laporan jawatankuasa audit - sc.com.my · pdf filexxii laporan jawatankuasa audit ......

2
LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001 xxii LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT Suruhanjaya dengan sukacita mengeluarkan laporan berikut mengenai Jawatankuasa Audit dan aktivitinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2001. Jawatankuasa Audit diwujudkan oleh satu resolusi Suruhanjaya pada tahun 1993. AHLI-AHLI DAN MESYUARAT Jawatankuasa Audit terdiri daripada tiga ahli bukan eksekutif Suruhanjaya. Sejumlah empat mesyuarat diadakan sepanjang tahun. Status keahlian bagi setiap ahli sepanjang tahun itu adalah seperti berikut (Jadual 2): BIDANG KUASA 1. Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk menyiasat sebarang perkara dalam bidang tugasnya, atau seperti yang diarahkan oleh Suruhanjaya, untuk menentukan sumber-sumber yang diperlukan dan mempunyai akses ke atas pekerja bagi mendapatkan maklumat. LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT 2. Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk mendapatkan nasihat profesional bebas atau daripada pihak lain jika perlu dan untuk mendapatkan kehadiran pihak luar dengan pengalaman dan kepakaran yang relevan jika dianggap perlu. BIDANG TUGAS 1. Jawatankuasa Audit ialah sebuah jawatankuasa Suruhanjaya dan Suruhanjaya akan menentukan keahliannya. Ahli Jawatankuasa Audit dan Pengerusi Jawatankuasa itu akan dilantik oleh ahli Suruhanjaya. 2. Jawatankuasa akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun atau sekerap mungkin. Korum Jawatankuasa itu ialah dua. Prosiding bagi Jawatankuasa Audit akan dicatat dan minit mesyuarat dibentangkan pada mesyuarat Suruhanjaya. 3. Ketua Jabatan Audit Dalaman wajib menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa itu. Ketua Pegawai Kewangan dan juruaudit luarannya akan menghadiri mesyuarat itu apabila dikehendaki oleh Suruhanjaya. Pengerusi dan pegawai-pegawai lain daripada Suruhanjaya Sekuriti menghadiri mesyuarat itu menerusi jemputan. 4. Tugas-tugas Jawatankuasa itu adalah seperti berikut: (a) Untuk menimbang dan mencadangkan pelantikan juruaudit luaran, gaji mereka dan sebarang isu berhubung prestasi mereka. (b) Untuk membantu Suruhanjaya dalam mengkaji semula kecukupan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman. Jadual 2 Jawatankuasa Audit Nama Status Keahlian Habibah Abdul Pengerusi bukan eksekutif bebas Datuk Siti Hadzar Mohd Ismail Bukan eksekutif Datuk Dr Zainal Aznam Yusof Bukan eksekutif bebas

Upload: truonglien

Post on 12-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT - sc.com.my · PDF filexxii LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT ... Sepanjang tahun kewangan itu, aktiviti utama Jawatankuasa itu termasuk: • Mengkaji semula akaun

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001

xxii LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT

Suruhanjaya dengan sukacita mengeluarkan laporan

berikut mengenai Jawatankuasa Audit dan aktivitinya bagitahun kewangan berakhir 31 Disember 2001.

Jawatankuasa Audit diwujudkan oleh satu resolusiSuruhanjaya pada tahun 1993.

AHLI-AHLI DAN MESYUARAT

Jawatankuasa Audit terdiri daripada tiga ahli bukaneksekutif Suruhanjaya. Sejumlah empat mesyuarat

diadakan sepanjang tahun. Status keahlian bagi setiap ahli

sepanjang tahun itu adalah seperti berikut (Jadual 2):

BIDANG KUASA

1. Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk menyiasat

sebarang perkara dalam bidang tugasnya, atau seperti

yang diarahkan oleh Suruhanjaya, untuk menentukansumber-sumber yang diperlukan dan mempunyai akses

ke atas pekerja bagi mendapatkan maklumat.

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT

2. Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk mendapatkan

nasihat profesional bebas atau daripada pihak lain jikaperlu dan untuk mendapatkan kehadiran pihak luar

dengan pengalaman dan kepakaran yang relevan jika

dianggap perlu.

BIDANG TUGAS

1. Jawatankuasa Audit ialah sebuah jawatankuasa

Suruhanjaya dan Suruhanjaya akan menentukankeahliannya. Ahli Jawatankuasa Audit dan Pengerusi

Jawatankuasa itu akan dilantik oleh ahli Suruhanjaya.

2. Jawatankuasa akan bermesyuarat sekurang-kurangnya

empat kali setahun atau sekerap mungkin. Korum

Jawatankuasa itu ialah dua. Prosiding bagiJawatankuasa Audit akan dicatat dan minit mesyuarat

dibentangkan pada mesyuarat Suruhanjaya.

3. Ketua Jabatan Audit Dalaman wajib menghadiri semua

mesyuarat Jawatankuasa itu. Ketua Pegawai Kewangan

dan juruaudit luarannya akan menghadiri mesyuarat ituapabila dikehendaki oleh Suruhanjaya. Pengerusi dan

pegawai-pegawai lain daripada Suruhanjaya Sekuriti

menghadiri mesyuarat itu menerusi jemputan.

4. Tugas-tugas Jawatankuasa itu adalah seperti berikut:

(a) Untuk menimbang dan mencadangkan pelantikan

juruaudit luaran, gaji mereka dan sebarang isu

berhubung prestasi mereka.

(b) Untuk membantu Suruhanjaya dalam mengkaji

semula kecukupan dan keberkesanan sistemkawalan dalaman.

Jadual 2

Jawatankuasa Audit

Nama Status Keahlian

Habibah Abdul Pengerusi bukaneksekutif bebas

Datuk Siti Hadzar Mohd Ismail Bukan eksekutif

Datuk Dr Zainal Aznam Yusof Bukan eksekutifbebas

Page 2: LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT - sc.com.my · PDF filexxii LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT ... Sepanjang tahun kewangan itu, aktiviti utama Jawatankuasa itu termasuk: • Mengkaji semula akaun

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2001

xxiiiLAPORAN JAWATANKUASA AUDIT

(c) Untuk mengkaji semula dasar dan amalan

Suruhanjaya berhubung pengurusan risiko untuk

menentukan keberkesanannya.

(d) Untuk berbincang dengan juruaudit luaran, pelan

audit dan skop audit mereka.

(e) Untuk mengkaji semula penyata kewangan akhir

tahun, sebelum mengemukakannya kepadaSuruhanjaya, dengan memberi tumpuan kepada:

• Pematuhan dengan piawaian perakaunan yangditerima pakai

• Perubahan dalam dasar dan amalan utamaperakaunan

• Penyesuaian yang signifikan yang berbangkitdaripada pengauditan

• Peristiwa penting dan luar biasa

(f) Untuk mengkaji semula laporan pengurusan

juruaudit luaran dan tindak balas pengurusan.

(g) Untuk menyokong dan menyediakan arah haluan

bagi Jabatan Audit Dalaman ke arah memastikankeberkesanannya.

(h) Untuk menimbang penemuan yang berbangkitdaripada laporan juruaudit dalaman atau

penyiasatan dalaman yang lain dan tindak balas

pengurusan dan untuk menentukan tindakansusulan yang sewajarnya oleh pengurusan.

(i) Untuk mengambil tindakan susulan berhubungpelaksanaan kesemua cadangan yang dibuat oleh

Jabatan Audit Dalaman.

AKTIVITI JAWATANKUASA SEPANJANG TAHUN

Sepanjang tahun kewangan itu, aktiviti utamaJawatankuasa itu termasuk:

• Mengkaji semula akaun berkanun bagi tahun kewanganberakhir 31 Disember 2001 sebelum dibentangkan

kepada Suruhanjaya.

• Mengkaji semula dan meluluskan pelan audit luaran

bagi tahun kewangan berkenaan. Pelbagai isu audit dan

perakaunan dibincangkan pada mesyuaratJawatankuasa.

• Meluluskan pelan audit dalaman bagi tahun kewanganberakhir 31 Disember 2001.

• Membincang dan mengkaji semula penemuan dancadangan audit dalaman.

AUDIT DALAMAN

Suruhanjaya mempunyai sebuah Jabatan Audit Dalamanyang membantu Jawatankuasa Audit dalam melaksanakan

tugas dan tanggungjawabnya. Semasa tahun berkenaan,

jabatan tersebut sentiasa melaporkan mengenai pematuhandengan kawalan dan prosedur dalaman kepada

Jawatankuasa Audit. Ia juga memastikan cadangan untuk

meningkatkan kawalan dipatuhi oleh pengurusan.

Pada tahun 2001, wakil-wakil Jabatan Audit Dalaman

terus memainkan peranan sebagai penasihat dalampelbagai projek penting dengan menghadiri pelbagai

mesyuarat jawatankuasa pengurusan. Jabatan itu juga

mengemukakan cadangannya mengenai inisiatifmenjimatkan kos kepada Pengerusi Suruhanjaya bagi

pelaksanaan pada tahun itu.