laporan kursus kepimpinan

21
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU 44000 KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR TAHUN 2014 ANJURAN:

Upload: zulie76

Post on 16-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

koko

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU44000 KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR

TAHUN 2014ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KURSUS KEPIMPINAN PERDANATAHUN 2014

TARIKH24 September 2014

MASA3.00 PETANG HINGGA 5.30 PETANG

TEMPATSEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU

PENGENALANPara ahli unit kokurikulum khususnya para pemimpin perlu didedahkan dengan latihan-latihan yang berupaya menyelesaikan masalah, menggunakan masa,, peluang dan memanfaatkan segala sumber dengan efektif. Kursus kepimpinan 2014 SKKKB ini dirangka dengan matlamat pembinaan diri, sikap, minat dan kemahiran yang lebih mantap pada diri setiap pemimpin.

RASIONALUntuk membantu, mendorong dan membina para pemimpin supaya mereka dapat berkembang sebagai pelajar yang berkemahiran untuk menghadapi pembelajaran dan kehidupan.

Untuk membentuk seorang pemimpin yang berdedikasi, berkeyakinan, bertanggungjawab dan mempunyai sifat-sifat murni, serta mahir bekerja dengan rakan-rakan sepasukan dan seperjuangan.

Organisasi sekolah memerlukan pelajar yang mempunyai nilai kepimpinan untuk mempertingkatkan prestasi sekolah dari segi disiplin, akademik, kokurikulum, budi pekerti dan semangat kerja.

MATLAMATUntuk melahirkan para pemimpin yang berketrampilan di samping mempunyai sifat berkeyakinan yang tinggi di sekolah pada masa-masa akan datang.

Melahirkan pemimpin yang berwibawa dan generasi yang berkaliber dan bertanggungjawab, serta berupaya memupuk sifat-sifat berpasukan

OBJEKTIFMembentuk serta memupuk semangat kerjasama dan berpasukan.

Untuk mellatih para pemimpin dan kemahiran dan mengenali kemampuan, kebolehan dan keyakinan diri.

Menjanakan aspirasi dan sikap positif para pemimpin dalam tugasan dan tanggungjawab.

KUMPULAN SASARANSemua murid tahun 3, tahun 4 dan tahun 5 SK Kuala Kubu Bharu.

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSIEN. ARIFFIN BIN HAJI ABAN(GURU BESAR SK KUALA KUBU BHARU)NAIB PENGERUSIEN. ZAINUDIN BIN AHMAD (GURU PENOLONG KANAN HEM)EN. KHALID BIN AHMAD TAUFIK (GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)PN. NORAKMAR NIZA BT ZULKIFLI (GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)PN. SITI SAFURA BT ABDUL RASHID (GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS)

AHLI JAWATANKUASATugasNamaKeterangan tugas

Pendaftaran Cik Adheyana bt Mohd DaudPn. Nor Rashidah bt Zainal RashidMengendalikan pendaftaran murid

JamuanPn. Nursyaza bt Mohd AliPn. Halimaton Sadiah bt Ahmad

Menyediakan dan menguruskan jamuan murid

Minuman muridPn. Nursazlin bt KamarudinPn. Rogayah bt Bakar

Menyediakan minuman murid

Ice breakingPn. Habibah binti TakrilPn. Saleha binti Abdullah

Mengendalikan ice breaking

PenyelarasPn. Nor Rashidah bt Zainal RashidMengendalikan perjalanan LDK

FasilitatorSTESEN 1 (BAHASA)Pn. Maznah bt MohamadPn. Norhayaton bt MohamadPn. Azmah bt Imran

STESEN 2 (AGAMA ISLAM)En. Zahari bin IsmailEn. Khairul Nizam bin ZainaludinEn. Rohaizad bin Aziz

STESEN 3 (MULTIMEDIA)En. Harman bin HarunEn. Azmir bin AbdullahEn. Mohamad Afiq bin Ahmad

STESEN 4 (RUKUNEGARA)En. Thong De ShengPn. Norzuliana bt AmirPn. Anita bt Man

STESEN 5 (DOKTOR MUDA)Pn. Nafisah binti Mohamad SaidCik Siti Aisah bt Tajul ArusCik Adheyana bt Mohd Daud

-merancang pengisian program-Mengawalselia program

Penamat Pn. Norasikin binti MohamadEn. Zulfadzle b IsmailPn Muniswari a/p NadarajanMengendalikan penamat explorace. Penentuan pemenang pertandingan

DokumentasiPn. Rohaida bt IbrahimMenyediakan dokumentasi

ATUCARA PROGRAM

3.00 petang: Pendaftaran peserta

3.15 petang: Taklimat kursus dan pembahagian kumpulan

3.30 petang: Explorace bermula

5.00 petang: Penutup dan acara penyampaian hadiah

5.15 petang: Jamuan dan solat

5.30 petang: Bersurai

PERJALANAN PROGRAM3.00 petang: murid mendaftarkan diri mengikut tahun. Setiap murid diberi nombor kumpulan masing-masing bagi memudahkan proses pembahagian kumpulan.

3.15 petang: Murid-murid yang telah mendaftar berkumpul mengikut kumpulan, bermula dari kumpulan 1 hingga kumpulan 10. Setiap kumpulan melantik ketua kumpulan. Puan Habibah bt Takril memberi taklimat tentang perjalanan kursus:*ada lima stesen yang dikendalikan oleh kelab persatuan iaitu kelab Bahasa, Kelab Doktor Muda, Kelab Agama dan Khat, Kelab Multimedia dan Kelab Rukun Negara.*setiap stesen akan menjalankan permainan/ aktiviti yang berlainan bertujuan untuk memupuk sifat kepimpinan setiap murid terutama ketua kumpulan.* di Dataran Marjohan, setiap ketua kumpulan akan menerima kad, apabila loceng dibunyikan kad tersebut dibuka dan arahan pada kad tersebut perlu difahami untuk mereka mencari stesen yang mesti mereka tujui.*setiap kumpulan yang berjaya menghabiskan permainan/aktiviti yang dijalankan pada satu-satu stesen, mereka akan diberi kad seterusnya untuk mereka mencari stesen yang lain.* kumpulan yang berjaya sampai ke stesen penamat perlu meniup belon yang telah dilekatkan pada setiap kad yang mereka peroleh.

3.30 petang: Explorace bermula * kumpulan 1 dan 2: stesen 1 stesen 2 stesen 3 stesen 4 - stesen 5*kumpulan 3 dan 4: stesen 2 stesen 3 stesen 4 stesen 5 stesen 1*kumpulan 5 dan 6: stesen 3 stesen 4 stesen 5 stesen 1 stesen 2*kumpulan 7 dan 8: stesen 4 stesen 5 stesen 1 stesen 2 stesen 3 *kumpulan 9 dan10: stesen 5 stesen 1 stesen 2 stesen 3 stesen 4

Antara permainan dan aktiviti yang dijalankan:

Stesen Kelab Doktor Muda : Kitaran nyamukSetiap kumpulan perlu melengkapkan kitaran hidup nyamuk dan puzzle piramid makanan dengan sebaiknya. Lokasi: bilik Doktor Muda

Stesen Kelab Agama dan Khat : puzzle surah al-FalaqAktiviti ini memerlukan setiap kumpulan mencantumkan setiap kalimah Surah al-Falaq menjadi ayat yang sempurna. Lokasi: Bilik j-QAF

Stesen Kelab Bahasa : Uji MindaSetiap ahli kumpulan akan diuji tahap penguasaan mereka dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Uji minda yang dijalankan ialah ejaan dan peribahasa. Lokasi: Pondok Sains

Stesen Rukun Negara : Negeri apa?Setiap kumpulan akan diberi 14 bendera negeri dan bendera-bendera ini perlu di cucukkan pada peta Malaysia yang telah disediakan. Lokasi: Bilik Bahasa Cina

Stesen Multimedia: Peta buihKertas arahan diedarkan pada setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan berpecah kepada empat kumpulan untuk membina peta buih berdasarkan arahan soalan yang diberi. Lokasi: Makmal Komputer

5.00 petang: JamuanMurid berhenti rehat dan makan makanan yang disediakan dan solat Asar di surau al-Mustaqim.

5.30 petang: bersurai.

Kekuatan program1. Semua guru SK Kuala Kubu Bharu memberikan kerjasama yang jitu dalam menjayakan Kursus Kepimpinan Perdana pada tahun ini.

Kelemahan program1. Kekangan masa yang singkat, murid kurang diberi pengetahuan tentang kepimpinan secara teori .2. Kehadiran murid tidak memberangsangkan kerana hujan lebat.

Cadangan penambahbaikan1. Pada tahun akan datang, Kursus Kepimpinan Perdana perlu dijalankan dalam tempoh masa yang lebih panjang, melibatkan ceramah kepimpinan dan LDK bagi memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam kepada murid.2. Kursus kepimpinan perlu dijalankan pada awal tahun .

Penutup

Secara keseluruhannya Kursus Kepimpinan Perdana pada tahun ini dapat dijalankan dengan baik, walaupun dalam keadaan hujan dan kehadiran murid yang kurang memuaskan. Mudah-mudahan dengan adanya kursus ini akan dapat menanam nilai-nilai murni dan ciri-ciri kepimpinan dalam diri murid. . Program ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa dan generasi yang berkaliber dan bertanggungjawab, serta berupaya memupuk sifat-sifat berpasukan pada masa akan datang.

Disediakan oleh,5 Disember 2014

..(ROHAIDA BT IBRAHIM)

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG