kertaspenerangan 102

28
KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRONIK SEMESTER / TAHUN 1 / 2014 KOD MODUL & TAJUK CEEN 102 LUKISAN KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIL KOMPETENSI K1 LUKISAN SIMBOL ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK K2 – GAMBARAJAH SKEMA K3 – GAMBARAJAH BLOK K4 – LITAR ELEKTRONIK KEPADA LUKISAN SKEMA K5 – CARTA ALIRAN NAMA PELAJAR / KELAS PENERANGAN MODUL: Modul ini adalah pengenalan kepada lukisan elektrik dan elektronik. Modul ini menyediakan pelajar untuk melukis simbol elektrik / elektronik, gambarajah skema dan gambarajah blok, mengubah litar elektronik kepada gambarajah skema dan membina carta aliran dengan menggunakan alat lukisan teknikal mengikut spesifikasi standard. KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR BANDAR SERI ISKANDAR 32610, PERAK KERTAS PENERANGAN

Upload: josephine-mini

Post on 15-Jan-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sdfsd

TRANSCRIPT

Page 1: kertasPENERANGAN 102

KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRONIK

SEMESTER / TAHUN 1 / 2014

KOD MODUL & TAJUK CEEN 102 – LUKISAN KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

BIL KOMPETENSI

K1 – LUKISAN SIMBOL ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

K2 – GAMBARAJAH SKEMA

K3 – GAMBARAJAH BLOK

K4 – LITAR ELEKTRONIK KEPADA LUKISAN SKEMA

K5 – CARTA ALIRAN

NAMA PELAJAR /

KELAS

PENERANGAN MODUL:

Modul ini adalah pengenalan kepada lukisan elektrik dan elektronik. Modul ini menyediakan pelajar untuk melukis simbol elektrik / elektronik, gambarajah skema dan gambarajah blok, mengubah litar elektronik kepada gambarajah skema dan membina carta aliran dengan menggunakan alat lukisan teknikal mengikut spesifikasi standard.

KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDARBANDAR SERI ISKANDAR32610, PERAK

KERTAS PENERANGAN

Page 2: kertasPENERANGAN 102

KOMPETENSI 1 :_____________________________________

KOMPETENSI 2 : _____________________________________

KOMPETENSI 3 : _____________________________________

A. Kemalangan elektrik boleh berlaku dan meninggalkan kesan buruk jika sikap mengambil berat tentang keselamatan diabaikan.

B. Antara punca kemalangan elektrik adalah:

i. Kerosakan penebatan kabel yang menyebabkan litar pintas.

ii. Kerosakan sistem pembumian

iii. Kegagalan peranti pelindung berfungsi

Peranti pelindungan akan gagal berfungsi apabila :

a) Penggunaan kadaran fius yang melebihi had

b) Beban berlebihan.

c) Penggunaan peranti yang telah rosak.

iv. Kelalaian manusia

v. Percikan bunga api

vi. Kerosakan penangkap kilat

C. Kesan kemalangan elektrik dapat dilihat pada keadaaan mangsa dan kerosakan atau kemusnahan di tempat kejadian.

1. RENJATAN ELEKTRIK

PERATURAN KESELAMATAN UMUM

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH)

KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Page 3: kertasPENERANGAN 102

A. Renjatan elektrik berlaku disebabkan oleh pengaliran arus elektrik dengan kadar tertentu ke adalam tubuh mangsa.

B. Kesan renjatan elektrik dibahagikan kepada tiga peringkat, mengikut kadaran arus yang mengalir ke dalam tubuh mangsa.

C. Jadual 1 menunjukkan kadaran arus dan kesan renjatan elektrik

2. LECUR

A. Lecur boleh berlaku pada bahagian luar dan dalam tubuh mangsa.

B. Lecur terbahagi kepada 3 tahap

Tahap lecur Kesannya

Pertama Tanda-tanda kemerahan pada kulitKedua Kulit mengelembung dan mengandungi cecair

KetigaLecur hingga ke bahagian dalam tubuh yang menyebabkan kegagalan otot berfungsi.

3. LETUPAN

A. Letupan terjadi apabila berlaku litar pintas antara kabel hidup dan neutral.

B. Letupan yang kuat boleh menyebabkan kebakaran.

4. KEBAKARAN

i. Kebakaran akan menyebabkan kemusnahan harta benda dan kadang kala turut menyebabkan kehilangan nyawa.

ii. Kebakaran boleh dikawal dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai dengan kelas kebakaran.

iii. Jenis alat pemadam api dan kegunaannya.

iv. Jenis Kebakaran dan jenis alat pemadam api yang bersesuaian.

Kadaran Arus Renjatan Kesannya

1 mA Ringan Kebas10 mA Kuat Lecur dan kehilangan kawalan otot

100 mA Kuat Kematian

Page 4: kertasPENERANGAN 102

Punca kebakaranAlat pemadam api yang

bersesuaian

Kebakaran bahan pepejal berunsur organik seperti kayu, kertas dan kain

Air, buih kimia dan debu kering

Kebakaran bahan cecair seperti minyak, petrol, cat, varnish, diesel, turpentine dan bahan pepejal mudah cair

Karbon dioksida,buih kimia dan debu kering

Kebakaran gas seperti metana, butane dsb Karbon dioksida dan debu kering

Kebakaran bahan logam Karbon dioksida dan debu kering

v. Peraturan menggunakan sesuatu jenis alat pemadam api tercatat pada tabung masing-masing.

vi. Kelas-kelas kebakaran yang sesuai dipadam dengan jenis alat pemadam api turut tercatat pada tabung tersebut.

5. BAHAN KIMIA BERBAHAYA

i. Bahan kimia ertinya unsur kimia. Sebatian atau campuran daripadanya, samadaasli atau tiruan, tetapi tidak termasuk mikro organisma.

ii. Bahan kimia berbahaya adalah mana-mana bahan kimia yang mempunyai mana-mana sifat seperti di bawah:-

Meletup

Pengoksidan

Terbakar

Hakisan

iii. Darjah bahaya bahan kimia ini bergantung kepada;

Mudah meletup

Pengoksidan

Amat mudah terbakar

Sangat mudah terbakar

Toksid

Menghakis

Memudaratkan

Page 5: kertasPENERANGAN 102

6. PERALATAN PERLINDUNGAN (PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT – PPE)

Dalam mengurus bahan kimia berbahaya, penggunaan PPE sangat penting dan diutamakan. Diantara PPE tersebut ialah seperti Alat Perlindungan Mata, Perlindungan Pernafasan, Perlindungan Kulit dan Tubuh Badan. Penggunaan peralatan Ini bergantung kepada jenis bahan kimia yang hendak diuruskan dan juga jenis material alat PPE tersebut.

7. PROSEDUR MENGENAI BAHAN KIMIA Mengurus bahan kimia memerlukan prosedur yang jelas samada mengguna, memindah, menyimpan, membuang dan membungkus. Ada tanda-tanda bagi langkah-langkah keselamatan dalam mengurus bahan kimia berbahaya ini.

KOMPETENSI 4 : _____________________________________

Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi.

Adalah penting mengetahui tentang kelas-kelas api supaya anda dapat menggunakan media pemadaman yang sesuai.

Kelas Api 

Penerangan 

A Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah bakar. 

B  Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan lain-lain. 

C Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.

D Memadam kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium. 

E  Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial. 

MENCEGAH DAN MEMADAM KEBAKARAN

Page 6: kertasPENERANGAN 102

1. Kelas-Kelas Api

Secara umumnya terdapat 4 kelas api. Anda perlu mengetahuinya supaya anda dapat mengenal pasti kelas api yang terlibat serta media pemadaman yang sesuai untuk memadamkannya. Sila lihat jadual di atas yang memperincikan kelas api dan media pemadaman yang sesuai.

Berdasarkan jadual di atas, terdapat 4 kelas api dan setiap kelas menggunakan alat pemadam api yang berbeza. Namun demikian bagi mengelakkan kekeliruan dalam memilih media pemadaman yang sesuai, anda disyorkan membeli alat pemadam api jenis ABC. Jenis ini besifat serba guna dan dapat memadamkan api dari jenis kelas A, B, dan C yang dikategorikan sebagai common fires.

2. Kebakaran Logam

Kebakaran melibatkan logam jarang berlaku dirumah kerana ianya memerlukan satu sumber haba yang amat tinggi untuk membakar, dengan itu adalah tidak praktikal untuk mengadakan media pemadaman untuk kelas ‘D’ kerana ianya dikategorikan sebagai uncommon fires.

Berikut adalah jenis pemadam api yang biasa digunakan:

1) Pemadam Api Serbuk Kering ABC Berat: 12kg atau 3kg

Page 7: kertasPENERANGAN 102

Warna: BiruJenis api yang boleh dipadamkan: A,B dan CCatatan: Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh merosakkan logam, enjin dan badan kenderaan, berbahaya kepada makanan.

2) Pemadam Api Karbon Dioksida Berat: 3kgWarna: HitamJenis api yang boleh dipadamkan: Api dari peralatan elektrikCatatan: Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka

3) Pemadam Api Serbuk Kering ABC Berat: 12kg dan 3kgWarna: MerahJenis api yang boleh dipadamkan: A, B, C dan api dari peralatan elektrikCatatan: Boleh digunakan sekali sahaja.

3. Pemadam Api Jenis Debu Kering ABC

Pemadam api jenis debu kering ABC biasanya menggunakan bahan Sadium Bicarbonate iaitu sejenis bahan yang terbukti selamat digunakan dan amat berkesan untuk memadam kebakaran dari kelas A, B dan C dengan cara menyelimut serta mengganggu tindakbalas berantai sesuatu kebakaran.

4. Pemadam Api Jenis CO2

Page 8: kertasPENERANGAN 102

Pemadam api jenis CO2 (karbon dioksida) adalah agen pemadam yang bersih (clean agent) dan tidak akan merosakkan komponen-komponen sensitif peralatan elektrik seperti komponen komputer. Sekiranya anda tidak mempunyai pemadam api jenis CO2, pemadam api jenis ABC debu kering boleh digunakan.

5. Teknik Mengawal Kebakaran Kecil Pastikan keselamatan anda dan orang lain terjamin.

Pastikan semua penghuni telah meninggalkan / keluar rumah.

Pastikan Jabatan Bomba telah dipanggil.

Pastikan saiz api masih kecil dan belum merebak.

Pastikan paras asap tidak menjejaskan pernafasan dan mengaburkan pemandangan anda.

Pastikan anda membelakangkan jalan pelepasan ketika melawan kebakaran, kerana sekiranya anda gagal memadamkan kebakaran, maka anda tahu bahawa jalan pelepasan adalah dibelakang anda.

Sekiranya api gagal dipadamkan dan menjadi tidak terkawal, tinggalkan tempat tersebut. Pastikan anda menutup pintu terlebih dahulu untuk melambatkan api dan asap dari merebak ke ruang lain.

6. Tempat Menyimpan Alat Pemadam Api

Mudah dilihat.

Mudah dicapai.

Tempat berisiko tinggi

Laluan keluar

7. Kaedah Menggunakan Alat Pemadam Api

Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

P- Pull - Cabutkan pin

A- Aim - Halakan nozel ke pangkal (base) api

S- Squeeze - Tekan tuil (lever)

S- Sweep - Layangkan nozel ke kiri dan kanan

8. Panduan Membeli Alat Pemadam Api

Sekiranya anda ingin membeli alat pemadam api, pastikan anda mendapat maklumat dan keterangan yang lengkap daripada pihak pembekal mengenai pemasangan,

Page 9: kertasPENERANGAN 102

penyelenggaraan, pengujian dan penggunaannya ataupun hubungi Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran untuk nasihat.

Pastikan anda membeli pemadam api yang mempunyai kelulusan SIRIM.

9. Peringatan

Alat pemadam api adalah amat penting untuk memadam kebakaran di peringkat awal. Sekiranya anda tidak memiliki alat pemadam api dirumah, peluang untuk memadamkan kebakaran diperingkat awal adalah amat tipis.

10. Langkah Pencegahan Kebakaran

Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi ( uncontrollable stage ).

i. Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape).

ii. Mengadakan pelan pengunsian bangunan.iii. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunaniv. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkalav. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesanvi. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi.

vii. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus.viii. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara

berkala.

11. Tindakan Jika Berlaku Kebakaran

i. Tindakan/isyarat amaran. Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat.

ii. Tenaga elektrik. Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga elektrik yang tidak

perlu.

iii. Memanggil pihak bomba. Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis kejadian,bangunan/kawasan

berhampiran yang diketahui umum,bilangan mangsa,nama pemanggil, no. telefon pemanggil dan no. kad pengenalan pemanggil) agar pihak bomba dapat bertindak dengan segera.

iv. Pengunsian bangunan.

Page 10: kertasPENERANGAN 102

Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu ditutup. Lantik orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari penghuni di tandas dan sebagainya jika disyaki masih ada yang belum keluar.

v. Pengumpulan. Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau dinyatakan di

papan kenyataan kaedah/laluan yang perlu dalam pengunsian bangunan.

vi. Berbaris (Roll Call) Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada Pegawai Bomba

KOMPETENSI 5 : _____________________________________

Definisi - Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.

Matlamat utama anda sebagai ahli pertolongan cemas adalah:

untuk menyelamatkan nyawa mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk mengurangkan kesakitan sebagai persediaan sebelum diambilalih oleh ambulan atau doktor

1. Peti Pertolongan Cemas

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Page 11: kertasPENERANGAN 102
Page 12: kertasPENERANGAN 102
Page 13: kertasPENERANGAN 102

2. Sebab-Sebab Kesakitan Kecil

A. Pendarahan eksternal ( di bahagian luar)i. Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau

ii. Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawaiiii. Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajamiv. Luka tembus - seperti kena tikaman pisau, jarum atau peluru

B. Pendarahan internal ( di bahagian dalam )i. Perut - muntah berdarah

ii. Paru-paru / salur penafasan - batuk berdarahiii. Tali usus - darah pada duburiv. Rahim - tumpah darahv. Buah pinggang - kencing berdarah

vi. Tengkorak - darah mengalir melalui telinga dan hidung

C. Pendarahan internal tanpa kesani. Limpa dan hati pecah

ii. Pendarahan dalam otak

D. Terseliuh atau patahi. pukulan secara langsung

ii. pukulan sipiiii. kecederaan otot (strain)iv. terseliuhv. dislokasi (dislocation)

E. Terkejut (Shock) atau Renjatani. pendarahan yang banyak

ii. cirit-birit dan muntah yang berterusaniii. kulit terbakariv. kejutan elektrikv. serangan jantung

vi. kesakitan yang amat kuatvii. gangguan emosi

viii. alahan kepada benda asing seperti bias tebuanix. penicillin atau makananx. kecederaan urat saraf tunjang

F. Lemas - air dan sesak nafasi. udara dihalang daripada memasuki mulut dan hidung

ii. udara yang memasuki saluran pernafasan dicemari asap yang beracun seperti asap daripada kebakaran plastik, getah dan ekzos kenderaan.

iii. tertimbus di dalam pasiriv. leher yang dijerut atau muka ditutup oleh sesuatu

G. PengsanSalur udara bagi seseorang yang pengsan mungkin sempit atau tersekat. Ini terjadi kerana mangsa kehilangan kawalan otot di dalam tekak, mengakibatkan lidah mengendur ke belakang dan menutup tekak.

Page 14: kertasPENERANGAN 102

H. Melecuri. terpegang seterika panas

ii. terkena tumpahan minyakiii. tersentuh ekzos kenderaan terutamanya motoriv. terkena kejutan elektrik

3. Kecederaan Dan Kesakitan Kecil (Langkah Rawatan)

A. Pendarahan eksternal ( di bahagian luar)

i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan

luka.iii. keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.iv. lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke

arah tempat luka. v. gunakan pembalut untuk memegang pembebat.

B. Terseliuh atau patah

i. memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.

ii. jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukanrawatan ditempat kejadian.

iii. kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera. sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.

iv. halang/ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat.

v. periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

C. Terkejut (Shock) atau Renjatan

Langkah-langkah rawatan mangsa kejutan elektrik:

i. baring pesakit. Jika kepala tak cedera, angkat kaki 8 - 12 inci tinggi.ii. Jika sakit dada atau sukar bernafas, letak dalam keadaan duduk atau separuh

duduk. Jangan biarkan pesakit berdiri. Lakukan pemeriksaan ABC.iii. tahan darah dari keluar ( jika berdarah )iv. longgarkan pakaian dan pastikan suhu badan pesakit terkawal. Pesakit pucat dan

kesejukan hendaklah diselimut.

Page 15: kertasPENERANGAN 102

v. jangan bagi pesakit minum kerana pesakit akan merasa loya dan makan/minum akan menyebabkan muntah. Jika hospital jauh, beri pesakit menghisap kain basah untuk kurangkan kekeringan tekak.

vi. usahakan pesakit dapat udara segar. Jangan biarkan pesakit dapat udara kering. Beri bantuan perubatan.

Langkah-langkah rawatan mangsa kejutan elektrik:

i. jika mangsa tidak sedarkan diri, bukalah salur udara dengan serta merta. Periksa pernafasan dan nadi mangsa. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan dan CPR, jika perlu.

ii. jika mangsa tidak sedar tetapi masih bernafas, letakkan dalam kedudukan pemulihan.

iii. sejukkan sebarang luka terbakar dengan air sejuk yang banyak seperti rawatan terbakar.

iv. rawat mangsa dari serangan renjatan.

D. Lemas - air dan sesak nafas

Rawatan lemas kerana air

i. Bawa mangsa lemas naik ke darat, dengan kedudukan kepalanya lebih rendah daripada dada. Ini untuk mengurangkan risiko menyedut air dan muntah.

ii. Baringkan mangsa sebaiknya di atas selimut atau sebagainya.iii. Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.iv. Bagi mengelakkan terjadinya hipotermia, gantikan pakaiannya yang basah dan

hindari daripada kesejukkan dengan memberi minuman panas.v. Bawalah mangsa lemas ke hospital walaupun kelihatan telah pulih sepenuhnya.

Rawatan lemas kerana asap

i. Bawa atau alihkan mangsa ke tempat udara yang bersih. Walaupun begitu anda jangan cuba masuk ke dalam bilik yang dipenuhi asap tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan.

ii. Jika mangsa pengsan, periksalah denyutan nadi dan pernafasannya.iii. Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.iv. Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan.v. Jika terdapat alat oksigen, berikanlah kepada mangsa dengan syarat anda telah

dilatih menggunakannya.vi. Tunggu mangsa sehingga bantuan tiba. Periksa nadi dan pernafasan setiap 10

minit.

Page 16: kertasPENERANGAN 102

E. Pengsan

i. buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC

ii. periksa nadi dan pernafasan mangsa.iii. bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.iv. jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.v. periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas.

F. Melecur

i. alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas terbakar dan mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat air paip, sebarang cecair sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan air minuman dalam tin.

ii. tanggalkan sebarang barang kemas atau pakaian yang ketat dari bahagian yang cedera sebelum ia menggelembung.

iii. balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan bersih dan nipis.

4. Cara-Cara Menyedarkan Semula Akibat Pengsan (CPR)

Resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya CPR adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas. Ia merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut (atau bantuan pernafasan dengan kaedah lain) dan juga tekanan dada.

Secara umumnya terdapat dua sebab utama CPR perlu dilakukan iaitu:

i. terhenti pernafasan.ii. tiada nadi.

Sementara itu untuk melakukan CPR terdapat tiga prinisip asas yang perlu anda lakukan iaitu ABC:

A - AIRWAY - SALURAN PERNAFASANB - BREATHING - PERNAFASANC - CIRCULATION - PEREDARAN DARAH

Antara punca-punca:

1) Lemas Pakaian atau kain menutup muka Lemas di air - tidak mendapat udara Lemas di dalam bilik bergas - tidak mendapat oksigen

2) Tercekik

Page 17: kertasPENERANGAN 102

Tersekat benda atau tergantung Terhalang (makanan masuk saluran paru-paru )

3) Kejutan Arus elektrik Kilat

Tanda-tanda am salur udara yang tersumbat adalah:

pernafasan yang berbunyi bising dan tercungap-cungap pergerakan dada akan tersedut ke dalam dan perut menonjol ke luar kulit kelihatan lebam kebiruan lubang hidung menjadi kembang

Kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut

1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. 2. Dapatkan bantuan.3. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.4. Buang sebarang benda asing dari mulut.5. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.6. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.7. Tentukan mulutnya terbuka8. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada

mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. 9. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama

sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. 10. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10

kali seminit.11. Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa dalam kedudukan

pemulihan.

Catatan:

1. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa.

2. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.

3. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah atau sebagainya. Anda mungkin perlu member rawatan mangsa yang tercekik.

5. Prosedur Asas Pertolongan Cemas Kepada Mangsa

Page 18: kertasPENERANGAN 102

i. Buat penilaian segera dan menyeluruh pada mangsa dan kawasanii. Atasi punca kecemasan sekiranya ada atau pindahkan mangsa dari keadaan

merbahaya.iii. Bertindak dengan waspada dan penuh yakiniv. Cara terbaik untuk memeriksa pesakit ialah mulai dari muka, kemudian badan dan

seterusnya anggota. Perhatikan warna kulit dan air muka pesakit. Bibir kebiruan menunjukkan masalah pernafasan disebabkan kekurangan oksigen. Muka pucat dan berkeringat adalah tanda-tanda renjatan.

v. Periksa nadi dan pernafasan mangsa.vi. Kawal pendarahan

vii. Tentukan tahap kesedaran mangsa viii. Jangan cuba beri bantuan berlebih-lebihan. Beri bantuan yang mustahak saja

dan elakkan kecederaan bertambah parah. Beri bantuan ikut keparahan. ix. Tenangkan dan kendali dengan cermat. Tanggalkan pakaian jika perlu.x. Beri bantuan / maklumat kepada pihak hospital/ berkenaan

Page 19: kertasPENERANGAN 102

KOMPETENSI 6 : _____________________________________

BAHAYA PERALATAN TANGAN

Peralatan tangan adalah alat kerja manusia yang paling lama. Manusia biasa dengannya sehingga mereka kurang sekali memikirkan tentang bahaya apabila menggunakannya. Walau bagaimana pun kemalangan akibat penggunaan peralatan tangan telah berlaku sejak berpuluh ribu tahun dahulu. Di kilang-kilang sahaja bilangannya adalah lebih 20,000 setahun.

Jenis peralatan tangan yang dinyatakan di sini adalah seperti penukul, pahat, gerudi, sepana, pemutar skru, pisau , kikir dan pengikis serta peralatan tangan yang digunakan pada mesin larik. Walaupun peralatan ini penting digunakan dengan tertib adalah amat sukar untuk bekerja dengan selamat sekiranya ia rosak atau haus. Oleh itu adalah mustahak agar semua peralatan yang tidak berkeadaan baik dikembalikan kepada kedai atau pembekal dan ditunjukkan kecacatannya. Ini sering merupakan gangguan dan memerlukan sedikit usaha namun demikian ia mungkin akan menyelamatkan mata atau jari seseorang. Oleh itu, bagi mengelakkan kemalangan di tempat kerja;

Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada pensyarah sebelum murid boleh menggunakannya. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek. Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya.Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh pensyarah.Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel.

Langkah-Langkah Keselamatan

Bekerja dengan selamat dengan peralatan tangan seperti juga aktiviti-aktiviti lain adalah gabungan di antara akal, prosedur keselamatan dan pemerhatian yang bijak. Terdapat empat pedoman penting untuk bekerja dengan peralatan tangan:

i. gunakan peralatan yang betul untuk setiap jenis tugas;ii. hanya gunakan peralatan yang berkeadaan baik;

iii. simpan semua peralatan dengan selamat, khususnya ditempat tinggi; daniv. Memakai pelindung mata apabila disediakan.

PERALATAN DAN ALATAN TANGAN

Page 20: kertasPENERANGAN 102

Berikut merupakan Peralantan Perlindungan Diri;Prosedur keselamatan berikut juga perlu diperhatikan.

a) Penukul

Kepalanya perlulah terlekat dengan selamat pada batangnya. Kepalanya perlulah berada di dalam keadaan baik, dan mukanya bebas daripada tepi yang sumbing dan tidak membulat akibat kehausan. Batangnya perlulah berada di dalam keadaan baik dan, sekiranya ia terbelah, patah atau longgar, penukul tersebut tidak seharusnya digunakan.

b) Spana dan Perengkuh

Jangan menggunakan set sepana dan perengkuh dengan rahang yang kembang, atau sepana kotak yang menunjukkan tanda-tanda untuk pecah. Gunakanlah sepana yang kekal - sama ada rahang yang tegar atau membulat - pada saiz yang betul apabila diperlukan daripada sebuah sepana bolehubah. Jangan gunakan sebuah tiub untuk mendapatkan pengungkilan tambahan, atau memukul hujung sepana tersebut. Jangan menggunakan sepana sebagai penukul. Pastikan bahawa tangan adalah bebas daripada sebarang halangan apabila nat diputarkan. Sentiasa gunakan sepana yang bersaiz betul untuk sesuatu tugas. Jangan menyumbat ruang di antara sepana dan nat dengan sesendal. Jangan gunakan sepana sebagai baji.

c) Pahat dan Gerudi

Jangan menggunakan pahat yang kepalanya kembang seperti cendawan. Apabila ada tanda-tanda awal keadaan tersebut, kepala pahat hendaklah diperbaiki dengan menggunakan pencanai. Gunakan pahat untuk memahat ke arah yang jauh daripada badan. Mata pemotong pada pahat perlulah dijaga sentiasa tajam agar bentuk dan sudut asal mata pemotong itu dikekalkan. Pahat yang dipertajamkan perlulah diteguh dan dibaja dengan sewajarnya.

d) Pemutar Skru

Kemalangan paling kerap berlaku akibat memegang ‘workpiece’ pada tapak tangan sewaktu mengetatkan skru, sekiranya tergelincir boleh mengakibatkan kecederaan serius pada tangan atau pergelangan tangan akibat ditembusi. ‘Workpiece’ tersebut tidak harus dipegang pada satu tangan dan pemutar skru pada tangan yang satu lagi - kerja tersebut perlu dilakukan dengan menggunakan ragum atau penyokong lain yang kukuh.

Pastikan bahawa pemegangnya adalah selamat. Jangan menggunakan pemutar skru sebagai pahat atau memukulnya dengan penukul. Jangan gunakan pemutar skru dengan pemegang yang terbelah, walaupun ia diikat dengan tali ataupun pita. Buang alat tersebut atau pasangkan pemegang baru. Gunakan saiz pemutar skru yang betul untuk sesuatu tugas.

Bagi kerja-kerja elektrikal, pemutar skru dengan pemegang berpenebat harus digunakan tetapi ia tidak harus dianggap sebagai pelindung sepenuhnya terhadap renjatan elektrik.

Page 21: kertasPENERANGAN 102

e) Kikir

Jangan gunakan kikir yang mempunyai hulu yang terdedah, adalah lebih bijak jika dipasang pemegang. Jangan gunakan kikir sebagai pengungkil atau ‘toggle-bar’, pengerasan menjadikannya rapuh dan ia mudah patah. Jika mengikir pada mesin larik jangan meletakkan tangan anda atau kikir berhampiran dengan cuk, adalah lebih selamat dan efisien untuk melakukan pengikiran dengan tangan kiri. Sentiasa periksa bahawa pemegang kikir itu adalah selamat. Dalam banyak kes penggunaan kikir pada mesin larik adalah satu cara malas untuk melakukan kerja dan ini boleh dilakukan dengan lebih selamat dan efisien dengan mengapitkan alat tersebut pada tiang pemegang.

f) Pisau

Apabila digunakan untuk memotong bahan berminyak, pemegang perlulah direkabentuk agar dapat memberikan pegangan yang kuat dan sebuah pelindung perlulah dipasang di antara pemegang dan matanya. Adalah perlu juga untuk memakai apron kukuh untuk melindungi abdomen sekiranya pisau itu tergelincir. Sebaik-baiknya potongan haruslah dilakukan jauh daripada badan.

g) Latihan dan Penyeliaan

Latihan dan Penyeliaan yang mencukupi adalah diperlukan:

i. untuk memastikan peralatan tangan digunakan dengan tertib;

ii. bahawa peralatan yang betul digunakan untuk kerja khusus;

iii. bahawa ia dijaga dalam keadaan yang dapat digunakan sepenuhnya;

iv. bahawa ia dikawal dengan baik dan disimpan dengan selamat apabila tidak digunakan; dan

v. bahawa ia dibuang dan diganti apabila rosak.

h) Rekabentuk Ergonomik Peralatan Tangan.

Dari segi ergonomik beberapa keperluan asas untuk mereka satu peralatan tangan yang efisien telah ditetapkan:

i. ia harus menjalankan fungsinya seperti yang diharapkan dengan berkesan; ii. ia perlulah dibahagikan mengikut dimensi pengguna;

iii. ia perlu bersesuaian dengan kekuatan dan ketahanan penggunanya;iv. ia perlu meminimakan keletihan pengguna; danv. ia perlu membekalkan maklumbalas ‘sensory’.