lawatan ketua unit pk jpnj -...

4
Caption describing picture or graphic. LAWATAN KETUA UNIT PK JPNJ Tn Hj Abd Rahman dan Pn Norhuda, kedua-duanya dari JPNJ telah hadir ke SKPKBP pada 27-29 April lalu untuk tujuan lawatan dan pemantauan. Hasilnya, beberapa tindakan telah dilakukan oleh pihak sekolah seperti perlaksanaan pro- gram pertuturan kiu dan juga memberi lebih banyak kemahiran bagi murid KKBP. (rahizah) VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Terbilang Pada Tahun 2015 MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik MEI /J UN 2010 TAHUN 3 BILANGAN 23 LAGI BERITA & GAMBAR DI HALAMAN 2 & 3 KANDUNGAN : TINTA S PEED 2 S IDANG REDAKSI 2 HARI LAHIR 2 L ENSA SKPKBP 3 I NFO S PEED 4 PEMERIKSAAN GIGI Unit Pergigian dari Ja- batan Kesihatan Batu Pahat telah membuat pemeriksaan gigi murid pada 28 Mac lalu. Seiring dengan itu, pertandingan gigi tercantik telah diadakan dengan 2 orang murid telah mene- rima hadiah. (rahizah)

Upload: ngodang

Post on 18-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAWATAN KETUA UNIT PK JPNJ - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2010/03_MEI-JUN_2010.pdf · VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Terbilang Pada Tahun 2015 MISI Menyediakan

Caption describing picture or graphic.

LAWATAN KETUA UNIT PK JPNJ

Tn Hj Abd Rahman dan Pn Norhuda, kedua-duanya dari JPNJ telah hadir ke SKPKBP pada 27-29 April

lalu untuk tujuan lawatan dan pemantauan. Hasilnya, beberapa tindakan telah dilakukan oleh pihak sekolah seperti perlaksanaan pro-

gram pertuturan kiu dan juga memberi lebih banyak kemahiran bagi murid KKBP. (rahizah)

VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Terbilang Pada Tahun 2015

MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik

MEI/JUN 2010

TAHUN 3 BILANGAN 23

LAGI BERITA & GAMBAR DI HALAMAN 2 & 3

KANDUNGAN :

TINTA SPEED 2

SIDANG REDAKSI 2

HARI LAHIR 2

LENSA SKPKBP 3

INFO SPEED 4

PEMERIKSAAN GIGI

Unit Pergigian dari Ja-batan Kesihatan Batu Pahat telah membuat pemeriksaan gigi murid pada 28 Mac

lalu. Seiring dengan itu, pertandingan gigi tercantik telah diadakan dengan 2 orang murid telah mene-rima hadiah. (rahizah)

Page 2: LAWATAN KETUA UNIT PK JPNJ - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2010/03_MEI-JUN_2010.pdf · VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Terbilang Pada Tahun 2015 MISI Menyediakan

Pada Isnin, 3 Mei lalu, wakil dari Ibu Pejabat Polis Batu Pahat telah hadir mengadakan ceramah disiplin kepada murid-murid.

Ceramah bertujuan untuk membantu mengurangkan ma-salah jenayah khususnya di kalangan murid-murid sekolah. (rahizah)

CERAMAH DISIPLIN

MESYUARAT AGUNG PIBG kurang 70 orang ibubapa dan guru telah hadir. Beberapa usul telah dapat dibincangkan pada mesyuarat tersebut. (rahizah)

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan me-syuarat agung pada hari Ahad, 29 Mac lalu. Seramai lebih

Pada 17 Mei lalu, Kelab Ke-luarga telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru 2010. Pel-bagai aturcara telah diadakan bermula dari jam 7.30 pagi se-

hingga 1.00 petang. Antaranya ialah bacaan perutusan, Nyany-ian lagu Guru Malaysia, ikrar guru, sukaneka, dan penyam-paian cenderamata. (rahizah)

SKPKBP telah mengadakan gotong-royong perdana pada hari Sabtu, 15 Mei lalu. Guru-guru, ibubapa dan murid-murid

telah hadir membersihkan kawasan sekolah, kebun dan kolam. Program bermula seawal 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi. (rahizah)

HARI GURU

GOTONG ROYONG PERDANA

SAMBUTAN HARI LAHIR

Sambutan Hari Lahir telah men-jadi acara tradisi SKPKBP. Pada 17 Mei lalu, kumpulan pertama guru dan staf yang lahir pada

Januari sehingga April telah diraikan serentak dengan Ma-jlis Sambutan Hari Guru. (rahizah)

PAGE 2

Alhamdulillah, bertemu lagi dalam Buletin Speed kali ini. Terasa lama, apabila Buletin Speed terbit dua bulan sekali pada tahun ini. Namun, ia lebih padat dengan berita aktiviti sekolah berbanding keluaran tahun lalu.

Buletin kali ini memfokuskan suasana Sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang diadakan serentak di seluruh negara. Berita lain ialah tentang gotong royong perdana, lawatan Ketua Unit Pendidikan Khas JPNJ ke SKPKBP dan berita-berita lain. Namun tidak semuanya mampu dimuatkan dalam Buletin ini.

Sekian. Selamat Membaca....!

Buletin Speed Mac / April 2010

SK Pendidikan Khas Batu Pahat

PENGERUSI En Ateh Bin Salim

NAIB PENGERUSI Pn Hjh Arni bt Md Noor

EDITOR Aizam @ Azlan bin Kadiron

( [email protected] )

PENGARANG Pn Norhafizah binti Nordin

Pn Rodhiha binti Maarof

Pn Noor Rahizah bt Abd Rahman

JURUFOTO En Kevin Mak Wai Kim

En Mohammad Saffri bin Hamali

PENERBIT Pusat Sumber SK PKBP,

Jln Lim Yew Leong, PS 30,

83007 Batu Pahat, Johor D Ta’zim.

Sebarang pertanyaan atau sumbangan artikel boleh dialamatkan ke alamat di atas.

CETAKAN / EDARAN En Munif bin Hj Basir

KADANG-KADANG KITA TIDAK TAHU DAN BERSEDIH, BILA

DALAM CUACA CERAH BERTUKAR MENJADI GELAP,

HALILINTAR DAN HUJAN LEBAT; TIBA-TIBA ALLAH MENGIRIMKAN

KITA PELANGI YANG CANTIK, INDAH DAN BERSERI.

<<< DARI HALAMAN UTAMA

Dua buah sekolah telah dipilih oleh SKPKBP untuk dilawati bagi tujuan mendapatkan input meningkatkan program aktiviti Kelas Khas Bermasalah Pembela-jaran (KKBP). Selain mendapat-

kan pendedahan tentang Ran-cangan Pengajaran Individu, lawatan tersebut turut meli-hat program transisi yang diadakan di sekolah berke-naan. (rahizah)

LAWATAN KE PROGRAM KKBP SK PESERAI & SK BANDAR

Page 3: LAWATAN KETUA UNIT PK JPNJ - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2010/03_MEI-JUN_2010.pdf · VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Terbilang Pada Tahun 2015 MISI Menyediakan

PAGE 3 MEI/JUN

Page 4: LAWATAN KETUA UNIT PK JPNJ - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2010/03_MEI-JUN_2010.pdf · VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Terbilang Pada Tahun 2015 MISI Menyediakan

UPPM 2, PEP. SETENGAH TAHUN & KELAS TAMBAHAN

Murid  tahun  6.1  dan  6.2  telah menduduki 

Ujian  Pengesanan  Prestasi  Murid  2  yang 

diadakan serentak seluruh negeri Johor pada 

25‐27 Mei 2010. Selain itu, semua murid juga   

dijadualkan menduduki  Peperiksaan  Perte‐

ngahan  Tahun  pada  31  Mei  hingga  4  Jun 

2010. Selepas itu murid akan bercuti sekolah 

untuk  Cuti  Pertengahan  Penggal  selama  2 

minggu bermula 2 Jun 2010. Semasa cuti ini, 

kelas  tambahan  UPSR  akan  dijadualkan 

seperti biasa oleh Unit Kurikulum. (abk)

PUNCA DISLEKSIA Kajian-kajian yang dijalankan,secara teorinya, menunjuk-kan disleksia disebabkan oleh keturunan(genetik), boilogi dan kematangan.

Keturunan/Genetik Dalam kebanyakan kes murid disleksia,terdapat beberapa orang ahli keluarga sama ada ibu bapa,adik beradik atau saudara terdekat yang mengalami masalah yang sama. Ini menunjuk-kan ada tanda-tanda berkemungkinan disleksia berpunca dari pengaruh genetik, iaitu disleksia boleh diwarisi. Namun begitu,darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin berbeza. Kajian yang telah dijalankan telah dapat membuktikan bahawa disleksia di sebabkan oleh kromo-som15 ,1 dan 16 yang diwarisi secara turun temurun. Biologi Secara umumnya ianya di sebabkan oleh sejarah kesukaran semasa dilahirkan,seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahrkan atau kelahiran amat menyukarkan. Semua faktor ini adalah berkemungkinan menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah belajar disleksia dan kerosakan ini adalah minima. Kajian secara pe-rubatan (klinikal) juga,mendapati pembentukan otak mereka yang mengalami disleksia adalah tidak seperti mereka yang tidak menghadapi disleksia. Kematangan Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia mengikut jantina. Kebiasaannya kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak-kanak perempuan.

( Susunan: abk )

( Bah. 23 )