laporan karnival permainan galah panjang

4
LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PERMAINAN GALAH PANJANG HARI : JUMAAT TARIKH : 17 APRIL 2015 MASA : 8.00 – 12.00 TGH. TEMPAT : PADANG IPG KSAH Pada hari Jumaat bersamaan dengan 17 April 2015 telah diadakan satu Karnival Permainan Tradisional bertempat di IPG KSAH Sungai Petani. Pelajar PPG ambilan Jun 2011 dari kumpulan SCE 8R, 8Q dan Ambilan Khas 6F telah terlibat dalam Karnival Permainan Tradisional ini. Antara permainan yang dipertandingkan ialah permainan galah panjang, tuju selipar, konda kondi, terompah gergasi dan tarik upih. Sebelum Karnival Permainan Tradsional ini berlangsung, satu taklimat ringkas telah diadakan bagi membentuk AJK Induk yang bakal menggerakkan program ini Setiap kumpulan diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan sebelum perlaksanaan program ini bagi memastikan semua perancangan dan persiapan berjalan

Upload: irfan-darwisy

Post on 28-Sep-2015

346 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONALPERMAINAN GALAH PANJANG

HARI: JUMAATTARIKH: 17 APRIL 2015MASA: 8.00 12.00 TGH.TEMPAT: PADANG IPG KSAH

Pada hari Jumaat bersamaan dengan 17 April 2015 telah diadakan satu Karnival Permainan Tradisional bertempat di IPG KSAH Sungai Petani. Pelajar PPG ambilan Jun 2011 dari kumpulan SCE 8R, 8Q dan Ambilan Khas 6F telah terlibat dalam Karnival Permainan Tradisional ini. Antara permainan yang dipertandingkan ialah permainan galah panjang, tuju selipar, konda kondi, terompah gergasi dan tarik upih. Sebelum Karnival Permainan Tradsional ini berlangsung, satu taklimat ringkas telah diadakan bagi membentuk AJK Induk yang bakal menggerakkan program ini Setiap kumpulan diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan sebelum perlaksanaan program ini bagi memastikan semua perancangan dan persiapan berjalan dengn lancar. Kami kumpulan SCE 8R telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan khemah dan alatan yang akan digunakan pada hari tersebut.Kami dari kumpulan Lekir SCE 8R telah memilih galah panjang sebagai permainan tradisional kumpulan kami. Setelah mencapai kata sepakat, kami membuat pengagihan tugas supaya tidak timbul sebarang masalah semasa karnival itu nanti. Setiap ahli kumpulan amat komited dalam memberikan kerjasama bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum karnival ini berlangsung, kami semua telah turun sehari awal bagi menghias khemah dan menyediakan gelanggang untuk permainan galah panjang ini. Kami mengambil kata putus untuk menyediakan gelanggang menggunakan tali nilon. Latihan pemainan ini turut kami jalankan terlebih dahulu bagi mengesan kelemahan dan cuba mencari jalan untuk mengatasinya.

Semasa pertandingan galah panjang ini diadakan, tidak banyak masalah yang timbul dan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Sedikit masalah yang timbul ialah dari segi gelanggang yang dibuat daripada tali nilon mudah tercabut dan putus serta boleh menyebabkan pemain tersadung tali tersebut. Sepatutnya kami menggunakan tepung untuk membuat garisan gelanggang. Ukuran gelanggang yang kecil pula kurang sesuai untuk pemain dewasa seperti kami yang memerlukan gelanggang yang lebih luas. Pada masa akan datang, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menyebabkan pemain terjatuh ketika bermain dan keluasan gelanggang juga perlu diambil kira agar pemain dewasa dapat bermain dengan lebih selesa. Peserta dari kumpulan Tuah kelas 8Q telah berjaya menjuarai pertandingan ini.

Setelah selesai semua acara yang dipertandingkan, acara penutup dan penyampaian hadiah telah dijalankan dalam suasana yang meriah dan ceria. Kumpulan Lekir berjaya mendapat hadiah bagi khemah tercantik dan hadiah saguhati bagi keseluruhan permainan. Keseluruhan pertandingan telah dimenangi oleh kumpulan Tuah.Selesai majlis penyampaian hadiah dan penutupan Karnival, semua ahli kumpulan membersihkan khemah dan kawasan persekitaran sebelum berangkat pulang. Biarpun agak letih tetapi setiap ahli kumpulan nampaknya gembira kerana dapat menggamit kembali memori silam semasa kecil dengan terlibat secara langsung mau pun tidak langsung dalam setiap permainan tradisional yang dipertandingkan.