laporan kem thn 6

8
SK RANCANGAN SEPUPOK SUBIS 98200 NIAH LAPORAN KEM MOTIVASI TAHUN 6 SIRI 1/2013 TARIKH : 26 hingga 27 April 2013 TEMPAT : DEWAN SRI GEMILANG SK RANCANGAN SEPUPOK TEMPAT PENGINAPAN : ASRAMA SK RANCANGAN SEPUPOK

Upload: saeh-kelatop

Post on 06-Sep-2015

61 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh laporan

TRANSCRIPT

SK RANCANGAN SEPUPOKSUBIS98200 NIAH

LAPORAN KEM MOTIVASI TAHUN 6 SIRI 1/2013

TARIKH :26 hingga 27 April 2013

TEMPAT :DEWAN SRI GEMILANG SK RANCANGAN SEPUPOK

TEMPAT PENGINAPAN :ASRAMA SK RANCANGAN SEPUPOK

1. PENGENALANKem Motivasi UPSR 2013 merupakan satu agenda tahunan di setiap sekolah termasuklah SK Rancangan Sepupok. Kem motivasi ini diadakan bagi memastikan setiap murid mendapat pendedahan mengenai teknik-teknik menjawab soalan UPSR dengan lebih berkesan. Program Motivasi UPSR tahun ini telah diadakan di Dewan Sri Gemilang SK Rancangan Sepupok selama dua hari bermula 26 April hingga 27 April 2013. Kelainan kem motivasi kali ini ialah pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk menggunakan dewan makan asrama sekolah sebagai tempat aktiviti program dijlankan. Kerjasama yang baik yang diberikan oleh pihak pengurusan asrama telah memudahkan lagi kem ini dilaksanakan.

2. RASIONALMelahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam keputusan UPSR 2013 disamping meningkat keyakinan diri bahawa setiap pelajar boleh berjaya dengan adanya sasaran dan persiapan yang rapi.

3. OBJEKTIF Membina keyakinan dan kepercayaan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh melahirkan pelajar Tahun 6 yang cemerlang dalam UPSR. Membantu murid-murid membina sasaran kecemerlangan Menimbulkan kesungguhan dan minat pelajar untuk belajar bersungguh-bersungguh bagi mencapai sasaran

4. TARIKHKem Motivasi UPSR 2013 ini telah diadakan pada:

Tarikh:26 hingga 27 April 2013Hari:JUMAAT dan SABTUMasa:12.30 tgh hari ( Jumaat) 2.00 ptg (Sabtu)

5. KUMPULAN SASARAN Murid & Ibu Bapa Tahun 6

6. SUMBER TENAGAa. Guru-guru SK Rancangan Sepupokb. Kakitangan Sokongan SK Rancangan Sepupok

7. JAWATANKUASA PROGRAMPengerusi :En. Walter Suring Ak Mawat(Guru Besar)Naib Pengerusi :En. Jeffrey Bin Edris(GPK 1)Timbalan Naib Pengerusi: Pn. Afrida Ak Mancha(GPK HEM)Setiausaha : En. Michael Ak Lapek (Guru Kelas Thn 6)Bendahari : En. Lagie Ak Janda(GPK Ko)

8. JAWATANKUASA PENGELOLAPengerusi: En. Micheal Ak LapekNaib Pengerusi: Pn. Ellen Ak JipowTimb. Naib Pengerusi 1: Pn. Josephine ElbrinaTimb. Naib Pengerusi 2: Pn. Kerna Ak Gadot

Buku ProgramPn. Ellen Ak JipowPn. Icy Ingkon

Protokol & PublisitiEn. Jeffrey Bin Edris

JemputanPn. Icy Ingkon

PendaftaranPn. Nurbalqis Bt. Abdullah

Peralatan & KelengkapanPn. Kerna Ak GadotCik Caroline Ak Bakir

Siaraya & TeknikalEn. Zainuddin Bin MajidEn. Lagie Ak Janda

Penginapan, Kebajikan & KeselamatanPn. Afrida Ak ManchaPn. Dinah JokMakanan & MinumanPn. Rose Ak MadarPn. Jennifer Ak EtotEn. Yakup Bin Mohd.

Kem KomandanEn. Yakup Bin MohamadEn. Zainuddin Bin Majid

KerohanianEn. Lagie Ak Janda

Riadah & Rekreasi / SukanekaEn. Jutie Ak UjakPn. Meria Wan

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)Cik Nazihah Bt. MohamadEn. Jutie Ak. UjakPn. Meria WanPengelolaan Aktiviti/FasilitatorEn. Michael Ak LapekPn. Ellen Ak JipowPn. Josephine ElbrinaPn. Kerna Ak Gadot

Hadiah/Cenderahati/SijilCik Gieona Jane Ak. LagieCik Caroline Ak. Bakir

KebersihanPn. Audrey Ak. AnthonyPn. Norbalqis Bt. Abdullah

Juruacara CeramahPn. Dinah JokCik Gieona Jane Ak. Lagie

Majlis PenutupanPn. Patricia Dumang Ak. BansiPn. Audrey Ak. AnthonyCik Giona Jane Ak. LagieCik Nazihah Bt. MohamadPn. Rose Ak. MadarPn. Jennefer Ak. Etot

Pelaporan & DokumentasiEn. Michael Ak LapekPn. Josephine Elbrina

9. TENTATIF PROGRAMMASAAKTIVITI

12.30 pm-1.00 pm BERKUMPUL DI DEWAN

1.00 pm-1.30 pm PENDAFTARAN TAKLIMAT UMUM

1.30 pm-2.00 pm AKTIVITI DALAM KUMPULAN/LDK 1

2.00 pm-3.30 pm TEKNIK MENJAWAB SOALAN (BI)

3.30 pm-3.45 pm MINUM PETANG / KEROHANIAN

3.45 pm-5.15 pm TEKNIK MENJAWAB SOALAN (MT)

5.15 pm-6.15 pm RIADAH / KEROHANIAN

6.15 pm-7.00 pm MANDI /MAKAN PETANG

7.00 pm-8.30 pm CERAMAH MOTIVASI UMUM

8.30 pm-9.00 pm MINUM MALAM

9.00 pm-10.00 pm AKTIVITI DALAM KUMPULAN/LDK 2

10.00 pm-10.30 pm RIADAH/ KEROHANIAN

10.30 pm TIDUR

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

10. ULASAN PROGRAMSecara keseluruhannya, program Kem Motivasi Tahun 6 Siri 1/2013 ini berjaya dilaksanakan mengikut tarikh dan tempat yang telah dicadangkan. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutamanya guru-guru dan kakitangan SK Rancangan Sepupok yang telah menjayakan program ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua penceramah jemputan dari SK Batu Niah, SK Kpg. Tarikan, SK Rumah Undi, SK Kpg. Angus dan SM Suai serta para ibu bapa pelajar Tahun 6 kerana sudi memberikan kerjasama yang baik sepanjang Kem Motivasi Tahun 6 ini berlangsung.

11. CADANGAN PENAMBAHBAIKANWalaupun program ini berjalan dengan lancar, terdapat beberapa kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Antara cadangan penambahbaikan ialah:-

1. GANGGUAN ELEKTRIK SEMENTARAKelemahan ini didapati semasa slot Matematik oleh Cikgu Bakir ( SK Batu Niah ) di mana terdapat gangguan elektik terputus sementara dan beliau tidak dapat memaparkan slaid semasa bengkel menjawab soalan Matematik sedang dijalankan. Keadaaan dewan yang panas juga tidak menyelesakan para peserta yang berada di dalam dewan.

2. PENAMBAHAN MASA UNTUK SETIAP SLOTTerdapat beberapa fasilitator yang menyatakan bahawa beliau kekurangan masa dan masa selama dua jam yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk beliau menghabiskan pengajaran mereka. 3 jam adalah tempoh masa yang ideal untuk mengadakan bengkel teknik menjawab soalan bagi setiap subjek.

12. PENUTUPKem Motivasi Tahun 6 Siri 1/2013 ini telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua guru amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Adalah menjadi harapan semua pihak terutamanya guru-guru agar kem motivasi yang dijalankan tersebut menjaya mencapai objektifnya iaitu semua peserta dapat menjawab soalan peperiksaan UPSR dengan berkesan dan betul.

Sekalung penghargaan daripada Jawatankuasa Pengelola kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan Kem Motivasi Tahun 6 Siri 1 ini. Semoga kerjasama seperti ini akan berterusan demi memastikan kelangsungan kejayaan murid-murid dalam bidang akademik

Disediakan oleh,Disemak dan disahkan oleh,

............................................... ...........................................................( JOSEPHINE ELBRINA AK RITANG ) ( WALTER SURING AK MAWAT )AJK Pelaporan & Dokumentasi Guru Besar SK Rancangan SepupokTimb. Naib Pengerusi 1 Penasihat Kem Motivasi Tahun 6 Kem Motivasi Tahun 6 Siri 1/13 Siri 1/13