laporan kem kepimpinan

15
1.0 BUTIRAN AM Tajuk : Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah ,Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas dan Pengawas Pusat Sumber Anjuran : Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Penasihat : En. Ajang Jok ( Guru Besar) Pengerusi : En Joscelly Rambli Tong ( GPK HEM ) Timbalan Pengerusi : Encik Faizal Jarawi ( GPK Pentadbiran ) Setiausaha : Cik Siti Nurhidayatie Binti Norsebdie Bendahari : Cik Elania Daniel Tempat : Dewan Sekolah, SK Kuala Bok. Tarikh : 7-9 Februari 2014 Jumlah Peserta : 33 Orang

Upload: tati-hidayatie

Post on 20-Jul-2015

900 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan kem kepimpinan

1.0 BUTIRAN AM

Tajuk : Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah ,Ketua Kelas dan

Penolong Ketua Kelas dan Pengawas Pusat Sumber

Anjuran : Unit Hal Ehwal Murid (HEM)

Penasihat : En. Ajang Jok ( Guru Besar)

Pengerusi : En Joscelly Rambli Tong ( GPK HEM )

Timbalan Pengerusi : Encik Faizal Jarawi ( GPK Pentadbiran )

Setiausaha : Cik Siti Nurhidayatie Binti Norsebdie

Bendahari : Cik Elania Daniel

Tempat : Dewan Sekolah, SK Kuala Bok.

Tarikh : 7-9 Februari 2014

Jumlah Peserta : 33 Orang

Page 2: Laporan kem kepimpinan

2.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit HEM SK Kuala

Bok. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah , Ketua dan penolong ketua kelas

berjumlah 33 orang. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi

pendedahan kepada murid bagaimana mengendalikan tugas yang pelbagai. Malah, kursus

ini juga diharap dapat memberi panduan dan bekalan kepada murid untuk menghadapi

cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang

demikian , program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam

kepimpinan , pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan murid.

Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada para

Pengawas untuk berkongsi pengalaman bersama jurulatih dalam memantapkan lagi

profesionalisme mereka . Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan

yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi

mengharumkan nama sekolah .

3.0 MATLAMAT

Melahirkan pemimpin yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan

ketrampilan, daya tahan diri yang tinggi serta aura kepimpinan yang selaras dengan

prinsip Rukun Negara.

Page 3: Laporan kem kepimpinan

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program ini adalah untuk :

4.1 Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan

kepimpinan dan jati diri.

4.2 Memupuk kerjasama antara murid semasa menjalankan atau

menyelesaikan masalah.

4.3 Membina kepercayaan dan keyakinan yang tinggi dalam diri pemimpin

4.4 Persediaan diri yang mantap boleh menjadikan para pemimpin dapat

membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.

4.5 Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para

Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas serta Pengawas Pusat

Sumber apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .

5.0 SENARAI NAMA AJK INDUK

PENASIHAT

ENCIK AJANG JOK

SETIAUSAHA

CIK SITI NURHIDAYATIE

BENDAHARI

CIK ELANIA

PENGERUSI

ENCIK JOSCELLY

TIMBALAN PENGERUSI

1. ENCIK FAIZAL

2. ENCIK ALFRED

Page 4: Laporan kem kepimpinan

6.0 SENARAI NAMA AJK PELAKSANA

AHLI JAWATAN KUASA

PELAKSANA

PEGAWAI YANG TERLIBAT

1. Ajk Kertas Kerja Cik Siti Nurhidayatie

2. Ajk Pendaftaran Cik Elania Daniel, Cik Siti

Nurhidayatie, Encik Joscelly

3. Ajk Peralatan/ Bahan Encik Ahmad Azam, Encik Abdul

Qadirn Jailani, Murid-murid Tahun 5

4. Ajk Siaraya/

Pengurusan Majlis

Encik Alfred, Cik Syazwanti

5. Ajk Makanan/Minuman Cik Julena, Encik Mohd. Airwan, Puan

Jacqueline, Puan Rahmah

6. Ajk Disiplin Encik Faizal, Encik Joscelly

7. Ajk Kebersihan Encik Abdul Qadir Jailani, Murid-

murid Tahun 6

8. Ajk LDK Encik Alfred, Cik Rosliza, Encik

Cosmas

9. Fasilitator Encik Abdul Qadir, Encik Ahmad

Azam, Cik Julena, Cik Siti

Nurhidayatie, Cik Syazwanti.

10. Kem Komandan Encik Alfred

Page 5: Laporan kem kepimpinan

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL ITEM HARGA UNIT JUMLAH

( RM )

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Kos makan pelajar sehari

Air kotak

Air mineral

Kertas Sijil

Kertas A4

Pen marker

Kertas mahjong

Tali Rafia

Kain Hitam

Fail poket

Pensil

RM 9.00

RM 26.40

RM 21.60

RM 90.00

RM 12.00

RM

RM O.52

RM 2.50

RM 4.00

RM 1.00

RM

33 orang

3 dozen

2 kotak

1 rem

1 rem

1 kotak

210 keping

3 gulung

2 meter

33 keping

RM 297

RM 79.20

RM 43.20

RM 90

RM 12

RM

RM 5.20

RM 7.50

RM 8.00

RM 33.00

JUMLAH

Page 6: Laporan kem kepimpinan

8.0 LAPORAN PENGISIAN PROGRAM

8.1 Taklimat

Sesi ini dijalankan sejurus sahaja selepas sesi pendaftran dilakukan. Dalam

sesi ini, para peserta telah diberikan taklimat dan peraturan-peraturan yang

wajib mereka patuhi sepanjang program ini dijalankan. Malah para peserta

juga telah diberikan barang amanah yang harus mereka jaga sepanjang

aktiviti ini dijalankan. Para peserta kemudian dibahagikan mengikut

kumpulan dan diberikan seorang fasilitator bagi setiap kumpulan sebagai

pembimbing. Terdapat lima kumpulan yang terdiri dari Kumpulan Madun,

Kumpulan Satria, Kumpulan Singa, Kumpulan Helang dan Kumpulan

Naga. Adik Vindelly Micheal telah dilantik sebagai penghulu kem

manakala adik Sherllyn Melisa Malia pula telah dilantik menjadi

penghuluwati.

8.2 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

8.2.1 Latihan dalam kumpulan 1

LDK pertama telah dibimbing oleh Encik Alfred. Para peserta dikehendaki

untuk mendirikan tiang bendera secara berkumpulan. Setiap kumpulan

dikehendaki mendirikan tiang bendera dengan hanya menggunakan tiga

tali yang diberikan dalam kawasan yang ditetapkan. Seorang peserta

dalam setiap kumpulan dikehendaki untuk menjadi jurumudi untuk

mendirikan tiang tersebut dalam tempoh masa yang diberikan. Aktiviti ini

secara tidak langsung memupuk sifat kepimpinan dalam diri peserta yang

menjadi jurumudi. Manakala dalam masa yang sama rakan mereka yang

menjalankan aktiviti pula hendaklah mendengar arahan yang diberikan

oleh jurumudi. Secara tidak langsung sifat mendengar arahan dapat

dipupuk dalam aktiviti ini. Aktiviti ini telah dimenangi oleh kumpulan

Helang dengan tempoh masa terpantas iaitu 1 minit 48 saat.

Page 7: Laporan kem kepimpinan

8.2.2 Latihan dalam Kumpulan 2

Untuk LDK yang kedua ini, para peserta sekali lagi telah diarahkan untuk

memilih seorang peserta dalam setiap kumpulan. Kemudian, para peserta

yang dipilih dalam setiap kumpulan akan mengemudi ahli kumpulan yang

telah ditutup mata mereka dengan menggunakan kain untuk sampai ke

setiap stesen. Terdapat 5 stesen dan terdapat guru-guru yang bertugas

untuk memberikan tugasan yang harus diselesaikan untuk pergi ke stesen

seterusnya. Untuk LDK ini, sifat memimpin dapat dipupuk dalam diri

peserta seterusnya dalam masa yang sama kepatuhan mendengar arahan

dapat disemai dalam diri peserta. Kesemua kumpulan berjaya sampai ke

semua stesen walaupun dipimpin oleh para peserta yang lebih muda. LDK

2 ini telah dibimbing oleh Cik Syazwanti dan Cik Julena.

8.2.3 Latihan dalam Kumpulan 3

LDK 3 telah dibimbing oleh Cik Rosliza dan Encik Cosmas. Terdapat dua

aktiviti yang menarik telah dilaksanakan untuk LDK kali ini. Aktiviti yang

pertama memupuk nilai kreativiti peserta apabila mereka dikehendaki

untuk melakonkan perwatakan tanpa suara. Menerusi aktiviti yang kedua

pula, para peserta telah dipupuk untuk lebih peka akan perubahan yang

berlaku terhadap persekitaran mereka. Aktiviti yang menarik sebegini

amat perlu dilakukan terhadap para peserta agar mereka lebih mudah peka

akan situasi-situasi penting pada masa akan datang

8.2.4 Latihan dalam Kumpulan 4

Untuk sesi LDK yang terakhir ini, para peserta telah diberikan tugasan

untuk menyampaikan amanat yang telah diberikan oleh guru pembimbing.

Setiap ketua kumpulan telah diberikan amanat yang berbeza dan

dikehendaki untuk menyampaikan amanat tersebut kepada ahli kumpulan

yang lain secara individu. Melalui aktiviti seperti ini, keupayaan para

peserta untuk menyampaikan amanat yang betul dapat dilihat dan

ditekankan. Aktiviti yang dibimbing oleh Encik Abdul Qadir dan Encik

Page 8: Laporan kem kepimpinan

Ahmad Azam ini sedikit sebanyak membantu para peserta untuk

meningkatkan tahap ingatan mereka.

8.3 Malam Waja Diri

Disebelah malam untuk hari pertama kem ini dijalankan, para peserta telah

diuji dengan pelbagai cabaran bagi memupuk sifat berani dalam diri

mereka. Sebelum aktiviti ini dijalankan, taklimat ringkas mengenai

peraturan dan keselamatan diri peserta dibuat bagi mengelakkan sebarang

perkara yang tidak diingini berlaku. Para peserta kemudiannya, telah

diarahkan untuk membuat barisan dan bergerak mengikut rakan mereka.

Mata para peserta yang ditutup dengan menggunakan kain menyukarkan

lagi pergerakan para peserta. Aktiviti ini memupuk sifat mendengar arahan

yang diberikan dengan betul dan mengikut segala arahan yang telah

diberikan.

Malah peserta juga kemudiannya dipisahkan seorang demi seorang dari

rakan mereka bagi meningkatkan lagi sifat berani dalam diri peserta.

Mereka kemudiaannya diarahkan untuk mencari rakan mereka sehingga

kesemua ahli kumpulan mereka berjaya dikumpulkan. Para peserta tidak

dibenarkan untuk bersuara hanya bunyi isyarat yang telah ditetapkan

sahaja digunakan untuk mencari ahli kumpulan mereka. Sifat kerjasama

dan percaya terhadap ahli kumpulan dapat disemai melalui aktiviti ini.

8.4 Slot Kepimpinan

Slot kepimpinan diadakan adalah untuk menerangkan erti sebenar

kepimpinan dan menjadikan murid tahu tanggungjawab mereka di sekolah

sebagai seorang pemimpin. Slot yang dipimpin oleh Encik Joscelly ini

banyak memberi input yang berguna kepada para peserta bagaimana cara-

cara untuk menjadi pemimpin yang berketerampilan. Selain itu, terdapat

banyak aktiviti dilakukan disamping menjadikan slot ini lebih menarik dan

dapat menjana kreativiti para peserta dalam melaksanakan aktiviti yang

diarahkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga mampu memupuk

Page 9: Laporan kem kepimpinan

semangat bekerjasama dalam satu kumpulan. Malah sifat fokus dalam

tugasan yang diberikan amat ditekankan dalam aktiviti yang telah

dilaksanakan.

8.5 Muhasabah Diri

Untuk sesi yang terakhir sebelum berakhirnya kem ini, sesi muhasabah

diri telah diadakan untuk membantu murid merenung kembali kelebihan

dan kelemahan diri mereka. Kelebihan yang ada dalam diri akan dijadikan

sebagai batu loncatan untuk terus berjaya dan yakin dengan kebolehan

diri. Kelemahan yang ada dalam diri perlu diatasi dengan cara yang positif

dan bukan hanya mengalah begitu sahaja. Setiap kumpulan juga dapat

menyatakan apa yang mereka perolehi sepanjang kem ini dilaksanakan.

9.0 PENILAIAN

9.1 KEKUATAN :

1. Memupuk kerjasama dalam kalangan peserta

Kerjasama antara para peserta dalam mengikuti program ini menjadi kekuatan

yang paling utama. Tanpa kerjasama antara para peserta ini sudah pasti aktiviti ini

tidak dapat dijalankan tepat pada masanya.

2. Memupuk sifat kepimpinan

Kekuatan yang lain wujud sepanjang proses menjayakan program ini ialah

kepimpinan antara satu sama lain. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan

masing-masing dan saling bantu-membantu dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

3. Membina disiplin

Program-program seperti ini dapat membina disiplin peserta dalam melaksanakan

dan menjayakan program. Sepanjang program ini berjalan, tidak ada masalah

tingkah laku yang melibatkan disiplin peserta. Peserta tidak perlu diingatkan

setiap masa untuk mengetahui apa yang sepatutnya dilakukan dan sepatutnya

tidak harus dilakukan.

Page 10: Laporan kem kepimpinan

10.2 KELEMAHAN :

1. Tidak menepati masa.

Isu pengurusan masa setiap peserta menjadi kelemahan yang kerap berlaku. Tidak

menepati masa merupakan bukti di mana masih ada dalam kalangan para peserta

yang masih tidak peka terhadapi pengurusan masa dalam diri mereka. Sikap yang

sedemikian perlu diperbaiki pada masa akan datang kerana menepati masa itu

merupakan salah satu kreteria utama sebagai seorang pemimpin pada masa akan

datang.

2. Penglibatan para peserta semasa sesi pembentangan kurang.

Kelemahan yang seterusnya ialah penglibatan para peserta semasa sesi

pembentangan agak kurang. Ini menunjukkan bahawa masih terdapat para peserta

yang kurang yakin ataupun kurang bermotivasi untuk melibatkan diri secara aktif

dalam program yang dijalankan.

10.0 TINDAKAN SUSULAN

Satu mesyuarat telah diadakan untuk mengkaji kelemahan dan kekurangan

sepanjang kem ini dilaksanakan. Banyak perkara yang boleh diperbaiki demi

meningkatkan lagi keberkesanan kem sebegini di masa akan datang.

11.0 CADANGAN

Terdapat banyak cadangan untuk penambahbaikan bagi kem seterusnya.

Antaranya ialah :

1. Penilaian untuk peserta yang menunjukkan kepimpinan yang berketrampilan.

2. Jemputan penceramah dari luar.

3. Imbuhan berupa hamper untuk para peserta yang memenangi aktiviti-aktiviti

yang telah dirancang.

Page 11: Laporan kem kepimpinan

12.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Semua pihak yang terlibat terutamanya ahli jawatankuasa telah memberikan

kerjasama dan komitemen yang memberangsangkan bagi menjayakan program

ini. Penglibatan guru-guru, para pelajar serta kakitangan sekolah yang lain

amat memuaskan dari awal sehingga berakhirnya program ini berlangsung.

Sesungguhnya, program seperti ini wajar diadakan serta dijadikan program

tahunan sekolah memandangkan program ilimiah ini sangat berguna untuk

memupuk kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………...............……….... .........................................................................

(SITI NURHIDAYATIE BINTI NORSEBDIE) (EN.JOSCELLY RAMBLI TONG)

Setiausaha, Pengerusi,

Kem Kepimpinan Kem Kepimpinan,

Unit HEM SK Kuala Bok

Disahkan oleh:

..........................................................................

(EN. AJANG JOK)

Penasihat

Kem Kepimpinan,

Unit HEM SK Kuala Bok,

Tinjar, Baram.

Page 12: Laporan kem kepimpinan

LAMPIRAN 1

BIL ITEM HARGA UNIT JUMLAH

( RM )

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

Kos makan pelajar sehari

Air kotak

Air mineral

Kertas Sijil

Kertas A4

Alat tulis (marker)

Kertas mahjong

Tali Rafia

Kain Hitam

RM 9

RM 18

RM 12

RM 12

RM 2.50

33 orang

3 dozen

3 kotak

1 rem

1 rem

1 kotak

20 keping

3 gulung

2 meter

RM 285

RM 54

RM 36

RM 12

RM 7.50

JUMLAH

BIL ITEM HARGA (RM) UNIT JUMLAH

1 Sarapan pagi

RM 3.50

(33 murid )

RM 115.50

2 Minum pagi (kudapan)

dan Minum Malam

RM 2

(33 murid ) RM 66.00

3 Makan tengahari

- RM3.50

(33 murid)

RM 115.50

JUMLAH RM 285.00

Page 13: Laporan kem kepimpinan

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BOK, TINJAR

LAPORAN PROGRAM KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH,

PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA

KELAS PERINGKAT SEKOLAH 2014

TARIKH :

7-9 FEBRUARI 2014

TEMPAT :

DEWAN BESTARI , SK KUALA BOK, TINJAR

S K.KU AL A BOK

Page 14: Laporan kem kepimpinan

LAMPIRAN 3

Atucara program

Jumaat (7 Februari 2014)

Masa Aktiviti Tempat Pegawai

2.00 pm Pendaftaran Dewan Bestari AJK Pendaftaran

3.00 pm Taklimat program

-ice breaking/ kumpulan

Dewan Bestari Fasilitator

3.30 pm LDK 1 Dewan Bestari Encik Alfred

4.30 pm Pengurusan diri Asrama Warden

5.30 pm Makan Malam Dewan Makan Warden

7.00 pm Malam Waja Diri Padang Sekolah Fasilitator

9.30 pm Minum Malam Dewan Makan Warden

10.30

pm

Tidur Asrama Warden

Sabtu (8 Februari 2014)

Masa Aktiviti

6.00 am Bangun pagi Asrama PPM

6.30 am Kuala Bok Cerdas Padang Sekolah Encik Alfred

7.30 am Sarapan pagi Dewan Makan PPM

8.00 am Pengurusan diri Asrama PPM

8.30 am Slot Kepimpinan Dewan Bestari Encik Joscelly

10.00 am Kudapan Dewan Makan Fasilitator

10.30 am LDK 2 Dewan Bestari Cik Syazwanti dan

Cik Julena

12.30

pm

Merarau Dewan Makan Warden

Page 15: Laporan kem kepimpinan

2.30 pm LDK 3 Dewan Bestari Encik Cosmas dan

Cik Rosliza

3.30 pm LDK 4 Dewan Bestari Encik Abdul Qadir

dan Encik Ahmad

Azam

4.30 pm Pengurusan diri Asrama PPM

5.30 pm Makan Malam Dewan Makan PPM

7.00 pm Malam Kebudayaan Dewan Bestari Fasilitator

9.30 pm Minum Malam Dewan Makan Warden

10.30

pm

Tidur Asrama Warden

Ahad (9 Febuari 2014)

Masa Aktiviti

6.30 am Kuala Bok Cerdas Padang Sekolah Encik Abdul Qadir

dan Encik Azam

7.00 am Sarapan pagi Dewan Makan PPM

8.00 am Muhasabah Diri Dewan Bestari Fasilitator

9.00 am Majlis Penutupan Dewan Bestari AJK Siaraya dan

Pengurusan Majlis