galah panjang.docx

43
GALAH PANJANG Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain. Gelanggang Permainan Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut

Upload: puvaneswari-puva

Post on 21-Nov-2015

279 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

GALAH PANJANG Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Gelanggang PermainanKawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara BermainSejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan PermainanKesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

BATU SEREMBAN Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

Menentukan GiliranSebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Cara BermainDalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Buah SatuKesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. Buah DuaCara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Buah TigaBuah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. Buah EmpatPemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. Buah LimaDiperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Buah EnamDitahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. Buah TujuhBuah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

MenimbangSetelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.Mati PermainanSekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya. Teng-teng, Konda kondi & Galah Panjang Teng-teng

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng-teng. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak di mana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Permainan teng-teng menarik minat kanak-kanak untuk bermain bersama temanKonda-kondi

Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

Galah Panjang

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Permainan galah panjang kebiasaannyaterdiri daripada sepuluh pemain sahaja.Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Bahagian gelanggang galah panjang

Sebelum permainan dimulakan undian secara "wan tu som" dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara BermainSejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan PermainanKesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

GALAH PANJANGPERATURAN PERMAINAN1.Permainan ini melibatkan dua kumpulan, iaitu, Kumpulan A dan Kumpulan B.2.Kumpulan terbahagi kepada penyerang dan pertahanan.3.Setiap kumpulan akan diperuntukkan masa sebanyak 5 minit.4.Giliran untuk memulakan permainan ditentukan melalui undian.5.Pasukan pertahanan akan bertahan di atas garisan pertahanan.6.Pasukan penyerang akan cuba menembusi pertahanan pihak lawan.7.Pasukan penyerang yang berjaya mara ke hujung gelanggang akan diberikan 5 markah. Jikakumpulan berjaya kembali ke tapak permulaan akan diberikan 5 markah lagi. Permainanakan dimulakan semula sehingga tamat masa yang telah diperuntukkan.8.Bagi mana-mana ahli penyerang yang disentuh oleh mana-mana ahli pertahanan akan dikirasebagai mati bagi pusingan tersebut.9.Jika ketua kumpulan penyerang disentuh oleh mana-mana ahli kumpulan pertahanan, makakeseluruhan kumpulan dikira mati. Walau bagaimanapun, permainan akan diteruskansehingga tamat 5 minit.10.Mana-mana ahli daripada kumpulan penyerang atau pertahanan keluar daripada kawasanpermainan masing-masing, permainan akan dihentikan dan kumpulan akan diberikandimerit.11.Setelah 5 minit tamat, wisel akan dibunyikan dan kumpulan pertahanan pula akanmengambil giliran sebagai penyerang dan sebaliknya.SISTEM PEMARKAHAN1.Sistem yang digunakan ialah sistem separa liga.2.Setiap pelanggaran peraturan akan dimerit 2 markah.3.Markah bagi setiap kumpulan akan dihitung setelah 5 minit berakhir.4.Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.PERMAINAN GALAH PANJANG Permainan galah panjang ni pun sebenarnya permainan orang dulu-dulu... teringat zaman kecil-kecil dulu, saya dan kawan-kawan buat gelanggang guna tali, atau tumpang bermain di atas gelanggang sepak takraw di kampung.. Permainan ini juga dapat menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan.

tiada alatan yang diperlukan melainkan untuk menyediakan gelanggang seperti rajah berikut....

Cara bermain

1. Bilangan pemain sekurang-kurangnya 3 orang satu pasukan.2. Tentukan dahulu pasukan mana yang akan memulakan pemainan sebagai "penyerang", dan satu pasukan lagi sebagai pasukan "pertahanan" . Anda boleh lah menggunakan teknik lambungan syiling, nak "o...somm" ke, "cat cilot at at" ke..haha.....

3. Kedudukan pemain dan penjaga garisan adalah seperti rajah di atas.4. Bagi memulakan permainan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan pengawal garisan.5. Ketua pasukan pertahanan akan menjaga garisan tengah.6. Pasukan pertahanan akan cuba menghalang pemain pasukan penyerang daripada menyeberang garisan dengan mendepakan tangan atau mencuit badan penyerang bagi mematikan penyerang.7. Pasukan penyerang akan cuba melepasi setiap garisan sehingga ke garisan bertanda X, dan perlu berpatah balik sehingga ke garisan permulaan.8. Sekiranya ketiga-tiga halangan berjaya dilepasi oleh sekurang-kurangnya seorang ahli pasukan penyerang tanpa disentuh oleh pasukan pertahanan,maka pasukan penyerang yang bermain akan mendapat 1 mata.9. Sebaliknya jika semua pemain daripada pasukan yang bermain dapat disentuh dan dikira mati, pasukan lawan pula akan bermain.

Peraturan permainan

1. Setiap pemain pertahanan hanya menjaga garisan masing-masing.2. Apabila salah seorang pemain penyerang dapat disentuh semasa menyeberang garisan, pasukannya dikira mati.3. Mata dikira berdasarkan jumlah pusingan yang di menangi.

ASAL USUL GALAH PANJANG.Di Pulau Pinang, permainan ini juga dinamakan Galah Pendek dan juga Toi. Permainan ini memerlukan pemain tersebut untuk mengatur strategi dengan bijak dan bergerak dengan pantas. Permainan ini juga selalu dipertunjukkan di pesta pesta kebudayaan.TEMPAT BERMAIN.Ia selalunya dimainkan di luar rumah, kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan. Anggaran antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

ini la rupe gelanggang galag panjang.

PEMAIN.Dua kumpulan pemain perlu dibentuk , minimum 5 orang pemain setiap kumpulan dan salah seorang adalah ketua dan yang lain adalah awak-awak. Pemain terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa tidak kira golongan wanita mahupun lelaki.LANGKAH2 PERMAINAN.Perlawanan bermula sejurus ketua pasukan penyerang menepuk tangan pasukan bertahan di petak kepala gelangan . sejurus perlawanan bermula, awak-awak boleh mula menyerang tidak kira secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain yang menyerang haruslah melepasi semua garisan sehingga ke garisan belakang. Pemain yang bertahan haruslah menyentuh pihak lawan bagi menghalang dari sampai ke garisan belakang. Sekiranya salah seorang pihak penyerang disentuh maka kumpulan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan sekiranya kumpulan penyerang dikira mati.PERATURAN PERMAINANPasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang daripada mereka disentuh pasukan bertahan. Pertukaran kedudukan akan dilakukan jika salah seorang dari pasukan penyerang berundur dari garisan permainan yang telah dilepasi. Pasukan penyerang akan dikira kalah jika salah seorang daripada meraka terkeluar dari garisan permainan.CARA MENENTUKAN PERMAINAN.Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang daripada mereka berjaya melepasi kesemua garisan serta berjaya balik ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan yang berjaya melakukan tugas di atas. Pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan.

ape lagi jom la kite tgok gmbar2 permainan galah panjang nehhh..

~BATU SEREMBAN~

*Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat.*Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan.*Ia biasanya dimain secara berkumpulan dua orang atau lebih.*Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini.Objek-objek ini dikenali sebagaibuah.*Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata.*Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan.*Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

CARA BERMAIN :

Buah Satu:

Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain. Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,

Buah Dua:

Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga: Buah tiga ada sedikit perbezaan. Pada lambungan pertama,hanya satu biji buah akan dikutip. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:

Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:

Buah lima akan dimainkan seperti buah empat. Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak. Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supayahanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:

Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:

Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak. Selepas itu, hanya satu biji buahyang akan dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut. Sekarang : guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki. *Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. *Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang. *Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli Gelanggang: 1. Satu bulatan dilukiskan di atas tanah yang berukuran garis pusat 1m. 2. Sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dilekukkan di tengah-tengah bulatan. 3. Tanah dilekukkan dengan menghentakkan tumit kaki ke tanah. 4. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. 5. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada bulatan besar tersebut. 6. Garisan ini adalah penanda mula tempat permainan. namun zaman kini permainan guli tidak terhad hanya boleh dimainkan di atas tanah tetapi boleh dimainkan di atas lantai . cara membuat gelanggang guli di atas lantai : 1. sediakan peralatan seperti pen marker, pita pelekat dan guli. 2. lukis bulatan di atas lantai seperti gambar di bawah. 3. lekatkan pita pelekat jauh sedikit daripada bulatan sebagai tanda penanda jarak pemain boleh melontarkan guli. 4. pemain lontarkan guli dan singkirkan guli pemain yang lain. 5. boleh juga diletakkan kertas bersama pita pelekat untuk lebih jelas dan peka dengan penanda jarak untuk melontar guli. 6. pemain dengan hasil lontaran yang bagus akan dapat menyingkirkan guli pihak lawan dan mengutip guli terbanyak. Pemain dengan jumlah guli terbanyak akan memenangi permainan guli. contoh gelanggang guli di atas tanah. Teng-TengASAL USULPermainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.Cara Bermain:Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong. Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih.Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.Teng Teng Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Teng teng digemari oleh kanak-kanak perempuan berbanding lelaki.

Petak Teng Teng:Teng Teng memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga dengan 4 sayap seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan semi bulatan. Lukisan petak seperti berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis, pada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, pada tangga ke-3 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-4 satu petak dilukis, dan pata tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu semi bulatan (semi-D) dilukis dari hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke hujung kanan sayap. (Rujuk gambar di bawah).

Buah Teng TengSetiap pemain perlu memiliki buah (teng teng) yang biasanya mengunakan serpihan piring atau pinggan. Saiz buah teng teng adalah sebesar duit syiling 50sen.

Undian:Tiada had untuk jumlah pemain, biasanya 2 hingga 5 orang. Permainan dimulakan dengan membuat undian siapa jalan dulu. Undian dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.

Cara bermain:Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama.

Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar dari gelanggang.

Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.

Rumah:Pemain yang telah berjaya mencapai buah di petak semi-D, maka dia buleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Tuan punya rumag perlu memijak rumahnya dengan ke dua-dua kaki apabila tiba gilirannya. Manakala pemain lain tidak dibenarkan memijak rumah lawan.

Pemenang:Pemenang adalah pemain dengan rumah terbanyak.

Mati:Pemain dikira mati (giliran) jika:-Buah yang dilontar terkena garisan petak-Kaki terpijak garisan petak-Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya-Pemain menukar kaki sewaktu giliran-Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan-Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D-Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya-Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.PERMAINAN TRADISIONAL (TENG-TENG) PENGENALAN :

Teng Teng adalah sejenis permainan kanak-kanak dengan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Permainan teng-teng ini juga terkenal dalam kalangan masyarakat zaman dahulu terytama dalam kalangan kaum wanita. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini berbanding kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan ini tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Di kampung-kampung gelanggang teng-teng biasanya dibuat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, Tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat orang pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.

GELANGGANG :

Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat pelbagai jenis bentuk gelanggang teng-teng dengan jumlah petak yang berlainan. Ada gelanggang atau petak teng-teng yang terdiri daripada sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Dan ada juga yang terdiri daripada lapan petak-petak kosong. Dalam tugasan ini, kami akan nyatakan cara permainan teng-teng yang menggunakan lapan petak.

Teng Teng memerlukan sebuah tapak rata yang dilukiskan garisan berpetak seperti tangga dengan 4 sayap seperti kapal terbang. Manakala di hujung petak dibuatkan semi bulatan. Lukisan petak seperti berikut, pada tangga pertama, satu petak dilukis, pada tangga ke-2, satu petak lagi dilukis, pada tangga ke-3 dilukiskan sayap, dengan pembahagi sayap terletak di tengah-tengah petak ke-2. Pada tangga ke-4 satu petak dilukis, dan pata tangga ke-5 satu lagi sayap dilukis dengan pembahagi sayap pada tengah-tengah petak tangga ke-4. Satu semi bulatan (semi-D) dilukis dari hujung kiri sayap secara melengkok hingga ke hujung kanan sayap. (Rujuk gambar di bawah).

Gelanggang teng-teng

GUNDU / BUAH :

Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.

Setiap pemain perlu ada gundu ini. Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.

UNDIAN :

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Namun, ada juaga undian yang dibuat dengan memilih batang ranting atau lidi. Pemain dengan batang terpanjang bermain dahulu, dan yang terpendek terkemudian.

CARA BERMAIN :

Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap, kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak 7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama. Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar darigelanggang.Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7, satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan. Setiap pemain juga tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

MEMBINA RUMAH :

Pemain yang telah berjaya mencapai buah/gundu di petak semi-D, maka dia boleh membuat balingan buah secara membelakangkan gelanggang. Jika buah jatuh pada petak yang kosong, dan bukan rumah, maka petak itu dikira rumah. Rumah ditandakan dengan corak atau garisan tertentu. Sekiranya buah jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

PEMENANG :

Pemenang adalah pemain yang memperoleh rumah terbanyak.

MATI /HILANG GILIRAN :

Pemain dikira mati (giliran) jika :> Buah yang dilontar terkena garisan petak> Kaki terpijak garisan petak> Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya> Pemain menukar kaki sewaktu giliran> Pemain terlupa pijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap,iaitu kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan> Pemain tidak dapat mencapai buah sewaktu mencari buah di dalam petak semi-D> Pemain tidak memijak 2 kaki serentak dalam petak rumahnya> Pemain memijak kaki ke rumah pemain lawan.

Kesimpulan :

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Di samping itu, melalui permainan tradisional juga boleh, masyarakat dapat menyemai nilai-nilai murni serta dapat melatih jati diri mereka . Contohnya permainan teng teng.Dalam permainan teng-teng, setiap pemain perlu mengimbangi badan mereka semasa melompat menggunakan sebelah kaki. Ini bukan sahaja memerlukan ketahanan yang kuat malah memerlukan kesabaran yang tinggi. Tanpa kesabaran yang tinggi dan bertindak dengan terburu-buru mungkin para pemain akan cepat hilang giliran atau mati. Ini sekali gus dapat menyemai sifat sabar dalam diri masyarakat. Selain itu, setiap permainan yang dimainkan juga akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Inilah antara nilai-nilai yang perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat terutama pada zaman globalisasi ini.Akhir sekali, permainan tradisional ini perlu dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Hal ini kerana, permainan tradisional adalah satu warisan yang diturunkan oleh nenek moyang kita terdahulu dan asset penting dalam kehidupan kita.

ASAL USUL

Teng-teng atau lebih dikenali sebagai ketinting adalah sejenis permainan tradisional yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak. Kebiasaannya permainan ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana permainan ini tidak begitu lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Teng-teng hanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk bermain kerana hanya dimainkan di kawasan yang bersaiz kecil sahaja.

Permainan ketingting

GELANGGANG&GUNDU(BUAH TENG-TENG)Di kawasan kampung,gelanggang dibuat hanya menggoreskannya di atas tanah sahaja. Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk menggoreskannya. Di kawasan perumahan atau pekan yang tiada halaman bertanah,mereka menggunakan kapur tulis untuk dilukis di kawasan jalan bertar. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.

Selain dari gelanggang,gundu atau buah teng-teng juga penting dalam permainan ini. Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar duit syiling 50sen. Antara benda yang boleh dijadikan gundu ialah pecahan pinggan,kepingan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak gelanggang.

Contoh permainan Ketingting

UNDIAN

Sebelum memulakan permainan ini,pemain haruslah melakukan undian untuk mengetahui pemain mana yang harus memulakan permainan dahulu. Sesetengah undian dengan cara memilih batang ranting atau lidi. Pemain yang memiliki batang ranting atau lidi yang terpanjang akan memulakan permainan dahulu dan begitulah sebaliknya. Selain itu, undian juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah lai la li tam plong.

CARA BERMAIN

Pada permulaan permainan,pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara mambelakangkan petak. Setelah selesai melepasi parmainan pertama,kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Pemain dianggap mati atau hilang giliran jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar dari petak tersebut. Setelah pemain mati atau hilang giliran,pemain lain akan mengambil bahagian pula.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama,maka pemain hendaklah melompat terus ke petak kedua dan petak seterusnya.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan,setibanya di petak kedua dan keempat,pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu,pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya samada kepunyaannya sendiri atau pihak lawan. Jika ini berlaku ia dikira mati,giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

MEMBINA RUMAH

Bagi mendapatkan rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh di atas garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain mestilah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan. Sekiranya pemain lain memijaknya atau rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

PEMENANG

Pemenang dikira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat dikumpul oleh pemain.

MATI

Pemain dikira mati sekiranya buah yang dilontar dan kaki terkena garisan petak,buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya,serta pemain menukar kaki sewaktu giliran. Selain itu juga,pemain itu akan dianggap mati apabila terlupa memijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap iaitu kaki kiri di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan,pemain tidak memijak dua kaki serentak dalam petak rumahnya serta memijak kaki ke rumah pemain lawan.PERMAINAN TUJU KASUT Permainan ini merupakan ala-ala permainan kampung...dan yang modern nya sikit digantikan dengan permainan tuju tin...

Alatan yang diperlukan - selipar...siapa yang nak main sila lah pinjamkan selipar..alah, 4 biji selipar sahaja...

Cara permainan

1. mula-mula, bahagikan kanak-kanak( ade ke orang dewasa main..?? he..he..) kepada 2 kumpulan.2. kemudian ambil 3 biji ( biji ke...?) selipar susun seperti ini....

Contoh susunan kasut

3.pilih pasukan A atau B yang akan memulakan permainan.. bermakna, kalau kumpulan A yang mulakan permainan, kumpulan B akan menjadi penjaga untuk menghalang kumpulan A dari menyusun semula selipar dan mematikan kesemua pemain kumpulan A. Untuk memilih, boleh menggunakan alternatif seperti melambung duit syiling ataupun "osom".4. 1 biji selipar lagi digunakan sebagai pembaling untuk menjatuhkan selipar yang disusun tadi. Sekiranya selipar jatuh, ahli pasukan A hendaklah lari untuk mengelak dari dibaling oleh pasukan B dan mencari peluang untuk menyusun semula selipar ke kedudukan asal . Pasukan B hendaklah menggunakan selipar yang digunakan untuk menjatuhkan susunan selipar tadi untuk membaling pasukan A.

susun..jangan tak susun...

5. Sesiapa dari pasukan A tadi terkena balingan selipar, maka dikira mati. Sekiranya semua ahli kumpulan A mati, dan tidak sempat menyusun selipar, maka semua ahli kumpulan A dikira mati dan bertukar giliran pemain kepada kumpulan B pula.

pemain mengelakkan dari terkene selipar supaya tidak "mati"

Peraturan permainan

1. setiap peserta hanya boleh membuat 3 balingan sahaja untuk menjatuhkan selipar yang disusun.

Membuat balingan untuk menjatuhkan selipar.

2. jika semua pemain dalam pasukan yang membaling tidak dapat menjatuhkan selipar, maka giliran pasukan yang menjaga pula untuk meneruskan permainan.3. balingan untuk mematikan lawan adalah dari paras pinggang ke bawah sahaja. ini untuk mengelakkan kecederaan..(pecah bibir la, gigi patah ke, kening terkoyak, kene mata ke..risau jugak...)

TUJU KASUT DAN BALING TIN

Tujuan: Kanak-kanak dapat memahirkan koordinasi mata dan tangan dalam permainan.

Senarai keperluan :1. Kawasan lapang.2. 2 pasang kasut atau 6 hingga 10 tin kosong.3. Bola kecil.

Peraturan permainan :1. Kanak-kanak perlu menjatuhkan kasut atau tin dengan 3 kali balingan sahaja.2. Bola yang dibaling jika terkena kepada lawan, orang itu akan "mati".

Cara permainan :1. Kanak-kanak di bahagi kepada 2 kumpulan.2. Kumpulan yang pertama akan menjatuhkan kasut atau tin dan kumpulan kedua akan menjaga di belakang kasut atau tin.3. Jika pemain dapat menjatuhkan kasut atau tin, mereka perlu menyusun kembali tin atau kasut tersebut ke susunan asal.4. Manakala kumpulan kedua berusaha membaling bola supaya mengenai badan lawan supaya ahli "mati" sebelum mereka sempat menyusun kembali kasut atau tin tadi.5. Jika mereka tidak sempat menyusun, permainan bertukar giliran.Permainan batu seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri. Seperti permainan yang lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah. Keseluruhannya, batu seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang.Buah Satu:*Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu sama lain.*Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.*Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.*Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.Buah Dua:*Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.*Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.*Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.Buah Tiga:*Buah tiga ada sedikit perbezaan.*Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.*Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.Buah Empat:*Buah ibu akan dilambungkan ke udara.*Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.Buah Lima:*Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.*Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.*Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.Buah Enam:*Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.*Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.*Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.Buah Tujuh:*Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.*Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.*Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.*Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.*Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.*Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.Buah Lapan:*Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.*Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.*Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.*Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gusTimbang:*Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata.*Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.*Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.*Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.*Tangkap batu seremban yang ada di tanganBatu yang dapat ditangkap = 1 mataBatu yang dijatuhkan = 0 mataSelepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.Tamat Permainan:Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.