aku dan bintang 15

20
Disember 2014 BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR ISSN 1985-0344 Keluaran 15 www.planetarium-sarawak.org Ikuti kami melalui media sosial di sebelah Planetarium Sultan Iskandar @SahabatPSI SahabatPSI Planetarium Sultan Iskandar sahabatastronomi Planetarium Sultan Iskandar Astronomi di media sosial

Upload: planetarium-sultan-iskandar

Post on 07-Apr-2016

284 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Buletin rasmi Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak

TRANSCRIPT

Page 1: Aku dan Bintang 15

Disember 2014

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

ISSN 1985-0344Keluaran 15

www.planetarium-sarawak.org

Ikuti kami melalui media sosial di sebelah

Planetarium Sultan Iskandar

@SahabatPSI SahabatPSI Planetarium Sultan Iskandar

sahabatastronomi Planetarium Sultan Iskandar

Astronomi di media sosial

Page 2: Aku dan Bintang 15

Disember 2014 • 2www.planetarium-sarawak.org

Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak

93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-251275

Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.orge-mel: [email protected]

Kandungan

EditorAlfean Aziz

Sumbangan

Ismandy AliNoraizah Idris

Asfahanim BujangJenau AdamAlfean Aziz

Muhd Zulfadhli Usop

Tahun ini Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) ingin mengucapkan terima kasih kepada badan-badan yang telah memberikan sumbangan bagi membolehkan organisasi ini

mengadakan aktiviti-aktiviti yang memberikan manfaat kepada masyarakat. Sarawak Plantation Berhad telah memberikan sumbangan ruang pameran

kepada PSI dan SAS yang julung kali mengadakan pameran semasa Pesta Kaul di Mukah tahun ini.

Dengan sumbangan itu, kami telah menarik minat seramai 2,700 pengun-jung yang berkunjung ke tapak pameran dan juga menyertai aktiviti cerapan langit malam.

Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC) dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) turut memberikan sumbangan yang membolehkan PSI dan SAS mengadakan program Jerayawara Sahabat Astronomi di Sibu dan juga Miri.

Sumbangan-sumbangan amat dihargai dan sentiasa dialu-alukan bagi mana-mana organisasi yang ingin membantu untuk merealisasikan impian meningkat-kan lagi ilmu pengetahuan orang ramai dalam bidang astronomi.

Sumbangan tingkatkan program astronomi

(Atas) Dato’ Richard Curtis, Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad menyampaikan sumbangan bagi program jerayawara untuk SAS dan PSI kepada Setiausaha SAS, Cik Zurwina Sharkawi.

(Kiri) Kunjungan kakitangan PSI ke Sarawak Plantation Berhad atas tajaan syarikat tersebut bagi mengadakan pameran Pesta Kaul. Kelihatan Encik Polit Hamzah, Pengarah Urusan Kum-pulan menerima cenderahati daripada Ismandy Ali, Kurator PSI.

Video online tambah ilmu astronomi - 4Berita Space Scoop PSI

dengan kerjasama EU Universe Awareness - 4

Video Langit Malam terbitan PSI - 5

Sambutan Tahun Cahaya Antarabangsa

2015 - 6-7Jerayawara Sahabat Astronomi di Miri - 8

Astronomy Outreach Program in Sibu, Sarikei

and Miri for 2014 - 9Jerayawara Sahabat Astronomi 2014 - 10-11Astronomi 4U bersama-

sama peserta UNIMAS - 14

PSI di pameran Konvokesyen IKMAS 2014 - 15

Pameran interaktif dan cerapan di Pesta Kaul

Mukah 2014 - 16Street Astronomy: Tarikan astronomi untuk orang awam - 18

Jerayawara SK Empila Kota Samarahan - 19

Back To The Moon For Good - 20

Page 3: Aku dan Bintang 15

• Disember 20143

PERUTUSAN

Datu Romie Sigan DanielPresiden

Persatuan Astronomi Sarawak

Era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memainkan peranan penting dalam meng-hubungkan setiap individu di muka bumi ini de-

ngan mudah lebih-lebih lagi dengan kewujudan telefon pintar.

Telefon pintar yang sama saiznya dengan tapak tangan kita telah membuka peluang dari segi aspek komunikasi masyarakat, bukan sahaja komunikasi secara verbal tetapi komunikasi secara mesej atau teks yang semakin mendo-minasikan perhubungan sesama manusia.

Bercakap tentang komunikasi, media sosial sememang-nya antara komunikasi yang paling banyak digunakan oleh orang ramai, khususnya bagi mereka yang memiliki telefon pintar.

Media sosial yang paling popular buat masa kini adalah Facebook yang digunakan sebagai penghubung antara mereka yang dekat mahupun jauh.

Bukan itu sahaja, platform ini juga sesuai digunakan se-bagai penyebar ilmu pengetahuan memandangkan jumlah penggunanya amatlah tinggi.

Sehubungan itu, Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak tidak melepaskan peluang untuk menggunakan media sosial Facebook dengan misi utamanya untuk menyebarkan pelbagai ilmu kepada ma-syarakat dalam pelbagai peringkat umur.

Bukan itu sahaja, penyebaran ilmu astronomi daripada

Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sa-rawak turut menggunakan media-media sosial yang lain un-tuk meningkatkan keluasan penyebaran maklumat kepada orang ramai.

Media sosial popular YouTube telah dipilih meman-dangkan jumlah penonton bagi media sosial itu amat tinggi dan boleh menjangkau tontonan di seluruh dunia.

Video-video pendek dihasilkan bertujuan sebagai memberikan maklumat tambahan kepada para pelajar dan orang ramai yang ingin mencari maklumat yang berkaitan dengan astronomi.

Sememangnya media sosial YouTube ini merupakan platform yang sesuai bagi Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak untuk bergiat aktif mem-berikan ilmu kepada orang ramai dalam usaha untuk me-ningkatkan imbangan pelajar yang menjurus dalam bidang sains.

Video pendek yang dihasilkan adalah berbentuk infor-masi atau maklumat serta berita semasa yang tidak kurang menariknya dalam membantu mempelbagaikan lagi proses penambahan ilmu orang ramai dalam sains astronomi.

Diharapkan platform ini digunakan secara berterusan dalam usaha untuk mendidik masyarakat di negeri ini se-bagai alternatif bagi memperolehi ilmu sains dan teknologi agar mereka setanding dengan masyarakat dunia.

BergerAk ke ArAh SeBArAn Ilmu medIA SoSIAl

Page 4: Aku dan Bintang 15

Disember 2014 • 4www.planetarium-sarawak.org

Alfean Aziz

Dalam usaha untuk menam-bahkan lagi pengetahuan orang ramai tentang as-

tronomi, Planetarium Sultan Iskan-dar bersama-sama EU Universe Awareness (UNAWE) telah beker-jasama dalam menghasilkan video berita yang dikenali sebagai video Berita Space Scoop.

Video yang diterbitkan di bawah platform YouTube ini merupakan video bulanan PSI dengan sumber berita disediakan oleh pihak EU Uni-verse Awareness.

Video kurang 10 minit ini meli-batkan tenaga kerja Ejort dan Hanim sebagai hos dan video serta disunting oleh Alfean Aziz yang juga menye-diakan skrip video.

Setakat ini, terdapat lapan buah video telah dihasilkan pada 2014 iaitu;

Berita Space Scoop PSI dengan kerjasama eu universe Awareness

Bulan Tajuk VideoMac Cahaya di lautan angkasaMei Konsep masa di Planet asingJun Penampilan baru gugusan bintang mudaJulai Misteri kosmik magnetOgos Jika awan kosmik dilihat dari tempat tinggi & kering di BumiSeptember Berapa lama bintang hidup?Oktober Adakah kita tinggal dalam kepulauan alam semesta?November Penemuan bintang kecil melalui kanta pembesar galaksi

Noraizah Idris

Video online tambah ilmu astronomi

Video yang diterbitkan secara online dengan menggunakan platform media sosial You-

Tube atau Vimeo memainkan pera-nan penting sebagai usaha untuk me-nambahkan ilmu astronomi kepada orang awam.

Planetarium Sultan Iskandar se-bagai salah sebuah institusi untuk meningkatkan kesedaran dalam ilmu astronomi turut sama menggunakan media sosial YouTube sebagai plat-form utama bagi membolehkan orang ramai memperolehi maklumat tentang ilmu astronomi.

Penggunaan YouTube sebagai sa-luran untuk menerbitkan video-video telah lama digunakan oleh institusi ini iaitu sebagai tempat untuk mempa-merkan hasil-hasil video yang diter-

bitkan oleh peserta-peserta Program Sains Angkasa Cuti Sekolah, Kem Astronomi dan juga Astronomi 4U (Astronomy For University).

Dalam program-program itu, para peserta telah diminta untuk meng-hasilkan video berdasarkan tajuk yang diberikan bergantung kepada tema

program yang diadakan. Hasilnya, terdapat beberapa vid-

eo-video kreatif yang telah diusahakan oleh para peserta bertemakan astrono-mi sesuai bagi tatapan orang ramai dan ini secara tidak langsung mengajar

Salah satu video Berita Space Scoop di YouTube.

Bersambung di muka 5

Page 5: Aku dan Bintang 15

• Disember 20145

Planetarium Sultan Iskandar in-gin meningkatkan minat orang ramai untuk mendongak ke

langit malam dan mencerap melalui koleksi video terbaru yang dimasuk-kan di laman media sosial YouTube.

Video yang bertajuk Langit Malam ini diterbitkan setiap bulan mem-fokuskan fenomena-fenomena yang boleh menjadi tarikan penonton se-perti bintang, bulan, planet, komet serta hujan meteor.

Setakat ini, terdapat enam video yang telah diterbitkan bermula Julai 2014 dan diletakkan di atas platform YouTube dengan nama saluran Langit Malam.

Video langit malam terbitan PSI Asfahanim Bujang

Jangan lupa untuk mengikuti vi-deo-video ini pada awal setiap bukan untuk mengetahui fenomena menarik pada bulan tersebut.

para peserta sebagai duta atau ‘com-municator’ dalam ilmu astronomi.

Malah, saluran YouTube ini juga digunakan oleh pihak PSI untuk menerbitkan video-video program jerayawara yang diadakan sebelum ini. Ia seakan-akan sebagai laporan video kepada orang ramai atau sekolah-sekolah sasaran yang terlibat dalam program jerayawara tersebut.

Dalam usaha untuk mengikut je-jak langkah beberapa ‘communica-tor’ sains yang menggunakan You-Tube untuk menyebarkan ilmu sains dan fizik seperti SciShow, It’s Okay To Be Smart, Mental Floss, Veritasium dan banyak lagi, PSI telah menghasilkan saluran-saluran untuk menyebarkan ilmu astronomi kepada rakyat Malay-sia melalui YouTube.

Berita Space Scoop merupakan saluran kerjasama dengan EU Uni-verse Awareness, badan yang bertang-gungjawab untuk menganjurkan ak-tiviti astronomi di seluruh dunia.

Bahan berita diperoleh daripada Space Scoop selepas berbincang de-ngan pihak EU Universe Awareness yang membenarkan berita digunakan dan diterjemahkan dalam bahasa tem-patan.

Space Scoop disampaikan dalam bentuk penyampaian secara santai oleh hos Hanim dan Ejort dengan

tempoh video selama 5 hingga 8 minit. Idea kedua pula adalah untuk

menghasilkan video yang memberi-kan maklumat tentang keadaan langit malam dalam tempoh sebulan.

Bagi saluran Langit Malam, ia merupakan video yang mengkhusus kepada maklumat tentang fenome-na-fenomena seperti hujan meteor, gerhana bulan, komet, buruj, bulan penuh, dan kemunculan planet untuk membolehkan orang ramai mengeta-hui bila untuk mencerap langit malam.

Di samping itu, PSI turut menja-wab soalan-soalan yang sering men-jadi tanda tanya orang ramai tentang sains angkasa.

Bagi saluran Astronomi: 60 saat, maklumat-maklumat pendek selama

60 saat diberikan kepada penon-ton berdasarkan soalan-soalan yang sering ditanya oleh orang ramai sep-erti apakah bintang, galaksi, buruj dan sebagainya semasa pertunjukan plane-tarium.

Melalui penyampaian dengan ke-kerapan sebanyak sebulan sekali bagi setiap saluran ini diharapkan mampu menarik orang ramai untuk mengeta-hui dengan lebih mendalam lagi ten-tang astronomi.

Kewujudan platform media so-sial ini sememangnya membuka ruang lebih luas lagi untuk menambahkan ilmu astronomi serta memberikan peluang bagi PSI berkhidmat sebagai institusi untuk menyebarkan ilmu ini secara meluas lagi.

Montaj bagi video Langit Malam di-reka oleh pelajar pelatih yang men-jalankan latihan ilmiah di PSI.

Sesi rakaman yang dibuat untuk video bagi dimuatkan dalam YouTube.

Page 6: Aku dan Bintang 15

Disember 2014 • 6www.planetarium-sarawak.org

Ismandy Ali

Sambutan Tahun Cahaya dan Teknologi berasaskan Ca-haya 2015 (IYL 2015) adalah

satu sasaran oleh Pertubuhan Bang-sa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk me-ningkatkan kesedaran tentang pen-capaian sains berkaitan cahaya dan teknologinya serta kepentingannya dalam kehidupan manusia.

Satu resolusi iaitu A/RES/68/221 yang mengumumkan IYL2015 telah diadakan pada 20 Disember 2013 semasa mesyuarat ke-68 perhimpunan Umum PBB dengan pihak Perhimpu-nan Umum. Ia mengesyorkan bahawa Jawatankuasa Kedua ini dibawa ke Jawatankuasa Kewangan dan Ekono-mi sebagai salah satu daripada agenda pembangunan sains dan teknologi.

Sambutan ini bakal membawa pelbagai pihak berkaitan termasuk UNESCO, pelbagai pertubuhan saintifik, institusi pendidikan dan pe-nyelidikan, platform teknologi dan pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan dan pihak swasta untuk mempromosikan dan menyambut ke-

Sambutan Tahun Cahaya Antarabangsa 2015

pentingan cahaya dan aplikasinya pada tahun 2015.

Perkembangan awal projek IYL 2015

Persetujuan untuk mengadakan IYL2015 telah dimulakan seawal 2010 yang dicadangkan oleh pelbagai pihak iaitu selepas kejayaan sambutan Ta-hun Astronomi Antarabangsa 2009 (IYA2009). Pencadang awal termasuk profesional dan sukarelawan dari pi-hak yang mewakili pelbagai teknologi moden, kejuruteraan sehingga pihak seni dan budaya yang didatangkan dari Afrika, Eropah, Amerika, Asia dan Australia. Sokongan semasa fasa terawal termasuk dari African Physical Society, Ghana Academy of Art and Sciences, International Commission for Optics, the International Union for Pure and Applied Physics, Rus-sian Academy of Sciences, The New Zealand Institute of Physics dan The Royal Society of New Zealand.

Resolusi mencadangkan IYL 2015 telah dibentangkan sebelum sesi ke-190 UNESCO di Paris pada 13-18 Oktober 2012 oleh Ghana, Mexico dan Persekutuan Russia dan New Zealand. Delegasi dari Ghana dan

Mexico memperkenalkan cadangan kepada pihak Lembaga Eksekutif UNESCO, dengan menjelaskan mo-tivasi dan misi di sebalik Sambutan Tahun Cahaya Antarabangasa terse-but. Resolusi tersebut kemudiannya dipersetujui oleh pihak Lembaga Eksekutif dengan sokongan 28 ahli lembaga. Resolusi untuk IYL 2015 ke-mudiannya dihantar ke pihak PBB ke Jawatankuasa Kedua iaitu pada 6 No-vember 2013 oleh Mexico dan kemu-diannya mendapat sokongan oleh 35 buah negara lain iaitu Argentina, Aus-tralia, Azerbaijan, Bosnia and Herze-govina, Chile, China, Colombia, Cuba, Dominican Republic, Ecuador, Peran-cis, Ghana, Guinea, Haiti, Honduras, Israel, Itali, Jepun, Mauritius, Mexico, Montenegro, Morocco, Nepal, New Zealand, Nicaragua, Palau, Republik Korea, Rusia, Somalia, Spanyol, Sri Lanka, Tunisia, Turki, Ukraine dan United States of America.

TemaTema saintifik utama yang dirai-

kan adalah hasil tulisan berkenaan optik terawal oleh Ibn al-Haytham pada tahun 1015 (zaman kebangkitan sains Islam), cahaya sebagai gelom-

Salah satu banner yang diperkenalkan untuk Tahun Cahaya Antarabangsa 2015.

Page 7: Aku dan Bintang 15

• Disember 20147

bang yang dicadangkan oleh Fresnel pada tahun 1815, teori elektromagnet dan perambatan cahaya oleh Maxwell 1865, teori kesan fotoelektrik oleh Einstein pada tahun 1905 dan cahaya di dalam kosmologi melalui teori rela-tiviti umum oleh Einstein pada tahun 1915 dan penemuan gelombang mi-kro latar belakang (Cosmic Micro-wave Background) oleh Penzias dan Wilson serta pencapaian Charles Kao berkenaan dengan transmisi cahaya di dalam gentian optik untuk komuni-kasi pada tahun 1965.

LogoLambang matahari merujuk ke-

pada sumber kehidupan, budaya dan bersifat universal. Lambang bendera yang mengelilingi matahari merujuk kepada sambutan ini disambut oleh masyarakat antarabangsa dan pelbagai warna bendera menunjukkan spe-ktrum dan ia merujuk kepada sains, seni, pelbagai budaya serta pendidi-kan.

SasaranSasaran IYL adalah untuk mem-

promosi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat akan kepentingan cahaya dan teknologi optik di dalam kehidupan dan pembangunan manu-sia pada masa hadapan.

KaedahKaedah untuk mencapai sasaran

di atas adalah melalui pemahaman awam (sebagai contoh melalui pamer-an, ceramah, silibus sekolah) dan poli-tik akan kepentingan cahaya di dalam dunia moden dengan mewar-warkan penemuan awal berkenaan optik 1,000 tahun iaitu dari penulisan buku op-tik oleh ibnu al-Haytham pada tahun 1015 sehingga apa yang menjanakan internet sekarang ini (2015).

AktivitiPelbagai aktiviti yang berkaitan

dengan IYL 2015 akan diadakan di Sarawak. Antaranya adalah kempen kesedaran pencahayaan yang betul yang akan diadakan sebagai sebaha-gian dari pertunjukan pendek plane-tarium selain beberapa slot berkaitan dengan aktiviti cahaya diadakan sema-sa Program Sains Angkasa Cuti Seko-lah (PSACS) yang bakal diadakan tiga kali semasa tahun 2015. Pencetakan

pamplet untuk edaran orang ramai juga akan diadakan di mana ia akan diedarkan semasa aktiviti Astronomi Jalanan di bandar-bandar utama di se-luruh Sarawak iaitu di Kuching, Sibu Bintulu dan Miri.

KesimpulanSebagai kesimpulan, cahaya adalah

asas kepada teknologi yang ada pada masyarakat sekarang kerana melalui teknologi gentian optik sebagai con-toh membolehkan komunikasi me-lalui internet diadakan selain cahaya juga wujud di dalam setiap bidang seperti kegunaan cahaya matahari, es-tetika budaya dan seni dan banyak lagi. Seperti elektronik telah merevolusi-kan kurun ke-20, teknologi berasas-kan cahaya pula telah merevolusikan teknologi tamadun manusia di dalam kurun ke -21.

Rujukanhttp://www.light2015.org/Home.htmlhttp://www.eps.org/?page=event_iyolhttp://en.wikipedia.org/wiki/Inter-national_Year_of_Light

Jadual 1.0 Tahun 2015 adalah tahun untuk meraikan beberapa penemuan berkaitan dengan cahaya

Pelbagai poster cahaya dan seni.

Tahun Penemuan

1015 Buku optik olah Ibnu al-Haytham

1815 Tulisan Fresnel berkenaan sifat cahaya

1865 Maxwell dan gelombang elektromagnetik

1915 Teori relativiti umum Einstein berkenaan ruang-masa

1965 Cosmic Microwave Background dan penemuan gentian op-tik oleh Charles Kao

Logo rasmi IYL2015

Page 8: Aku dan Bintang 15

Disember 2014 • 8www.planetarium-sarawak.org

Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sa-rawak telah mengadakan Jera-

yawara Sahabat Astronomi di Baha-gian Miri pada 14 hingga 16 Oktober 2014 di SK Beluru Central, Bakong, SK Lepong Ajai, Bakong dan SK Kita, Niah.

Dalam program jerayawara ini, sasaran telah diberikan kepada seko-lah-sekolah yang terletak di luar ban-dar kerana kami ingin memberikan peluang kepada pelajar-pelajar sekolah rendah ini untuk mengalami sekiranya mereka berpeluang untuk berkunjung ke Planetarium Sultan Iskandar.

Sesi jerayawara dimulakan dengan penjelasan konsep siang dan malam serta konsep graviti dengan telatah para pelajar dapat dilihat apabila me-reka berkongsi maklumat seperti ke mana perginya matahari pada malam hari, kedudukan bulan pada siang hari serta konsep graviti berbantukan glob besar.

Para pelajar seterusnya dibahagi-kan berdasarkan kumpulan dengan ta-hap 1 hingga 3 diberikan tugas secara

Jenau Adamberkumpulan untuk mencari buruj dalam peta dan bagi tahap 4 hingga 6 pula mereka berpeluang untuk mem-buat carta bintang.

Tugas membantu pelajar-pelajar tahap 1 hingga 3 untuk mencari buruj dalam peta bukanlah mudah kerana ada yang tetap berkeras untuk mencari buruj-buruj yang terdapat dalam peta bintang walaupun masa sudah tamat.

Bagi aktiviti membuat carta bin-tang pula khas untuk pelajar tahap 4 hingga 6 kerana ia melibatkan proses menggunting untuk menghasilkan carta bintang yang boleh digunakan serta mengajar para pelajar cara untuk mencari buruj dengan carta bintang tersebut.

Dalam sesi jerayawara ini, pi-hak PSI telah membawa kubah mini planetarium bagi membolehkan para pelajar mengalami apa yang dialami oleh pengunjung-pengunjung yang berkunjung ke sebuah planetarium.

Sedutan-sedutan video pertunju-kan telah cukup untuk memeriahkan suasana dalam kubah mini planeta-rium dengan teriakan wah!

Memandangkan mini planetarium hanya dapat memuatkan kapasiti yang sedikit, sesi selari turut diadakan iaitu mencerap matahari dengan teleskop

Coronado serta belajar cara menggu-nakan Orrery turut diadakan.

Sesi yang sentiasa menjadi penu-tup kepada aktiviti jerayawara adalah melancarkan roket air yang mem-berikan peluang kepada para pelajar untuk melancarkan sendiri roket air tersebut. Beberapa pelajar akan dipi-lih daripada tahap masing-masing dan mereka akan cuba melancarkan roket dan jarak roket yang dapat dilepaskan.

Seramai 400 murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah yang terli-bat dalam program jerayawara di SK Beluru Central, Bakong yang terletak kira-kira 80 kilometer dari pusat ban-dar raya Miri. Sementara di SK Lepo-ng Ajai, Bakong pula melibatkan 170 pelajar, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah yang turut melibatkan seko-lah-sekolah berdekatan iaitu SK Su-ngai Liam dan SK Sungai Entulang. Jarak sekolah ini dari pusat bandar raya Miri adalah kira-kira 39 kilometer.

Sekolah terakhir yang dikunjungi oleh PSI dan SAS dalaam program jerayawara selama tiga hari adalah SK Kita, Niah yang terletak kira-kira 71 kilometer dari pusat bandar Miri. Se-ramai kira-kira 250 pelajar, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah yang ter-libat dalam program ini.

Jerayawara Sahabat Astronomi di miri

Page 9: Aku dan Bintang 15

• Disember 20149

This program is a part of an-nual program by Planetarium Sultan Iskandar and Sarawak

Astronomical Society to reach the school outside Kuching City. It took one to two hours drive from Sibu town and Miri City to reach each of the school from 12th to 14th August and 14th to 16th October 2014 re-spectively. The primary schools were intentionally selected to be far from the centre of Sarikei, Sibu town and Miri City and were in the vicinity of several Iban longhouses and Malay/Kedayan villages. The purpose is clear, that was, to reach the children and parents from nearby communi-ties.

This activity was sponsored by Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) and partly sponsored by Sarawak Economic Development Corporation

Astronomy outreach Program in Sibu, Sarikei and miri for 2014

(SEDC). CMSB also generously spon-sored the planisphere (beginners star chart) for the school children too.

All the visits and activities were given permission by the Sarawak State Education Board prior visit to the schools.

The main purpose of this activ-ity is not to have children inspired to become Angkasawan, but to inspire them that there are more exciting things and opportunity to explore in this life now and in the future.

The school Most of the school that we had

visited, are made of wood and based from the wood structure of the build-ing, are more than 30 years old. There was this school we went to (SK Ulu Sg Sengan, Sibu), the teacher com-mon area floor was crackling with old wood. Most of the school has no proper building (except SK Nanga Pakan, Sarikei) for part of the activi-ties which originally requires a closed

area, internet connection, a proper sound system and able to use LCD projector.

I am not saying that I ran a tear of rivers when I saw the condition of those school, but it is worth to say in this report.

The Children The main language of commu-

nication is Bahasa Melayu, although Bahasa Iban is frequently used and heard. The target children were origi-nally children from primary three to primary five, as stated by the official letter from Education Department. But the headmaster frequently said that our visit was really once in a blue moon visit, beneficial for the children and the visit from other free educa-tional organization (like us) to their small school is almost unheard of. So instead of involving children from pri-mary three to five, they also involve all the children from pre-school and

Ismandy Ali

Water rocket launching by primary 5 children at SK St. Andrew, Sibu.

Continue to page 12

Page 10: Aku dan Bintang 15

Disember 2014 • 10www.planetarium-sarawak.org

Jerayawara Sahabat Astronomi 2014

Para pelajar SK St Andrew, Sarikei sedang mencuba roket air yang dikendali-kan oleh Abang Mohd Fadhli dari Persatuan Astronomi Sarawak.

Kurator PSI, Ismandy Ali membantu pelajar SK Nanga Pakan, Julau men-cari buruj.

Aktiviti membuat carta bintang di SK Nanga Pakan, Julau.

Salah seorang pelajar di SK Ulu Sg Sengan, Sibu se-dang menjawab soalan berkaitan dengan graviti.

Pelajar SK Beluru Central, Miri belajar tentang sistem su-ria dengan menggunakan Orrery.

Pelajar-pelajar di SK Lepong Ajai, Miri sedang belajar menggunakan carta bintang.

Adik pra-sekolah di SK Kita, Niah, Miri sedang cuba me-lihat matahari dengan menggunakan teleskop Coronado.

Page 11: Aku dan Bintang 15

• Disember 201411

Jerayawara Sahabat Astronomi 2014

Pelajar-pelajar dari SK Empila, Samarahan belajar cara menggunakan Orrery dari Noraizah.

Kegembiraan dapat dilihat dari muka pelajar-pelajar di SK Lepong Ajai, Miri selepas berpeluang masuk ke dalam mini planetarium.

Para pelajar di SK St Andrew, Sarikei cuba menjawab soalan yang ditanya oleh Kurator PSI, Ismandy Ali.

Pelajar di SK Empila sedang mencu-ba perisian AR yang dibawa semasa program jerayawara.

Ahli Persatuan Astronomi Sarawak, Abdul Rahman Hisyam turut membantu dalam program jerayawara di SK Kita Niah, Miri.

Pelajar SK Empila menunjukkan car-ta bintang yang telah dihasilkan.

Untuk gambar penuh, sila kunjungi www.flickr.com/sahabatastronomi

Page 12: Aku dan Bintang 15

Disember 2014 • 12www.planetarium-sarawak.org

No. Name Task/Activities

1. Ismandy Ali, Planetarium Sultan Iskandar

Talk and demonstration on Spherical Earth Concept and Gravity 1Demonstration inside the Mini Planetarium

2. Alfean Aziz, Planetarium Sultan Iskandar

Talk and demonstration on The Night SkyHow to spot the constellation (activity)How to make and use the planisphere (activity)

3. Dona Repet, Planetarium Sultan Iskandar

Audio/video and mini planetarium technician Assisting the children with solar telescope and Mini PlanetariumAssisting the children with How to spot the constellation and making and using the plani-sphere

4. Jenau Adam, Planetarium Sultan Iskandar

Official videographer Assisting the children with mini planetariumAssisting the children with “How to spot the constellation” and “Making and using the pla-nisphere”

5. Muhd Zulfadli Usop, Sarawak Astronomical Society

Official photographer (Sibu)Assisting the children with “How to spot the constellation” and “Making and using the plani-sphere”

6. Abang Mohd Fadhli, Sa-rawak Astronomical So-ciety

Water Rocket Scientist Guy (Sibu)Assisting the children with “How to spot the constellation” and “Making and using the plani-sphere”

7. Abdul Rahman Hisyam ZakariaAstronomical Society

Assisting the children with mini planetarium (Miri)Assisting the children with “How to spot the constellation” and “Making and using the pla-nisphere”

8. Mohd Budiman JemainAstronomical Society

Water Rocket Scientist Guy (Miri)Assisting the children with “How to spot the constellation” and “Making and using the pla-nisphere”

Table 1.0 Crews from Planetarium Sultan Iskandar (PSI) and Sarawak Astronomical Society (SAS)

even primary six children. But their in-volvement were mostly limited during water rocket launching activity and mini planetarium session.

The children were very excited when they saw us even for the first time. We also got a full cooperation from the teachers with all the activi-ties. There was always big wows and clap of hands (excitement was al-ways on air) especially inside the mini planetarium and during water rocket launching, even from the parents who came later.

However, due to the bad weather, planet and star observation at night were cancelled for all six locations.

EvaluationA number of evaluation forms

were distributed to the teachers and most of the evaluation forms were returned (53 pieces) to us. The evalua-tion asking simple questions and using likert scale from (Strongly Agree) - 1 to Strongly disagree - 5. Most of them responded well to the activities by giv-ing us the rating score of “2 (agree)”

to the question “Overall, I am satis-fied with the program” .

Other important highlights that I would like to include in this evalua-tion is “Please state three things that you like most of the program” . Most of them like the portable planetarium

and water rocket launching and one of the teachers wrote in the comment section: “i.Interesting. Oh-some pre-sentation”, “ii.Reminds me the good ol’ days during my uni years (sains planet & Bumi)” and “iii.Interesting activities”.

Do-It-Yourself star chart session with Abang Mohd Fadhli.

Page 13: Aku dan Bintang 15

• Disember 201413

Name of School Number of participants which included children, teachers and parents

1. SK St. Andrew, Sarikei 140

2. SK Nanga Pakan, Sarikei 340

3. SK Ulu Sg. Sengan, Sibu (includes children from)SK Sg Sebintek, Sibu SK Sg Nibong, SibuSK Ulu Sg Salim, Sibu

175

4. SK Beluru Central, Miri 400

5. SK Lepong Ajai, Miri 170

6. SK Kita, Niah 250

Total number of all participants 1,475 persons

Table 2.0 Total Number of involvement

ConclusionWe were very glad to know that all

the activities were loved by the chil-dren and the teachers, all based from the wow and the ooh and the ahhhh from the children and of course from the returned positive evaluation forms from the teachers.

If I can say more than the expanse of this report, it would be awesome if Sarawak has a dedicated mobile group not just for astronomy but with other science subject. It would be great as well if we could use a dedicated bus or express (for areas reachable only by river like Kapit Town and Baleh for example) loaded with all the equip-

ments for outreach science activity so many more children can benefit from it especially children from remote longhouses. But usually this dream of us can only be achieve if Sarawak has a science centre of its own as our honourable Datu Romie Sigan Dan-iel, President of Sarawak Astronomi-cal Society had been proposing since

early 2000. I thank you for all the support for

the program. I know it may be small and little program for all of us adults, but it meant a great deal for our poor rural children.

ReferencesAgan, L. and Sneider, C 2003.

Learning About Earth’s Shape and

Gravity: A Guide for teachers and Curriculum Developers. AER 2(2). PP.90.

Bailey, J., Slater, T. and Slater, S 2010. Astronomy Education Research Primer. New York: W. H. Freeman.

Pompea, S 2000. Great Ideas for Teaching Astronomy. Abingdon: Brooks Cole

Spherical Earth Concept and gravity session.Water rocket launching with Mohd Budiman Jemain.

Watching the sun using hydrogen alpha telescope (known as Coronado Telescope).

Children waiting for their turn for the mini planetarium.

Page 14: Aku dan Bintang 15

Disember 2014 • 14www.planetarium-sarawak.org

Seramai 74 pelajar Universiti Ma-laysia Sarawak (UNIMAS) telah berpeluang untuk menyertai

program Astronomi 4U (Astronomy For University) yang dianjurkan oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Per-satuan Astronomi Sarawak.

Program yang diadakan pada 17 Mei 2014 dari jam 2 petang hingga 9 malam ini telah diketuai oleh Siti Mazjida yang giat memperkenalkan astronomi kepada pelajar-pelajar baru di Unimas.

Peserta program ini telah terlibat dalam pelbagai aktiviti dalam jangka masa yang pendek seperti belajar cara menggunakan carta bintang, solar mo-tion demonstrator serta menyiapkan projek infografik 3D.

Di samping itu, terdapat beberapa aktiviti sampingan seperti demonstrasi mencerap langit malam dengan meng-gunakan aplikasi Stellarium dan juga projektor Carl Zeiss M1015.

Mereka yang hadir dalam program

Astronomi 4u bersama-sama peserta unImAS

ini juga berpeluang untuk menonton pertunjukan digital di dalam teater planetarium memandangkan keban-yakan belum berpeluang untuk ber-buat demikian.

Selain aktiviti-aktiviti interaktif yang dijalankan di Planetarium Sul-tan Iskandar, para peserta Astronomi

4U telah dibawa ke Tebingan Sungai Kuching untuk membuat cerapan planet Musytari dan Zuhal.

Orang awam juga turut tidak me-lepaskan peluang untuk melihat sen-diri objek di langit dan dijangka se-ramai 250 orang telah berkunjung ke tapak cerapan pada malam itu.

Noraizah Idris

Peserta-peserta Astronomi 4U turut tidak melepaskan peluang untuk melaku-kan cerapan di Tebingan Sungai, Kuching.

Proses menghasilkan projek secara berkumpulan di Pla-netarium Sultan Iskandar.

Orang ramai yang berada di Tebingan Sungai, Kuching juga berkesempatan mencerap dengan menggunakan teleskop robotik.

Page 15: Aku dan Bintang 15

• Disember 201415

Sempena Majlis Konvokesyen ke-12 di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IK-

MAS), Planetarium Sultan Iskandar telah mengadakan pameran selama 2 hari bermula pada 1 September se-hingga 2 September 2014. IKMAS merupakan pusat Institusi pengajian tinggi (IPT) bagi pilihan pelajar yang ingin mendalami ilmu berkaitan ke-agamaan bertempat di Telaga Air Kuching.

Seramai 110 orang pengun-jung yang telah datang ke pameran PSI dan kebanyakan daripada mereka adalah daripada kalangan pelajar, ibu bapa dan kakitangan yang bertugas di IKMAS pada hari tersebut.

PSI di pameran konvokesyen IkmAS 2014

Noraizah IdrisMajlis perasmian konvokesyen

adalah bermula pada 2 September 2014 dan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Aktiviti yang men-jadi tarikan pengunjung adalah Leap Motion dan perisian ‘Solar Walk’ yang menggunakan kawalan simulasi menggunakan imbasan tangan, mem-buat dan menggunakan carta bintang, sesi cerapan matahari dengan meng-gunakan Teleskop Coronado, Augu-mented Reality (AR) dan penggunaan aplikasi Stellarium, sesi soal jawab as-trokuiz dan cabutan bertuah juga turut diadakan.

Dengan penyertaan PSI kali ini dapat mendekatkan lagi pengunjung untuk mengetahui dan menyebarkan ilmu astronomi di kalangan pelajar-pelajar IKMAS.

Jenau Adam mengajar cara menggu-nakan carta bintang.

Mereka yang hadir turut mencuba perisian Augmented Reality astronomi.

Antara yang hadir semasa pameran sempena Majlis Konvokesyen ke-12 di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Telaga Air Kuching.

Page 16: Aku dan Bintang 15

Disember 2014 • 16www.planetarium-sarawak.org

Kaul adalah perayaan tradisi yang diraikan oleh kaum Melanau yang tinggal di

sepanjang pantai bahagian tengah Sarawak. Pada masa lalu, Kaul dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk menenangkan roh-roh laut, tanah, hutan dan ladang yang menjadikan-nya sebagai perayaan yang paling penting dalam tahun kaum Melanau Pagan.

Ia adalah upacara penyucian dan kesyukuran serta salah satu restu untuk memperoleh kedamaian serta nasib yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Ia diadakan pada permulaan dalam kalendar kaum Melanau Pagan yang menandakan musim tengkujuh

Pameran interaktif dan cerapan di Pesta kaul mukah 2014

Noraizah Idris telah berlalu yang memberi kesan ke-pada kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan.

Pesta Kaul Mukah 2014 kali ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Majlis Makan Beradat disempur-nakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pe-hin Sri Abdul Taib Mahmud.

Krew-krew Planetarium Sultan Iskandar juga turut turun padang de-ngan menyertai pameran korporat yang telah ditaja oleh Sarawak Plan-tation Berhad. Tujuan utama kami menyertai pameran ini adalah untuk mendekatkan diri dengan orang awam serta memberi pendedahan kepada mereka tentang astronomi dalam ke-hidupan seharian.

PSI telah membuka ruang pa-

meran interaktif di pesta tapak kaul Mukah selamat lima hari bermula 24 hingga 28 April 2014.

Seramai 2700 orang pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan pe-ringkat umur yang telah singgah ke ru-ang pameran dengan mencuba aktiviti interaktif yang kami tawarkan secara percuma. Antara aktiviti yang kami se-diakan kepada para pengunjung iaitu:

• Augmented Reality Solar Sys-tem

• Leap Motion: Solar Warfare• Neurosky Mindwave Jake’s

Adventure• Cabutan Bertuah• Astrokuiz• Membuat Carta BintangSelain aktiviti di ruang pameran,

kami juga mengadakan aktiviti di luar iaitu cerapan matahari dengan meng-

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mencerap matahari di tapak Pesta Kaul di Mukah.

Page 17: Aku dan Bintang 15

• Disember 201417

gunakan teleskop khas iaitu teleskop Coronado dan cerapan planet de-ngan menggunakan teleskop robotik Meade 8 inci dan 10 inci pada sebelah malamnya.

Memandangkan PSI pertama kali mengadakan pameran di Pesta Kaul ini, sambutan yang diterima bagi pa-meran kali ini amat menggalakkan dengan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba aktiviti inter-aktif yang disediakan.

Seramai 2700 orang pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur yang telah singgah ke ruang pameran dengan mencuba aktiviti interaktif yang kami tawar-kan secara percuma.

Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan As-tronomi Sarawak telah menyertai Program Amal anjuran Dyslexia Association Sarawak (DASwk)

sempena Charity Sales 2014 pada 20 September 2014 di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UNIMAS, Jalan Tun Ahmad Zaidi Edruce, Kuching. Objektif utama pro-gram amal ini untuk mengumpul dana pembinaan pusat pembelajaran baru persatuan di Desa Wira, Batu Kawa.

Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Hajah Fati-mah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku Penasihat Persatuan Dyslexia Sar-awak. Turut hadir adalah Patron Persatuan Dyslexia Sar-awak, Hjh. Azerina Hj. Mohd. Arip dan Presiden Persatuan Dyslexia Sarawak, Profesor Dr. Ong Puay Hoon.

Cerapan langit malam di tapak Pesta Kaul di Mukah. Kanak-kanak mencuba permainan ‘Leap motion’ dan ‘Mind wave’.

Perisian Augmented Reality astronomi turut menjadi tari-kan di pameran Pesta Kaul.

Puan Noraini menyampaikan hadiah cabutan kepada pe-menang bertuah.

Page 18: Aku dan Bintang 15

Disember 2014 • 18www.planetarium-sarawak.org

Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astrono-mi Sarawak (SAS) telah me-

ngadakan beberapa siri aktiviti Street Astronomy atau cerapan awam di Tebingan Sungai Kuching bermula bulan Februari, Mac dan Mei 2014 bermula 7 hingga 9.30 malam. Pro-gram ini telah diadakan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan ke-sedaran astronomi di kalangan orang awam.

Bagi aktiviti Street Astonomy pada 17 Februari 2014, PSI dan SAS telah mencerap dua objek yang terang di langit malam iaitu planet Musytari dan Bulan.

Secara umumnya, ramai yang tidak percaya bahawa mereka boleh melihat planet tersebut dengan menggunakan teleskop robotik Meade 10 inci. Di

Street Astronomy: Tarikan astronomi untuk orang awam

Noraizah Idrissamping itu, ada yang mengajukan pelbagai soalan tentang objek-objek lain yang boleh dilihat di langit selain bulan.

Aktiviti Street Astronomy ini telah menarik minat kira-kira 115 orang awam dan pelancong asing yang tu-rut singgah serta melihat sendiri ob-jek langit malam yang dicerap pada malam itu.

Pada 1 Mac 2014 pula, aktiviti Street Astronomy yang kedua tahun ini juga turut diadakan di Tebingan Sungai Kuching pada jam 7 hingga 9 malam dengan kira-kira 160 pengun-jung telah berkunjung ke tapak ak-tiviti bagi membuat cerapan. Antara objek yang dapat dicerap pada malam itu adalah planet kelima dan terbesar dalam sistem suria kita iaitu planet Musytari. Kami juga berpeluang un-tuk mencerap Bulan penuh yang jelas kelihatan pada malam itu.

Kewujudan teleskop robotik di lokasi tapak cerapan sudah cukup un-

tuk menarik minat orang ramai untuk berkunjung melihat serta mencerap objek langit. Pelbagai soalan yang me-narik telah ditanya oleh pengunjung bagi menambahkan lagi maklumat tentang astronomi secara tidak lan-sung untuk pengunjung.

Aktiviti Street Astronomy yang ketiga telah diadakan pada 10 Mei 2014 di lokasi yang sama dari jam 7 hingga 9 malam.

Seramai 211 orang awam telah berkunjung bagi melihat objek-objek di langit malam biarpun keadaan awan pada malam itu agak tebal.

Dengan tumpuan kepada planet Musytari dan Bulan serta menggu-nakan teleskop Meada 8 inci dan teles-kop Bushnell, orang ramai sanggup menunggu bagi melihat sendiri objek itu sehingga keadaan langit malam be-bas dari halangan awan tebal.

Bagaimanapun, aktiviti cerapan terpaksa diberhentikan disebabkan ke-

Ramai orang awam yang berminat untuk membuat cerapan ketika aktiviti Street Astronomy yang diadakan di Tebingan Sungai Kuching.

Page 19: Aku dan Bintang 15

• Disember 201419

adaan cuaca yang tidak mengizinkan. Street Astronomy yang seterusnya

telah diadakan pada 17 Mei 2014 sem-pena dengan Program Astronomy 4U dari pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Seramai 250 pengunjung telah hadir bagi aktiviti tersebut termasuk peserta Astronomy 4U. Fokus cera-pan pada malam itu adalah planet Musytari dan Zuhal dengan menggu-nakan teleskop robotik Meade 8 inci dan 10 inci.

Di samping cerapan, PSI dan SAS juga mempromosikan tayangan baru bagi 2014 iaitu Back to the Moon for Good bagi golongan dewasa dan Lar-ry Cat in Space untuk kanak-kanak.

Sempena Karnival Ko-Kuri-kulum SK Empila Kota Sa-marahan, Planetarium Sultan

Iskandar bersama-sama Persatuan Astronomi Sarawak telah mengada-kan Jerayawara Sahabat Astronomi di sekolah itu pada 28 Oktober 2014.

Jerayawara yang ketiga tahun ini selepas di Sibu dan Miri merupakan jerayawara yang telah ditaja oleh Ca-hya Mata Sarawak Berhad (CMSB), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Per-badanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Seramai 317 pelajar telah terlibat dalam program ini termasuk guru-guru dan kakitangan sekolah dengan jarak sekolah sejauh 58 kilometer dari bandar raya Kuching. Program jer-ayawara ini telah diadakan 9.00 pagi sehingga 2.00 petang dengan lokasi sekolah ini adalah di kawasan Kam-pung Empila.

Aktiviti yang menjadi tarikan pe-lajar dalam jerayawara ini adalah kon-sep siang dan malam, tarikan graviti, membuat carta bintang bagi pelajar tahap 4 hingga 6, melakar buruj bagi pelajar tahap 1 hingga 3, mencuba Augmented Reality (AR), demonstrasi Orrery, pertunjukan digital di dalam

Jerayawara Sk empila kota Samarahan

planetarium bergerak, cerapan ma-tahari dan juga melancarkan roket.

Sepanjang jerayawara kali ini, ak-tiviti yang telah dijalankan adalah se-perti :

• Pengenalan tarikan graviti• Membuat carta bintang • Melakar buruj• Augmented Reality (AR)• Demontrasi Orrery• Pertunjukan planetarium

mini bergerak PSI• Cerapan matahari• Pelancaran roketPihak sekolah telah menyediakan

dua buah kelas khas untuk memudah-

kan pihak PSI dan SAS untuk men-jalankan aktiviti sepanjang program.

Sebuah kelas telah disediakan un-tuk menjalankan aktiviti interaktif dan sebuah kelas lagi adalah untuk me-letakkan mini planetarium bagi mem-beri peluang kepada pelajar-pelajar untuk melihat dan merasai kesero-nokan melalui pertunjukan tayangan digital yang disediakan.

Selain daripada aktiviti di dalam kelas, aktiviti luar kelas juga turut dia-dakan iaitu sesi cerapan matahari de-ngan menggunakan Teleskop Coro-nado dan sesi pelancaran roket air bertempat di padang sekolah.

Asfahanim Bujang

Teleskop robotik Meade 8 inci antara teleskop yang digunakan untuk cerapan di Tebingan Sungai Kuching.

Para pelajar bersama guru-guru bergambar kenangan sebelum berakhirnya program jerayawara di sekolah tersebut.

Page 20: Aku dan Bintang 15

Back To The Moon For Good merupakan pertu-jukan terkini yang ditayangkan di Planetarium Sultan Iskandar, Kuching.

Ia menceritakan tentang bagaimana manusia telah melakukan penerokaan ke atas bulan dan selepas be-berapa tempoh yang lama penerokaan bulan telah dibi-arkan begitu sahaja.

Dengan itu, melalui projek yang dikenali sebagai Google X Challenge, penerokaan ke atas bulan telah bermula kembali dan ia kini dilakukan oleh badan-badan swasta sebagai cabaran siapa yang dapat melakukan pe-nerokaan di atas bulan.

Saksikan bagaimana cabaran ini telah membuka pintu kepada ramai bakal peneroka bulan yang bakal menjadikan bulan sebagai tawanan mereka.

Tayangan ini diadakan setiap hari bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Untuk jadual dan tempahan tayangan, sila ke laman web rasmi www.planetarium-sarawak.org.