laporan lawatan tahun 2 2015

Upload: mohdzulfariszainalabidin

Post on 08-Mar-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan lawatan sekolah

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SRI DAMANSARA (1)

Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara52200 Kuala LumpurKod Sekolah : BBA8265Telefon : 03-62740957Faks: 03-62731471

LAPORAN AKTIVITILAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 2 2015

TARIKH: 22 OKTOBER 2015 (KHAMIS)TEMPAT: SEKITAR SEREMBANMASA: 7.00 PAGI 5.00 PETANG

1.0 PENGENALANPembelajaran yang mengembirakan dan pengalaman yang bermakna adalah dua komponen penting dalam Model Konseptual Kurikulum Sekolah. Oleh yang demikian, program lawatan sambil belajar ini diharap dapat memberi murid-murid kemahiran untuk mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian. Persekitaran pembelajaran yang nyata tidak hanya tertumpu di kawasan sekolah dan bilik darjah sahaja. Lawatan ilmu ini akan dapat menyediakan murid-murid dengan suasana pembelajaran yang baru dan menggembirakan. Ini dapat memupuk minat dan dan semangat untuk belajar seterusnya membantu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

2.0 OBJEKTIF2.1 Memberi pendedahan kepada murid tentang tempat yang sesuai untk dilawati.2.2 Menambah pengetahuan am murid-murid tahun 2 SKBSD1. 2.3 Memberi keseronokan kepada murid apabila mengikuti aktiviti di luar bilik darjah.

3.0 KUMPULAN SASARAN119 orang murid tahun 2 SKBSD1 beserta 5 orang guru pengiring. Bayaran untuk lawatan adalah RM 70 seorang termasuk makan pagi, makan tengah hari, minum petang, insurans, pengangkutan dan yuran pendaftaran.

4.0 PERLAKSANAAN PROGRAM

Pada 10 Oktober 2015, murid-murid tahun 2 SK Bandar Sri Damansara 1 telah mengikuti lawatan sambil belajar ke sekitar Seremban, Negeri Sembilan. Murid-murid telah berkumpul pada pukul 7.00 pagi di kantin sekolah dan dibahagikan mengikut bas masing-masing. Bas rombongan bertolak tepat jam 8.00 pagi dan terus menuju ke Tasik UPM Serdang untuk menikmati sarapan pagi. Seterusnya, kami bertolak ke Beryls Chocolate & Cookies Factory. Di sini, kami diberi pendedahan tentang penghasilan produk-produk coklat yang berkualiti dan bagaimana ianya di pasarkan. Seterusnya, kami meneruskan program lawatan ke Ostrich Farm yang terletak bersebelahan dengan Jabatan Veterina Negeri Sembilan. Di sini, murid-murid berpeluang bermain-main dengan burung unta yang sungguh jinak dan mendalami pengetahuan tentang burung unta. Selepas makan tengahari, kami terus bertolak ke kilang Yakult Factory. Di sini, kami didedahkan tentang penghasilan minuman kultur yang mengandungi bakteria baik (Shirota) dimana ianya sungguh baik untuk kesihatan manusia. Selepas itu, kami bertolak pulang dan sampai ke SK Bandar Sri Damansara 1 pada pukul 6.30 petang.

5.0 ISU DAN CABARAN

Antara isu dan cabaran yang dihadapi sepanjang lawatan sambil belajar ini adalah masalah ketetapan masa. Pada perancangan awal, sebanyak 4 tempat yang ingin dilawati iaitu, Beryls Chocolate & Cookies Factory, Yakult Factory, Muzium Negeri, dan Ostrich Farm. Tetapi, hanya 3 sahaja tepat yang berjaya dilawati. Muzium Negeri tidak dapat dilawati atas masalah kekangan masa.

6.0 PENAMBAHBAIKAN

Berikutan beberapa isu yang timbul, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah melaksanakan sistem yang lebih sistematik dan mengikut masa supaya masa tidak terlalu dibazirkan di satu tempat lawatan. Ini membolehkan perjalanan lawatan lebih lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan. Diharap, perkara ini akan diambil berat pada masa akan datang.

7.0 PENUTUPAdalah diharapkan agar Lawatan sambil belajar yang dijalankan ini dapat memberi input yang berguna dan menambah pengetahuan sedia ada murid tahun 2 SKBSD1 selain memberi pengalaman baru kepada murid-murid.

Disemak Oleh :

(PN. NAZLIZA BINTI SHAMSUDIN)GPK KOKURIKULUM SKBSD1Disediakan Oleh :

(MOHD ZULFARIS BIN ZAINAL ABIDIN)PENYELARAS LAWATAN TAHUN 2 SKBSD1 2015

LAMPIRAN AKTIVITI PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 2 SK BANDAR SRI DAMANSARA 1 2015

1.TENTATIF PROGRAMMASAAKTIVITI

8.00 pagi :Bertolak dari sekolah

9.00 pagi :Sarapan pagi di tasik UPM Serdang ( disediakan)

9.30 pagi :Lawatan le Beryls Chocolate & Cookies

11.00 pagi :Lawatan ke Yakult Factory

12.30 tengahari :Lawatan ke Muzium Negeri

1.00 petang :Makan tengahari ( sisediakan) & solat zohor di City Park, Seremban 2

2.00 petang :Lawatan ke Ostrich Farm

5.00 petang :Minum petang (disediakan ) & bertolak pulang

2. ANGGARAN PERBELANJAAN

BILITEMKUANTITIHARGA (RM)JUMLAH (RM)

1.Makanan dan minuman, pengangkutan, bayaran masuk, dan makanan ringan.119708,330

JUMLAHRM 8,330

Sumber Kewangana) Kutipan MuridRM70.00 x 118 Orang= RM 8,330 Jumlah = RM 8,330

3.GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI

BERSARAPAN DI TASIK UPM SERDANG

GAMBAR DI KILANG BERYLS CHOCOLATE FACTORY

OSTRICH FARM

YAKULT FACTORY