laporan internship

Upload: syuhaila-ibrahim

Post on 06-Mar-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

internship

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIPNAMA PELAJAR: SYUHAILA BINTI IBRAHIMNO. KAD PENGENALAN: 781130-09-5074PROGRAM: PPG AMBILAN JUN 2011NAMA SEKOLAH: SK SERI PINANGNAMA PROJEK: KEMAHIRAN MENGENAL ABJAD DENGAN KAEDAH NYANYIAN.TEMPOH PELAKSANAAN: 28 MAC - 23 APRIL 2015 (4 MINGGU)

1. OBJEKTIF1.1 Melengkapkan salah satu projek internship yang telah diamanahkankepada peserta internship.1.2 Memastikan murid tidak buta huruf dan dapat mengenali nama dan bentuk huruf dengan baik.1.3 Membantu murid yang berpencapaian rendah mengenal dan menyebut huruf dengan betul.1.4 Meningkatkan pencapaian murid dalam ujian pencapaian.

2. STRATEGI PELAKSANAAN2.1 Perbincangan bersama mentor mengenai strategi dan kaedah pengajaran yang akan digunakan.2.2 Penyediaan kertas kerja projek inovasi.2.3 Pembinaan bahan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan latar belakang murid.2.4 Merancang tarikh, waktu dan masa pelaksanaan projek inovasi,2.5 Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.2.6 Merakamkan pelaksanaan projek dan bahan 2.7 Penyediaan laporan projek inovasi.

3. REFLEKSIa) Kekuatan ProjekSetelah selesai melaksanakan projek inovasi ini, saya dapati terdapat banyak kekuatan di dalam projek ini sehingga ia dapat dilaksanakan dengan lancar. Di antara kekuatannya, saya dapat merancang suatu projek yang dapat membantu saya menguruskan lima orang murid saya yang belum mengenal abjad a hingga z dengan baik. Saya mendapat tunjuk ajar daripada mentor yang merupakan guru pemulihan yang berpengalaman selama sepuluh tahun mengajar murid pemulihan.Projek ini sedikit sebanyak mencabar kesabaran saya untuk menyiapkan suatu modul pembelajaran yang memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran mengenl abjad. Projek ini memerlukan kepakaran untuk menjadikan ianya suatu projek inovasi yang lengkap dengan kemahiran membaca yang mempunyai unsur didik hibur. Secara tidak langsung saya memperolehi ilmu baharu dan menambahkan pengetahuan saya dalam menghasilkan bahan pembelajaran murid. Saya juga berasa bertuah kerana memiliki mentor yang tidak lokek dalam memberi ilmu baru kepada saya. Beliau juga berusaha membantu saya mengendalikan kelas pemulihan dan memberi layanan kepada murid pemulihan.Berdasarkan projek inovasi yang telah dijalankan, saya dapati murid menunjukkan reaksi yang positif untuk belajar dengan menggunakan bahan yang telah saya hasilkan. Murid memberi perhatian dari awal hingga tamat sesi pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa seseorang murid itu boleh berjaya dan menguasai sesuatu ilmu sekiranya ada minat.Selain daripada itu, saya juga mendapat kerjasama daripada rakan-rakan guru sepanjang tempoh projek ini dilaksanakan. Guru-guru yang berpengalaman dalam bidang Bahasa Melayu tidak lokek untuk memberikan ilmu dan tunjuk ajar yang sesuai dalam projek inovasi yang saya laksanakan. Ilmu yang bermanfaat kepada saya amat-amat bermakna untuk saya jadikann panduan dan amalan untuk menjalankan tugas dengan baik.Sekolah saya ini juga mempunyai segala alatan yang lengkap untuk menjalankan aktiviti serti ini dan juga tidak ada masalah dalam hal kewangan untuk membeli alatan baru. Perkara ini juga memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan projek saya ini. Ini adalah kerana ia sedikit sebanyak telah memudahkan kerja saya dalam persediaan mejalankan projek ini.

b) Kelemahan ProjekWalaupun projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya,namun ia juga terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki. Antaranya ialah kekangan masa dalam melaksanakan projek inovasi ini di sekolah. Walaupun tempoh masa yang diberikan ialah empat minggu, namun disebabkan beberapa siri program yang dijalankan di sekolah menyebabkan beberapa kali rancangan pengajaran perlu ditunda. Kesibukan melaksanakan saringan LINUS dan pengisian data murid menyebabkan saya perlu menguruskan masa yang padat dengan sebaik mungkin bagi memastikan saya dapat menjalankan projek inovasi ini dengan baik. Selain itu, program sekolah seperti persediaan majlis persaraan Penolong Kanan menyebabkan kelas saya perlu berpindah ke kelas lain bagi persiapan dewan dan pentas. Masa saya bersama murid juga berkurangan, di mana saya perlu membimbing anak-anak murid saya yang masih belum mengenal abjad.Masalah seterusnya yang saya hadapi ialah masalah teknikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran projek inovasi dijalankan. Walaupun telah menjalani latihan berulang kali namun saya tersilap memasang wayar pembesar suara pada komputer riba yang menyebabkan berlakunya gangguan audio semasa sesi pembelajaran. Ini menyebabkan proses rakaman pengajaran dan pembelajaran sedikit terganggu. Kelemahan yang terakhir ialah kemudahan peralatan seperti LCD projektor dan speaker yang tidak berfungsi di kelas pemulihan. Pihak sekolah seharusnya memantau keadaan peralatan di kelas-kelas berada dalam keadaan yang baik dan dapat digunakan dalam proses pengajaran. Namun begitu, saya bernasib baik kerana mempunyai peralatan tersebut yang menjadi hak milik peribadi saya. Walaupun kualiti gambar kurang memuaskan namun sesi pengajaran dan pembelajaran bagi projek inovasi ini tetap berjalan lancar mengikut perancangan.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKANBagi mengatasi kelemahan-kelemahan di atas, beberapa tindakan haruslah diambil. Dari segi masa, saya merasakan bahawa tempoh empat minggu agak singkat bagi saya dan rakan-rakan lain di sekolah untuk melaksanakan projek inovasi dalam program internship di sekolah. Ini disebabkan pelbagai program dijalankan oleh pihak sekolah sepanjang tempoh pelaksanaan program internship ini. Jika tempoh masa dapat dilanjutkan lagi mungkin saya dapat membuat persediaan yang lebih rapi bagi menjayakan projek inovasi ini.Selain itu, kekurangan kelengkapan peralatan menyebabkan sesuatu program tidak dapat berjalan dengan lancar. Pihak sekolah seharusnya memastikan pemeriksaan peralatan khusunya LCD projektor dan pembesar suara dapat berfungsi dengan baik agar guru-guru dapat menggunakan kemudahan ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. KESIMPULANKesimpulannya, keseluruhan projek didapati berjaya dan dapat dilaksanakan dengan baik. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan, namun projek ini memberi banyak manfaat kepada saya dan anak-anak murid saya. Sebagai guru saya berasa sangat gembira kerana dapat melaksanakan projek inovasi mengenal abjad ini kepada anak-anak murid saya yang tidak mengenal huruf dan sering ketinggalan di dalam kelas. Saya dapat melihat keterujaan mereka untuk belajar menggunakan kaedah yang belum pernah dialami sebelum ini. Saya juga berterima kasih terhadap mentor dan rakan-rakan guru yang banyak menyumbang idea dan pendapat untuk saya melaksanakan projek inovasi dalam program internship ini dengan jayanya.