laporan internship

Upload: nordina-razali

Post on 10-Jan-2016

69 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Laporan Internship PPG

TRANSCRIPT

B: Maklumat Projek Inovasi

B: Maklumat Projek InovasiB03: Laporan Projek Inovasi

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

Nama Pelajar: Nordina binti RazaliNo. Kad Pengenalan : 750217-10-5536Nama Sekolah: Sekolah Kebangsan Sungai MangisProgram: Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Mod PJJ)Kelas: BM 8.06Tajuk: Inovasi 3 dalam 1Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia Tahun 2Tempoh Pelaksanaan: 60 minit (1 Jam)

1. OBJEKTIF

1.1 Membantu murid agar sentiasa aktif memerhati dan membina pengetahuan dengan membuat hubung kaitan antara objek, peristiwa atau orang di persekitarannya.1.2 Membantu meningkatkan amalan pengajaran guru dalam kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia1.3 Membantu murid memahami makluat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan dan sumber. 2. STRATEGI PELAKSANAAN

2.1 Perancangan Projek

Sebelum menjalani internship di sekolah, terlebih dahulu saya telah menghadiri Taklimat Pelaksanaan Internship di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Taklimat itu telah berlangsung hampir empat jam. Tugasan yang erlu dilaksanakan ialah setiap pelajar PPG perlu menjalankan internship di sekolah selama 4 minggu. Perkara utama yang perlu dijalankan semasa internship ini ialah melaksanakan projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah tempat pelajar bertugas.

Sebelum menjalankan internship ini, saya telah mengadakan sesi perbincangan professional bersama dengan guru besar berkaitan dengan pemilihan mentor yang akan membimbing dan menilai hasil kerja projek inovasi yang akan saya jalankan. Pada peringkat awal perbincangan, guru besar bersetuju untuk melantik Puan Maraziah binti Md Isa selaku mentor saya sepanjang menjalani internship ini. Beliau yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini merupakan guru Bahasa Melayu yang sudah berpengalaman mengajarkan subjek ini selama lebih 10 tahun. Berdasarkan pengalaman yang ada, beliau sememangnya layak untuk menjadi mentor saya.

Saya telah mengadakan perbincangan dengan Puan Maraziah tentang projek inovasi saya dan beliau beersetuju dengan projek inovasi yang saya tunjukkan kepada beliau. Projek inovasi ini berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digabungkan dengan kemahiran berfikir i-THINK dan KBAT. Idea ini timbul apabila saya mendapati agak sukar mengaplikasikan i-THINK dan KBAT di dalam kelas sedangkan kedua-dua perkara ini adalah elemen penting yang erlu ada dalam proses P & P. Bersandarkan kepada masalah tersebut, saya terpanggil untuk Projek Inovasi 3 dalam 1 yang merupakan penghasilan idea baru menggunakan unsur yang sedia ada melalui proses penyusunan semula kaedah pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah tunjuk cara atau demonstrasi, i-THINK dan KBAT dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang mampu mewujudkan persekitaran untuk mengembangkan kreativiti serta menggalakkan perkembangan idea dan pendapat dalam kalangan murid melalui maklumat yang disalurkan dengan menggunakan pelbagai sumber dan kaedah penyampaian.

Saya telah menjalankan Sesi P & P yang mengaplikasikan Inovasi 3 dalam 1 ini melibatkan murid Tahun 2 Usaha seramai 24 orang. Murid-murid dalam kelas ini terdiri daripada murid yang bermasaalah dan lemah dalam pelajaran. Mereka adalah kalangan murid yang sukar memahami satu-satu topik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Sukar bagi saya untuk menggalakkan mereka melahirkan idea, mengeluarkan buah fikiran dan seumpamanya. Keadaan kelas akan menjadi sunyi sepi sekiranya saya mengajukan soalan yang memerlukan mereka berfikir serta mengeluarkan buah fikiran berkaitan topik yang diajar. Mereka tidak yakin untuk memberikan pendapat atau sememangnya mereka tidak ada sebarang idea untuk diungkapkan.

2.2 Pelaksanaan Projek

Langkah-langkah Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Inovasi 3 dalam 1 (Kaedah + i-THINK + KBAT)

Langkah 1 : Kaedah Demonstrasi Dalam langkah 1, saya telah memberikan pengalaman sebenar kepada murid dengan menunjukkan cara-cara membuat keropok lekor kepada murid. Murid juga diberi peluang untuk membuat keropok lekor di dalam kelas.

Langkah 2 : i-THINKBerdasarkan pengalaman menyaksikan proses membuat keropok lekor melalui tunjuk cara membuat keropok lekor di dalam kelas, murid telah melengkapkan peta i-THINK ( Carta Alir) yang disediakan dengan menyusun gambar-gambar proses membuat keropok lekor pada peta i-THINK yang disediakan. Murid berbincang dalam kumpulan untuk membina maklumat dan membuat penyelesaian masalah.

Langkah 3 : KBATDalam aktiviti KBAT ini, murid telah berbincang dalam kumpulan tentang:1. Sekiranya kamu membuka perusahaan hasil laut kamu sendiri, apakah nama yang sesuai untuk perusahaan kamu itu?2. Selain keropok lekor, apakah produk hasil laut lain yang akan kamu keluarkan?Saya telah mrngajukan soala Divergen Aras Tinggi yang berjaya menggalakkan murid untuk menghasilkan pemikiran kreatif, asli dan menilai atau mempertimbangkan sesuatu idea atau maklumat. Murid menghasilkan pengucapan yang asli, membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mereka cipta, menyelesaikan masalah harian, membuat spekulasi, membina, menghasilkan penulisan, membuat hipotesis dan sintesis serta menjana idea. Selain itu murid juga menilai idea dan penyelesaian yang dikemukakan oleh pihak lain bagi sesuatu masalah, menyatakan pendapat dan membuat pilihan serta keputusan. Proses kognitif pada aras ini adalah sama dengan aras kognitif sintesis dan penilaian dalam Taksonomi Bloom

3. REFLEKSI

a) Kekuatan Projek:

Antara kekuatan dalam projek inovasi ini ialah saya mendapat kerjasama yang sangat jitu daripada pihak pentadbir sekolah terutama Guru Besar, barisan penolong kanan dan mentor yang telah membimning saya sepanjang saya menjalani internship ini. Bimbingan serta tunjuk ajar mereka sedikit sebanyak dapat membantu saya memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam projek inovasi ini. Bimbingan dan dorongan inilah yang menjadi kekuatan kepada saya dalam mengharungi internship ini.

Secara keseluruhannya, slot pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan dengan lancar dan sempurna. Objektif pengajaran telah dicapaikan dalam tahap memuaskan. Melalui slot pengajaran dan pembelajaran ini, saya dapati murid-murid dapat menyatakan proses membuat keropok lekor langkah demi langkah berdasarkan Carta Alir (i-THINK). Murid juga dapat melahirkan idea dengan baik bersesuaian dengan tahap kecerdasan mereka. Ini adalah kerana aktiviti yang telah kami rancangkan sangat menarik minat murid dan bersesuaian dengan tahap mereka. Mereka rasa seronok dan gembira semasa menjalankan aktiviti. Selain itu, kami juga menggunakan alat bantu mengajar dan teknologi maklumat untuk mengajar slot ini.

Pembentukan pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan adalah lebih efektif adalah lebih efektif dan efisien berbanding pengajaran secara kerja individu. Konsep ini juga merupakan kekuatan dalam p & p saya. Melalui koperatif setiap murid terlibat akan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama dengan ahli kumpulan. Strategi pengajaran ini memusatkan pelajar. Melalui konsep ini murid menjalankan aktiviti kumpulan mengikut kebolehan, keupayaan menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka. Melalui keadah pembelajaran secara koperatif, saya telah memulakan pengajaran secara kelas dan memberikan penerangan awal aktiviti yang akan mereka lakukan pada hari tersebut. Saya telah menerangkan segala maklumat penting berkaitan aktiviti pembelajaran seperti objektif dan langkah-langkah sebelum murid memulakan aktiviti mereka.

Kelengkapan yang ada di sekolah juga turut membantu saya menjayakan projek ini. Capaian internet yang sangat baik memudahkan saya mendapatkan bahan dan juga memudahkan saya berhubung dengan pensyarah dan kawan-kawan bagi menangani sebarang permasalahan dalam menjayakan projek ini. Selain itu, peralatan seperti LCD, layar dan computer berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Dengan kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah ini, projek inovasi dalam P & P berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif yang diharapkan.

Rakan-rakan sejawat juga banyak membantu saya menjalani internship ini. Pelbagai bantuan dihulurkan kepada saya seperti membantu merakamkan sesi inovasi P & P, meminjamkan kamera, serta mambantu mengatasi beberapa masalah yang timbul sepanjang sesi P & P tersebut. Selain itu, ketua panitia Sains juga berbesar hati mengizinkan saya menggunakan makmal sains sebagai lokasi P & P. Ini kerana segala kemudahan yang terdapat di makmal sains tersebut. Tanpa bantuan mereka semua, belum tentu projek inovasi ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar.

b) Kelemahan Projek:

Terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat dikesan sepanjang internship ini dijalankan. Antaranya ialah, ada beberapa ketika saya tidak dapat mengawal kelas terutama semasa sesi perbincangan dijalankan. Ini mungkin terjadi kerana keterujaan mereka dalam menjalani aktiviti yang disediakan. Kelas menjadi agak bising kerana masing-masing ingin mengeluarkan pendapat dan idea.

Sesi pembentangan dalam p & p ini juga kurang menyerlah. Murid dapat melahirkan idea di atas kertas, tetapi gagal mempersembahkan hasil perbincangan kumpulan dengan baik. Ini terjadi kerana mereka belum biasa tampil membuat persembahan. Perasaan malu masih membelengu diri mereka. Selain itu, semasa sesi soal jawab, rakan-rakan dari kumpulan lain kurang memberikan pendapat serta komen terhadap hasil pembentangan kumpulan rakan mereka. Murid masih memerlukan bimbingan guru dalam kemahiran ini.

Selain itu, kerana kesuntukan masa, aktiviti langkah 4 yang berkaitan dengan focus sampingan tidah dapat diselesaikan di dalam bilik darjah. Murid terpaksa membawa tugasan itu pulang dan disiapkan di rumah. Walaubagaimanapun, tugasan tersebut telahpun dihantar kepada saya keesokan harinya. Ini kerana, masa yang agak panjang digunakan dalam langkah 2 iaitu tunjuk cara membuat keropok lekor. Ini adalah untuk member ruang dan peluang kepada murid merasai sendiri pengalaman membuat keropok lekor sendiri.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi memantapkan lagi Inovasi 3 dalam 1 ini, saya perlu membuat beberapa penambahbaikan berdasarkan beberapa kelemahan yang saya kenal pasti. Dalam aktiviti kumpulan, saya seharusnya mengamalkan sistem merit dan demerit. Setiap kumpulan diberi markah merit jika berkelakuan positif dan demerit jika sebaliknya. Sistem pengumpulan mata atau markah bagi setiap kumpulan lebih membuatkan murid berlumba-lumba untuk menghasilkan tugasan yang lebih baik. Kumpulan yang bising dan melanggar disiplin pula akan menyebabkan markah kumpulan dipotong. Ini dapat membantu guru mengawal keadaan kelas supaya tidak terlalu bising.

Manusia tidak dilahirkan dengan naluri untuk berinteraksi secara berkesan dengan orang lain (Johnson, Johnson & Holubec, 1990). Justeru itu, sebagai guru saya sedar kemahiran-kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan orang lain tidak akan wujud secara automatis apabila ia diperlukan. Saya perlu mengajar dan mendorong murid-murid saya untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulan yang produktif. Kemahiran-kemahiran seperti ini dapat menggalakkan komunikasi, mewujudkan kepercayaan, memperbaiki proses membuat keputusan, dan melicinkan pengurusan konflik dalam kumpulan.

Masa pengajaran dan pembelajaran (p&p) bermaksud masa yang cukup untuk pelajar mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran. Pada kebiasaannya, pengajaran guru di pengaruhi oleh dua faktor masa iaitu masa yang diperuntukan (allocated time) oleh pihak sekolah kepada guruguru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran, masa tugasan (timeon-task) atau engaged time yang bermaksud masa yang guru gunakan untuk mengajar dan masa yang pelajar gunakan untuk belajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran. Oleh yang demikian, saya seharusnya memperbaik perancangan P & P saya pada masa-masa akan datang supaya lebih berkesan serta pembahagian masa yang sesuai dengan kandungan pelajaran dan objektif P & P.

5. KESIMPULAN

Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baru. Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar boleh dinilai melalui cara ia dilaksanakan di sekolah. Kurikulum yang berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau pelajar. Ianya juga dapat menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pelajar.

Ini memerlukan guru menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan yang sesuai dan berkesan dengan keperluan pelajar dan keadaan serta kekangan yang wujud di sekolah. Pelaksanaan kurikulum pada umumnya memerlukan guru mengaplikasikan pengetahuan dan strategi yang kreatif dan inovatif. Guru juga harus komited dan dedikasi menjadikan pengajaran yang disampaikan lebih kreatif dan inovatif. Strategi baru dan kaedah pembelajaran kreatif perlu dikembangkan di kalangan pelajar supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan lebih kreatif, inovatif dan berkesan. Bagi memantau dan mengawal kualiti pengajaran di sekolah, pasukan pemantauan kurikulum atau teamwork perlu dibentuk dengan tujuan menggalakkan inovasi dan kreativiti dikembangkan dengan berkesan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.

Jadi jelas menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja wujud pada seseorang individu sahaja tetapi ia berkait rapat dengan penyumbang atau faktor-faktor lain seperti kepimpinan, pemikiran dan budaya sesuatu organisasi itu untuk menentukan kejayaan, pembangunan dan perkembangan sesebuah organisasi khasnya organisasi pendidikan.

Nordina Razali (BM 8.06) 8