karnival sukan warisan.docx

Upload: intanazlina77

Post on 09-Mar-2016

363 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KARNIVAL SUKAN WARISAN

[KARNIVAL SUKAN WARISAN] SK BEKELAM

2012SEKOLAH KEBANGSAAN BEKELAM,16370 BACHOK, KELANTAN.

ANJURAN:UNIT SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BEKELAMTARIKH: 11 JULAI 2012 HARI: RABUMASA: 3.30 ptg 6.00 ptg TEMPAT: PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN BEKELAM, BACHOK.KARNIVAL SUKAN WARISAN

1.0 NAMA PROGRAMKarnival Sukan Warisan

2.0 PENGENALANPermainan tradisional merupakan salah satu warisan budaya sejak zaman berzaman. Namun, generasi muda masa kini semakin melupakan warisan yang amat bermakna ini. Bagi mengembalikan semula keriangan dan kegemilangan permainan tradisional supaya ia terus kekal relavan, Unit Kokurikulum telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Karnival Sukan Warisan peringkat sekolah.

3.0 OBJEKTIF3.1 Memperkenalkan permainan tradisional sebagai permainan budaya.3.2 Memupuk persaingan yang sihat antara murid.3.3 Melahirkan murid yang aktif dan sihat dari segi jasmani, rohani, intelek dan sosial.3.4 Membentuk jati diri bakal guru yang berkemahiran serta berkebolehan dalam menegndalikan sebarang permainan di peringkat sekolah.

4.0 RASIONALProgram ini dapat memberi pendedahan kepada semua murid tentang permainan tradisional yang menjadi warisan budaya kita. Generasi muda masa kini semakin melupakan warisan yang amat bermakna ini. Bagi mengembalikan semula keriangan dan kegemilangan permainan tradisional supaya ia terus kekal relavan, Unit Kokurikulum telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Karnival Sukan Warisan peringkat sekolah.

5.0 TARIKH 11 Julai 2012

6.0 TEMPATDewan Terbuka & Padang Sekolah Kebangsaan Bekelam.

7.0 SASARANMurid Tahun 3, 4 dan 5.

8.0 STRUKTUR ORGANISASI8.1Lampiran 1.8.2 Lampiran 2

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Lampiran 3

10.0 BUTIRAN PERMAINANLampiran 410.1 Bowling kelapa10.2 Lari dalam guni10.3 Terompah tempurung10.4 Tarik upih

11.0 PENUTUPDengan penganjuran Karnival Sukan Warisan ini, diharap perasaan sayang dan sukakan permainan tradisional dikalangan guru dan murid dapat disemai dan dipupuk. Selain itu, murid akan turut berpeluang melibatkan diri dalam permainan tradisional yang merupakan sukan warisan dalam budaya masyarakat.

Lampiran 1JAWATANKUASA INDUKKARNIVAL SUKAN WARISANSEKOLAH KEBANGSAAN BEKELAM,

Penaung:Pn. Hjh. Rose Mariah Bt Abd. AzizGuru Besar Sekolah Kebangsaan Bekelam

Penasihat :

:Pn. Hjh. Khatijah Bt. YunusPenolong Kanan PentadbiranSekolah Kebangsaan Bekelam

Pn. Zaidah Bt. DaudPenolong Kanan Hal Ehwal MuridSekolah Kebangsaan Bekelam

Pengerusi :En. Mohamed B. DonikPenolong Kanan KokurikulumSekolah Kebangsaan Bekelam

Setiausaha :En Malikki Rashiddee Bin SallehSetiausaha Unit Sukan

AJK: Mustafa Fahmi Bin Md MukhtarNor Atikah Bt AbdullahSuhana Bt MohamedNur Farahin Bt Nordin

Lampiran 2

JAWATANKUASA PENGELOLAKARNIVAL SUKAN WARISANSEKOLAH KEBANGSAAN BEKELAM

Penasihat ::::En. Mohamed B. DonikEn Malikki Rashiddee Bin SallehPn. Hjh. Noraini Bt IsmailPn. Noor Azlina Bt Md Hassan

Pengerusi :Mustafa Fahmi Bin Md Mukhtar

Naib Pengerusi:Nur Farahin Bt Nordin

Setiausaha : Norhatikah Bt Abdullah

Bendahari :Suhana Bt Mohammad

Jawatankuasa

Pertandingan :::::::Mustafa Fahmi Bin Md MukhtarNor Atikah Bt AbdullahSuhana Bt MohamedNur Farahin Bt NordinEn. Abdul Razak B MohamadEn. Zahari B HarunEn. Wan Zawawi B Wan Ali

Pendaftaran Peserta::::Pn. Robi Atuladawiah Bt. IsmailRohaizah Binti Mat SinPn. Nik Dzrifah Bt Nik MohamedPn. Radziah Bt Ismail

Persiapan tempat:::::

Mustafa Fahmi Bin Md MukhtarNur Farahin Bt NordinPn. Nor Hayati Bt MohamadPn. Mahani Bt MuhamadPn. Zainun Bt Yusuf

Siaraya ::Mustafa Fahmi Bin Md MukhtarTn. Hj. Bahrudin Bin Mohd Salleh

Hadiah :::::Pn. Salma Bt Mohd YussoffPn. Wan Salwani Bt Wan IsmailPn. Hamidah Bt Mat YacobPn. Nazrah Bt IsmailPn. Rosliza Bt Mohamed

Jurugambar :::

En. Wan Roslan B Wan SepianEn. Wan Mohd IzranPn. Azlin Bt Idris

Buku Program::::Suhana Bt MohammadNorhatikah Bt AbdullahPn Yusliza Binti MatPn. Yuhanizan Bt Mohamad Nor

Lampiran 3

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.Alatan Kuantiti Perbelanjaan

1Tali rafiaI gulung RM 5.00

2Span 10RM 5.00

3Tepung2 kampitRM 4.00

4Guni 5RM 10.00

5Hadiah 3 (wafer)RM 30.00

JUMLAHRM 54.00

Lampiran 4

Aktiviti 1Nama aktiviti : Guni Bergerak ( Lari Dalam Guni )Objektif :1. Memibina semangat kerjasama dan berpasukan antara satu sama lain2. Meningkatkan kecergasan dan kesihatan murid melalui aktiviti sukan.3. Memberi pendedahan kepada murid berkaitan sukan yang telah menjadi permainan dan warisan sejak turun temurun.

Sasaran : Murid tahun 3,4 dan 5Perlaksanaan :1. Aktiviti ini melibatkan 10 orang peserta bagi setiap kumpulan 2. Setiap kumpulan akan dipecahkan kepada 2 dan berada pada 2 tempat yang berbeza dalam keadaan bertentangan antara satu sama lain pada jarak yang telah ditetapkan.3. Setiap kumpulan akan diberikan satu guni dan permainan akan dimulakan serentak untuk setiap kumpulan mengikut tiupan wisel.4. Setiap kumpulan akan bersaing antara satu sama lain dengan cara berlari dalam guni secara bergilir-gilir sehingga semua peserta habis.5. Kumpulan yang berjaya menghabiskan permainan paling cepat dikira sebagai pemenang.

Syarat :1. Setiap kumpulan perlu berlari dalam lorong yang telah disediakan dan perlu sampai pada garisan yang telah dibuat untuk sebelum membuat pertukaran pemain.

Alatan : Guni, tepungAktiviti 2Nama Aktiviti: Terompah tempurung

Objektif:1. Memupuk semangat kerjasama dan semangat berpasukan.2. Memupuk nilai penghargaan terhadap sukan warisan tradisional. 3. Menerapkan konsep main dalam pembelajaran.

Perlaksanaan:1. Murid diminta untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 8 orang ahli bagi setiap kelas.2. Setiap kumpulan akan berentap dengan kumpulan dari kelas lain mengikut tahun masing-masing.3. Dalam satu kumpulan, murid akan dibahagikan kepada 2 pasukan untuk acara berganti, satu pasukan berada di permulaan, satu pasukan berada di bahagian penamat. 4. Murid akan berlari menggunakan terompah tempurung bermula dari bahagian permulaan sehingga ke bahagian penamat.5. Murid di bahagian penamat akan membuat larian semula menghala ke permulaan.6. Permainan diteruskan secara berulang-ulang sehingga semua ahli dalam pasukan selesai membuat larian.7. Pasukan yang berjaya menamatkan larian terpantas dikira sebagai pemenang.

Alatan: Terompah Tempurung, tali rafia

Aktiviti 3Nama Permainan: Bowling Tin/ Botol Minuman.

Objektif Permainan: 1. Memperkenalkan permainan tradisonal yang biasa dimainkan kepada murid-murid.2. Meningkatkan tahap koordinasi mata dan tangan murid-murid dalam menjatuhkan sasaran iaitu tin atau botol air.3. Memberikan keseronokan kepada murid setelah penat belajar.4. Menerapkan nilai kebersihan alam sekitar dalam kalangan murid kerana permainan ini menggunakan alatan terbuang seperti tin atau botol minuman.Sasaran: 5 orang murid dari setiap tahun 3,4 dan 5

Perlaksanaan:

1. Pertandingan ini akan diadakan pada waktu ko-kurikulum murid-murid Sekolah Kebangsaan Bekelam.2. Semua peserta perlu berkumpul di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Bekelam untuk mendengar taklimat dan seterusnya akan dibawa berkumpul di padang Sekolah Kebangsaan Bekelam.3. Peserta akan dikumpulkan mengikut kelas masing-masing.4. Masa yang diperuntukkan untuk pertandingan ini adalah selama 30 minit.5. Peserta akan bertanding mengikut kelas masing-masing di mana murid tahun 3 Juara akan bertanding dengan murid tahun 3 Tekun, 4 Juara dengan 4 Tekun dan 5 Juara akan bertanding dengan 5 Tekun. .6. Permainan akan dijalankan sebanyak 2 pusingan yang mana dalam setiap pusingan peserta hanya boleh membuat balingan sekali sahaja.7. Pemenang akan dikira berdasarkan kepada jumlah jatuhan tin atau botol minuman.Aktiviti 4Nama Permainan: Tarik UpihObjektif: 1) Menggalakkan murid bermain sambil belajar mengganggar jarak.2) Menggalakkan sikap kerjasama yang tinggi sesame ahi kumpulan.Sasaran:Semua murid tahun 3, 4, dan 5.

Cara Permainan:1) Setiap kumpulan terdiri daripada 9 orang ahli. 8 orang akan menjadi penarik upih dan seorang yang akan duduk di atas upih. 2) Penarik upih pertama akan menarik dan pass kepada penarik kedua dan sehinggalah kepada penarik upih yang terakhir.3) Semua penarik upih akan bergilir-gilir menarik upih dan akan bertukar setiap 15 m. 4) Penarik upih terakhir yang sampai dahulu di garisan penamat akan dikira sebagai pemenang.Cara Perlaksanaan1) Penarik upih pertama akan bermula di garisan awal untuk memulakan tarikan.2) Wisel pertama akan dibunyikan dan penarik upih pertama akan menarik upih sehinggalah sampai kepada penarik upih yang kedua. Penarik upih kedua meneruskan tarikan dan diganti seterusnya oleh penarik upih ketiga sehinggalah kepada penarik upih yang terakhir. Syarat Pertandingan1) Semua kumpulan akan bermula pada garisan permulaan dan bersedia untuk menarik.2) Setiap kumpulan hanya boleh memulakan pertandingan sebaik wisel pertama ditiupkan.

3) Semasa menukar penarik, 2 orang penarik hendaklah menyentuh tangan penarik yang seterusnya sebelum penarik meneruskan tarikan. Keadaan berterusan kepada penarik ketiga dan penarik upih yang terakhir.4) Jika ada penarik yang tidak menyentuh tangan, penyertaan akan dibatalkan serta-merta. 5) Kumpulan yang sampai paling awal dikira sebagai pemenang.

LAPORAN PERLAKSANAAN KARNIVAL SUKAN WARISANSEKOLAH KEBANGSAAN BEKELAM TAHUN 2012

NAMA PROJEK/AKTIVITI: Karnival Sukan Warisan 2012 TEMPOH PERLAKSANAAN: Rabu: 11 Julai 2012: 3.30 petang 6.00 petang (2 jam 30 minit)OBJEKTIF:1. Memperkenalkan permainan tradisional sebagai permainan budaya.2. Memupuk persaingan yang sihat antara murid.3. Melahirkan murid yang aktif dan sihat dari segi jasmani, rohani, intelek dan sosial.4. Membentuk jati diri guru yang berkemahiran serta berkebolehan dalam mengendalikan sebarang permainan di peringkat sekolah.

STRATEGI PERLAKSANAAN:1. Projek/aktiviti ini menggunakan pendekatan bercorak pertandingan dan persaingan. Karnival Sukan Warisan 2012 ini menerapkan unsur-unsur persaingan yang sihat dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Bekelam, Bachok untuk bersaing bagi mencapai kemenangan.2. Selain itu, Karnival Sukan Warisan 2012 ini juga memupuk semangat kerjasama antara murid-murid tahun 3, 4 dan 5 dengan maksimum bagi memastikan kemenangan bagi setiap pertandingan berpihak kepada mereka.

Pada Rabu, 11 Julai 2012,Unit Sukan SK Bekelam telah mengelolakan satu aktiviti iaitu Karnival Sukan Warisan 2012.Pemilihan untuk menganjurkan Karnival Sukan Warisan ini adalah disebabkan kesedaran terhadap pentingnya menerapkan unsur-unsur warisan tradisional budaya dalam kalangan murid-murid. Kami berpendapat bahawa dengan menganjurkan karnival ini, murid akan didedahkan dengan sukan-sukan tradisional yang semakin dilupakan. Sememangnya tanggapan kami berasas memandangkan hampir sebahagian daripada murid tidak pernah berpengalaman dalam bermain permainan yang dipilih. Justeru, kami dengan yakin beranggapan bahawa Karnival Sukan Warisan akan memberikan manfaat dan amat berguna kepada murid Sekolah Kebangsaan Bekelam.

Penganjuran Karnival Sukan Warisan ini adalah usahasama antara guru-guru dengan Unit Sukan Sekolah Kebangsaan Bekelam. Kami berbincang dan mendapatkan pandangan daripada semua guru-guru dalam merancang projek ini. Sememangnya guru-guru banyak membantu dalam memberikan pandangan, bantuan dan sokongan. Kami memilih untuk mengelolakan empat pertandingan dalam karnival ini. Dengan mengambil kira faktor kewangan dan peruntukan, kami bersetuju memilih aktiviti-aktiviti berikut untuk dipertandingkan:i. Bowling kelapaii. Guni bergerakiii. Terompah tempurungiv. Tarik upihPersediaan dimulakan dengan menyediakan kawasan pertandingan. Kami membuat persiapan tempat pada waktu pagi Rabu, 11 Julai 2012. Kami membuat hiasan kawasan pertandingan bagi menaikkan semangat dan memeriahkan karnival yang akan dijalankan. Peralatan pertandingan dan persegaran telah disiapkan bagi melancarkan perjalanan program pada sebelah petangnya. Seperti yang dirancangkan, aktiviti bermula tepat pada pukul 3.30 petang setelah semua murid berkumpul di Dewan Terbuka sekolah.

3.30 petang: TaklimatAktiviti dimulakan dengan memberikan taklimat kepada semua murid tahun 3, 4 dan 5. Kami menerangkan keseluruhan perjalanan aktiviti dan cara pembahagian mata. Pemenang dipilih berdasarkan jumlah pungutan mata yang terkumpul bagi semua pertandingan yang dijalankan. Oleh itu, murid perlu memastikan mereka memenangi semua pertandingan bagi memperoleh mata yang tinggi. Pertandingan juga dikendalikan mengikut kelas. Misalnya murid tahun 3 hanya akan berentap sesama mereka. Sebelum murid bergerak ke kawasan pertandingan, kami telah mengarahkan murid untuk menetapkan peserta yang akan mewakili kelas mereka dalam setiap pertandingan yang dijalankan. Nama-nama murid diambil bagi melicinkan perjalanan program.

4.0 petang: Pertandingan Bowling KelapaPertandingan dimulakan dengan murid tahun 3. Semua peserta yang mewakili kelas masing-masing diberikan taklimat berkaitan cara untuk bermain bowling kelapa. Murid-murid kelihatan begitu teruja untuk berentap antara satu sama lain. Setelah semua persiapan tersedia, maka pertandingan terus dimulakan. Pertandingan ini sangat memerlukan semangat kerjasama yang tinggi. Ini kerana pungutan mata dikira berdasarkan jumlah botol yang berjaya diterbalikkan bagi setiap balingan. Setiap peserta diberi peluang sebanyak dua kali untuk melakukan balingan. Ternyata pada balingan pertama, murid dilihat kaku dan kurang kemahiran dalam membuat balingan yang baik. Namun sebaik sahaja tamat pusingan pertama, peserta dilihat sudah mempunyai kemahiran dan keberanian dalam membuat balingan yang jitu. Tamat sahaja pusingan kedua, kedudukan pungutan mata terus diumumkan bagi memberi semangat kepada semua murid bagi membuat persediaan bagi acara yang berikutnya. Pertandingan kemudiaanya diteruskan dengan giliran peserta tahun 4 dan 5. Di akhir pertandingan ini, kami memberikan kata semangat kepada semua murid untuk terus berusaha bagi memenangi acara yang berikutnya.

4.30 petang: Pertandingan Guni BergerakPertandingan ini merupakan pertandingan lari dalam guni, namun kami memberikan nama yang baharu bagi menaikkan semangat ingin tahu murid terhadap aktiviti yang akan dijalankan. Peserta dibahagikan kepada dua pasukan dalam setiap kumpulan yang mereka wakili. Pasukan A akan berada disebelah garisan permulaan manakala pasukan B akan berada bertentangan dengan mereka. Apabila wisel ditiup, murid terus masuk ke dalam guni dan berlari kearah rakan mereka yang berada bertentangan dengan mereka. Acara ini dijalankan secara berganti-ganti. Apa yang diperhatikan ialah murid begitu bersemangat ketika berlari bagi memastikan mereka sampai awal untuk memberi giliran kepada rakan mereka. Acara guni bergerak ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada semangat kerjasama dalam kalangan peserta mahupun rakan-rakan yang tidak terlibat. Rakan-rakan akan terus memberikan semangat kepada peserta yang melakukan larian. Walaupun ada yang terjatuh ketika berlari, namuan mereka terus sahaja bangun untuk melengkapkan larian kerana mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu mahu memenangi acara tersebut.

5.00 petang: Terompah TempurungAcara diteruskan lagi dengan pertandingan Terompah Tempurung. Kali ini, setiap kelas masih lagi perlu menghantar 10 orang wakil bagi menjadi peserta. Sebagaimana pertandingan Guni Bergerak, kedudukan peserta disusun seperti sebelumnya. Bagi acara ini, peserta diuji dengan kemahiran untuk menggunakan terompah tempurung. Mereka perlu mengimbangkan badan dengan baik dan melakukan larian dengan pantas bagi mencapai kemenangan. Selain daripada itu, peserta pertandingan dilihat membuat perancangan dalam menyusun giliran larian. Mereka mengatur strategi bagi memastikan kumpulan mereka berjaya menewaskan pesaing. Ketika aktiviti dijalankan, semua murid kelihatan terhibur dengan gelagat peserta yang menggunakan terompah tempurung. Ada yang terjatuh, kaku dan tidak dapat mengendalikan alatan tersebut dengan baik. Namun begitu, aspek keselamatan tetap diutamakan dan peserta berjaya menamatkan larian dengan selamat.

5.30 petang: Tarik UpihTarik Upih merupakan acara kemuncak dalam Karnival Sukan Warisan ini. semua murid tertumpu pada acara ini. Ini memandangkan acara ini memerlukan upih yang kebanyakkan daripada murid tidak pernah merasai pengalaman dalam mengendalikan permainan tersebut. Apabila pasukan yang mewakili kelas telah dipilih, kami membuat taklimat berkaitan cara pertandingan dijalankan. Format pertandingan mengikut acara lari berganti-ganti. Namun begitu, hanya seorang yang akan duduk di atas upih manakala dua orang akan menarik upih tersebut. Peserta yang menarik upih akan menyerahkan tugas menarik kepada rakan mereka apabila jarak yang sepatutnya ditarik oleh mereka telah tamat. Penarik yang terakhir perlu membuat tariakan sehingga ke garisan penamat.Murid kelihatan begitu bertenaga dan bersemangat dalam melaksanakan pertandingan ini. Mereka berlumba-lumba untuk memenangi acara ini memandangkan ia hanya dijalankan satu pusingan.

KesimpulanSelepas semua pertandingan selesai dijalankan, kami mengarahkan murid untuk berkumpul bagi sesi refleksi dan penutupan. Kami menerapkan unsur-unsur positif dan nilai-nilai murni yang terhasil daripada semua aktiviti yang telah dijalankan. Sebelum bersurai, kami memastikan semua murid tidak mengalami sebarang kecederaan semasa aktiviti dijalankan. Murid-murid begitu gembira dan berharap agar pertandingan seumpama ini dapat dijalankan lagi. Majlis penyampaian hadiah bagi pemenang akan dikendalikan pada sesi perhimpunan mingguan pada hari Ahad minggu berikutnya.

SESI TAKLIMAT SEBELUM SEMUA ACARA DIMULAKAN

PERTANDINGAN 1: BOWLING KELAPA

PERTANDINGAN 2: GUNI BERGERAK

PERTANDINGAN 3: TEROMPAH TEMPURUNG

PERTANDINGAN 4: TARIK UPIH