laporan karnival matematik 2014

8
LAPORAN KARNIVAL MATEMATIK 2014, ANJURAN PANITIA MATEMATIK & KELAB MATEMATIK, SK BATU KELING Pada 29 Oktober 2014, Panitia Matematik dan Kelab Matematik, SK Batu Keling telah menganjurkan Karnival Matematik yang dilaksanakan selama satu hari yang melibatkan murid-murid tahap satu dan tahap dua. Karnival Matematik merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan di sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang subjek Matematik kepada warga SK Batu Keling serta memberi peluang kepada peserta untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah kepada mereka. Objektif karnival ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengalaman menarik kepada murid untuk melakukan hands-on melalui aktiviti yang dijalankan, menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan murid, memupuk kesedaran murid tentang pentingnya ilmu Matematik dalam kehidupan seharian. Selain itu, karnival Matematik ini juga penting untuk penerapan nilai murni dalam aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan, menarik minat murid untuk mengetahui tentang fakta Matematik, dan memupuk nilai murni dalam kalangan murid seperti sikap berani, yakin diri serta bantu membantu semasa melaksanakan sesuatu aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan ianya sekaligus membantu dalam menjayakan karnival ini serta membantu peserta mencapai objektif yang

Upload: raniaqaisara

Post on 06-Aug-2015

136 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan karnival matematik 2014

LAPORAN KARNIVAL MATEMATIK 2014, ANJURAN PANITIA

MATEMATIK & KELAB MATEMATIK, SK BATU KELING

Pada 29 Oktober 2014, Panitia Matematik dan Kelab Matematik, SK Batu Keling telah

menganjurkan Karnival Matematik yang dilaksanakan selama satu hari yang melibatkan murid-

murid tahap satu dan tahap dua. Karnival Matematik merupakan salah satu aktiviti yang wajib

dilaksanakan di sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan untuk memberi pendedahan

dan pengetahuan tentang subjek Matematik kepada warga SK Batu Keling serta memberi

peluang kepada peserta untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah kepada mereka.

Objektif karnival ini dilaksanakan adalah untuk memberi pengalaman menarik kepada murid

untuk melakukan hands-on melalui aktiviti yang dijalankan, menjana minda kreatif dan inovatif

dalam kalangan murid, memupuk kesedaran murid tentang pentingnya ilmu Matematik dalam

kehidupan seharian. Selain itu, karnival Matematik ini juga penting untuk penerapan nilai murni

dalam aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan, menarik minat murid untuk mengetahui tentang

fakta Matematik, dan memupuk nilai murni dalam kalangan murid seperti sikap berani, yakin

diri serta bantu membantu semasa melaksanakan sesuatu aktiviti.

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan ianya

sekaligus membantu dalam menjayakan karnival ini serta membantu peserta mencapai objektif

yang ditetapkan. Antara aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan adalah ‘Twist Me’, kuiz tahap 1

dan 2, Bingo, Sudoku, JSPG, ‘Teka Berat Saya’, Bentuk 2D dan 3D dan G-Math.

Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan turut membantu murid

untuk meningkatkan keyakinan diri dan sikap berani, terutamanya semasa aktiviti-aktiviti yang

melibatkan penyertaan secara seorang individu sahaja. Karnival ini juga turut membantu murid

untuk mengamalkan nilai bekerjasama, terutamanya semasa aktiviti secara berkumpulan

diadakan. Aktiviti yang diadakan juga dapat mencungkil bakat dan minat murid terhadap mata

pelajaran Matematik, yang sering dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan

dalam kalangan murid. Selain itu, ianya juga dapat melahirkan murid yang berkemahiran

saintifik dan sistematik.

Page 2: Laporan karnival matematik 2014

LAPORAN BERGAMBAR KARNIVAL MATEMATIK 2014

Page 3: Laporan karnival matematik 2014
Page 4: Laporan karnival matematik 2014
Page 5: Laporan karnival matematik 2014
Page 6: Laporan karnival matematik 2014

Disediakan Oleh :

…………………………

(PN. NOR ASHIKIN BT AZIZAN)

Setiausaha Panitia Matematik

SK Batu Keling

Disemak Oleh:

………………………….

(EN. JOK JAU)

Penolong Ko-Kurikulum

SK Batu Keling

Disahkan Oleh:

………………………..

(EN. ALISON ALAH MADAN)

Guru Besar

SK Batu Keling