laporan kursus pembangunan profesionalisme

2
LAPORAN KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME & PEREKAYASAAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH KALI KE 2/2014 Kursus Pembangunan Profesionalisme & Perekayasaan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Timur Laut. Kursus ini telah diadakan di Kolej SEGi Pulau Pinang pada 5hb Mac 2014. Kursus ini berlansung selama satu hari. Kursus ini dihadiri oleh semua guru bimbingan dan kaunseling sekolah di daerah timur laut. Kursus ini dikendalikan oleh Dr.William Wong selaku Timbalan Pengetua Kolej SEGi Pulau Pinang dengan kerjasama mahasiswa dan mahasiswi Kolej SEGi. Slot pertama dimulakan dengan mesyuarat ringkas antara semua kaunselor bersama pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut. Terdapat beberapa perkara penting khususnya tugas rasmi sebagai seorang kaunselor sekolah ditekankan dalam mesyuarat tersebut. Seterusnya, salah seorang daripada pensyarah Kolej SEGi telah menerangkan secara ringkas tentang sistem pendidikan dan suasana pengajaran dan pembelajaran di Kolej SEGi. Sejurus selepas tamat taklimat tersebut, tenaga pengajar Kolej SEGi telah membawa semua kaunselor mengikut kumpulan masing- masing untuk ‘facilities showcase & campus tour’ . Semua kaunselor dapat berkunjung ke setiap pusat pengajian sambil melihat bagaimana suasana pengajaran berjalan contohnya, di bilik tutorial atau di makmal. Pihak Kolej SEGi juga telah menjemput penceramah dari Experiantial Lerning Centre untuk memberi taklimat yang bertajuk “COUNSELORS – THE PERSON & THE PROFESSIONAL”. Taklimat ini membincangkan tentang cara guru kaunselor meningkatkan kualiti kaunseling di sekolah dengan mengambil kira kemudahan teknologi pada zaman sekarang seperti Facebook, Twitter, Wordle, School Tube dan sebagainya. Isu yang dibincangkan termasuklah adakah berkesan untuk menggunakan medium teknologi informasi sebagai penghubung kepada pelajar dan ibu bapa. Setiap guru dibahagikan dalam kumpulan masing-masing dan diminta membentangkan cara penyelesaian yang sesuai terhadap isu ini. Setiap kumpulan membentangkan idea masing-masing dengan cara yang menarik serta berkongsi pengalaman di sekolah untuk diaplikasikan oleh guru kaunselor yang lain pada masa akan datang.

Upload: zahida-amin

Post on 21-Nov-2015

283 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

sekolah

TRANSCRIPT

LAPORAN KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME & PEREKAYASAAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH KALI KE 2/2014

Kursus Pembangunan Profesionalisme & Perekayasaan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Timur Laut. Kursus ini telah diadakan di Kolej SEGi Pulau Pinang pada 5hb Mac 2014. Kursus ini berlansung selama satu hari. Kursus ini dihadiri oleh semua guru bimbingan dan kaunseling sekolah di daerah timur laut.

Kursus ini dikendalikan oleh Dr.William Wong selaku Timbalan Pengetua Kolej SEGi Pulau Pinang dengan kerjasama mahasiswa dan mahasiswi Kolej SEGi. Slot pertama dimulakan dengan mesyuarat ringkas antara semua kaunselor bersama pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut. Terdapat beberapa perkara penting khususnya tugas rasmi sebagai seorang kaunselor sekolah ditekankan dalam mesyuarat tersebut.

Seterusnya, salah seorang daripada pensyarah Kolej SEGi telah menerangkan secara ringkas tentang sistem pendidikan dan suasana pengajaran dan pembelajaran di Kolej SEGi. Sejurus selepas tamat taklimat tersebut, tenaga pengajar Kolej SEGi telah membawa semua kaunselor mengikut kumpulan masing-masing untuk facilities showcase & campus tour. Semua kaunselor dapat berkunjung ke setiap pusat pengajian sambil melihat bagaimana suasana pengajaran berjalan contohnya, di bilik tutorial atau di makmal.

Pihak Kolej SEGi juga telah menjemput penceramah dari Experiantial Lerning Centre untuk memberi taklimat yang bertajuk COUNSELORS THE PERSON & THE PROFESSIONAL. Taklimat ini membincangkan tentang cara guru kaunselor meningkatkan kualiti kaunseling di sekolah dengan mengambil kira kemudahan teknologi pada zaman sekarang seperti Facebook, Twitter, Wordle, School Tube dan sebagainya.

Isu yang dibincangkan termasuklah adakah berkesan untuk menggunakan medium teknologi informasi sebagai penghubung kepada pelajar dan ibu bapa. Setiap guru dibahagikan dalam kumpulan masing-masing dan diminta membentangkan cara penyelesaian yang sesuai terhadap isu ini. Setiap kumpulan membentangkan idea masing-masing dengan cara yang menarik serta berkongsi pengalaman di sekolah untuk diaplikasikan oleh guru kaunselor yang lain pada masa akan datang.

Sesi soal jawab dibuka selepas slot terakhir tamat. Guru-guru menanyakan pelbagai soalan dan berkongsi pengalaman masing-masing sepanjang kursus ini berlansung. Kursus tamat pada pukul 2.45 petang.

Laporan disediakan oleh,

6 Mac 2014 .

(ZAHIDA BINTI AMIN)Guru Kaunselor

SM Pend. Khas Persekutuan