laporan hp 3

7
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM (HHHC9301) KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PROGRAM : BENGKEL GAFE ( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION ) ANJURAN: KELAB INFORMATIK TARIKH PROGRAM: 25 & 27 MEI 2015 TEMPAT : MAKMAL INDUSTRI SALIMAH BINTI SAFIE A146400

Upload: salimomo

Post on 04-Aug-2015

17 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan hp 3

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN

KOKURIKULUM

(HHHC9301)

KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYAT

PROGRAM :

BENGKEL GAFE

( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION )

ANJURAN:

KELAB INFORMATIK

TARIKH PROGRAM:

25 & 27 MEI 2015

TEMPAT :

MAKMAL INDUSTRI

SALIMAH BINTI SAFIE

A146400

Page 2: Laporan hp 3

LAPORAN AKTIVITI

PENGENALAN

Program ini dirancang di peringkat kelab khusus sebagai platform bagi memberi

persediaan bagi aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada masa akan datang iaitu

Bengkel pengajaran untuk guru. Apa yang telah dipelajari daripada bengkel GAFE ini akan

digunakan pada bengkel pengajaran untuk guru. Di dalam bengkel tersebut ahli sendiri akan

menjadi tenaga pengajar.

Bengkel GAFE adalah merupakan satu langkah daripada Kelab Informatik dengan

kerjasama seorang pelajar yang menjadi Google Student Ambassador sendiri bagi

memperkenalkan dan mendedahkan kepada ahli kelab tentang aplikasi google.

Selain itu ahli juga akan diberi taklimat ringkas mengenai Google Student

Ambassador (GSA). Taklimat ini akan memberi pendedahan yang berguna untuk pelajar

Mereka juga akan dapat mengetahui tentang pengalaman menjadi GSA oleh SC Kim.

Melalui program ini, mereka akan dapat meningkatkan kemahiran mereka dengan

menggunakan product google yang sedia ada.

Idea untuk menjalankan program ini timbul bertujuan sebagai satu platform untuk

mempromosikan produk Google serta memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang

aplikasi Google.

Program ini akan dikendalikan selama dua hari bermula dengan perkongsian

pengalaman SC Kim menjadi Google Student Ambassador Malaysia. Taklimat ini akan

memberi pendedahan yang berguna untuk ahli mengetahui dengan apa yang menarik atau

kelebihan Google Ambassador amnya.

Seterusnya, ia diteruskan pula dengan taklimat ringkas mengenai produk Google dan

aplikasi Google. Selepas ahli mengetahui serba sedikit tentang aplikasi Google, pengajaran

fasa pertama tentang aplikasi Google akan dikelolai oleh SC kim sendiri. Fasa kedua pula

diteruskan pada hari berikutnya yang telah dicadangkan.

OBJECTIF PROGRAM

Melalui program ini terdapat beberapa objektif iaitu :

Mempromosikan produk Google serta memberi pendedahan kepada ahli kelab

tengtang aplikasi Google.

Memberi pendedahan kepada ahli kelab tengtang Google Student Ambassador

(GSA) .

Menanam sikap beretika dan berintegriti dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab.

Page 3: Laporan hp 3

PERJALANAN SEBELUM PROGRAM

Program ini telah mula dirancang 6 minggu sebelum tarikh program ini dilaksanakan. Hal ini

dapat dilihat daripada minit mensyuarat yang pertama iaitu pada 9 April 2015. Seterusnya

draf kerja telah mula dibuat bagi tujuan kelancaran program.

Kami telah mengadakan empat kali perjumpaan bagi memastikan program ini

berjalan dengan lancar. Berikut adalah carta alir perjalanan minit mesyuarat yang telah

dilaksanakan :

PERJALANAN SEMASA PROGRAM

HARI MASA PENGISIAN

25 MEI 2015

8.15 malam

Ketibaan ahli kelab, pensyarah dan tenaga pengajar

8.30 malam

Taklimat oleh Tenaga Pengajar

8.45 malam

Bengkel GAFE fasa 1

11.00 malam

Bersurai

27 MEI 2015

8.15 malam

Ketibaan ahli kelab, pensyarah dan tenaga pengajar

8.30 malam

Bengkel GAFE fasa 2

10.45 malam

Penutup

11.00 malam

Bersurai

Page 4: Laporan hp 3

MASALAH DAN TUGAS DI DALAM GAFE

Saya telah menyediakan kertas kerja sebelum program berlangsung. Pada mulanya, kami

telah menghadapi masalah kerana kekurangan idea yang bernas untuk tema program kami.

Oleh itu saya telah mengaplikasikan beberapa produk Google dan membandingkan dengan

yang lain. Hal ini telah mencetuskan idea saya untuk menggunakan tema “INSPIRING GOOGLE

KNOWLEDGE” . Saya ingin program ini membawa mesej yang baru kepada warga kelab

informatik iaitu menjadikan google sebagai platform mendapatkan ilmu dalam menjalankan

aktiviti harian.

Kami juga menghadapi masalah perubahan tempat program. Makmal industri tidak

dapat digunakan pada hari program disebabkan faktor tertentu. Oleh itu kami telah menukar

tempat program pada saat akhir. Kami terpaksa membuat satu announcement baru kepada

peserta tentang perubahan tempat pada saat akhir.

Selain itu, sasaran peserta tidak dapat dicapai beberapa hari sebelum program. Untuk

menyelesaikannya, kami mewajibkan penyertaan daripada ahli kelab serta menawarkan sijil

penyertaan kepada mereka yang menyertai program.

Page 5: Laporan hp 3

Sebagai salah seorang ahli jawatan kuasa tertinggi, adalah menjadi tanggungjawab

saya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh exco lain. Saya telah membantu exco

protokol dalam penyediaan surat tempahan tempat program. Surat ini tidak diterima pada

mulanya kerana tidak mmengikut kriteria. Oleh itu, saya telah berjumpa dengan setiausaha

PERTAMA iaitu cik Shida untuk mendapatkan format yang betul. Hasilnya, exco protokol

Berjaya menghantar surat tersebut pada masa yang diarahkan oleh ketua program.

Pada hari kedua bengkel pula terdapat beberapa orang peserta tidak dapat menyertai

kerana terdapat lab kuiz. Saya dan ajk yang lain telah berbincang penyelesaiannya iaitu

dengan mengadakan satu lagi sesi tetapi pengajarnya ialah terdiri daripada ajk itu sendiri.

Satu bengkel akan diadakan pada awal semesta akan datang.

Page 6: Laporan hp 3

REFLEKSI DIRI

Sepanjang menjalankan tugas-tugas yang diberi, pelbagai perkara baru yang telah saya

pelajari. Antaranya adalah cara berurusan dengan orang ramai dengan lebih efisien dan

mesra. Dari situlah sifat sabar yang tinggi dapat diterap berikutan perlu melayani kerenah

orang ramai yang berlainan. Selain itu, skop kerja yang diberikan memberi impak yang besar

dalam mengasah bakat dalam menguruskan sesuatu maklumat.

Penglibatan saya di dalam kelab ini juga telah dapat meningkatkan kebolehan untuk

menguruskan maklumat. Saya telah mengaplikasikan beberapa produk google seperti google

sheet, google docs, google plus dan lain-lain bagi menguruskan maklumat. Selaku setiausaha

saya bertanggungjawab untuk menyimpan semua maklumat tentang ahli kelab. Disini saya

dapat mengasah bakat untuk menguruskan maklumat dengan tersusun. Saya telah

mengaplikasikan produk google untuk menguruskan semua maklumat yang berkaitan.

Di samping menajamkan kebolehan mengurus sesuatu maklumat, pembelajaran

sepanjang hayat juga dapat diterapkan semasa menjalankan tugas. Pelbagai nilai-nilai murni

dapat diterapkan dalam diri individu sepanjang melakukan tugas. Antaranya adalah semangat

berkerjasama yang kuat dapat dibentuk. Semangat kerjasama adalah perkara yang paling

penting dalam sesebuah organisasi. Tanpa kerjsama yang kukuh, sesuatu program itu tidak

akan dapat dilangsungkan. Sepanjang menjalankan tugas ini, saya selaku setiausaha program

sentiasa bekerjasama dengan ahli yang lain dalam menjalankan tugas.

Oleh itu, dengan menyertai sesebuah organisasi, kita dapat mengetahui kekurangan

dan kelebihan yang ada dalam diri. Dari situ, segala kekurangan yang terdapat dalam diri

dapat diperbaiki untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan segala kelebihan dalam diri

dapat diasah dan menjadikan ia sebagai satu tahap yang membezakan diri kita dan orang lain.

Page 7: Laporan hp 3

KESIMPULAN

Kesimpulannya, program ini banyak memberi manfaat kepada saya. Saya dapat mempelajari

banyak pengalaman baru serta dapat mempraktikkan kemahiran pembelajaran sepanjang

hayat saya. Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat amatlah penting untuk kita

mengamalkannya pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana sekirannya kemahiran ini

tidak diterap dalam hati seseorang, maka program ini hanyalah menjadi sesuatu yang sia-sia.

Sudah jelas lagi nyata, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat penting untuk menghasilkan

sesuatu yang lebih menarik dan berjaya serta melancarkan program.

Dalam pembelajaran ini, saya juga dapat memperbaiki teknik-teknik pembelajaran

yang betul serta diaplikasikannya di dalam kehidupan seharian sama ada melalui

pembelajaran secara formal mahupun tidak formal. Saya juga dapat mempelajari bagaimana

cara berinteraksi serta memberi pendedahan kepada peserta tentang program ini. Di sini saya

telah menggunakan platform google plus untuk berinteraksi dengan peserta, ahi kelab dan

kesemua ajk program. Hal ini kerana program seperti ini memberikan saya pengalaman dan

seterusnya dapat dijadikan pembelajaran sepanjang hayat.

Sebagai salah seorang ahli yang menjayakan program ini, saya berasa berbangga

dapat bekerjasama dengan semua ahli. Oleh itu saya telah menyiapkan satu ‘mind map’ khas

menunjukkan kami berjaya menyiapkan program ini dengan jayanya.