laporan jawatankuasa khas siasatan laporan ketua...

23
KAJIAN KES LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA. TAHUN 2016 SIRI 2 PROJEK NAIKTARAF FR5 SABAK BERNAM HUTAN MELINTANG

Upload: others

Post on 22-Jan-2020

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAJIAN KES LAPORAN KETUA

AUDIT NEGARA.

TAHUN 2016 SIRI 2

PROJEK NAIKTARAF FR5

SABAK BERNAM – HUTAN

MELINTANG

LATAR

BELAKANG

PROJEK

Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FR5 dari Sabak

Bernam ke Hutan Melintang adalah projek di bawah RMKe-10

dengan kos siling peruntukan berjumlah RM171 juta yang

diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan

Perdana Menteri (JPM).

Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan agensi pelaksana yang

bertanggungjawab untuk projek ini dan Pegawai Penguasa

(P.P) adalah Pengurus Besar Kanan Pembinaan 3, Unit

Projek Khas Cawangan Jalan, JKR.

2

FR5 SEKSYEN

543-548 SABAK

BERNAM

HUTAN

MELINTANG

3

BUTIRAN

KONTRAK

4

BUTIRAN KONTRAK

Nama Kontraktor Mangkubumi Sdn. Bhd.

Nama Perunding ZAQ Engineering Services Sdn. Bhd.

Sumber Peruntukan Kementerian Kerja Raya

Jenis Kontrak Konvensional (Perunding)

Kaedah Perolehan Tender Terhad

Pegawai Penguasa Pengurus Besar Kanan Pembinaan 3,

Unit Projek Khas Cawangan Jalan, JKR

Kos Siling (RM Juta) 171

Kos Kontrak Asal (RM) 164,194,000.00

Kos Kontrak Semasa (RM) 144,194,000.00

Tarikh Surat Setuju Terima (SST) 26.06.2015

Tarikh Milik Tapak 27.07.2015

Tarikh Siap Asal 26.07.2017

Tarikh Siap EOT 15.06.2018

Bilangan Lanjutan Masa/Extension of Time

(EOT) (Hari) 1 (324)

Kemajuan Kerja sehingga bulan Disember

2017 (%) 89.1

KANDUNGAN 1. Penemuan Audit a. Teguran 1

b. Teguran 2

c. Teguran 3

2. Syor Jawatankuasa Khas Siasatan

3. Cadangan Penambahbaikan

5

1. PENEMUAN

AUDIT

Laporan Ketua Audit

Negara Tahun 2016

(Siri 2)

6

“ ▪ TEGURAN 1: Sebanyak lapan permohonan Kelulusan Perubahan

Kerja (KPK) disedia untuk kelulusan Jawatankuasa Arahan

Perubahan Kerja. Perubahan kerja melibatkan perubahan reka

bentuk flyover di persimpangan Sabak Bernam, penukaran longkang

tanah ke longkang konkrit-U, kerja-kerja pemindahan Time Dot Com

dan lain-lain lagi dengan anggaran pengurangan kos berjumlah

RM16.67 juta. Mesyuarat Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja

masih belum dilaksanakan dan kelulusan perubahan kerja masih

belum diperoleh sehingga bulan Jun 2017.

7

KELULUSAN

PERUBAHAN

KERJA

8

Kelulusan Arahan Perubahan Kerja Secara Prinsip untuk

menjalankan kerja telah diberikan melalui Mesyuarat Isu-Isu KKS &

APK yang diadakan pada 3 Januari 2016.

BIL.

KPK

TARIKH

PERMOHONAN PERKARA

PENAMBAHAN/ (PENGURANGAN)

NILAI SKOP KERJA

(RM) (%) STATUS TERKINI

1 11.10.2016 Pengurangan panjang flyover dari 6 span

kepada 5 span (20,000,000) (11.67) LULUS

2 11.10.2016 Penukaran longkang konkrit bentuk L ke

longkang konkrit bentuk U 58,700 0.04 LULUS

3 11.10.2016 Penukaran longkang tanah ke longkang konkrit

bentuk U 771,500 0.47 LULUS

4 18.10.2016 Kerja-kerja membina Capping Beam 303,430 0.18 LULUS

5 18.10.2016 Ujian cerucuk menggunakan kaedah Pile

Integrity 72,000 0.04 LULUS

6 18.10.2016 Pengurusan sisa berjadual 10,000 0.01 LULUS

7 18.10.2016 Lantai konkrit untuk kabel Telekom 513,420 0.31 LULUS

8 18.10.2016 Kerja-kerja pemindahan Time Dot Com 770,422 0.47 LULUS

JUMLAH ANGGARAN PENGURANGAN (RM) (17,500,528) (10.15)

ULASAN ▪ Kelulusan Perubahan Kerja No.1 telah mendapat

kelulusan iaitu dengan kurangan sebanyak RM20 Juta.

▪ KPK No. 2, 5, 6 dan 7 telah mendapat Kelulusan JAPK

pada 3 Januari 2018 selaras dengan Arahan

Perbendaharaan 202.2 mengikut had nilai Pihak Berkuasa

Melulus. (Lampiran Kelulusan)

▪ Bagi APK No. 1 hingga 8 telah mendapat Kelulusan

Arahan Perubahan Kerja Secara Prinsip pada 3 Januari

2016 selaras dengan Surat Arahan Ketua Pengarah Kerja

Raya (SAKPKR) Bil.5/2012.

9

JUSTIFIKASI

KELEWATAN

OLEH

PEGAWAI

PENGUASA

1. Setiap kelulusan untuk perubahan kerja hanya dapat

diangkat untuk kelulusan apabila kerja yang berkaitan siap

di tapak dimana kuantiti sebenar dapat ditentukan;

2. Pegawai Penguasa tidak menggunakan kuantiti

anggaran untuk projek ini kerana projek-projek infra perlu

dibuat pengukuran semula ditapak kerana banyak

perubahan yang akan berlaku untuk menyesuaikan dengan

keadaan tapak sedia ada;

3. Kelewatan dalam membuat keputusan di tapak akan

mengakibatkan kerja kontraktor terganggu sehingga

melayakkan kontraktor membuat tuntutan pertambahan

masa kontrak dan menuntut ‘loss & expense’ di akhir projek

yang merupakan kerugian kepada pihak Kerajaan; dan

4. Proses-proses penyemakan dokumen untuk kelulusan yang

rumit disebabkan kekangan staf di tapak. 10

IMPLIKASI KEWANGAN?

Penjimatan semasa untuk projek ini adalah RM17,500,528.00

11

“ ▪ TEGURAN 2 (a): Jajaran bagi Projek Menaiktaraf Jalan FR5 dari

Sabak Bernam ke Hutan Melintang sepanjang 5 km iaitu Seksyen 543

hingga 548 termasuk jalan yang perlu disenggara oleh Roadcare (M)

Sdn. Bhd. di daerah Sabak Bernam. Jajaran ini juga merupakan

lokasi projek kerja menaiktaraf yang dilaksanakan oleh Mangkubumi

Sdn. Bhd.(MSB). Bagaimanapun terdapat arahan pengecualian kerja

penyenggaraan rutin jalan yang telah dikeluarkan pada Januari

2016 kepada syarikat konsesi Roadcare.

12

“ ▪ TEGURAN 2 (b): Berdasarkan Bayaran Interim No. 2, Mangkubumi

Ssd. Bhd telah memulakan kerja penyenggaraan di tapak pada bulan

September 2015 dan menjalankan skop rutin penyenggaraan

sehingga projek siap. Kontraktor telah menerima bayaran rutin

penyenggaraan bermula bulan Oktober 2015 berjumlah RM32,000.

Bagaimanapun, penyenggaraan rutin jalan juga telah dibayar kepada

Roadcare (M) Sdn. Bhd. dari bulan September 2015 hingga Mac

2016 untuk lokasi projek berjumlah RM45,196. Kadar bayaran setiap

km per bulan berjumlah RM1,712 mengikut kontrak.

13

ULASAN

JAWATAN

KUASA

KHAS

SIASATAN

▪ JKS mendapati berlakunya pertindihan bayaran untuk

kerja-kerja penyenggaraan di Jalan Persekutuan FR5

dari Sabak Bernam ke Hutan Melintang.

▪ Sebab utama terjadinya perkara ini adalah kerana

masalah komunikasi dalaman JKR.

▪ Walau bagaimanapun, arahan oleh JKR Daerah Sabak

Bernam telah dikeluarkan pada Januari 2016. (Lampiran

surat)

▪ Sehubungan itu, pihak konsesi telah memberhentikan

kerja-kerja penyenggaraan dan tidak membuat tuntutan

pada bulan Februari 2016 untuk seksyen yang terlibat

dengan pembinaan. (Lampiran tuntutan bulanan)

14

IMPLIKASI KEWANGAN?

Berdasarkan perkiraan JKS tiada implikasi kewangan yang merugikan

Kerajaan dikesan untuk isu ini.

Pertindihan bayaran yang berlaku telah dibuat pelarasan.

15

“ ▪ TEGURAN 3: Lukisan Pembinaan - Typical Cross Section For Normal

Crown No. Lukisan: KPKR/J/R/12/14/226/KL/01, ketebalan Asphalt Concrete

Wearing Course (ACWC) ialah 50 milimeter (mm) dan Asphalt Concrete

Binder Course (ACBC) 60 mm. ACWC dan ACBC adalah bahan komposit yang

digunakan bagi menurap permukaan jalan. Spesifikasi JKR Seksyen 4

Flexible Pavement para 4.5.2 juga menyatakan ketebalan ACWC dan ACBC

dengan julat yang boleh diterima ialah lebih atau kurang 5 mm.

▪ Semakan Audit terhadap keputusan sampel pihak perunding mendapati

ketebalan ACWC ialah 40 mm dan ACBC 50 mm. Ini tidak mengikut spesifikasi

kerana saiz masing-masing kurang sebanyak 5 mm. Ini boleh menyebabkan

jalan cepat haus dan memendekkan jangka hayat jalan. Sehingga tarikh

pengauditan, tiada bayaran dibuat bagi kerja ini.

16

ULASAN ▪ JKS berpendapat bahawa pihak pengawasan projek (JKR

dan Perunding) telah mengambil tindakan yang betul

dengan mengeluarkan NCR terhadap kerja-kerja yang

tidak memenuhi spesifikasi oleh pihak kontraktor;

▪ JKS juga mendapati tiada bayaran yang dibuat ke atas

kerja tersebut.

17

IMPLIKASI KEWANGAN?

Tiada bayaran dibuat untuk kerja yang tidak mengikut spesifikasi.

18

2. SYOR JKS

Laporan Ketua Audit

Negara Tahun 2016

(Siri 2)

19

JKS mendapati tiada salah laku dan

penyelewengan oleh pegawai-

pegawai yang terlibat dalam

pengurusan kontraktor projek ini. Oleh

itu, tidak ada syor untuk sebarang

tindakan terhadap pegawai yang

terlibat

20

2.SYOR

3. CADANGAN

PENAMBAIKAN

Laporan Ketua Audit

Negara Tahun 2016

(Siri 2)

21

3. CADANGAN

PENAMBAIKAN

a) Pasukan projek yang berskala besar perlu mempunyai

Jurukur Bahan di tapak agar isu-isu berkaitan kontrak dapat

diselesaikan dalam tempoh yang relevan;

b) Kelulusan secara prinsip perlu diwujudkan semula. Walau

bagaimanapun mekanisma kawalan perlu ada agar seiring

dengan peraturan-peraturan kerajaan yang berkuat kuasa;

c) Pihak JKR perlu mewujudkan satu prosedur kerja yang

baru dalam SOP sedia ada bagi mengeluarkan kerja untuk

skop penyenggaraan konsesi; dan

d) JKS mengesyorkan supaya wakil dari syarikat konsesi

penyenggaraan jalan dijemput sama sebagai ahli

mesyuarat semasa Mesyuarat Pra Pembinaan

terutamanya untuk projek jalan.

22

TERIMA KASIH JAWATANKUASA KHAS SIASATAN

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2016 SIRI 2

23