laporan lawatan industri dan lawatan balas ke … · taklimat ringkas adalah pengenalan mengenai...

7
LAPORAN LAWATAN INDUSTRI DAN LAWATAN BALAS KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) Tarikh : 27 28 Oktober 2017 Tempat : 1) Nova Holistik Organic Trigona Farm, Segamat 2) TT Electronics, Kuantan 3) Universiti Malaysia Pahang (UMP) 4) Pantai Teluk Cempedak Pada 27 Oktober 2017, seramai 62 orang ahli Kelab Pengeluaran dan Operasi (PROPC) telah berjaya melibatkan diri sebagai peserta ke lawatan industri dan lawatan balas ke UMP termasuk dua orang pensyarah pengiring iaitu Dr. Fadillah Binti Ismail selaku penasihat Kelab Prop-C dan Encik Juzaimi Bin Nasuredin. Peserta dan pensyarah pengiring berkumpul jam 3.30 pagi dan bertolak ke Nova Holistik Organic Trigona Farm, Segamat pada jam 4.00 pagi. Bergambar bersama di DTMI sebelum bergerak Tiba pada jam 8.00 pagi dan lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Encik Faris. Taklimat ringkas adalah pengenalan mengenai tubuhnya Nova Holistik Organic Trigona Farm yang merupakan sebuah ladang ternakan lebah kelulut yang ditubuhkan oleh pengasasnya iaitu En.Mohd Faizzall Chai Bin Abdullah pada tahun 2015. Kami dibawa melawat ke ladang lebah kelulut dan diberikan taklimat mengenai cara menternak lebah kelulut dan cara menghasilkan madunya. NHOTF menternak lebah kelulut secara komersial dan menjual

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN LAWATAN INDUSTRI DAN LAWATAN BALAS KE UNIVERSITI MALAYSIA

PAHANG (UMP)

Tarikh : 27 – 28 Oktober 2017

Tempat : 1) Nova Holistik Organic Trigona Farm, Segamat

2) TT Electronics, Kuantan

3) Universiti Malaysia Pahang (UMP)

4) Pantai Teluk Cempedak

Pada 27 Oktober 2017, seramai 62 orang ahli Kelab Pengeluaran dan Operasi

(PROPC) telah berjaya melibatkan diri

sebagai peserta ke lawatan industri dan

lawatan balas ke UMP termasuk dua

orang pensyarah pengiring iaitu Dr.

Fadillah Binti Ismail selaku penasihat

Kelab Prop-C dan Encik Juzaimi Bin

Nasuredin. Peserta dan pensyarah

pengiring berkumpul jam 3.30 pagi dan

bertolak ke Nova Holistik Organic Trigona

Farm, Segamat pada jam 4.00 pagi.

Bergambar bersama di DTMI sebelum bergerak

Tiba pada jam 8.00 pagi dan lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Encik

Faris. Taklimat ringkas adalah pengenalan mengenai tubuhnya Nova Holistik Organic

Trigona Farm yang merupakan sebuah

ladang ternakan lebah kelulut yang

ditubuhkan oleh pengasasnya iaitu En.Mohd

Faizzall Chai Bin Abdullah pada tahun 2015.

Kami dibawa melawat ke ladang lebah kelulut

dan diberikan taklimat mengenai cara

menternak lebah kelulut dan cara

menghasilkan madunya. NHOTF menternak

lebah kelulut secara komersial dan menjual

Tiba di Nova Holistik Organis Tigona Farm hasil ternakan ini seperti madu dan propolis.

Sesi mendengar taklimat, lawatan ke nursery dan lebah kelulut.

Pada jam 12.00 tengah hari, selesai

makan tengah hari, kami bertolak ke Kuantan

untuk lawatan industri ke TT Electronics. Tiba

pada jam 4.00 petang dan kami disambut oleh

Encik Mohd Fauzi Bin Hj Mahmud selaku direktor

operasi di syarikat itu. Taklimat ringkas mengenai

syarikat ini telah diberikan oleh beliau. TT

Elecronics adalah di bawah BI Technologies

Corporation Sdn Bhd.

Encik Fauzi memberi penerangan mengenai TT Electronics

Lean production di TT Electronics

Syarikat ini membekalkan komponen magnet, potensiometer, pemangkas,

menghubungi dan tidak menghubungi sensor automotif dan perindustrian serta

perhimpunan mikroelektrik hibrid untuk perniagaan utama di dunia. Setelah 45 minit taklimat

ringkas diberi, Encik Mohd Fauzi dan krewnya membawa kami melawat ke dalam bahagian

pengeluaran dan operasi. Kami diberi penerangan mengenai proses pembuatan komponen-

komponen yang dihasilkan di antaranya komponen untuk kapal terbang. Pada jam 5.30

petang, pihak syarikat menyediakan jamuan ringan dan sesi bergambar.

Sesi bergambar bersama wakil TT Electronics sebelum bergerak ke UMP

Pada jam 6.30 petang,

kami bertolak ke Universiti

Malaysia Pahang di Kampus

Gambang. Kami daftar untuk

kolej kediaman dan pada jam

8.00 malam, kami bergerak ke

Fakulti Pengurusan Industri.

Setelah makan malam di

fakulti, kami disambut oleh ahli

jawatankuasa IMPRESS iaitu

kelab FIM. IMPRESS dan

pihak kami mengadakan sesi dialog.

Pembukaan majlis oleh pengarah

IMPRES, memberikan ucapan dan

menerangkan serba ringkas

mengenai Fakulti Pengurusan Industri

dan IMPRESS. Seterusnya, wakil

Prop-C iaitu Presiden Prop-C pula

menerangkan mengenai Fakulti

Pengurusan Teknologi dan

Perniagaan (FPTP) dan Prop-C

kepada pihak UMP. Sesi dialog ini berjalan selama satu jam dan kami pulang ke kolej

kediaman untuk berehat.

Sedikit sumbangan daripada UTHM kepada UMP

Sesi bergambar bersama dengan UMP Impress dengan Prop-C UTHM

Sesi bergambar bersama wakil Pensyarah Pn. Fatimah UMP

Pada 28 Oktober 2017, pada jam 08.00 pagi, kami sarapan pagi dan sesi bergambar

bersama wakil pensyarah UMP, Puan Fatimah. Seterusnya,kami bergerak Pantai Teluk

Cempedak untuk program Team Bonding. Aktiviti team bonding adalah liga jaring gelung.

Peserta dibahagikan kepada enam kumpulan dan berlawan secara liga. Aktiviti ini dapat

mengeratkan hubungan antara pelajar dalam jurusan ini. Aktiviti di Pantai Teluk Cempedak

berakhir pada jam 1.00 petang. Kami disediakan makan tengah hari dan bertolak pulang ke

UTHM pada jam 2.00 petang.

Aktiviti team building bersama pelajar tahun 4BPB

Sesi bergambar di Teluk Cempedak sebelum bergerak pulang ke UTHM