perlembagaan pertubuhan ppk

15

Upload: grace-teng

Post on 16-Oct-2015

640 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Perlembagaan Pertubuhan PPK

TRANSCRIPT

Slide 1

Perlembagaan Pertubuhan

Prinsip-prinsip asasPrinsip asas Pandu Puteri berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri.Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri membentuk sistem nilai moral bagi setiap individu yang menjadi ahli Pandu Puteri. Sistem nilai ini menjadi panduan hidup ahli Pandu Puteri. Seseorang yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri di hadapan seorang Pemimpin Berwaran hendaklah memakai Lencana Pelantikan dan Lencana Dunia. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERIMatlamat Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin, berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah.

ObjektifMelahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan.Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan.Menampilkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara.

Lambang, cogan kata, lagu dan bendera PertubuhanCogan Kata

"Selalu Sedia"merupakan cogan kata Pandu Puteri.Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan.

Cara HormatCara Pandu Puteri memberi dan menerima hormat adalah sama seperti hormat Pengakap.Semasa memberi hormat ini,tangan hendaklah diangkat separas dengan dahi dan berdiri dalam keadaan sedia.

Persetiaan kepanduanPersetiaan Pandu PuteriBahawa dengan sesunguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya:

Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia.Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undang-undang kepanduan.Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

Bendera Persatuan Pandu Puteri Dunia

Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan.Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan.Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.Dasar PertubuhanDasar Pertubuhan dan Undang-Undang merupakan satu ketetapan yang digubal untuk dipatuhi bagi menentukan kelicinan pentadbiran dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Undang-undang Kepanduan Pandu PuteriSeorang Pandu Puteri boleh dipercayai.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain.Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun.Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar.Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah.Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat-cermat.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Akta Pandu Puteri (Akta 456)Digubal pada 1953Disemak semula pada 1991.Untuk melanjutkan dan melindungi aktiviti dan kepentingan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.Disediakan oleh:Kumpulan MelurMelur taat dan setiaBerusaha setiap masa