laporan hc · web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu....

17
LAPORAN HC KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL,PENYELESAIAN MASALAH & PENDEKATAN SAINTIFIK (NO. JPPEL:PF/010/003-1213-007) PROGRAM: INTAI DESA, UKM ANJURAN : KELAB KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN INDUSTRI TARIKH : 3 NOVEMBER 2013 (AHAD) AKTIVITI : GOTONG-ROYONG,OUTREACH & PAMERAN MASA : 8.30 AM – 12.30 PM LOKASI : KAMPUNG MENTERI TAIPING,PERAK

Upload: phamtuyen

Post on 30-Aug-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

LAPORAN HCKEMAHIRAN PEMIKIRAN

KRITIKAL,PENYELESAIAN MASALAH & PENDEKATAN SAINTIFIK

(NO. JPPEL:PF/010/003-1213-007)PROGRAM: INTAI DESA, UKM

ANJURAN : KELAB KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN INDUSTRI

TARIKH : 3 NOVEMBER 2013 (AHAD)

AKTIVITI : GOTONG-ROYONG,OUTREACH & PAMERAN

MASA : 8.30 AM – 12.30 PM

LOKASI : KAMPUNG MENTERI TAIPING,PERAK

Page 2: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

NAMA YANG TERLIBAT DALAM PENYEDIAAN LAPORAN

NAMA NO MATRIKMOHD SYAZWAN BIN MUSA A144643

MOHAMMAD.RAFIEQ BIN MOHD.HANIFFA A144648NUR SYUHAIDA BINTI SAHIDAN A144666

NOOR SHAZANI BINTI MOHD ZULKIFLI A144672SAHIRA AFRINA BINTI MOHD SHARIF A144653SYAIDATOL SYAKIRA BINTI HASSAN A144664

SITI NAZIRA BINTI ANUAR A144665SITI NABILAH BINTI MAHDUM A144667

SITI NURLIYANA BINTI ZAHARIMAN SHAH A144669NUR FARAHIN BINTI ABD RAHMAN A144670

Page 3: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

HARI KETIGA (3 NOVEMBER 2013)

KAMPUNG MENTERI

OBJEKTIF

1) GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN KAMPUNG

2) BERAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG

3) MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG TENTANG

CARA-CARA MENCEGAH DENGGI

PENCAPAIAN

GOTONG-ROYONG

Setibanya di Kampung Menteri, kami telah diberikan sedikit taklimat daripada exco program mengenai atur cara program pada hari tersebut. Aktiviti kami pada hari berkenaan telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu aktiviti gotong-royong membersihkan halaman kampung, mengadakan pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak sekolah tadika dan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk memberi serba sedikit penerangan kepada penduduk kampung mengenai cara-cara pencegahan aedes.

Bagi aktiviti gotong-royong, pihak kami telah mengenal pasti masalah yang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak terurus terutamanya di kawasan sekitar tadika dan surau. Justeru, kami semua telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan mengadakan gotong royong. Beberapa kumpulan telah dibentuk dan dipecahkan ke beberapa kawasan yang telah dikenalpasti untuk dibersihkan termasuk mengecat tadika .Setelah selesai aktiviti gotong-royong, kami dapati kawasan tersebut kelihatan lebih kemas dan bersih.Seterusnya kami turut menasihati penduduk agar lebih menjaga kebersihan kawasan kampung

Page 4: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

untuk mengelak penyakit berbahaya seperti demam denggi,kencing tikus,dan keracunan makanan. Dalam aktiviti ini, usaha keras untuk menceriakan kawasan sekitar kampung bukan sahaja melibatkan pihak kami semata-mata tetapi juga melibatkan pertolongan serta kerjasama daripada penduduk kampung itu sendiri ibarat aur dengan tebing. Kami juga dapati, program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kami sebagai pengendali program dengan penduduk kampung.

OUTREACH

Seterusnya, aktiviti kedua pula ialah mengenai cara-cara pencegahan aedes. Semasa kami mengadakan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan kampung, kami dapati terdapat banyak kawasan yang berkemungkinan besar menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes seperti tayar kereta, pasu bunga, longkang, botol/gelas pecah yang mengandungi air yang bertakung. Hal ini merupakan masalah yang serius. Justeru adalah menjadi tanggungjawab kami semua untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan membekalkan ubat khas kepada penduduk kampung untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes. Aedes merupakan genus nyamuk yang asalnya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, namun telah tersebar disebabkan oleh aktiviti manusia ke seluruh benua kecuali antartika. Namanya diperolehi daripada perkataan Yunani Kuno aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.Terdapat beberapa spesis aedes iaitu Aedes australis, Aedes albopictus ,Aedes aegypti Aedes cantator ,Aedes cinereus dan Aedes rusticus.-

Aedes vexans dan Aedes albopictus merupakan spesies yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Aedes aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning. Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Page 5: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

Secara saintifiknya ubat khas yang telah kami sediakan untuk penduduk kampung ialah Abate. Abate merupakan cara paling mudah dan berkesan untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes dan serangga lain. Abate adalah larvicide untuk aedes egypti iaitu vektor untuk demam. Melalui satu ujian yang telah dijalankan, abate adalah kurang bertoksik daripada malathion dan DDT. Jadi, air yang telah dicampur dengan bahan ini adalah selamat untuk diminum. Akan tetapi, penggantungan secara berterusan terhadap Abate akan menimbulkan masalah kewangan dan teknikal. Oleh itu, kami telah mengunjungi kesemua 300 buah kediaman penduduk kampung Menteri untuk mengedarkan Abate dan menerangkan kepada penduduk kampung mengenai cara penggunaannya iaitu sebanyak satu sudu teh sahaja pada satu masa untuk tempoh empat bulan. Melalui inisiatif ini, kami dapat memberikan maklumat yang sepatutnya kepada penduduk kampung mengenai masalah nyamuk aedes dan demam denggi secara lebih terperinci memandangkan sebelum ini mereka hanya memandang enteng perihal permasalahan ini. Selain itu, kami juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam aspek pembelajaran kami bukan sahaja dari konteks silibus pembelajaran tetapi turut serta ke arah peningkatan cara berkomunikasi dalam masyarakat.

Demam Berdarah Dengue (DBD) dapat dicegah dengan memberantas jentik-jentik nyamuk Demam Berdarah (Aedes aegypti) dengan cara melakukan PSN (Pembersihan Sarang Nyamuk). Usaha ini merupakan cara yang terbaik, murah, mudah dan dapat dilakukan oleh masyarakat kampong dengan cara sebagai berikut: 

1. Bersihkan tempat penyimpanan air (seperti : bekas air mandi / WC, drum, dan lain-lain) sekurang-kurangnya seminggu sekali. Gantilah air di pasu bunga, tempat minum burung, perangkap semut dan lain-lain sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Page 6: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

2. Tutup rapat-rapat tempat penakungan air, seperti tampayan dan kolah mandi dan lain-lain agar nyamuk tidak dapat masuk dan berkembang biak di tempat itu.

3. Tanam atau buanglah sampah sarap seperti bekas, botol-botol pecah, dan lain-lain yang dapat menampung air hujan, agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.

4. Lipatlah pakaian/kain yang bergantungan agar nyamuk tidak hinggap disitu.

5. Untuk tempat-tempat air yang tidak mungkin atau susah untuk dibersihkan, taburkan Abate ke dalam takungan air tersebut untuk membunuh jentik-jentik nyamuk. Ulangi kaedah ini setiap 2-3 bulan sekali.

Cara penggunaan ABATE adalah dengan cara berikut:

1. Untuk 10 liter air cukup dengan 1 gram Abate. Contoh: Untuk 10 liter air, Abate yang diperlukan = (100/10) x 1 gram = 10 gram Abate. Untuk menyukat Abate sudu makan boleh digunakan sebagai sukatan. Satu sudu makan berisi 10 gram Abate.

2. Bila memerlukan Abate kurang dari 10 gram, boleh menggunakan kaedah yang berikut:

Ambil 1 sudu makan Abate dan tuangkan pada sehelai kertas.

Bahagikan Abate kepada 2, 3, atau 4 bahagian mengikut keperluan.

Selama 3 bulan Abate dalam air tersebut mampu membunuh jentik Aedes Aegypti dan Aedes albopictus.

Selama 3 bulan apabila tempat penampungan air tersebut akan dibersihkan/diganti airnya, dilarang menggosok bahagian dalam dinding tempat penampungan air tersebut.

Air yang telah dimasukkan Abate dengan sukatan yang betul, tidak membahayakan dan tetap selamat bila dijadikan air minuman.

Kelebihan penggunaan Abate:

Page 7: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

Air yang telah dimasukkan Abate telah dipersetujui oleh penyelidik sebagai air yang selamat diminum.

Abate boleh membunuh larva sebelum ia membentuk dan menjadi matang. Ia juga menyebabkan kitaran hidup nyamuk terganggu sekaligus menghalang pembentukan nyamuk .

Abate boleh mengawal nyamuk dengan pantas kerana ia membunuh nyamuk dan serangga lain semasa di peringkat larva lagi. Abate dapat menghalang populasi nyamuk dari terus membiak dalam jangka masa yang panjang.

PAMERAN

Pameran diadakan oleh program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri UKM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Negeri Perak .Tujuan pameran tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada penduduk Kampung Menteri tentang penyakit demam denggi, cara pembiakan nyamuk aedes dan cara mencegah pembiakan nyamuk aedes.Pendekatan seperti ini penting agar penduduk mengetahui dan mempraktikkan langkah pencegahan awal bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan penduduk kampung terjamin. Tambahan pula, penyakit yang berpunca daripada masalah pencemaran alam sekitar dapat dibendung.

HARAPAN

Aktiviti sebegini adalah sangat baik untuk dijalankan kerana ianya mendatangkan banyak manfaat terutamanya dapat memberi pendedahan tentang cara berkomunikasi dan bergaul dengan orang luar. Selain itu, melalui program sebegini juga, dapat membantu kami para pelajar untuk keluar mendengar keluhan isi hati penduduk kampung yang mana mereka sebenarnya kurang mendapat pendedahan tentang cara menjaga

Page 8: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

kebersihan terutamanya cara mencegah aedes itu sendiri yang mana boleh mendatangkan penyakit yang membawa maut. Kami juga berharap melalui program ini dapat meningkatkan lagi keyakinan diri kami ketika berhadapan dengan cabaran dunia luar apabila selesai bergraduasi nanti.

GAMBAR GOTONG-ROYONG

PEMBUKTIAN

SEKITAR KAWASAN TADIKA KEMAS

Mengecat tadika

Page 9: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

Bergotong- Royong

Page 10: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak
Page 11: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

Membersih surau

Page 12: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

PEMBUKTIAN

GAMBAR SEMASA OUTREACH

Page 13: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

PEMBUKTIAN

GAMBAR SEMASA PAMERAN

Page 14: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak

Tempat Kejadian

Page 15: LAPORAN HC · Web viewyang sedang dihadapi di sekitar kawasan kampung tersebut terlebih dahulu. Melalui pemerhatian kami, persekitaran kampung tersebut adalah amat kotor dan tidak