salah satu promosi menjelang Hari Astronomi.

    For a slightly more sophisticated look, use your fingers to curl the bottom of the rab-bit into an arc. This gives the impression of fore and hind legs.

    Selain Constellation of Rabbit/Lepus, terdapat juga, origami lain yang digunakan oleh PSI untuk me-narik minat para pelajar dalam mem-pelajari bidang astronomi dengan cara yang menyeronokkan antaranya ialah :

    Origami Boat Origami Swan Origami 4-pointed-star Origami Fish Origami Rocket Origami Airplanes

    Bagi Origami di atas, cara-cara un-tuk membuat nya sila layari laman web yang diberi :

    http://www.origami-instructions.com/origami-boat.html

    http://www.marcels-kid-crafts.com/origami-swan.html

    http://www.origami-instructions.com/origami-4-pointed-star.html

    http://en.origami-club.com/easy/fish/fish/index.html

    http://en.origami-club.com/easy/rocket/rocket/index.html

    http://www.origami-instructions.com/paper-airplanes-best.html

    Membuat buruj dengan origamiDari muka 20

    Murid-murid dari SK Abg Man, Simunjan ketika program jerayawara di sekolah itu.

    Murid-murid dari SK Tellian, Mukah bergambar kenangan selepas program Jerayawara Sahabat Astronomi.

    Aktiviti

  • Julai - Disember 2011 18www.sarawak-astronomy.orgInfo Aktiviti

    Menjejak tompok matahari adalah salah satu daripada aktiviti berkenaan dengan matahari yang seringkali diadakan semasa program astronomi.

    Ia telah diadakan buat kali pertama pada tahun 1991 dan mula di-adakan semula selepas beberapa tahun sejak 2004 yang lepas di kem Astronomi di Kem Alapong, Lundu oleh fasilitator dari Persatuan Astronomi Sarawak.

    Sejak itu, aktiviti menjejak tom-pok matahari sering diadakan seba-gai sebahagian dari tentatif program yang menjangkau lebih dari dua hari. Ini termasuk beberapa siri Program Sains Angkasa Cuti Sekolah dari ta-hun 2007-2010 dan Kem-kem Saha-bat Astronomi di Bahagian Kuching dan Mukah.

    Untuk rekod, terdapat beberapa anomali yang agak berlainan dari tahun-tahun sebelumnya telah dike-san iaitu hampir tidak terdapat tom-pok matahari bagi tahun 2008 se-hingga 2009 dan ia adalah agak ganjil bagi sesetengah pelajar yang pernah mengikuti program anjuran PSI dan SAS sejak beberapa tahun sebelum ini (anomali tersebut sebenarnya berkai-tan dengan kitaran matahari di dalam tempoh 11 tahun).

    Selain anomali tersebut, keadaan cuaca yang berawan tebal sering me-nyebabkan cerapan menggunakan teleskop ditukarkan kepada media al-ternatif iaitu data dari internet.

    Walaupun begitu, keseronokan memanipulasi data yang diperolehi sendiri tidak sama dengan data yang diperolehi dari Internet, walaupun data tersebut adalah diperolehi dari satelit canggih seperti STEREO dan SOHO.

    Tapi apakah sebenarnya tompok matahari? Tompok matahari sebena-rnya adalah kawasan yang agak rendah

    Menjejak tompokan matahari

    suhunya berbanding dengan kawasan lain di sekitarnya.

    Bilangan tompok matahari adalah berdasarkan kitaran lebih kurang 11 tahun. Kitaran yang terkini yang menunjukkan kenaikan bilangan tom-pok matahari adalah antara tahun 1989 sehingga 2000. Sekiranya anda mempunyai teleskop atau snapshot harian matahari dari Internet, anda boleh menjejaki kedudukan tompok matahari dalam tempoh sehingga leb-ih dari seminggu.

    Pada tahun 1612, Galileo telah merekodkan pergerakan tompok ma-tahari. Berdasarkan lakaran beliau un-tuk tempoh lama, beliau dapat meru-muskan bahawa matahari berpusing sekali dalam masa 27 hari.

    Untuk menjejak tompok matahari, berikut adalah persiapan yang perlu ada:

    Capaian imej matahari seperti dari Misi Stereo atau SOHO melalui inter-net atau menggunakan teleskop Pensel

    Templat menjejak tompok ma-tahari (sila rujuk templat di bawah)

    Kaedah1. Buat beberapa salinan templat

    penjejak tompok matahari2. Pada setiap hari, lebih kurang

    pada waktu yang sama, gunakan imej yang dapat untuk melihat kedudukan dan saiz tompok matahari.

    3. Lukiskan tompok tersebut pada templat tersebut dengan menggunak-an pensel. Pastikan anda melukis pada kedudukan yang betul. Pastikan anda menulis tarikh dan waktu merekod.

    4. Ulang aktiviti tersebut sekurang-kurang lebih dari seminggu dan anda akan dapati kedudukan tompok terse-but berubah.

    5. Cadangan ialah anda boleh mencantumkan imej tersebut seperti sebuah buku kecil atau kamu imbas dan cantumkan imej tersebut untuk membentuk seperti sebuah pertunju-kan slaid.

    Gambar kedudukan tompokan matahari yang boleh dilihat dengan menggu-nakan teleskop.

    Ismandy Ali

  • Julai - Disember 201119

    Analisa1. Cuba ambil dua daripada la-

    karan harian berturutan bandingkan kedudukan dan bentuk tompok ma-tahari. adakah bentuknya berubah? berapa jauhkah ia telah bergerak?

    2. Garisan tegak pada templat adalah penunjuk sudut dari pusat ma-tahari.

    Ukur jarak berapa darjah tompok

    Templat penjejak tompok matahari

    tersebut telah bergerak dan cuba ang-garkan berapa masa yang diambil un-tuk membuat satu pusingan. Formula (360/jarak yang dilalui x masa yang diambil). Sebagai contoh jika tompok bergerak 60 darjah dalam lima hari, maka ia mengambil masa 360/60 x 5 = 30 hari untuk membuat satu tem-poh kitaran.

    3. Untuk lebih berkesan, buat ak-tiviti cerapan ini beberapa kali pada

    lokasi tompok yang berlainan dan am-bil purata nilai tempoh tersebut (unit dalam hari). Berapakah nilai yang kamu dapat?

    Rujukan1. sohowww.nascom.nasa.gov/

    classroom/docs/Spotexerweb.pdf2. http://www.sciencebuddies.

    org/science-fair-projects/project_ideas/Astro_p005.shtml

    Info Aktiviti

  • Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak telah memperbaha-rui kaedah mengajar ilmu astronomi melalui kaedah Constellation Ori-gami kepada yang berkunjung ke PSI. Golongan sasaran bagi kaedah ini khususnya kanak-kanak dan guru-guru dalam membantu menanam minat terhadap astronomi dan sains angkasa sekaligus memberi keseda-ran kepada para pelajar bahawa pen- tingnya ilmu astronomi dalam ke-hidupan kita seharian.

    1. Lipatan Lembah

    D i t a n d a i dengan garis putus-putus , bentuk lipatan seperti Lem-bah.

    2. Lipatan GunungD i t a n d a i

    dengan garis-titik-garis-titik dst., bentuk lipatan seper-ti Gunung.

    3. Lipatan dibalik ke dalam (inside reverse)

    D e n g a n melakukan dua macam jenis lipatan dalam satu kali balik, pertama lipatan gunung kemu-dian diikuti dg lipatan lembah

    pada bagian dalamnya.

    Selain itu, Constellation Origa-mi boleh membantu dalam memper-kasakan keupayaan kreativiti dan ima-ginasi di samping dapat membantu dari segi penceritaan yang berkaitan dengan astronomi dan buruj-buruj.

    Selain menambah ilmu pengeta-huan dalam bidang astronomi, kae-dah ini juga membawa keseronokan kepada para pelajar jika dibandingkan

    Membuat buruj dengan origami

    dengan kaedah pembelajaran yang se-dia ada di sekolah.

    Kaedah origami mempunyai cara-cara atau simbol-simbol tersendiri dan fungsi simbol-simbol origami ini adalah untuk membantu memahami tahap-tahap arahan lipatan yang ter-dapat pada suatu diagram origami sehingga seseorang dapat membuat bentuk origami.

    Simbol-simbol utama dalam origami adalah:Simbol Panah

    yang digunakan untuk menjelaskan arahan dibalik ke dalam.

    4. Lipatan dibalik ke luar (outside reverse)

    Seperti halnya inside reverse, lipatan ini dilakukan ke dalam.

    Simbol Panah yang digunakan untuk menjelaskan arahan dibalik ke luar.

    5. Membalik kertas

    Simbol pa-nah ini untuk arahan memba-lik kertas yang

    sedang dilipat dengan tujuan untuk melipat permukaan sebaliknya

    Origami Of Rabbit (Constellation of Lepus)

    Take a square sheet of paper and posi-tion it so it looks like a diamond shape. Fold in half and unfold.

    Fold the bottom left and bottom right edges towards the center crease. It will look like a kite shape.

    Fold the top of the kite (small triangular flap) downwards.

    Fold the tip of the kite back up ap-proximately 2/3 of the way. The protruding triangle will be the bunnys tail.

    Fold the model in half.Rotate clockwise a quarter turn.Cut the top crease a little less than half

    the length of the paper.Fold the two flaps upwards to make

    ears.Curl the ears and decorate with eyes.Notes:If you do not want to use scissors, you can

    skip step 7. The bunnys ears will stick up as in step 9 but you will not be able to curl the ears independently.

    Bersambung di muka 17

    Noraizah Idris